Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, August 20, 2014

...Selamat Hari Lahir Adik Na...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Masih mencuba untuk bangkit. hehehe
InsyaAllah.. saya boleh!positifsgt!

Hari ini.. 20.08.2014.. Hari istimewa untuk Adik i.

Selamat Hari Lahir Adikku.
Semoga semua Doa dan impian adik Na akan jadik kenyataan.. Amin~

Semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Cantekkan adik i neh.. Adik bongsu i.
Kata Adik Na.. dia pakai 360.. hahahaha.
Bakal menamatkan zaman bujangnye pada Nov tahun nih.
InsyaAllah.
Semoga bersedia fizikal dan mental untuk memasuki alam perkahwinan.

Haini tempek gambar Adik Na jer.
i mintak gambar dia sekeping.. dia wasap byk2 keping suh tempek kat blog i.
jadiknyeee. bg can lah dia glemer kat blog i haini.. hahahaha.

Adik i neh masih belajar.. bakal cikgu tadika.. InsyaAllah~
umur masih sangat muda.. 18 tahun.. tapi jodoh dia awal.. semua kakak2 dan abang dia kawen awal jugak.. umur 23.. tapi dia lagiii awal. hehehe.
i sebagai kakak.. hanya mendoakan yang baik2 saja untuk adik2 i.

Adik Na n Nens.
macam kembar kan dorang??
hehehe.. 

Sekian.. n3 ucapan hari lahir.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, August 18, 2014

...Gambar Raya Aidilfitri 2014...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk bangkit semula selepas karam di lautan Malas.

bz sebenarnye.. kena settlekan keje2 memperbaharui lesen kampeni.
semua bende nak buat hujung2 waktu.. haruskan kelam kabut kan~
takpe lah.. tertinggal ketapi pon.
nak jugak tempek gambar raya tahun nih. hehehe
tahun nih beraya umah Cinta dulu.

Gambar Raya Kami.
Mak + Ayah mertua.

Famili Adik Ipar(Sharif) i yang kat Klang.

Famili Cikya.

Famili Poksu Amir.

Sebahagian dari Kami.
sebahagian lagi turn raya rumah mertua masing2.

Sesi bersalaman dan bermaafan.


Kami.. :)

Delisha Bad Mood.. kikiki
kemain panjang muncung. hehehe


Comelnyeee.

Cinta n Me..kikiki

Okehh.. itu jer dulu.. n3 penaik semula semangat nak menulis.. hehehe.

Sekian.. n3 tempek gambar raya.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, August 12, 2014

...Sambungan Kes Saman Di Mahkamah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Cuba untuk bangkit dari Aura negetif semalam. mudah2an hari ini lebih baik dari semalam. Amin~

Okeh.. Hari ini i nak sambung citer i hadir ke Mahkamah pada 7hb Ogos Haitu.
Part 1 anda boleh baca DI SINI.
Detail Pasal Kes Saman plak boleh baca DI SINI.

N3 hari ini nak sambung citer haitu lah.
selepas perbincangan luar mahkamah gagal di persetujui sebab pihak plantif tidak menerima tawaran yang kami tawarkan sebanyak Rm30k. jadiknye.. perbicaraan akan di teruskan.hakim pon keluar untuk mengadili kes kami.

Perhatian: Gambar di tampal untuk tujuan pembelajaran.
telah di edit sepenuhnye oleh saya. sebelom ini,
saya tidak tahu dalam mahkamah tidak di benarkan mengambil gambar. tidak ternampak pulak notis larangan tersebut. mungkin itu kesilapan di pihak saya.

Hakim pada hari tersebut.
Wanita.. sangat tegas walaupon mukanye penuh kelembutan.

seperti yang di ceritakan di N3 detail kes Disini, pihak plantif perlu membuktikan dokumen perjanjian yang mengandungi tanda tangan i dengan datuk itu adalah betul. plantif perlu mengemukakan saksi.

pada dokumen tersebut terdapat tanda tangan saksi. Mr Ng Tong Seng. sebelom hari perbicaraan, peguam pihak plantif telahmengemukakan Mr Ng sebagai saksi. Tapi, sehari sebelom hari perbicaraan bermula, saksi pihak plantif hilang.
telefon tidak dapat di hubungi dan Rumah saksi kosong. 

peguam pihak plantif bengang apabila saksi nya hilang.
dan peguam pihak plantif cuba mohon kemukakan saksi baru.
Tapi Hakim menolak saksi baru tersebut atas alasan x boleh masukkan isu baru pada saat2 ahkir. waktu ini lah berlaku sedikit kekecohan apabila lawyer plantif cuba mempertahankan permohonan beliau dan lawyer kami membangkang permohonan itu.
Tetiba terasa cam tengok drama pulak. hahahaha.
Kami di kerusi belakang menyaksikan adegan tersebut dengan penuh tekun*terngangamulut.

