Pages

Tuesday, January 31, 2012

...Bertabah Lah Adik Ku, Kami Semua Menyayangimu | Berkampung Di HTAA...

Salam Selasa Semua..
Mood Hari ini makin baik.. Alhamdulillah.
Moga Terus Bertambah BAIK.. Amin~

Seperti yang dah sedia tahu.. Adik Lelaki ai di Uji Oleh NYA yang Maha Mengetahui Hikmah di sebalik Ujian NYA..

Yang Paling ketara sekali.. hubungan kami sekeluarga bertambah erat apabila menghadapi ujian ini.. sama-sama memberi semangat.. Semoga Kami semua kekal Tabah Dan Kuat Hadapi Ujian ini.. Terutama Sekali Adik Lelaki ai..

Adik Lelaki ai dan Ma TerSayang~

BerTABAHlah Adik Ku.. Kerana kami Semua Sangat Menyayangi Mu..

Orang yang paling TerPukul dengan ujian ini tentulah Ayah dan Ma.. Sebab adik lelaki ai tuh satu2nye anak lelaki mereka yang ada.. Arwah Abang Long kami telah dulu meninggalkan kami.. Al-Fatihah buat Abang Long..

Sekarang mereka Sekali Lagi di Uji.. Ujian yang jugak menyentuh Hal Anak.. Alhamdulillah.. mereka semakin Kuat untuk terima ujian ini.. Bangga Jadik anak mereka~

Waktu nih adik lelaki ai sudah di wad kan dia Hospital Besar Kuantan HTAA.. masa nih ai baru sampai di Kuantan setelah mengambil cuti kecemasan.. setelah masuk ke wad di tinggkat 8 HTAA.. ai sendirik pon rasa x sanggup untuk berada di wad itu.. Wad Pesakit Kronik.. kebanyakkannye warga emas yang memang terlantar sakit.. huhuhu..

Kesian sangat kat adik ai.. sampaikan dia mengadu kat adik ai, neni supaya dia di tukarkan ke bilik class 2.. Neni risau takut adik ai tu hilang semangat bila orang di sekeliling dia sakit yang agak teruk.. Neni usahakan untuk transferkan dia ke wad class 2 tapi x dapat sebab doc belom dapat konfemkan sakit kanser dia tuh..

Waktu nih adik ai turun ke bawah sebab nak jumpa anak2 sedara yang x dapat naik ke wad.. biasalah kan~ nasib lah adik lelaki ai nih masih boleh jalan lagi.. Alhamdulillah.. moga dia terus kuat..

My Anis, Makcu & Mak teh dia..

Adik ai neni yang pakai baju kurung pink.. dia lah orang menguruskan semua hal kat sana.. dan ai hanya mengharapkan dia agar melaporkan perkembangan di sana.. Syukur sangat sebab Suami dan Mak mertua dia sekelurga sangat memberi sokongan pada kami di kala menempuh ujian ini.. Sepanjang berada di kuantan, kami bermalam di rumah mereka..
TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA.. HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBALASNYA..

Anak2 mama yang sangat memberi kerjasama.. memberi peluang pada mama untuk menguruskan hal2 penting semasa di hospital..

dan Jutaan Terima Kasih jugak pada My hubby yang sentiasa menyokong ai dari belakang.. sentiasa tekun melayan anak2 di kala ai sibuk turun naik kat wad.. TERIMA KASIH ABANG~

xtvt my anis di kala menunggu mama settlekan hal2 di wad.. boleh layan main air siram pokok plak.. sabor jek laaa

Me & Delisha..

Semoga Ujian ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga dan semoga KAMI sekeluarga Tabah hadapi ujian ini.. Aminn..

sekian.. citer di HTAA Kuantan, Pahang.


23 comments:

  1. yup be strong, ujian tu mmg boleh rapat kan hubungan kekeluargaan kan.

    ReplyDelete
  2. lya doakan moga adik zura btl2 tabah mghadapi ujian ni.. lya faham sgt situasi..sgt2 faham.. apa y pting support org sekeliling. yer..lya dulu lps keluar icu htaa..duk tingkat 7 utk tmpoh msa y sgt lama.. mmg x diakui..setiap hari bdepan dgn situasi dlm wad tu btl2 mbuatkan lya down..tension mlihat sekeliling..lya duk kat section kronik.. hari2 tgk org depan n epi kembalipada-Nya..

    dlm situasi gni..kt y sakit ni akan btl2 down..jd bdasarkan pgalamn lya.. sokongan keluarga n insan tsyg amat pting.. setiap tuturkata & tingkah laku pon nk kena jaga..bila sakit..hati jd sgt2 sensitif..

    dan.. syabas buat hubby zura..y sgup bkorban n konsider dgn keadaan ni.. zura pon sbg kakak smestinya memerlukan support sepenuhnya drp y tsyg.. alhamdulillah..dikurniakan hubby y btl2 btolak ansur.. syukur..

    zura..insyallah.. nnti klo ke kuantan lg, bgtau yer..lya slalu bulang ke HTAA tu.. nnti lya msg no hp lya kat zura yer :-)

    ReplyDelete
  3. Lya..
    Mekasih lya.. memang betol.. bukan sahaja pesakit yang perlu kuat.. setiap ahli keluarga juga perlu kuat untuk memberi semangat kepada yang lain..

    insyaAllah.. ade rezeki.. kita jumpa k~ :)

    ReplyDelete
  4. berat mata memandang....berat lagi bahu yang memikul....semoga tabah.....huhuhuhu....

