Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 31, 2013

...Nasi Lemak Sambal Udang Petai Di Hujung Minggu...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Hari Terakhir 2013 lah yer.

Rasanye sunyi betol Blog i 2 3 minggu nih.
serius! badan masih belom betol2 sihat. badan sgt letih bila batuk2 melanda.
lagi teruk bila duk dalam ekon kat opis nih. 
huhuhuhuhu.

okeh lah... bagi memeriahkan sikit blog i nih. sila lah layan mata anda dengan hidangan nasik lemak kasih sayang dari i. ahaks!

Tadaaaaaaa.. terliur dak????
Nasik Lemak Kasih sayang!
hehehe.

i kalo masak nasi lemak mesti ade kacang + ikan bilis.
Telur rebus tuh, anakda Delisha yang hantu telur. dia akan banyak kalo ade telur rebus.
kenan diet Atkins mamanye kot. hahahahaha.

paling speciallllll!!!

Mestilah sambal udang + petainyeeeee.
memula Anis request sambal sotong. skali x de plak sotong kat pasar malam. so, beli jer lah udang. My hubby pencinta petai. jadiknye i letak petai banyak2.
hehehehe.

ini lah hidangan sarapan hujung minggu Kami.
Alhamdulillah.. licin semuanye menjelang petang sebab nasik lemak nih siap di masak pon dah nak pukul 11 pagi. hahahahaha.


okeh lah.. setakat nih dulu lah bebelan i hari nih. nanti sambung bebel lagi. nak gi jelajah rumah korang jap. lama x skodeng blog2 korang.

Selamat menyambut Tahun baru 2014 semua.

Sekian.. Tayang nasik lemak.

p/s: i setiap hari ade Azam baru. x yah tunggu awal tahun. hahahaha.
Semoga semua Azam2 korang tercapai k~


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, December 27, 2013

...Oooohoiiiiii! Genap Seminggu X Update Blog...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat Yang Penuh Keberkatan.

Fuhhh... minggu yang sangat meletihkan!
Satu minggu x update blog. bukan x de cerita nak bebel, bukan x de gambar nak share. Tapi Badan x cukup sihat nak membebel kan sini.
hehehehe..logik x alasan? muahaha.

sebenarnye Hari Ahad lepas i di landa demam. suhu badan x panas sangat. Tapi kepala denyut2.. satu badan sakit2. Otot2 dan urat2 semua sakit2. Dah gaya cam orang tua je kan!
tapi itu lah sakitnya. Isnin MC sebab memang tak larat nak gi keje.
Selasa paksa jugak diri masuk keje sebab ade tender nak kena hantar.
Rabu cuti Krismas. kuar pergi bekfes jer pagi tuh, pastu duk melepak jer kat rumah.

sehingga ke hari ini masih lagi bersisa sakit2 badan, kepala denyut2 dan batuk.
Moga cepatlah sembuh segala penyakit yang datang nih.
dan mudah2an jugak sakit yang datang nih dapat membersihkan dosa2 kecik. Amin~

Terima Kasih pada yang bertanya kabar i sepanjang ketidak'update'an blog ini. 
ade jugak yang rindu upernye.. hehehe.
Terima kasih jugak pada yang bertandang ke blog ini di kali blog ini kesunyian.
jap lagi i cuba jengah korang k~

Okehlah.. nak BW jap sambil2 buat keje.
keje rajin2 korangggg. jangan mengulat cam i.
tata titi tutuuuuuu.

Sekian.. n3 orang x bape nak sihat betol.

p/s: 2 hari nih federal hiway adalah sangat lengang!! adakah semua orang sedang bercuti??
adakah semua orang sedang mengHABESkan cuti tahunan??? adakah?? adakah??? 

p/s: Siapa yang masih RAJIN bekerja cam i sila tinggalkan komen "Saya Pekerja Cemerlang!"
naksedapkanhatisendiriksbbxdecutitahunandah!






