Pages

Sunday, August 31, 2014

...Salam Kemerdekaan Ke 57...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Ahad.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat Menyambuat Hari Kemerdekaan yang ke 57.
Semoga negara kita akan terus Maju Jaya dan Aman Damai..
Amin~

Malaysia.. Di Sini Lahirnye Sebuah Cinta.

Suka dengan slogan nih. membawa maksud yang mendalam dan baik.
suka jugak dengar lagunyeee. :)

Semoga semangat kemerdekaan akan terus mekar dalam diri anak2 kita.
ingatlah.. betapa susahnye pejuang kemerdekaan kita dulu2.

Selamat Hari Kemerdekaan Semua~

Sekian.. Ucapan hari kemerdekaan.

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, August 29, 2014

...Pengubat Stress Di Hari Jumaat | Pemancing Berjaya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Penghulu segala hari. semoga kita semua mendapat keberkatan nya. Amin~

Hari ini ade bende nak tempek untuk tatapan bersama di masa akan datang.
apa lagi kalo bukan keletah anak2 yang kadang2 bikin mama nye haru biru.

kesah anakda Delisha yang solehah.
masa balik raya haitu, papa dia bawa balik pancing sebab nak gi mancing kat kampung. Kampung Cinta ade sungai yang boleh tahan besar. 
bila sampai kampung i, memang akan singgah umah i dulu sebelom balik kampung cinta.
anakda Delisha mula berdendang kat telinga papa dia.
nak gi mancing.. nak gi mancing.. nak gi mancing..
nak ikan laga.. nak ikan laga.. nak ikan laga (gara2tengokciterUpinipin)
papa yang penyabar pon boleh stress kalo berdendang lagu sama kat tinga kan~
nak gi mancing sangat yer! jom pergi!

Hambeeeekkkkk! nak mancing sangat!
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.*gelakberguling2.
adoilah anak.. adoilah laki.
sabooorrrr jer lahhh banyak banyakkkkkkkkkkk.
ko hadeee??????

paling nak nangis tengok selipa dia!!! Allahhhhhhh.
hagak2 lah nak gi mancing ponnnn.
hagak2 lah nak bawa anak pergi mancing ponnnnn.
pakai lah selipa betol2!!
adoiiiiiiii.. stresss mak tengok gambar nih!

Sila jangan salahkan Maknye.
mak tak tau projek 2 banak nih okehhhh!
mak tau bila tengok henpon laki mak!
mak mengilai macam puntianak okehhhh!

dah.. dah.. x yah wat muka cam tuh.
Mama yakin.. memang x akan dapat ikan punye.
sebab delisha pakai selipa terbalik.
ikan pon gelak guling2.. x mo makan pancing.

Korang rasa patut ke papa dia bawa gi mancing sinih??
i rasa sangat x patut!!! ini rasanye kategori longkang kan? tak pon parit air.. kampung i x de sungai ..adehhh... stress mak!

Aduhaiiii.. macam2 ragam nak membesarkan anak kan!
nasiblah dapat suami yang penyabar cam cinta.
kalo mamanye yang melayan.. harus mamanye suh mancing dalam kolam tokki dia jer. x kuasa mak nak bawa gi tepi sungai eh!

okeh.. itu jer nak share ngan korang haini.
selamat mengeras perut korang tahan gelak. i takpeee.
opis i dh biasa dengar i mengilai depan pc nih.. muhahahaha

sekian.. kesah anakda delisha yang solehah.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, August 28, 2014

...Open House | Tengok Rumah Baru | BFF...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
masih menyeru mood rajin. hehehehe

Sepanjang bulan Syawal, ade beberapa Majlis rumah terbuka yang Kami pergi.
umah jiran2 pon ade.. tapi segan pulak nak snap gambar.
pergi makan, borak2 sket ngan tuan rumah.. terus gerak. hehehe.

tapi hari nih i nak tempek citer kami gi beraya kat umah BFF i.
BFF sejak zaman study diploma kat UiTM dungun.
sekarang pon masih kontek kat fb, wasap dan hangout.
hari2 pon sembang.. cuma susah nak jumpa sbb tempat keje yang agak jauh.. jauh ke KL ngan PJ?? hahahhaahha.. 