Selepas Hakim meneliti kes.. dan hakim mengumumkan permohonan Plantif ditolak.
legaaaaa.. kalo tidak makin panjanglah kes i neh.
bila permohonan peguam plantif di tolak, mereka dah mula down.
mcm dah menyerah kalah pon yer jugak.

Defendan ke 2.
Datuk memberi keterangan di kandang saksi. yang berdiri menghadap datuk tu adalah peguam pihak plantif, Mr Kalai.
tak banyak soalan pon yang di kemukakan. mungkin sebab peguam plantif sudah x ada hati nak teruskan perbicaraan apabila permohonan beliau ditolak.

Defendan ke 3.. i ler.. hehehe.
masa angkat sumpah.. terasa menggigil2 tangan i neh.
hahahahaha. ade jer cinta curik2 snap gambar tu.. tapi malu nak tempek.
kah kah kah kah kah.

untuk bahagian i.. hanya 3 soalan senang sahaja di tanya.
Alhamdulillah.. berjaya menjawab dengan tenang.
Syukur di beri kekuatan semangat dan kelancaran kata2 oleh NYA.

sesudah i beri keterangan. perbicaraan tamat.
Alhamdulillah.. Hakim dan semua lawyer bersetuju untuk tetapkan keputusan pada 25hb Ogos nih kalo tak silap. InsyaAllah.. kemenangan milik Kami dengan izin NYA.
dan besar sangat kemungkinan yang Hakim akan buang kes ini.. amin amin amin!

Selepas perbicaraan tamat, kami pon gerak untuk pulang.
di takdirkan Cinta dengan i satu lif dengan pihak plantif.
terdengar mereka bercakap dengan Lawyer mereka...

"Menyesal tidak terima Ofer yang ditawarkan"
:)

kalo Hakim putuskan buang kes.. maknanye 1 sen pon mereka tidak dapat..:)
kita tunggu keputusan nye nanti. Kemenangan pasti berpihak kepada yang benar.
Janji Allah itu Pasti!

Begitulah kesahnyeeeee... fanjang cecah lantai dah haaa.
kes ini benar2 memberikan i pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup i.
pengalaman yang mematangkan diri i.
pengalaman yang menyakinkan semua janji2 Allah.
Pengalaman yang mendekat lagi diri i pada Allah.
Pengalaman yang mengajar erti Allah Maha Penyayang.
Alhamdulillah Ya Allah..

Terima kasih Buat Suami Tersayang kerana sentiasa menjadik tulang belakang i.
sentiasa menemani i di kala suka dan duka.
Dialah yang menjadi penguat semangat i untuk menempuh ujian ini.
Terima Kasih Abang Atas segala pengorbanan Abang.

Sekian.. Kesah kesudahan kes mahkamah.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, August 11, 2014

...Kes Mahkamah | Detail Kes...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Lemau betol hari nih. huhuhu.

Hari Jumaat lepas i dah citer separuh dari citer kes i masuk mahkamah. ingat hari nih nak sambung citer tuh.. tapi nampaknye ade sedikit salah paham dr penceritaan i.
jadik.. n3 nih i nak citer detail pasal kes mahkamah tuh.

kes yang masuk ke mahkamah tempoh hari adalah kes tuntutan pembayaran dari Selangor Industrial Corporation S/B (SIC). Rangkaian Kini (Kampeni yang guna nama Datuk dan I)di saman dan di minta membayar tunggakan bayaran untuk bekalan bahan binaan yang di supply oleh SIC kepada Developer (PKNS Infra). Rangkaian Kini Adalah sebagai syarikat kontraktor yang menjalankan keje2 pembinaan.

Semua order bahan binaan adalah dari PKNS infra. Rangkaian kini hanya menanda tangani dokumen penerimaan bahan binaan di tapak projek sahaja. sign Delivery Oder (DO).
Jadik sepatutnye PKNS Infra yang perlu membayar harga bahan binaan tersebut. entah macam mana SIC pi sama rangkaian kini dan director2nye skali (i dengan datuk).

untuk perkukuhkan lagi saman dorang (SIC). maka keluarlah dokumen perjanjian yang telah memalsukan tanda tangan i dengan datuk. dokumen itu menunjukkan yang rangkaian kini adalah pihak yang membuat pesanan barangan binaan tersebut dan datuk dan i menjadik penjamin terhadap perjanjian itu. sehingga kini memang masih tak tahu siapa yang keluarkan dokumen ini. dan siapakan yang memalsukan tanda tangan kami.

