Pages

Friday, March 31, 2017

...Tempah Khat | Tulisan Khat | Sesuai Untuk Di Jadikan Hadiah Dan Juga Hiasan...

N3 Pomot ini akan melekat di sini sampai hujung March.
untuk n3 terbaru sila tekan next post.
Tq. muashxx!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 

N3 ini khas untuk promot biz adik i dan suami dia.
Rasanya berbaloi-baloi kot i promot biz diorang nih sebab susah nak jumpa biz ini. 
Tempahan Tulisa Khat. 
Hasil tulisan tangan adik ipar i.
Jom cuci mata tengok gambar2 hasil Khat tulisan adik ipar i.
















 Gigih menyiapkan tempahan.





ini pulak koleksi khat yang bergambar. 
ade tempahan dari customer dan ade koleksi dorang sendiri.





 Bawah ni koleksi dorang sendiri. Adik Na Famili.







Hasil seni terbaru adik ipar i.


Adik ipar i tulis pakai tangan tau.
Dia memang berbakat dalam tulisan khat ini.

Salah satu pencapaian Adik Ipar i dalam bidang seni Khat ini.
Juara tulisan Khat peringkat kebangsaan.

Kepada yang berminat untuk membuat tempahan. boleh contact adik i.

Jue : Wasap / Call / Sms : 018-378 0701

Korang boleh request nak design ape.
nak tulis ape.
nak corak camner.
nak letak gambar atau tak.
eh.. semua lah boleh. korang tanya jer tokey Khat nih.
i tolong pomot boleh lah.
nak tolong tulis Khat memang x lepas. hahahaha

Jangan lupa contact adik i untuk tanya pape soklan pasal Khat okey~
Wasap jer dia.

018- 378 0701

Sekian.. N3 pomot tulisan Khat.

FB : Noor Juliana 




Monday, March 13, 2017

...Sambutan Hari Lahir My Anis | Kak Long...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Mulakan minggu ini dengan Aura yang positif.

Sabtu lepas birthday My Anis yang ke 10.
Allahu.. cepatnye masa berlalu.
dah 10 tahun dan usia anak sulong i.
mamanye pon dah makin matang lah yer. ahaks.

N3 hari ini nak share gambar sambutan hari lahir dia.
buat kecil2 jer. sambut kami2 jer.
plan nye nak gi potong kek kat Klang(umah adik) tapi last minit x jadik pulak.
takpelah. sambut kat rumah pon ok jugak.

Happy Birthday Kakak Anis.
Semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Menjadik contoh yang baik kepada adik2.
sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Di terangkan pintu hati dalam menimba ilmu pengetahuan.
Mama, Papa Delisha dan Amzar sayanggg kakak.
Muashhhxx!

Potong kek. kek pilihan mama dan kakak anis~

2 Anak dara kesayangan mama.

mereka berempat.
kenapalah x snap guna monopot! lupa sgt2!
huhuhuhuhu

Amzar yang paling eksited tiup lilin.
entah bape kali papa dia nyatakan lilin sbb nak snap gambar lilin menyala.
senyap2 dia gi tiup lilin tuh.
hahahahaha.

Kek birthday kali nih beli kek lain dari biasa.
Alhamdulillah, sedap sgt2. berbaloi2 dengan harga dan rasa.

ok.. itu ajer nak share xtvt hujung minggu kami.

Sekian..





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, March 10, 2017

... Prebiotik Semulajadi Dalam Keledek | Makan Untuk Sihat...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Semoga kita semua mendapat keberkatan nya. Aminn.

Haini nak share ilmu pasal makan.
hahahaha.. makan pon ade ilmu okehhh.

ini keledek nama dia. Sweet potato omputih cakap.
haaaa.. sedapkan! kan! kan! Harus lah sedappp.