Jadiknyeee.. sempena bulan syawal yang mulia.
dan kebetulan jugak BFF i nih baru jer masuk rumah baru.
Rumah yang kami sama2 berusaha untuk membeli rumah masing2.
masa tu i berusaha untuk beli rumah pertama dan dia beli rumah yang dia baru duduk skrg.
Alhamdulillah.. kami berjaya dengan usaha masing2.

Me n Wawa.
dan anak masing2. hahaha
Alhamdulillah.. masa nih masing2 dah kenyang dah.
i request nak makan spageti olio. request ok.. hahahaha
dannnn.. mesti lah request dipenuhi.. siap ade request tambahan.. extra cendawan.
muahahahaha.. mesti lepas nih korang takut nak jemput i datang umah korang kan!
muahahahaha.

 Yaya, My Anis n My Delisha.
anak2 memang dengan xtvt dorang jer.
senang lah mak2 dorang nak bergosip khennnn.


dah bosan main dlm rumah??
jomm kita berlari kat luar rumah pulak.

haaahhhh! berlarilah sepuas hati.
bestkan rumah ade tanah lapang camnih.
dpt lah anak2 keluarkan peluh kan. x yah sibuk2 nak gi taman permainan. 
bertuahkan siapa ade rezeki beli rumah end lot atau corner lot.
mahal sket takpe.. sebab harga rumah kat Malaysia nih susah nak jatuh harga.

okehlah.. dengan tertempeknye citer gi beraya umah BFF i neh.. maka berakhirlah citer raya kami.. kesiankan! citer raya tahun nih x bape meriah.. selalunye pelbagai n3 kalo citer pasal raya. hehehehe

Okehlah.. nak beraya umah korang jap. *orangtertinggalketapicamnilahdhhabessyawallahwehhh!

sekian..n3 gi beraya~



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, August 27, 2014

...WW | Bekal Pemberian Pengasuh...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Layan WW dulu pagi nih. heehhe

pemberian oleh pengasuh anak2.
so, lunch i makan ini lah.

Terima kasih pengasuh.. hehehe

Sekian.. WW di hari Rabu.

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, August 25, 2014

...Indahnya Beraya Di Desa...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Mulakan Minggu ini dengan aura yang positif!! yeahh!

okeh.. hari nih bersemangat sket nak sambung tulis pasal citer raya.
walaupon dh hujung2 syawal dh pon. hehehe.

kita layan gambar2 semasa di kampung dulu eh.
nak habeskan sisa2 gambar yang x seberapa tuh.

Adik Na, Azie(adik ipar), MakSu dan My Ma.
Mereka semua beraya di kelantan. Kampung My Ma.
oleh kerana raya pertama di rumah Cinta dulu tahun nih.
so, adik2 i wasap lah gambar2 mereka.. untuk tatapan di pagi raya. ahaks~

Nens juga beraya di rumah mertua merangkap rumah dia jugak.
sebab dia duk ngan Mak mertua. hehehehe.
tema biru dorang tahun nih.

pada yang bertanyakan khabar Nens. dia sihat. masih gojes cam dulu jugak. Cuma kerja dia skrg x mengizinkan dia berblog. terutama bila keje di musim waktu puncak. dia keje kat kampeni auditor. camtuh lah lebih kurang. hehehe


OOohhh.. indahnye beraya di desa a.k.a musim buah.
semua durian di atas adalah dr pokok belakang umah saja!
menggiurkan bukan?? hahahahaha.

lagi membanggakan.. pokok durian yang i tanam pon berbuah jugak tahun nih!
x sesia i tanam pokok durian. dapat jugak makan buahnye. kikikiki.

tapi 1 jer yang spoil. i tak leh makan durian fresh. yang baru gugur.
nanti perut i meragam.. huhuhu.. kena tunggu keesokkannye baru leh makan. sadiskan!

