Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Isnin.
Mula kan minggu ini dengan mood yang ceriaaaa!
Selamat bekerja sambil berpuasa. kat opis nih x banyak keje sgt setakat nih.
cuma clearkan mana yang ade kat rak sahaja. :)
hari nih nak coret2 kesah hari pertama puasa semalam.
Kurma pemberian kampeni Cinta.
setiap tahun memang kampeni Cinta akan bagi sorang sekotak kurma.
Alhamdulillah.. dapat lah topup stok kurma kat rumah. selalunye kat rumah i memang 2 kali jugak borong kurma sepanjang bulan puasa.
My Anis bangun sahur.
biar pon mengantuk tetap jugak bangun.
sahur pon sekadar makan kurma n sosej. nasi dia x makan pon.
x lalu agaknye. sudahnyeee.. pukul 5.30 petang dah semalam i suruh dia berbuka.
banyak sangat dramanye.. siap ngan drama air mata lagi.
lepas solat asar suh dia berbuka. banyak jugak dia makan lepas berbuka tuh. lapar sgt agaknye. Hari nih suruh dia cuba berpuasa lagi. harap2 dapat lah puasa penuh hari nih.
Semalam pagi jugak i pergi release tension kat sini.
hahahahahahaha. kemain happy lagi dapat jumpa kedai rm2 kat area taman sentosa Klang nih. semangat mengajak Cinta pergi ke sana semalam.
semua rm2 sajaaaaa!!
ini baru 1 ruang yang i snap.. ruang2 lain x sempat snap.
sibuk memilih barang. hahahaahha
sonok betol kalo dapat shopping kat kedai rm 2 nih. ilang segala tekanan.
balik dari shopping trus pengsantido..
bangun solat zohor.. mengemas sket kat bilik atas semantara menunggu Asar.
lepas solat Asar trus bersilat kat dapur.
Alhamdulillah.. berjaya jugak masak untuk juadah berbuka di hari pertama puasa.
Sekian.. kesah hari pertama puasa.
P/s: Amacam puasa hari pertama korang?? ok?