Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Cuba untuk bangkit dari Aura negetif semalam. mudah2an hari ini lebih baik dari semalam. Amin~
Okeh.. Hari ini i nak sambung citer i hadir ke Mahkamah pada 7hb Ogos Haitu.
Detail Pasal Kes Saman plak boleh baca DI SINI.
N3 hari ini nak sambung citer haitu lah.
selepas perbincangan luar mahkamah gagal di persetujui sebab pihak plantif tidak menerima tawaran yang kami tawarkan sebanyak Rm30k. jadiknye.. perbicaraan akan di teruskan.hakim pon keluar untuk mengadili kes kami.
Perhatian: Gambar di tampal untuk tujuan pembelajaran.
telah di edit sepenuhnye oleh saya. sebelom ini,
saya tidak tahu dalam mahkamah tidak di benarkan mengambil gambar. tidak ternampak pulak notis larangan tersebut. mungkin itu kesilapan di pihak saya.
Hakim pada hari tersebut.
Wanita.. sangat tegas walaupon mukanye penuh kelembutan.
seperti yang di ceritakan di N3 detail kes Disini, pihak plantif perlu membuktikan dokumen perjanjian yang mengandungi tanda tangan i dengan datuk itu adalah betul. plantif perlu mengemukakan saksi.
pada dokumen tersebut terdapat tanda tangan saksi. Mr Ng Tong Seng. sebelom hari perbicaraan, peguam pihak plantif telahmengemukakan Mr Ng sebagai saksi. Tapi, sehari sebelom hari perbicaraan bermula, saksi pihak plantif hilang.
telefon tidak dapat di hubungi dan Rumah saksi kosong.
peguam pihak plantif bengang apabila saksi nya hilang.
dan peguam pihak plantif cuba mohon kemukakan saksi baru.
Tapi Hakim menolak saksi baru tersebut atas alasan x boleh masukkan isu baru pada saat2 ahkir. waktu ini lah berlaku sedikit kekecohan apabila lawyer plantif cuba mempertahankan permohonan beliau dan lawyer kami membangkang permohonan itu.
Tetiba terasa cam tengok drama pulak. hahahaha.
Kami di kerusi belakang menyaksikan adegan tersebut dengan penuh tekun*terngangamulut.
Selepas Hakim meneliti kes.. dan hakim mengumumkan permohonan Plantif ditolak.
legaaaaa.. kalo tidak makin panjanglah kes i neh.
bila permohonan peguam plantif di tolak, mereka dah mula down.
mcm dah menyerah kalah pon yer jugak.
Defendan ke 2.
Datuk memberi keterangan di kandang saksi. yang berdiri menghadap datuk tu adalah peguam pihak plantif, Mr Kalai.
tak banyak soalan pon yang di kemukakan. mungkin sebab peguam plantif sudah x ada hati nak teruskan perbicaraan apabila permohonan beliau ditolak.
Defendan ke 3.. i ler.. hehehe.
masa angkat sumpah.. terasa menggigil2 tangan i neh.
hahahahaha. ade jer cinta curik2 snap gambar tu.. tapi malu nak tempek.
kah kah kah kah kah.
untuk bahagian i.. hanya 3 soalan senang sahaja di tanya.
Alhamdulillah.. berjaya menjawab dengan tenang.
Syukur di beri kekuatan semangat dan kelancaran kata2 oleh NYA.
sesudah i beri keterangan. perbicaraan tamat.
Alhamdulillah.. Hakim dan semua lawyer bersetuju untuk tetapkan keputusan pada 25hb Ogos nih kalo tak silap. InsyaAllah.. kemenangan milik Kami dengan izin NYA.
dan besar sangat kemungkinan yang Hakim akan buang kes ini.. amin amin amin!
Selepas perbicaraan tamat, kami pon gerak untuk pulang.
di takdirkan Cinta dengan i satu lif dengan pihak plantif.
terdengar mereka bercakap dengan Lawyer mereka...
"Menyesal tidak terima Ofer yang ditawarkan"
:)
kalo Hakim putuskan buang kes.. maknanye 1 sen pon mereka tidak dapat..:)
kita tunggu keputusan nye nanti. Kemenangan pasti berpihak kepada yang benar.
Janji Allah itu Pasti!
Begitulah kesahnyeeeee... fanjang cecah lantai dah haaa.
kes ini benar2 memberikan i pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup i.
pengalaman yang mematangkan diri i.
pengalaman yang menyakinkan semua janji2 Allah.
Pengalaman yang mendekat lagi diri i pada Allah.
Pengalaman yang mengajar erti Allah Maha Penyayang.
Alhamdulillah Ya Allah..
Terima kasih Buat Suami Tersayang kerana sentiasa menjadik tulang belakang i.
sentiasa menemani i di kala suka dan duka.
Dialah yang menjadi penguat semangat i untuk menempuh ujian ini.
Terima Kasih Abang Atas segala pengorbanan Abang.
Sekian.. Kesah kesudahan kes mahkamah.
Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.