 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, December 20, 2013

...Kongsi Macam2 Gambar...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatannya. Amin~

Hari nih nak tempek macam2 gambar.
layan jer lah ek korang~

Kain rentang kat sekolah My Anis dah naik dah.
30.12.2013 nih hari orientasi dia. nak amik cuti ke tidok nih?? ke nak masuk lambat jer.
kalo cuti bleh kuar datim ngan Chenta. hahahahahahaha.
kelain plak yer!

Bubur nasi yang di masak dengan penuh kasih sayang. ahaks!
Khas untuk My Hubby yang x leh makan nasi sebab kena cabut gigi.
Punye lah lapar sebab x makan pape lepas cabut gigi. dia tambah sampai 3 kali. licin 1 periuk bubur nasi tuh. Kesian~
2 hari gak lah kena makan bubur.

keropok untuk anak kudap2 sambil tengok TV.
orang terengganu memang ini lah makanan kudap2 yang paling feberet.
kopok pon My Ma bagi masa balik kenduri adik lelaki i kawen.
sekejap jer habes 1 balang kopok.

Merah i punye.. hitam hubby punye~
gojes kan!!

XTVT memancing hujung minggu dengan kawan2.
siap bermalam kat sana lagi.
i ngan anak2 tak ikut. best jugak kalo dapat joint kan~

itu jer gambar yang i nak tempek haini.
Selamat bekerja semua. esok dah cutikan~
ai keje lagi.. sekerat hari.. huhuhuhu.

Sekian.. N3 tempek gambar.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, December 19, 2013

...Tak Sangka Boleh Menang | Tahniah Chenta!!...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
salam Hari Khamis.
Hari ini macam2 sket kat opis nih. kalo kurang sabar memang boleh hangin satu badan. 
*bukak doa dhuha kt utube kuat2 kasi sejuk sket hati.

bagi sejukkan hati yang panas nih. mai lah kita tempek citer gembira kat blog kesayangan hamba nih. bulan lepas kan~ My hubby terchenta bawa balik borang peraduan reka slogan. pastu dia suruh i tolong reka slogan untuk dia. slogan untuk hari kualiti dorang.

i kan isteri yang solehahlahsangat. Jadiknye tolong lah My Chenta reka slogan.
reka mana yang terkeluar kat otak jer lah. Slogan yang direka tuh mestilah berkaitan pasal kualiti dan boleh hantar seberapa banyak slogan. Tak boleh ciplak slogan dr mana2 kampeni len tau. My hubby hantar 3 slogan kalo x silap.

Minggu lepas kuarlah result pemenang cipta slogan tuh.
SKALI!! Top 3 u!!
OOhhhh.. tak sangka sangat~ tersenarai jugak nama My Chenta.
dapat no 3 pulak tuh.
Tahniah Abanggg.

My Hubby dapat no 3.
" Kualiti Asas Keselamatan"
kalo korang nak tahu.. ini adalah slogan paling simple antara 3 slogan yang direka tu.
tak sangka plak yang paling simple nih yang menang.
Reseki kan!

Hadiah yang di menangi.
agak2 korang ape hadiahnye??
kaler fink lagi u!

nih lah hadiahnye.. 
Power Bank. 
sweetkan! tapi power dia x besar sangat lah.
tak leh lawan lah power bank i semalam.
Boleh bagi My Anis nanti. bagi dia caj dia punye Tab.

okelah.. itu jer nak bebel haini.

Sekian.. Kesah menang peraduan.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, December 18, 2013

...Power Bank Dari Chinta...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Senyum itu sedekah kan? jom senyummm..:)

Hari nih i nak membebel jugak.
x mo layan WW sebab semalam 1 hari x leh membebel kat blog korang.
bz sepanjang hari. sempat terjah beberapa blog jer semalam.
maaf jer. haini i terjah pelan2 k~

bebelan haini lebih kepada bebelan menunjuk2. muehehe
tunjuk2 bende baru.

tadaaaaaaaaaa.. My hubby cayang belikan power bank untuk i.
sebenarnya dia nak belikan untuk dia. tetiba bini kesayangan dia pon nak jugak. haruslah beli 2 khennnn. jap lagi berebut pulak.

