Pages

Friday, February 17, 2012

...Sedikit Info Pasal Tibi Tulang...

Salam semua..

hari ini ai bercuti.. babysitter ai cuti hari nih.. ade kenduri kat kelantan.. maka hari ini ai berguling2an bersama anak2 dan suami kat rumah.. my hubby keje malam minggu nih..

hari ni ai nak kongsikan sedikit info pasal penyakit Tibi Tulang yang di hidapi oleh adik lelaki ai.. semoga sedikit info ini membuka mata kita semua.. sama2lah kita menjaga kesihatan kita..

*********************************************************


Hampir 90 peratus kecenderungan penyakit batuk kering (turbecolosis) atau dikenali sebagai tibi membabitkan bahagian paru-paru. Bagaimanapun 10 peratus daripada jumlah itu terjadi di luar paru-paru termasuk sendi, lutut dan tulang belakang.


Tibi tulang belakang paling biasa di Malaysia. Bagaimanapun tidak ramai tahu mengenai perkara itu seperti mereka tidak tahu bahawa tibi di luar paru-paru berupaya membuatkan seseorang itu lumpuh jika tidak segera mendapat rawatan. Contohnya, jika tibi menyerang leher, tangan mungkin lumpuh.


Tibi tulang belakang atau disebut juga sebagai Pott’s paraplegia atau Pott’s disease disebabkan bakteria Mycobecterium tubercolosis. Tibi tulang belakang meningkat di seluruh dunia seiring dengan peningkatan pesakit HIV kerana antara golongan berisiko selain kanak-kanak dan orang tua adalah mereka yang mengalami masalah daya tahan penyakit.


Tibi tulang belakang boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina dan had umur, tetapi dalam kajian akademik saya beberapa tahun lalu, satu pertiga pesakit di Malaysia adalah lelaki.


Walaupun tibi tulang belakang terjadi mungkin di bahagian atas atau bawah tulang belakang, ia merebak melalui pernafasan seperti mana tibi yang membabitkan paru-paru.

Apabila seseorang itu terdedah kepada pesakit tibi paru-paru, dia berisiko untuk berhadapan dengan jangkitan di paru-paru atau sendi lain termasuk tulang belakang.


Bagi tibi tulang belakang, jangkitan boleh merebak dari dua tulang berdekatan kepada ruang disc yang bersambung. Jika satu tulang saja berjangkit, disc itu normal tetapi jika ia membabitkan dua ruas tulang yang bersifat avascular (tiada salur darah), nutrisi tidak dapat diterima.


Justeru, tisu disc akan mati, patah, kering dan rapuh. Keadaan ini menyebabkan ruas tulang meruncing dan boleh membuatkan tulang patah dan kerosakan tulang belakang.


Kegagalan mendapatkan rawatan dengan segera boleh mengancam nyawa. Disebabkan tibi sangat pandai ‘mengajuk’ (mimic) penyakit barah, diagnosisnya memerlukan biopsi.
Simptom:

* Turun berat badan
* Hilang selera makan
* Demam yang sekejap datang dan sekejap sembuh
* Rasa kebas
* Badan lemah
* Sakit tulang belakang
* Tulang belakang bongkok ke depan
* Berpeluh waktu malam


Rawatan:

  • Rawatan tibi tulang belakang hampir sama dengan tibi paru-paru. Ia membabitkan penggunaan antibiotik. Bagaimanapun pengambilannya lebih lama berbanding tibi paru-paru iaitu menjangkau antara sembilan bulan ke satu setengah tahun.
  • Jika rawatan tidak diteruskan, bakteria akan menjadi kebal pada antibiotik. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah berulang.
  • Antibiotik juga rawatan yang baik bagi masalah penyakit yang tidak kronik. Sebaliknya, jika keadaan menjadi serius dan pesakit tidak bertindak balas dengan ubat dalam tempoh dua minggu, simptom semakin teruk, kelumpuhan semakin teruk dan nanah berkumpul dengan lebih banyak, pembedahan menjadi penyelesaian.
  • Tibi tulang belakang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Selain itu, kerosakan tulang belakang semakin teruk dan boleh merebak ke merata tempat termasuk otak.