Dalam sedap2 keledek nih, 
i nak share keledek ni mengandungi Prebiotik semula jadi.
Prebiotik tuh adalah makanan untuk kuman baik dalam usus kita.
Kuman baik tu pulak, kuman yang lawan dengan kuman jahat dalam usus kita.

jadik, kalo nak miliki kesihatan yang baik.
usus kita pon kena lah sihat. jadik bglah makanan yang cukup pada kuman baik dalam usus kita. kalo kuman baik kita cukup makan, harus lah bertenaga nak lawan kuman jahat kan~
paham ke tidokkkkkkk? harap2 paham lah. hahahaha

selain keledek, pisang jugak mengandungi prebiotik semulajadi.
ilmu yang baik nih i dapat daripada BFF i.
Bende baik harus lah di kongsikan~
So, lepas nih boleh lah sama-sama amalkan makanan untuk kesihatan ni.
kat rumah i pon dah start bagi anak2 makan makanan sihat.
Semoga anak3 i sentiasa sihat dan di berikan antibodi badan yang kuat. Aminnn.

last skali nak share.
Imam muda Amzar yang hensom.
Ahaks.


Sekian..



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, March 9, 2017

...Pra Sekolah | Delisha...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceria2 selalu okey.

Hari ini masuk keje lambat.
pergi klinik dulu, rutin setiap bulan.
hehehehe.

Hari ini nak coret2 citer pasal Delisha.
Lama x citer pasal anak2. Delisha dah masuk Pra sekolah.
sama macam kakak Anis dia dulu.
berjaya masuk ke Pra sekolah.
Mama papa dia memang standby jer tunggu borang Pra sekolah buka. trus pergi amik dan isi. Alhamdulillah, ada rezeki dia.

Alhamdulillah, setakat ini dia x pernah buat perangai x nak pergi sekolah.
walaupon ade sedikit isu dia kat sekolah, tapi dia memang rajin ke sekolah.
bangun awal pagi pon x de masalah sgt. cuma kadang2 drama sikit2 tu biasalah.
kena cakap baik2, manja2 dan puji2 sket mesti dia ok.

Pembelajaran dia pon Alhamdulillah baik.
sudah kenal huruf dan nombor.
sangat cepat belajar dan punya tulisan yang cantek.
kalo tengok tulisan dia memang mcm budak besar.
cantek dan kemas.

Anak yang baik dan Rajin tolong mama.
cuma cara kita mintak tolong tu kena manja2 sket.
kalo bagi arahan dia x bape suka dengar.
kena pandai guna cara saikologi. hahahahaha


XTVT yang cikgu kongsikan di group wasap.
seronok tengok dia rajin ke sekolah.
cuma cikgu ade bgtau dia tak pandai bergaul dengan kawan2.
kadang kasar sikit dengan kawan.
mama dan papa dalam usaha untuk didik dia baik dengan kawan.
harap2 ada lah perubahan pada diri dia.

Kak Ngah.. Mama dan Papa doakan Kak Ngah akan jadik anak yang berjaya dia dunia dan akhirat. Aminnn.

Sekian.. 



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, March 6, 2017

...Kesah Pagi Tadi | Solat Subuh Berjemaah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Moga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk minggu ini.
Aminnn.

Kelam kelibut pulak hari ini.
biasa lah hari Isnin kan.
Nak share gambar pagi tadi.

Kak Long, Kak Ngah Dan Amzar Solat berjemaah pagi tadi.
Solat subuh.
Kak Long Jadi Imam pagi nih. Mama x sempat joint sebab belom mandi.
Amzar pon x nak kalah. nasib baik ade lagi 1 sejadah kecik untuk dia. 

Semoga Anak3 Mama jadik anak3 yang berjaya di dunia dan akhirat.
Jangan lupa doakan mama dan papa jugak yer.

Papa tolong snap gambar. curik2 snap.
mama tengah kalut kat dapur lagi.
hehehehe.

Sekian.. N3 penyejuk hati.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Saturday, March 4, 2017

... Asah Pensil Oh Asah Pensil...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu.
Selamat berkerja buat yang keje cam i neh.

Haini nak share keje sambilan Mak2 kat rumah.
sebelom tido cek lah ape yang patut.
Skali bukak bekas pensil warna anak2 semua pon patah2.
nak bagi anak2 semangat nak buat keje sekolah harus lah mak pon kena tolong mana yang patut.

