Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, September 30, 2013

...Gedget Diet Saya | Thanks Cinta...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin Yang indahlersangat.
Ceriaaaaaa!!! Anda ceria ke tidokkkk?

Rasanye ramai dah tau ai ngah diet kan? kan? kikikiki
misi masih berjalan walaupon kena berdepan dengan pelbagai cabaran.
rasanye selepas raya haitu, beberapa minggu nih jer baru dapat balik rentak diet ai.
sebelom nih asik lah terkantoi. nasib berat tak naik. duk pusing2 kat situ jer.

okeh.. bagi menaikkan semangat semua orang untuk berdiet.. moh lah kita tengok gedget diet ai. selain menjaga pemakan. senaman jugak penting untuk mencepatkan penurunan berat.

gambar cilok kat google.
memula start senam dulu ai senam pakai nih jer.
sehari lompat 100 kali pastu wat lompat bintang 100 kali..
masa memula start senam dulu anak2 senyum2 kambing jer tengok mama nye duk melompat. bila dah lama2 anak2 pon joint lompat skali.. hehehe.

ini pon cilok kat google.
ini plak untuk senaman tangan.
buat sambil2 duk tengok tv. 
tali skipping & alat senaman tangan (tak tau nama apa) nih ai beli kat kedai serbaneka.
hargapon murah jer. :)

dannn.. ini gedget terbaru ai. baru tak baru gak ler. dalam 2 minggu dah kot guna gedget baru nih. 



basikal senaman!
hehehehehehehehe.. 
kayuh berminit2 pon. duk sittuuuuu jer.. x gerak2. 
hahahahahahaah.

kayuh lagi bang!
laju lagiiiii!! hahahahaha.. eh! ni sapa nak kurus nih.
muahahahahaha.

ohhh.. lupa nak bagitau. ai beli basikal nih masa ade promosi kat Tesco Shah Alam.
beli basikal nih dapat 2 free gift.free gift nye pon berbaloi2 jugak tau.
pompuannn.. mana leh dengar perkataan free gift khenn
kebetulan ai memang ngah carik2 basikal senaman nih. kiranye sedang elok sangat ler promosi haitu.

Free gift itu.
alat senaman stepper dan penimbang digital pelbagai fungsi.
stepper tuh ai buat 100 step jer sehari. tu pon pagi2. sebelom mandi.
penimbang tuh plak boleh kira berat badan, peratus lemak dan air dlm badan kita.
okehlah kan? berbaloi2 jugak lah dengan harganye.

Terima Kasih buat My Chinta sebab sentiasa menyokong proses diet Isteri tersayang dia neh. tanpa sokongan dari My hubby memang susah nak dapat ape yang ai dapat sekarang. banyak lagi kena buang untuk capai berat ideal nih.
berusahalah!!

Sekian.. tunjuk2 gedget Diet.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 27, 2013

...KAMI ke ICT Shah Alam | Moh Lah Kita Julingkan Mata...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
SaLam Hari Jumaat.
Penghulu segala hari.

okeh.. semalam plan nak tempek gambar XTVT KAMI masa My Famili kat shah alam haitu.
lepas gi tesco petang Isnin tuh, Balik rumah masak2 ikan siakap stim. lepas makan. My Ma ajak gi rumah adik dia kat Puchong. kiranya rumah pakcik ai ler.. hehehe.

lama gak lepak kat sana. lepas solat magrib terus gerak balik sebab ade 1 tempat lagi nak singgah nih. padahal esoknye kena bangun pagi. takpe lah.. bukan selalu famili datang sini kan~

Kemanakah destinasi KAMI???
wewwhuuuuu!!!

AMARAN!! N3 ini mengandungi gambar yang super duper banyak! sila tenang fikiran dan mata anda terlebih dahulu. 

ICT lerrrr.. muhehehehe.
bagi orang yang dop pernah masuk sini merasa keindahan lampu neon.
keh keh keh keh.


Rombongan cik kiah~ hehehehe

Layan gambar jer lah korang..




Eh Eh! macam sedondon plak baju ai ngan snowman tuh kan~
matching gittu~
















Lepas dah habes pusing2 sambil menggedix dalam tuh.
Nens ajak naik aye on malaysia! ye ke??

alaaaaa.. bendealah nih~
tiket sorang rm10.. kanak2 bawah 90cm jer free.
My Ammar haziq pon kena gak.. padahal lebih sikit jer tinggi dia. 

oleh kerana semua nak merasa naik. My Ma n Ayah x naik.. dorang lepak kat kerusi jer.


My Ma n Ayah dah kepenatan dah.
seharian berjalan.. sesekali datang melawat anak yang jauh.. hehehe


budak x sihat.. kesiannn.
menunggu Mak Teh beli tiket nak naik eye on ICT..hahahaha

Mama yang over.. anak wat donno jer.
muahahahahaha.
anak jer x sihat.. mamanye sihattttt~

Moh lah kita beratur.. 
kata nak naik eye on ICT.


Dalam gondola..
My Adik lelaki yang tolong snap..
muka ai dah belengas dah..

Adik lelaki saya.