Golongan Berisiko

  • Mereka yang mempunyai daya ketahanan penyakit yang lemah (pesakit HIV
  • Terdedah kepada penyakit tibi
  • Orang tua
  • Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun (tetapi masalah ini di kalangan kanak-kanak tidak sekerap orang dewasa)
  • Kanak-kanak di negara terpencil dan miskin

Fakta

  • Ditemui pakar bedah British, Percivall Pott (1714-1788)
  • Selalunya menyerang di bahagian atas tulang belakang
  • 10 peratus pesakit tibi adalah pesakit tibi tulang belakan
  • Boleh disembuhkan dengan antibiotik jika tidak serius

SUMBER

**************************************************************************

sebelom nih ai hanya tahu pasal tibi yang jenis batuk kering tuh.. masa memula dapat berita pasal penyakit tibi tulang nih.. ai terkejut jugak.. camner penyakit tibi tulang nih??.. bila dah godek2 kat internet.. sekarang ai dah mula mengenali tibi tulang nih..

syukur Alhamdulillah.. di malaysia ade rawatan untuk tibi tulang nih.. walaupon kena hadapi rawatan yang agak lama.. sekurang2nye pesakit ade harapan untuk sembuh..

semoga adik ai tabah hadapi ujian ini.. rajin2 makan ubat k~ jangan skip makan ubat.. moga lepas nih awak boleh bekerja semula..

doa kakak mu sentiasa mengiringi mu walaupon dari jauh.. bertabahlah adikku~

sekian.. n3 pasal Tibi Tulang.

p/s: Cerita lebih detail pasal rawatan adik lelaki ai di blog Neni

http://nenscollection.blogspot.com/2012/02/alhamdulillah.html

15 comments:

  1. okeh!..
    tu la arap2 die tekun makan ubat..
    awal2 ni mmg x nmpk sgt kesan kot..
    2 3 mggu nnt arap2 ubat tu bg kesan positif ke die..aminn..

    ReplyDelete
  2. memang x pernah dengar psl tibi tulang ni. kenapa boleh terjadi yer.punca dia tu. harap2 adik ra cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. huhu... lya pun x pnah tau kewujudan penyakit ni.. bila tau aik zura kena tibi tulang mula tkejut gak.. sbb x pnh tau ttg kwujudannya.. n now.. dgn sdikit info ni dh tahu n faham.. sbb tu adakalanya..pgalaman y dihidapi seseorg tu pon dpt mberi ilmu pd org sekeliling kalo x lokek bkongsi ilmu kan...

    apa2 pon..lya doakan adik zura akan sukses mjalani rawatan pyakitnya itu... dan... semoga cpt2 sembuh.. xpelah..ambik masa y lama.. asalkan ada pnawarnya.. dan sekurangnya ada ubatnya..

    mcm lya ni dah nk masuk 9 tahun jalani rawatan,. redha je la.. dan rawatan ni akn diteruskan seumur hidup.. tp sjk lya cba perubatan alternatif bru2 ni.. lya cuba stop ambik ubat.. alhamdulillah..stakat ni ok lagi.. tp tkut gak benornya..sbb ubat tu kna ambk seumur hidup n..xleh hilang kndungan ubt tu dlm darah..

    ReplyDelete
  4. Salam Nafira,

    Semoga adik cepat sembuh... ramai yg mendoakan...insya'Allah, jgn runsing2 ye...

    ReplyDelete
  5. sy pun baru tau info nih.. semoga adu=ik zura cpt sembuh.. amin..

    ReplyDelete
  6. Detail pasal tibi tulang..
    TQ dear share this info..
    Berguna sgt.. ;)
    TC & Happy Weekend!! ;)

    ReplyDelete
  7. sblm ni mmg tataw pasal tibi tulang.dok ingat tibi batuk2 tu je .alhamdulillah bukan kanser...semoga adik cepat sembuh...:)

    ReplyDelete
  8. thx zura.. nureen doakan moga adik zura cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  9. baru aku tau pasal penyakit ni...rupanya ada tibi tulang belakang ngan tibi paru2...tengs for the info...

    semoga adik ko kuat...

    ReplyDelete
  10. ada mcm2 jenis tibi rupanya...ingatkan batuk tu je..

    ReplyDelete
  11. Saya sedang mendapatkan rawatan Tibi Tulang... bulan 5 ni habis tempoh rawatan. :) Terima Kasih kerana info berguna ini. Harap adik akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah,
    semoga adik awak cepat sembuh..
    kena sentiasa follow la treatment tu..

    ReplyDelete
  13. thanx sharing info,

    moga adik kak ra cepat2 sembuh yerk..

    ReplyDelete
  14. Adik sis ada buat operation ke?sy pun pengidap tb tulang jgk alhamdulillah dah sihat cuma sy masih x bley jalan adik sis bley jalan x?

    ReplyDelete

Jangan Segan-Segan Nak Tinggalkan Komen Tau~ Nanti i Terjah Uols Balik.. Sayanggggg Korang~