Tuntutan sebenar dari  SIC.
Banyakkan! Oleh kerana pihak kami percaya yang pihak kami di pihak yang benar.
makanye kita lawan!!! hahahaha.
lepas Lawyer kami teliti dokumen saman. banyakkk sangat bende yang mengelirukan! bayangkan.. Invoice yang telah di bayar oleh PKNS infra pon mereka masuk jugak dalam tuntutan ke atas rangkaian kini. nampak sangat ade niat jahat. tu pasal Tuhan marah!.

Alhamdulillah.. Kami dapat lawyer yang sangat Handal! dengan izin Allah, banyak tuntutan yang bukan2 berjaya di buktikan oleh lawyer kami. tu pasal hari perbicaraan haitu.. mereka ajak selesai luar mahkamah.

perbicaraan lepas adalah untuk i dengan datuk membuat penafian ke atas dokumen perjanjian tersebut. laporan polis telah di buat untuk menafikan tanda tangan i dengan datuk. oleh kerana i dengan datuk telah menafikan dokumen dan tanda tangan tu, jadiknyee.. pihak plantif perlu membuktikan yang dokumen tersebut adalah benar. dan pihak plantif telah memanggil saksi yang menanda tangani dokumen tersebut di bahagian saksi. dan saksi itu lah yang telah hilang pada hari perbicaraan. 

haaa.. itu lah detail sebenar kes mahkamah i.
harap2 korang paham. hehehehe. itu jer yang termampu i jelaskan. hahaahah.
kalo x paham n nak i jelaskan pape lagi.. tanya kat komen.
kikikiki.

Sekian.. kesah kes mahkamah.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, August 8, 2014

...Update Kes Saman Di Mahkamah | Alhamdulillah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatannya. Aminn.

dah tengah hari baru ade peluang nak tulis citer.
almaklumlah.. kebelakangan ni asik cuti jer kan~
macam2 keje yang tertangguh. hari nih kena cover balik selaju boleh.

di kesempatan yang ade nih.. i cuba coretkan sedetail yang boleh kes mahkamah i tuh k~
harap2 korang paham. hehehe

6hb.. kelam kelibut kuar dari opis sebab nak kejarkan pukul 2.
skali.. hakim ade hal plak pukul 2 tu. jadik perbicaraan di tunda pada 7hb.
Alhamdulillah.. syukur sangat bila sesi perbicaraan di tangguhkan.
i tak bersedia uolsss! hahaha

pagi2 7hb, i ngan Cinta kuar gi bekfes kat mamak dulu.
oleh kerana hati x tenang.. habes sebungkus jer nasi lemak kecik.
dah lah nasi lemak sedap! tapi tekak x leh nak makan dah. nebessss!
kaloxnebesharusbukaknasilemakke2.


habes bekfes terus menuju ke mahkamah shah alam.
masa nih i hanya mampu membaca doa lancarkan kata2.. doa nabi yunus dan doa permudahkan urusan jer dalam kete.. Cinta pon x berani nak ajak i bersembang. nampak sangat muka bini dia tengah nebes. hahaha

9.30pagi sampai kat tingkat 8, mahkamah rendah.
masa nih perbicaraan belom berjalan. Hakim pon x sampai lagi.

bila sampai kat sana, My lawyer bagi sedikit penerangan ape yang i patut buat.
My Lawyer bagitau.. cakap jer ape citer yang betol. peluang untuk kami menang kes ini adalah sangat besar.

masa tengah tunggu hakim sampai. lawyer pihak plantif(tukang saman) datang jumpa i dengan datuk. dia confirmkan yang tanda tangan dalam dokumen perjanjian tu bukan tanda tangan kami.

ini dokumen perjanjian yang di maksudkan.
tanda tangan datuk dan i telah di palsukan.
itu bukan tandatangan kami.. jauh benor jer.. x de ruper langsung!
lepas confirmkan tandatangan, lawyer bagi pihak plantif cuba untuk selesaikan kes nih di luar mahkamah. tanpa perbicaraan.

Lawyer kami bagi 2 tawaran sahaja.

1. Settle luar mahkamah dan pihak kami akan bayar rm30k. (tuntutan mereka adalah beratus2k termasuk yuran guaman)

ATAU

2. teruskan perbicaraan.

Oleh kerana pihak plantif tidak bersetuju untuk menerima jumalah bayaran yang ditawarkan. jadiknye perbicaraan di teruskan. pihak kami x de ape2 halangan untuk teruskan perbicaraan.. sbb kes kami sangat senang. oleh kerana pihak plantif nak lawan jugak.. jadik pihak kami setuju untuk teruskan perbicaraan.

okeh.. stop sini dulu, kesah sengit semasa perbicaraan berlangsung akan menyusul.
fanjang dah neh.. adehhhh~
nanti i citer pasal saksi pihak plantif hilang~ memang betol2 sengit. dah rasa mcm tengah tengok drama kat TV plak.

Bersambung...





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...