Pages

Tuesday, March 22, 2011

...Perkembangan fetus | 31 minggu...


Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki.

Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran.

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan.

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan.

Adakah pola tidur anda berubah? Ambil tahu mengapa.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

SUMBER

*****************************************************

last scan kat klinik hajar minggu lepas 1600 gram /1.6 kilogram.. perghh.. patut lah rasa cam berat sgt perut neh~ lebih2 lagi time duduk bangun.. aduhaiii.. start semalam lutut rasa sakit2 jek.. x cukup kalsium lagi kah??? atau lutut ai nih dah x mampu nak menampung berat?? muehehehe...

"tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu" uih~ makin giat ade~ sampai senget2 perut nih haaaaa.. ke ruang dalam perut ai nih terlebih luas???..maklum ler perut mamanye besarkan~ urrmmm.. dia paling x boleh kalo ai mengiring ke belah kanan.. memang x boleh nak tido sebab dia akan bergerak sampai senget2 perut.. cam ner nak tido kan~ tapi kalo mengiring belah kiri ok plak.. diam jek.. haih~ sian papa asik ngadap belakang mama jek..muehehehe... kalo nak tido telentang memang x dapat dah.. mengah dan sakit pinggang.. huhuhu..rindunye nak tido meniarap..boleh???

sekian.. share info

p/s: sekarang dh kena start kira pergerakkan bb dah..


11 comments:

  1. dah tak lama lagi 36 minggu....sekejap masa berlalukan...

    ReplyDelete
  2. zaidah...
    haah~ rasa kejap jek.. tapi kan.. bila dh masuk hujung2 nih.. cabaran makin menjadik2.. BP asik duk atas pagar jek.. risau~

    ReplyDelete
  3. kalau anak dlm tu suka ke belah kiri, agak2 anak lelaki kot..

    ReplyDelete
  4. alahai..camne rupa anak sdare aku yg ni ni..tertanya2 plak..kikiki..
    hope dpt boy..yee!!

    ReplyDelete
  5. dah 31 minggu?? saya lak yg cuak...

    ReplyDelete
  6. selalunya masa ni la bb aktif.. tendang2 bagai.. beskan rasa dier..
    tapi bila dah dekat ngan due baru bb slow sikit.. dah betul2 sendat tu..

    ReplyDelete
  7. salam...
    moga selamat semuanya...

    ReplyDelete
  8. dah 31minggu ker??
    cam baru jek baca kata ngandung..huhu

    ReplyDelete
  9. samer lah.. klu mengiring ke kanan.. baby geletek jer.. lamernye xtido nerap kan?

    ReplyDelete
  10. wah!!! pasti teruja menantikan langkah seterusnya apa yang bakal baby buat kan..syabas..semoga segalanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah...boy ke girl kak raa?

    ReplyDelete

Jangan Segan-Segan Nak Tinggalkan Komen Tau~ Nanti i Terjah Uols Balik.. Sayanggggg Korang~