Syurga anak2 jugak.hehehe
selalunye mesti ada acara mandi pantai kalo balik umah My Ma.
anak2 memang happy. lepas mandi main pasir pastu turun gi mandi lagi.
ajak balik pon macam2 alasan. hahahaha

x puas main pasir tepi pantai???
takpeeeee.. rumah nenek pon bolehhhhh.
hahahahahahaha. orang datang beraya kat rumah.. dorang dok korek pasir.
kalo tak bagi.. dia duk lah ulang2 ayat yg sama kat telinga nih.
last2 tokki kata.. pergi main.. tokki jaga.
sonok lah korang yer! tokki baking!

Baju raya sponser oleh My Ma.
sayanggggg ma~ hehehehe.

OTW balik ke shah alam mesti singgah beli stok kopok.
ini lah kedai feberet kami.. sementara menunggu kopok kami siap di goreng.. mesti ade sahaja bende yg di hidang untuk pelanggan.. kopok keping siap goreng.. takpon sata goreng. elok naik kete, kenyang. hahahahaha

Okeh.. itu jer nak share hari nih.
dan itu jer pon stok gambar yang ade dlm simpanan.
okehlah.. nak gi jalan2 kt rumah korang. sambil2 siapkan keje.

Kerja rajin2 yer.. tataaaa.

Sekian.. n3 tempek gambar raya~



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, August 20, 2014

...Selamat Hari Lahir Adik Na...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Masih mencuba untuk bangkit. hehehe
InsyaAllah.. saya boleh!positifsgt!

Hari ini.. 20.08.2014.. Hari istimewa untuk Adik i.

Selamat Hari Lahir Adikku.
Semoga semua Doa dan impian adik Na akan jadik kenyataan.. Amin~

Semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Cantekkan adik i neh.. Adik bongsu i.
Kata Adik Na.. dia pakai 360.. hahahaha.
Bakal menamatkan zaman bujangnye pada Nov tahun nih.
InsyaAllah.
Semoga bersedia fizikal dan mental untuk memasuki alam perkahwinan.

Haini tempek gambar Adik Na jer.
i mintak gambar dia sekeping.. dia wasap byk2 keping suh tempek kat blog i.
jadiknyeee. bg can lah dia glemer kat blog i haini.. hahahaha.

Adik i neh masih belajar.. bakal cikgu tadika.. InsyaAllah~
umur masih sangat muda.. 18 tahun.. tapi jodoh dia awal.. semua kakak2 dan abang dia kawen awal jugak.. umur 23.. tapi dia lagiii awal. hehehe.
i sebagai kakak.. hanya mendoakan yang baik2 saja untuk adik2 i.

Adik Na n Nens.
macam kembar kan dorang??
hehehe.. 

Sekian.. n3 ucapan hari lahir.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, August 18, 2014

...Gambar Raya Aidilfitri 2014...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk bangkit semula selepas karam di lautan Malas.

bz sebenarnye.. kena settlekan keje2 memperbaharui lesen kampeni.
semua bende nak buat hujung2 waktu.. haruskan kelam kabut kan~
takpe lah.. tertinggal ketapi pon.
nak jugak tempek gambar raya tahun nih. hehehe
tahun nih beraya umah Cinta dulu.

Gambar Raya Kami.
Mak + Ayah mertua.

Famili Adik Ipar(Sharif) i yang kat Klang.

Famili Cikya.

Famili Poksu Amir.

Sebahagian dari Kami.
sebahagian lagi turn raya rumah mertua masing2.

Sesi bersalaman dan bermaafan.


Kami.. :)

Delisha Bad Mood.. kikiki
kemain panjang muncung. hehehe


Comelnyeee.

Cinta n Me..kikiki

Okehh.. itu jer dulu.. n3 penaik semula semangat nak menulis.. hehehe.

Sekian.. n3 tempek gambar raya.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, August 12, 2014

...Sambungan Kes Saman Di Mahkamah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Cuba untuk bangkit dari Aura negetif semalam. mudah2an hari ini lebih baik dari semalam. Amin~

Okeh.. Hari ini i nak sambung citer i hadir ke Mahkamah pada 7hb Ogos Haitu.
Part 1 anda boleh baca DI SINI.
Detail Pasal Kes Saman plak boleh baca DI SINI.