Bekas pensil warna anak2.
kumpul2 dari entah berapa kotak pensil warna.
kotal pensil warna semua dah koyak.
jadik maknye beli tipuware kat kedai RM2.
letak semua pensil color.

Kebas jugak lah lengan maknye nak sharp semua pensil color tuh.
mana yang nampak masih ok memang x sharp lah.
sharp yang betol2 tumpul atau patah.

bila tengok semua pensil color dan pensil tajam terasa puas jer kan.
pensil n pensil color dalam bekas2 nih hanya untuk kegunaan di rumah.
yang bawa ke sekolah lain. x nak campur aduk takut tertinggal pulak nanti.

OK.. itu jer lah citer2 haini.
sekian.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, March 3, 2017

...Chiken Wrap Kasih Sayang | Buat Sendiri Lagi Puas Hati...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat Yang Penuh Barakah.
Moga kita sama-sama mendapat Berkat nya. Amin~

Korang dah makan menu baru KFC.
tak tau lah menu baru or menu ulang ikut musim.

Gambar dari Google.
Menu Twister nih??? dah try dah?
Masa Cinta gaji haitu, Cinta belanja Kami semua makan KFC.
cinta oder skali menu baru nih.
2 2 jenis pon Cinta oder.
eh eh.. sedap pulakkkkk. nak mintak beli lagi jenuh jugak kan.

Masa gi shopping kat giant hujung minggu hari tu, Anis mintak belikan Nuget Ayam. Tengok pesen nuget tuh macam sesuai nak buat wrap ala2 KFC Twister ni.
ape lagi, trus carik bahan2. beli Wrap yang 8 pcs.

Tudiaaaaa...
Twister Versi Mama Gojes nama di beri.
Amacam??? mengancam ke tidokkkk???
dapat lah sorang 1.

tengah2 makan. x cukup pulak. Wrap tinggal lagi 2 jer sebab 1 sudah rentung. kah kah kah kah. ralit sangat duk membungkus lupa 1 lempeng dlm kuali.
skali kuar bau hangit. hahahaha
So, Malam tuh habes lah sebungkus Wrap tuh kami buat.
Rasa Twister kami boleh tahan sedap.
Maklumlah, di buat dengan penuh kasih sayang Khennn.


Lepas nih x yah dah beli. Buat sendiri lagi berbaloi.
sedap dan boleh makan banyak.
hahahahahaha.

Sekian.. 





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, March 2, 2017

...Kenangan Indah | Milo Keras...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis. 

Hari nih nak up citer mengulit kenangan gituh.
kenangan Kami 3 Badik pompuan masa kecik2 dulu.

Korang pernah makan Milo keras??
dalam gambar tuh adalah contoh rupe milo keras.
kalo ratah milo tuh memang perkara biasa dengar.
ini makan milo yang dah keras.

Pergghhh.. sedap okeyyy!!!
nak dapat kan milo keras nih bukan senang tau. kena kreatif tahap langit ke 7.
kah kah kah kah kah kah.

Masa Kami 3 badik kecik2 dulu, macam2 kaedah di gunakan untuk keraskan milo.
paling dasyat punye kreatif adalah Adik na. Adik paling bongsu.
kaedah yang paling biasa di gunakan, bungkus milo dlm kertas. kalo dulu koyak buku tulis yg belom guna ajer. lipat cantek2. pastu masukkan dalam peti ais. bukan bahagian beku. bahagian bawah jer.

kalo letak pagi, petang2 sket dah boleh makan dah. dah keras.
kalo nak lagi sedap. letak haini, esok baru amik.
bersusun2 bungkusan milo dalam peti ais Ma. 
hahahahahaha.

Kalo adik Na punye kreatif pulak, ko jangan terkejut kalo tetiba bawah iron ade bungkusan milo dia. dia letak bawah iron sebab nak kasi milo tu penyek.
kreatif kan! hahahahhaha. 