    ReplyDelete
  5. semoga bertabah. sakit tu ujian untuk kita dari Allah dan Allah menguji mengikut tahap kemampuan umat dia. Wallahualam.

    ReplyDelete
  6. zura
    ayu nka bagi tips sikit untuk adik zura ni
    klu boleh
    selalulah beri dia buku2 untuk dibaca
    buat something yg boleh generate interest dia
    mcm case study kat korea and jepun
    pesakit cancer ni
    klu boleh jgn bagis edih2
    kena sellau bersemangat
    kena ade minat supaya rasa sedih tu tak berpanjangan
    kena sellau juga rajin solat dan ibadah dlm tempoh perubatan ni
    klu zura ade baca sornag blogger nama moon
    citer psl adik iapr pmuan dia kena cacer stage 4
    tpi still undergo treatment even dah tak boleh bergerak lagi
    so far
    merata dia berubat
    dgn darul syifa
    and so on
    jdi kaka jugak
    zura kena selalu tabah
    bagi dorongan
    buat mak dan abah dan jugak adik yg sakit
    jgn sama2 sedih
    menangani pesakit kanser ni kena dgn penuh semangat sebab diaorg mudah lemah semangat

    ReplyDelete
  7. Ayu..
    mekasih atas nasihat dan tips tuh.. insyaAllah.. kami sekeluarga akan cuba sedaya upaya kami untuk bagi semangat kat dia.. ma ayah pon macam2 usaha cuba lakukan.. dan yang paling penting x nak bagi dia lemah semangat. makanya kami semua cuba untuk kuat!! moga kami terus kuat..Amin~

    ReplyDelete
  8. setiap yg terjadi pasti ader hikmahnyakan.. semoga terus tabah..

    ReplyDelete
  9. insyaALLAH zura mampu & tabah.. doa kami sentiasa mengiringi AMIN

    ReplyDelete
  10. kdg2 setiap ujian yang Allah bagi tu mmg ada hikmah...banyakkan bersabar & tabah menghadapi segala dugaanNya ye..

    ReplyDelete
  11. dah penah hadapi situasi macam ni so i faham cane rasanya.. bertabahlah!

    ReplyDelete
  12. harap mama tabah ya. semoga adik mama kuat mengharungi ujian dariNYA. Allah S.W.T. menguji hambanya setakat yang termampu dipikul oleh mereka. semoga kesihatan adik lelaki mama semakin membaik lepas rawatan nanti. Amin yarabbal alamin.

    ReplyDelete
  13. hikmahnya hubungan kekeluargaan bertambah2 erat...saya doakan semoga segala urusan berkaitan adik dipermudahkan. Dengan izin Allah SWT segalnya jadi.teruskan bagi moral support kat adik..kalau dia tgk org sekeliling dia kuat, dia pun insyaallah akan lebih tabah n kuat..

    ReplyDelete
  14. kami doakan dari jauh yer?
    Amin yarabbal alamin.

    ReplyDelete
  15. kami doakan dari jauh yer?
    Amin yarabbal alamin.

    ReplyDelete
  16. semoga tabah yer..kena semangat sebab kalau adik tengok ahli keluarganya sedih2 nanti dia pulak rungsing..insyaallah setiap berlaku ada hikmah di sebaliknya..setiap ujian yg Allah bagi menguji hambaNya yang soleh dan solehah..mereka yg diuji itu tanda Allah sayang kepadanya..take care utk akk jugak yer..:)

    ReplyDelete
  17. harap adik zura tabah hendaknya..dgn sokongan keluarga..Insyaallah..kuat semangat dia..

    ReplyDelete
  18. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... sabar ye...

    ReplyDelete
  19. kak zura, syunya hati bila mengenangkan keluarga sndri ditimpa ujian mcm ni,.. betul, support dr family mmg sgt pnting saat2 ni..tmbh lak die tgk sekliling yg kronik2 belaka...

    smoga Allah beri kesembuhan pd adik kak zura k..

    ReplyDelete
  20. Insya'allah!!
    Allah swt sentiasa bersama kalian..

    ReplyDelete
  21. smoga adik zura tabah menghadapi dugaan. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya

    ReplyDelete

Jangan Segan-Segan Nak Tinggalkan Komen Tau~ Nanti i Terjah Uols Balik.. Sayanggggg Korang~