N3 hari ini nak sambung citer haitu lah.
selepas perbincangan luar mahkamah gagal di persetujui sebab pihak plantif tidak menerima tawaran yang kami tawarkan sebanyak Rm30k. jadiknye.. perbicaraan akan di teruskan.hakim pon keluar untuk mengadili kes kami.

Perhatian: Gambar di tampal untuk tujuan pembelajaran.
telah di edit sepenuhnye oleh saya. sebelom ini,
saya tidak tahu dalam mahkamah tidak di benarkan mengambil gambar. tidak ternampak pulak notis larangan tersebut. mungkin itu kesilapan di pihak saya.

Hakim pada hari tersebut.
Wanita.. sangat tegas walaupon mukanye penuh kelembutan.

seperti yang di ceritakan di N3 detail kes Disini, pihak plantif perlu membuktikan dokumen perjanjian yang mengandungi tanda tangan i dengan datuk itu adalah betul. plantif perlu mengemukakan saksi.

pada dokumen tersebut terdapat tanda tangan saksi. Mr Ng Tong Seng. sebelom hari perbicaraan, peguam pihak plantif telahmengemukakan Mr Ng sebagai saksi. Tapi, sehari sebelom hari perbicaraan bermula, saksi pihak plantif hilang.
telefon tidak dapat di hubungi dan Rumah saksi kosong. 

peguam pihak plantif bengang apabila saksi nya hilang.
dan peguam pihak plantif cuba mohon kemukakan saksi baru.
Tapi Hakim menolak saksi baru tersebut atas alasan x boleh masukkan isu baru pada saat2 ahkir. waktu ini lah berlaku sedikit kekecohan apabila lawyer plantif cuba mempertahankan permohonan beliau dan lawyer kami membangkang permohonan itu.
Tetiba terasa cam tengok drama pulak. hahahaha.
Kami di kerusi belakang menyaksikan adegan tersebut dengan penuh tekun*terngangamulut.

Selepas Hakim meneliti kes.. dan hakim mengumumkan permohonan Plantif ditolak.
legaaaaa.. kalo tidak makin panjanglah kes i neh.
bila permohonan peguam plantif di tolak, mereka dah mula down.
mcm dah menyerah kalah pon yer jugak.

Defendan ke 2.
Datuk memberi keterangan di kandang saksi. yang berdiri menghadap datuk tu adalah peguam pihak plantif, Mr Kalai.
tak banyak soalan pon yang di kemukakan. mungkin sebab peguam plantif sudah x ada hati nak teruskan perbicaraan apabila permohonan beliau ditolak.

Defendan ke 3.. i ler.. hehehe.
masa angkat sumpah.. terasa menggigil2 tangan i neh.
hahahahaha. ade jer cinta curik2 snap gambar tu.. tapi malu nak tempek.
kah kah kah kah kah.

untuk bahagian i.. hanya 3 soalan senang sahaja di tanya.
Alhamdulillah.. berjaya menjawab dengan tenang.
Syukur di beri kekuatan semangat dan kelancaran kata2 oleh NYA.

sesudah i beri keterangan. perbicaraan tamat.
Alhamdulillah.. Hakim dan semua lawyer bersetuju untuk tetapkan keputusan pada 25hb Ogos nih kalo tak silap. InsyaAllah.. kemenangan milik Kami dengan izin NYA.
dan besar sangat kemungkinan yang Hakim akan buang kes ini.. amin amin amin!

Selepas perbicaraan tamat, kami pon gerak untuk pulang.
di takdirkan Cinta dengan i satu lif dengan pihak plantif.
terdengar mereka bercakap dengan Lawyer mereka...

"Menyesal tidak terima Ofer yang ditawarkan"
:)

kalo Hakim putuskan buang kes.. maknanye 1 sen pon mereka tidak dapat..:)
kita tunggu keputusan nye nanti. Kemenangan pasti berpihak kepada yang benar.
Janji Allah itu Pasti!