hubby punye warna hitam dan i punye warna merah.
Harga plak My hubby beli dengan kawan dia RM100. kuasa power bank ini adalah besar tapi i tak tahu bape. lupa plak nak snap kat kotak dia.

saiz power bank nih plak sama saiz dengan note 2 i. berat tak berat sangat pon.
tak jejas pon keberatan hand beg i. kira sedang elok lah.

kagum betol dengan gedget2 sekarang kan!
semuanye memudahkan. janji ade duit jer nak beli semua gedget2 canggih neh!pitam
dalam handbeg pon boleh caj henpon! 
best! best! best!

Sekian.. n3 menunjuk2. :P

P/S: gojeskan warna merah!

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, December 17, 2013

...Resepi Spageti Carbonara Yang Sedap, Mudah Dan Lazat!...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Ceria2 selalu k~

Oleh Kerana Minggu lepas i cipta rekod dunia lahsangat!. Rekod ape??
huhuhuhu.. 3 kali masak spageti carbonara dalam seminggu.
tudiaaaaaaa.. nampak x kelazatan di situ.
setiap kali buat, setiap kali tuh lah licin! x mengecewakan langsung!

oleh kerana kelazatan itu jugak lah i terpanggil nak tempek resipi spageti carbonara i tu kat blog i neh! mana tau esok2 My Anis or My Delisha terrindu2 spegeti carbonara mama dia neh. boleh lah rujuk kat n3 ini.

Okeh.. memula kita rebus spageti dulu.

i pakai spageti fettuccine nih. spageti dia x bulat cam spageti biasa tuh. dia tebal n dan segi empat sket. i memang berkenan dengan spageti nih.

panaskan ai sampai mendidih.
masukkan sedikit minyak (anggaran dlm 8-10 sudu makan bergantung pada kuantiti air) dan sedikit garam (anggaran dalam 2 sudu teh)

agak2 air dah mendidih.. masukkan spageti kita tadi.
bila semua spageti dh masuk dlm periuk. kacau2 sket x mo bg melekat.
perlahankan sket api dan rebus dlm anggaran 10-15 minit.

agak2 spageti kita dah lembut. boleh lah tos kan spageti tuh.
siap part spageti. moh kita masak sos carbonara pulak.

Bahan-bahannya..

sos Carbonara Prego.. Susu Penuh Krim.

Udang dan sotong..

sosej dan cendawan butang.

sedikit minyak zaitun.

memula tumis bawang putih yang sudah dicincang halus.
tumis sampai wangi.

masukkan udang dan sotong kita tadi.
kacau2 sampai seafood kita tadi jadik separuh masak(agak2 jer)

masukkan sosej dan cendawan butang.
kacau2 lagi.

masukkan sebetol sos carbonara tadi.
kacau bagi sebati dan biar sos mendidih jap.

pastu campur susu penuh kirim. kalo suka sos pekat, tambah sket jer. kalo suka sos tak bape pekat tambah susu lebih sket. agak2 sendiri lah kepekatan sos yang korang idamkan k~ hehehehe. rasa sos tuh.. kalo x cukup rasa.. sila tambah perasa. tapi sepanjang 3 kali i masak spageti carbonara nih. tak pernah tambah ape2 perasa sebab dh cukup rasa dh.
hehehehehe.

siap!! sedia di hidang untuk orang2 tersayang.
gittuh!
macam?? terliur ke tidok??
sebenarnye diri sendirik yang terliur neh! ceh!

okeh lah.. selamat mencuba k~
sedap hingga menjilat sudu~
Tatatititutuuuuuu.

Sekian.. Share resipi hari ini.

P/s: sapa2 yang ade petua untuk sedapkan lagi masakan spageti carbonara nih, sila lah kongsi yer. Tq..:)


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, December 16, 2013

...Bekfes Dulu Sebelum Ke Pantai | Day 2 @ GC Morib...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Isnin.
Mulakan Minggu ini dengan Aura positif!!

