Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Jumaat yang penuh berkat.
Sejak My Anis dah masuk sekolah nih, terasa masa semakin terhad.
kena betol2 pandai uruskan masa.. hujung minggu haritu, Pra sekolah My Anis adakan XTVT gotong royong. sebagai ibu bapa murid, kena lah sertai kan.. bukan untuk anak orang lain pon. untuk keselesaan anak sendirik jugak.
masa perjumpaan ibu bapa awal tahun hari tu, cikgu Pra sekolah ade lah mengadu kat mesyuarat tuh, dia kata ibu bapa x bagi kerjasama bila nak adakan gotong royong.
masa My Anis bawa balik surat pemberitahuan pasal gotong royong tu.. ai dah pesan kat My hubby kena pergi.. kesian cikgu.. x de orang bagi sokongan untuk XTVT gotong royong kat sekolah..
tiba hari gotong royong tuh, Hari Ahad lepas.. My hubby pon pergi la sesorang.. ai kat rumah ngan anak2.. tak sampai setengah jam, My hubby call.. dia kata ramai yang bawa anak2 kecik n murid2 pra pon joint jugak gotong royong tuh.. pastu hubby suh siap2 nanti dia datang amik..
lerrrr... kena jugak! baru ingat nak ngelat..hahahahahahaha.
ikut ler ai ngan anak2.. tapi ai tak wat keje pon~ cukup lah gotong royong ngan Delisha jer kat kawasan sekolah tuh.. abes dia tawaf.. sama letih n berpeluh ngan orang wat keje gotong royong tuh~
Sek Keb Seksyen 19.
Pra sekolah My Anis dalam kawasan sekolah ini..
tap XTVT gotong royong tuh hanya dalam kawasan Pra sekolah sahaja..
tetiba rasa nak jadik cikgu jer..muehehehe
Kawasan Pra Sekolah My Anis..
dan ramai ibu bapa murid yang joint xtvt gotong royong ini.
berjaya lah kot xtvt kali ini.. dapat sokongan dari ibu bapa murid.
My hubby kena cat pagar sekolah..
tukar jadik kaler hijau epal.. cantek!
Yang baju hijau tuh Guru Besar Sek Keb Seksyen 19.
pon sertai jugak xtvt gotong royong ini.. respek habes!
Cikgu ngah susun botol kosong.. nak kitar semula..
kata cikgu nak hias pagar kat taman permainan..
baguskan.. Amalan Kitar Semula.
selain xtvt gotong royong, ade xtvt makan2.. banyak makanan yang di sediakan oleh pihak pra sekolah dan sumbangan dari ibu bapa pelajar..
meriah sekali.. hehehe
gambar selepas gotong royong x de.. sebab ai balik awal bersama2 askar prebet ai.. tapi yang pasti kawasan pra sekolah lapang sangat! lagi selesa untuk anak2 belajar..
itu jer lah sumbangan ibu bapa kepada sekolah.. nak bagi sumbangan kewangan tak mampu.. bagi jer lah sumbangan tenaga.. moga bermanfaat untuk anak2 kita..
sekian.. cerita xtvt gotong royong~
p/s: sekolah anak korang ade wat xtvt gotong royong tak?
Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.