Tapi sekarang x de dah i buat keje bungkus2 nih.
Hobi makan milo keras tuh masih ada. 
Tapi kaedah yg di gunakan lebih matang. hahahaha

bila milo dah nak habes. i sengaja tinggalkan sikit milo dlm bekas milo tuh. 
kalo kena buka milo lain, guna bekas lain.
biarkan milo tuh sehari atau lebih.
Tadaaaaaa... milo keras sudah sedia di makan.
Kah kah kah kah.

dah amik milo keras, Ko jangan lah buat keras jugak.
basuh lah bekas milo tuh. kang tak pasal Mak/bini jadik tarzanawati pulak kan.
Okehlah.. Selamat mencuba lah.
sedap tau milo keras nih. nikmat yang sukar di temui.
muahahahahaha.

Sekian.. 
Muashxx!



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, March 1, 2017

...Ewant Electric Pressure Cooker | Resipi Chicken Bone Broth | Stok Ayam | Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Ceria-ceria selalu okeyyyy.

Hari ini nak citer Pasal Electric Pressure Cooker(PC), 
Nak share resipi Chicken Bone Broth(CBB) Dan Kebaikkan CBB.

Ewant Electric Pressure Cooker.
baru beli. kah kah kah kah. kat lazada.
beli masa ofer giler2. CNY ofer.

 Harga asal : RM480.00
Harga lepas diskaun: RM 198.99
Harga Sale CNY: RM 168.00 Dengan Voucher
 tengok harga tu haruslah melompat nak belikan.
mmg dah lama survey harga PC ni.
Alhamdulillah.. Cinta bagi green light. trus oder.
esoknye trus sampai kat tangan. pantas!

Ewant PC nih adalah jenama baru di pasaran.
kalo google resipi guna PC nih mmg x jumpa lagi setakat ni.
jadiknye, terpaksa lah i godek2 sendirik.

Hujung minggu haritu i godek2 PC nih.
guna untuk masak Chicken Bone Broth. CBB.
CBB nih sgt baik untuk menaikkan antibodi badan. nanti i share kebaikkan CBB nih okeh.
CBB nih i buat khas untuk masak bubur Amzar.
Iyeeee.. Amzar masih makan bubur.
setiap hari memang akan bekalkan bubur ke rumah pengasuh dia.
Alhamdulillah, selepas amalkan CBB dan amik supplement tambahan, 
kesihatan Amzar memang sgt baik.
jarang demam, kalo demam pon just dedar2 jer badan dia. x melarat sampai dia melepek.

Hasil CBB yang i buat guna PC.
yang bagus guna PC nih kita jimat semua. jimat masa, jimat duit.
hasil pon meriah! kalo masak CBB guna periuk biasa.
korang kena rebus CBB tu koman2 pon 4 jam.
dah habes masak 4 jam tuh, air CBB pon dah tinggal setengah periuk.

Kalo buat CBB guna PC, amik masa 2 jam ajer.
semua bahan2 lembut sampai boleh lenyek2 hancur.
air CBB pon x kurang banyak. boleh kata air memang x kurang lah.
tu pasal hasil CBB kali meriah sampai penuh peti ais. 
hahahahaha.. Puas hati hoiii.

Resipi Chicken Bone Broth CBB/Stok Ayam.

Ayam-Bahagian tulang2, i pakai kaki ayam.
Lobak merah (Carrot)
Daun Saderi (Celery)
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 1 labu.
Tomato
Rempah 4 sekawan
Cuka Epal.

*kawan i kata boleh tambah brocoli dan keledek jugak dalam CBB

Cara-cara masak guna PC

Masukkan jer semua bahan2 dia atas dalam periuk.
letak air max yang di benarkan PC korang.

Kalo pakai Ewant PC. korang tekan MEAT.
lepas tu ejas masa jadik 1 jam (maximum)
OK.

Lepas habes 1 jam. i tambah lagi satu jam sebab nak semua isi2 dan bahan2 CBB lembut selembutnya. settle jam ke 2.
CBB tip top!

sejukkan dan mintak Cinta bungkus jadik eskrem.
hahahahahahaha.

okeh.. dah panjang cecah lantai dah ni.
next n3 i share kebaikkan CBB nih k.

Selamat mencuba~

Sekian.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.