Okeh.. hari nih i nak habeskan cerita kat Gold Coast Morib.
nak tempek kesah kami untuk hari ke 2 di GC Morib.
oleh kerana pakej penginapan kami nih skali dengan bekfes, makanya moh lah kita turun bekfes awal2 pagi untuk dapatkan meja makan yang dekat dengan kaunter makanan. hahahahahaha. ini tips i dapat dari pembacaan di blog kawan2 yang pernah pergi ke sini.

bekfes start pukul 7 pagi. seawal 7.15 pagi kami dh sampai ke cafe. tapiiii.. dah ade yang lagi awal dari kami uolls! good! tak de lah segan sangat. masih dapat meja yang dekat dengan kaunter makanan. jadiknye, x de lah hazab sangat nak ulang alik amik makanan banyak kali. muahahahahahaha.

bukan amik makanan untuk i sorang tau! ulang alik amik makanan untuk suami dan anak2 skali okeh! My hubby handle anak2 kat meja.

Free Voucher Bekfes untuk 2 dewasa.
ini termasuk dalam pakej yang i beli kat groupon.

Tambah Rm18 untuk bekfes My Anis.
My Delisha Free.

My hubby punye.

i yang punyeeee.. hek hek hek.

Delisha punye.

My Anis punye. ini jer yang dia makan untuk RM 18 hengget tuh.
budak2 mana lah reti makan awal2 pagi kan~


sementara menunggu mama gi amik makanan~

penat ulang alik amik makanan!
hahaahahhaha.


posing kemain lagi.. 
masa nak turun bekfes, dialah orang paling susah nak kejut.
siap mengamuk lagi bila papa dia angkat. hahahahaha.
tu laaaaaa.. malam berendam dlm jakuzi.. pastu pagi liat nak bangun.

dengan cinta.. My Delisha Snap~

dengan My Anis~

Senyuman semanis desert2 ituuuu..

My feberet!!
Abes kelaut dalam diet i. :P

My Cinta bancuh tea~



dibantu oleh 2 pembantu.. tukang bukak gula.
sudahnye air teh papa manis sampai x leh minum. hahahahaha.
tak pasal2 kena amik lagi 1 cawan teh kosong. hahahaahha.. sabor jer laaaa.

Pinggan terakhir sebelom menamatkan acara makan2.
Alhamdulillahhh. Kenyang sesangat!



lepas bekfes singgah bergambar ngan patung merah nih kejap.

moh lah kita ke destinasi seterusnyeee.
heheheehhe.. anak2 request nak gi pantai.

di tepian pantai..
pasirnye halusssss sangat!

masa kami sampai tepi pantai, air laut surut. makanye jauhlah perjalanan kalo nak jejak air laut. so, tengok dari jauh jer.

posing skettttt!
Delisha lagi syok main pasir. 

Harus lah adeeeee.
gambar bersama chenta.

GC Morib dari pantai.



sebenarnye.. siapa lagi semangat main pasir???
anak or papa??
hahahahahahhaha.

dah habes main pasir, Kami naik tukar baju untuk terjun kolam pulak.
untuk mandi kolam. hari ke 2 i joint mandi sekali. makanye takde lah gambar mandi2 hari ke2 nih. mandi sampai pukul 11. dan siap2 untuk check out.

pukul 12 kami turun untuk check out. anak2 ajak singgah pantai lagi sekali. tak puas main pasir katanya.

layan lah kejap anak2 main pasir.
padahal masa nih masing2 dh penat sangat dh.
mata dh kuyu dah. tetapppp jugak nak main pasir. takpeee.
kasi can!

agak2 mata dah masuk pasir. dah melalak. moh lah kita gerak.
naik keta jer masing2 lena. delisha sempat gak habeskan sebotol susu. pastu lena sampai shah alam.

Keseluruhannye... Percutian yang sangat menyeronokkan!
sesuai untuk bawa anak2 bercuti sempena musim cuti sekolah.
InsyaAllah.. Kalo ade rezeki. kami datang sini lagi. 
memang berbaloi2 dengan harga yang di bayar.

sekian.. kesah hari ke 2 di GC morib.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...