Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya.
Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan,
pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa
bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.
Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya
pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang.
Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. Jika anda merasakan betul-betul tidak selesa, beritahu doktor anda dan rujuklah
tip-tip membantu diri kami.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
SUMBER************************************************************
Rabu hari tu ai ade check up untuk minggu ke 34.. kat klinik sek 7.. orang tetap ramai cam biasa.. tapi terpaksa jugak hadapi nye kan~
check up kali nih berat mama+baby turun.. huhuhu.. x pasal2 kena tazkirah ngan nurse.. ai sendirik pon x pasti kenapa berat leh turun.. maybe sebab slalu sangat skip lunch kot.. bukan sengaja skip.. tapi mmg x tahu nak makan ape time lunch.. asik makan bende samaaaaa jek! naik jemu dah.. tu yang ai slalu skip lunch tu...
BP masih cam tuh jugak~ x bape nak cantek~ harap2 bertahan lah sampai masuk ke zon selamat bersalin.. aminnnn..
check up hari tu pon kena jumpe dokter jugak.. kata dokter graf baby normal.. alhamdulillah.. harap2 sihat walafiat lah dia kat dalam..aminnn..
lepas check up dalam pukul 12 cam tuh.. ai ajak hubby gi makan kt sek 19... trus santap ikan patin masak asam.. wahhhhh..puas sangat dapat makan lunch yg sedap.. abes makan ai cakap ngan hubby x larat nak masuk keje.. trus EL..muahahahaha..
sekian.. citer gi check up..
p/s: lamanye x update blog.. sampai tak tahu nak citer mana dulu..:P