Pemandangan dari eye on ICT.
cantekkannn~ berwarna warni. kalo naik siang mungkin leh nampak ICT water parknye. sebab malam ICT water park tutup dan gelap. so x nampak lah dalam gambar.
boleh lah merasa naik bende alah nih.. kalo nak ajak naik kali ke 2 dan seterusnye memang tidok lerr. cukup lah sekadar nak merasa naik.

amacam?? juling dop mata korang?? haaahh?? belom?? Alhamdulillah~ boleh lah ai tempek lagi gambar ICT neh.. ade lagi.. pic dari kamera Nens~ banyak sgt nak tempek dlm satu n3 nih.

okehlah.. nak gi lunch jap.. makanan dh siap2 tapau dah pagi tadi.. tinggal makan jer. lalalalalalala..

sekian.. n3 tempek gambar ICT.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 26, 2013

...Konnyaku Mee Sup DA...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Haini x seceria semalam. big boss dah balik Os.. hahaha

Sebenarnya haini ai nak up citer xtvt Kami masa My famili turun Shah Alam haitu. skali gambar2 kat hp x leh transfer pulakkkk.. baru plan nak ajak korang juling mata skali tgk gambar yang super duper banyak. x dapat ler haini. len kali ai try up balik k.

so, hari nih kita citer pasal menu Diet Atkins ai lah. kali nih kita share2 menu untuk orang yang dah complete 2 minggu induction pertama. bagi ai dulu.. selepas 2 bulan lah baru ai kenal makanan2 dibenarkan DA nih semua. Rendah Carb.

Konnyaku Mee sup.
masa memula budak2 KDA (kelab Diet Atkins) perkenalkan mee nih. perut ai meronta2 mintak nak makan jugak. dah lamaaaaaa sangat x makan mee.. uwaaaaa.
bermula lah misi mencarik Mee ini. bukan senang okeh!
nasib lah punya hubby yang sangat menyokong diet isteri dia yang terchenta ini.

ikut jer bini dia ajak gi carik kat mana.. memula care4 sek 24, takde! pastu tesco shah alam, takde jugak.. sedih giler tak jumpa! memang teringin betol nak makan mee. sekali masa ai beli barang dapur kat giant. tergerak hati nak try carik. sekali ade u!!
rasa nak menjerit sambil lompat bintang jer kat dalam giant tuh!
merata2 ai carik.. rupernya ade kat giant jer.. padahal tiap2 minggu ai gi giant beli telur sepapan besar. ceh!

camner ruper Mee konnyaku??

nih haaa! yang dalam mangkuk tuh adalah yang jenis cam kue tiaw. yang dalam bekas nih jenis mee cam bihun tuh.. halus2. ini adalah makanan vegi jepun. x de unsur2 binatang. 

Alhamdulillah.. dapat lah lepaskan gian nak makan mee. mee nih pon boleh goreng gak tau. sama jer cam mee goreng biasa. cuma tukar jer dengan mee nih.

okeh.. share sikit resipi mee sup ini.

Bahan-bahan.
Mee Konnyaku.
bawang putih sebijik.. ketuk jer.
bawang merah sebijik.. mayang kasar2.(nak elak makan bawang banyak)
lada hitam ikut suka. ai suka letak banyak2. kekeke

Cara Masak.
tumis bawang putih n merah sampai garing.
masukkan lada hitam.. kacau2 pastu masukkan air. suka hati nak kuah banyak mana.
masukkan perasa n garam sikit. pastu biar mendidih. 
kalo nak masukkan telur or ikan bilis pon boleh(optional)
dah mendidih.. masukkan mee. biar mendidih sekejap. siap!
sedia di makan.

sekian.. resipi menu DA.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 25, 2013

...Kepada Yang Selalu Tak Boleh Nak Komen Kat Blog Saya | Moga Tips Ini Membantu....

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Senyum2 lah selalu.. :)

Amacam tajuk Haini?? panjang cecah lantai dop?
hahahahaahha. panjang cam n3.muahaha.

sebelom tuh, tengok nih ai print screen Chat box ai. huhuhuhu.. kesian lah pada kawan2 blog kesayangan ai yang x boleh komen. 


alahaiiii.. memang kesian sangat. tapi ai sendirik x de idea nak settlekan problem tuh.
masih lagi mencarik penyelesaian terbaik untuk problem tuh.

Tapiiiii.. untuk penyelesaian sementara waktu. ai nak bagi 1 tips untuk korang2 yang x leh nak tinggalkan komen kat blog ai.
Tips ini pon ai dapat dari kawan blog yang x leh tinggalkan komen kat blog ai jugak. satu hari tuh dia komen kat FB ai cakap dah boleh komen. so, ai tanya lah dia camner cara dia buat sampai boleh tinggalkan komen kat blog?
ini perbualan ai dengan kawan blog tu.. Mia Zara Ina.


haaaaaa... amacam?? paham dop? 
muehehehe.

maksudnye kat sini, korang kena klik link BLOG ai.

kat blog list korang. nanti blog akan view semua n3.

JANGAN klik link n3. contoh!

kalo klik link ke n3 dia x nampak button comment tu.

nak lagi clear.. tengok gambar bawah nih.. ai bagi contoh gambar pada blog list korang.. contoh eh~

hehehehehehehe.. contooohhhh.
kalo korang nak ke blog ai. klik kat tanda / jangan klik kat tajuk n3 yang bertanda X.
haaaa... cuba eh tips nih.. kemain semangat lagi ai duk print screen, pastu crop bagai.. nak suh korang paham apa yang ai cuba sampai kan~
faham kan? hahahahaahhaha.

cuba try eh~ mana tau membantu korang untuk komen kat blog ai neh.
ape masalah pon x tau blog ai neh~
sape ade tips lain selain dari tips yang ai bagi nih. boleh kongsikan jugak kat komen yer.. nanti ai buat n3 special untuk tips korang. hehehehe.

Terima kasih banyak2 Mia Zara Ina atas tips ini. :)

kalo x boleh jugak komen.. sila drop komen kat chat box yer. kalo x ai tak tahu korang x leh komen. Terima kasih~ Selamat mencubaaaaa..

sekian.. Tips untuk mereka yang x leh komen.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...