Pages

Monday, April 4, 2011

...Perkembangan fetus | 33 minggu...


Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah.

Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula. Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

SUMBER

****************************************

"Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia."

haaaa... hari tu ai ade citer pasal kaki ai sembabkan~ kat sini ade citer pasal kaki sembab tuh.. rupernye x de kena mengena pon ngan minum air banyak pastu kaki sembab.. lagi di nasihatkan minum air banyak.. urmmmm.. ok mama2 semua.. jangan teragak2 untuk minum air masak dengan banyak yer..

sekian.. share info..

p/s: sekarang nih suhu badan ai sentiasa panas.. tido malam berpeluh2.. pagi2 mesti nak mandi air kolah.. air paip x cukup utk sejukkan badan ai nih..



5 comments:

  1. kalau x peknen pun mmg digalakkan minum air banyak...

    tapi kan sis, skang ni mmg malam2 panas la sis...saya ni pun tgh mlm pun saya mandi...kesian kat org peknen, mesti lagi panas kan...tak tahan je rasanya...

    ReplyDelete
  2. wahh.. dah tak lama dah ni.. HB makin turun laaa.. hihi..

    ReplyDelete
  3. haah laa...panas betul laa skang ni.Ujan pun rasa panas jugak.

    ReplyDelete
  4. musim panas rasanya ni kak.apa lagi, pegi le beli kolam bebudak tu, akak berendam je dgn anak akak tuh.hehehe

    ReplyDelete
  5. Hehee.. thanks syer info.. Maybe akan datang untuk MJ jugak :)

    ReplyDelete

Jangan Segan-Segan Nak Tinggalkan Komen Tau~ Nanti i Terjah Uols Balik.. Sayanggggg Korang~