Begitulah kesahnyeeeee... fanjang cecah lantai dah haaa.
kes ini benar2 memberikan i pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup i.
pengalaman yang mematangkan diri i.
pengalaman yang menyakinkan semua janji2 Allah.
Pengalaman yang mendekat lagi diri i pada Allah.
Pengalaman yang mengajar erti Allah Maha Penyayang.
Alhamdulillah Ya Allah..

Terima kasih Buat Suami Tersayang kerana sentiasa menjadik tulang belakang i.
sentiasa menemani i di kala suka dan duka.
Dialah yang menjadi penguat semangat i untuk menempuh ujian ini.
Terima Kasih Abang Atas segala pengorbanan Abang.

Sekian.. Kesah kesudahan kes mahkamah.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, August 11, 2014

...Kes Mahkamah | Detail Kes...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Lemau betol hari nih. huhuhu.

Hari Jumaat lepas i dah citer separuh dari citer kes i masuk mahkamah. ingat hari nih nak sambung citer tuh.. tapi nampaknye ade sedikit salah paham dr penceritaan i.
jadik.. n3 nih i nak citer detail pasal kes mahkamah tuh.

kes yang masuk ke mahkamah tempoh hari adalah kes tuntutan pembayaran dari Selangor Industrial Corporation S/B (SIC). Rangkaian Kini (Kampeni yang guna nama Datuk dan I)di saman dan di minta membayar tunggakan bayaran untuk bekalan bahan binaan yang di supply oleh SIC kepada Developer (PKNS Infra). Rangkaian Kini Adalah sebagai syarikat kontraktor yang menjalankan keje2 pembinaan.

Semua order bahan binaan adalah dari PKNS infra. Rangkaian kini hanya menanda tangani dokumen penerimaan bahan binaan di tapak projek sahaja. sign Delivery Oder (DO).
Jadik sepatutnye PKNS Infra yang perlu membayar harga bahan binaan tersebut. entah macam mana SIC pi sama rangkaian kini dan director2nye skali (i dengan datuk).

untuk perkukuhkan lagi saman dorang (SIC). maka keluarlah dokumen perjanjian yang telah memalsukan tanda tangan i dengan datuk. dokumen itu menunjukkan yang rangkaian kini adalah pihak yang membuat pesanan barangan binaan tersebut dan datuk dan i menjadik penjamin terhadap perjanjian itu. sehingga kini memang masih tak tahu siapa yang keluarkan dokumen ini. dan siapakan yang memalsukan tanda tangan kami.

Tuntutan sebenar dari  SIC.
Banyakkan! Oleh kerana pihak kami percaya yang pihak kami di pihak yang benar.
makanye kita lawan!!! hahahaha.
lepas Lawyer kami teliti dokumen saman. banyakkk sangat bende yang mengelirukan! bayangkan.. Invoice yang telah di bayar oleh PKNS infra pon mereka masuk jugak dalam tuntutan ke atas rangkaian kini. nampak sangat ade niat jahat. tu pasal Tuhan marah!.

Alhamdulillah.. Kami dapat lawyer yang sangat Handal! dengan izin Allah, banyak tuntutan yang bukan2 berjaya di buktikan oleh lawyer kami. tu pasal hari perbicaraan haitu.. mereka ajak selesai luar mahkamah.

perbicaraan lepas adalah untuk i dengan datuk membuat penafian ke atas dokumen perjanjian tersebut. laporan polis telah di buat untuk menafikan tanda tangan i dengan datuk. oleh kerana i dengan datuk telah menafikan dokumen dan tanda tangan tu, jadiknyee.. pihak plantif perlu membuktikan yang dokumen tersebut adalah benar. dan pihak plantif telah memanggil saksi yang menanda tangani dokumen tersebut di bahagian saksi. dan saksi itu lah yang telah hilang pada hari perbicaraan. 

haaa.. itu lah detail sebenar kes mahkamah i.
harap2 korang paham. hehehehe. itu jer yang termampu i jelaskan. hahaahah.
kalo x paham n nak i jelaskan pape lagi.. tanya kat komen.
kikikiki.

Sekian.. kesah kes mahkamah.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.