Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Menu Diet Atkins. Show all posts
Showing posts with label Menu Diet Atkins. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

...Konnyaku Mee Sup DA...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Haini x seceria semalam. big boss dah balik Os.. hahaha

Sebenarnya haini ai nak up citer xtvt Kami masa My famili turun Shah Alam haitu. skali gambar2 kat hp x leh transfer pulakkkk.. baru plan nak ajak korang juling mata skali tgk gambar yang super duper banyak. x dapat ler haini. len kali ai try up balik k.

so, hari nih kita citer pasal menu Diet Atkins ai lah. kali nih kita share2 menu untuk orang yang dah complete 2 minggu induction pertama. bagi ai dulu.. selepas 2 bulan lah baru ai kenal makanan2 dibenarkan DA nih semua. Rendah Carb.

Konnyaku Mee sup.
masa memula budak2 KDA (kelab Diet Atkins) perkenalkan mee nih. perut ai meronta2 mintak nak makan jugak. dah lamaaaaaa sangat x makan mee.. uwaaaaa.
bermula lah misi mencarik Mee ini. bukan senang okeh!
nasib lah punya hubby yang sangat menyokong diet isteri dia yang terchenta ini.

ikut jer bini dia ajak gi carik kat mana.. memula care4 sek 24, takde! pastu tesco shah alam, takde jugak.. sedih giler tak jumpa! memang teringin betol nak makan mee. sekali masa ai beli barang dapur kat giant. tergerak hati nak try carik. sekali ade u!!
rasa nak menjerit sambil lompat bintang jer kat dalam giant tuh!
merata2 ai carik.. rupernya ade kat giant jer.. padahal tiap2 minggu ai gi giant beli telur sepapan besar. ceh!

camner ruper Mee konnyaku??

nih haaa! yang dalam mangkuk tuh adalah yang jenis cam kue tiaw. yang dalam bekas nih jenis mee cam bihun tuh.. halus2. ini adalah makanan vegi jepun. x de unsur2 binatang. 

Alhamdulillah.. dapat lah lepaskan gian nak makan mee. mee nih pon boleh goreng gak tau. sama jer cam mee goreng biasa. cuma tukar jer dengan mee nih.

okeh.. share sikit resipi mee sup ini.

Bahan-bahan.
Mee Konnyaku.
bawang putih sebijik.. ketuk jer.
bawang merah sebijik.. mayang kasar2.(nak elak makan bawang banyak)
lada hitam ikut suka. ai suka letak banyak2. kekeke

Cara Masak.
tumis bawang putih n merah sampai garing.
masukkan lada hitam.. kacau2 pastu masukkan air. suka hati nak kuah banyak mana.
masukkan perasa n garam sikit. pastu biar mendidih. 
kalo nak masukkan telur or ikan bilis pon boleh(optional)
dah mendidih.. masukkan mee. biar mendidih sekejap. siap!
sedia di makan.

sekian.. resipi menu DA.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 13, 2013

...Berjasa Sangat | Pemanggang Ajaib, Jawapan Soklan Semalam & Bungkusan Seaweed...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatan darinya.

Korang ingat lagi x citer ai pasal pemanggang ajaib idaman yang dapat free tuh?
alaaaa... yang kampeni tukar ekon baru pastu dapat free pemanggang ajaib.
baca citer penuh tuh kat SINI.

memang membantu betol tau pemanggang tuh. ai dapat pemanggan tuh masa bulan puasa haitu. senang keje ai bab2 nak panaskan lauk. letak jer dlm pemanggang tuh.

inilah pemanggang itu.
besar jasanye pada ai.
terutama dalam menjayakan menu DA ai.

tadaaaaa.. ayam panggang ai punye. hahahaha
salah satu menu DA lah nih. makan lauk jer~

perap dengan garam n kunyit jer.
pastu panggang. sekejap jer dh masak tau~ best betol!
memang dicadangkan lah beli pemanggang ini kalo nak berdiet.
senang keje nak sediakan makanan~

kalo beli harganye boleh tahan jugak kan~
nasib ai dapat free.. muehehehehe.

sekian.. kesah pemanggang ajaib.

ehhhhhh.. belom abes lagi!
kekeekke. nak jawab soklan2 kat n3 SEMALAM.
ai copypaste jer k~ malas nak printscreen. kikikiki







Blogger Tihara said...
syabas zura, akak nak jugak.. :)
guna minyak zaitun ke minyak masak biasa?
Kak.. guna minyak masak biasa jer. dalam DA kolestrol tidak diambil kira. kita hanya kena hati2 dengan pengambilan karbohidrat (carb) n gula jer. untuk pengetahuan semua, carb dalam minyak masak adalah 0g. so, x de masalah nak guna minyak masak biasa.






Blogger Atia Adina said...
x makan nasi ke?... akak kalo x makan nasi sehari pun dah rasa semacam ....
Blogger Masya said...
bgsnya nafira, macam² vaiasi makan DA tu.. maknanya makan tanpa nasi lah yer...
Dalam DA nih memang x boleh amik nasi. makan lauk jer.. so, makan itu jer lah sama air kosong.. kekeke


dan haini jugak nak tunjuk bungkusan seaweed yang ai guna untuk wat telur gulung semalam. makan sebagai kopok biasa pon boleh. hehehe

selamat diet semua.

Sekian.. kali nih betol2 sekian.kikikiki


p/s: korang pon mesti dah adekan pemanggang nih?? ape korang masak ek?? share sket!


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

...Menu DA Saya | Induction Phase...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceriaaaaaaaaa! kata nak diet~

okeh.. haini ai nak citer sikit pasal diet yang ai amalkan. Diet Atkins (DA).
fasa pertama DA ini adalah fasa induksi(induction).
fasa yang paling ketat dalam DA.
karbohidrat di had kan sebanyak 20g sahaja dlm sehari.
korang hanya di benarkan makan sayur, haiwan dan telur. air plak dibenarkan air kosong or green tea sahaja.

takmo citer panjang fasa 1 nih.. ai nak tunjuk2 kat korang ape JER yang ai boleh makan semasa induksi?
Induksi nih disarankan minimum 2 minggu tau~ tapi kalo berat cam ai, 2 minggu mana cukup nak turunkan sampai ke berat yang normal kan!
so, ai teruskan fasa 1 nih sampai sekarang. 

yang ai makan sepanjang induksi adalah..
telur, ayam, ikan makanan laut kecuali sotong dan daging. pastu ai ade amik sosej rendah carb iaitu sosej ayam brand Ramly(makanan proses adalah TIDAK digalakkan). bosan x???
sudah tentu2 lah bosan! jemu! asik makan bende yang sama jer. jadiknye, bagi menarik perhatian untuk berselera makan. makanye kita masak lah cantek2.. bagi nampak menariknye nak makan.. haaa.. gittuh!

gojes ke tidokkkk?
hahahahaahha.. sejak berDA nih ai makin kreatif nak hias makan. padahal dlm pinggan tuh ade telur jer pon.. hahaha.. 
Menu nih ai panggil telur gulung. yang hitam tuh seaweed rendah carb. nanti2 ai tunjuk ruper bungkusan seaweed tuh. malas plak nak carik n tampal kat sini skrg.. nanti2 ai upload k~ hahahahaha.

amacam???*sambil angkat kening.
telur goreng 2 bijik, ikan bilis goreng + keropok sosej (sosej tu potong nipis dan goreng)

ade banyak sebenarnye gambar menu.. tapi x sesuai untuk awal induction. next n3 ai akan bagi menu2 yg ai masak. sesuai untuk yang dh lepas induction 2 minggu tuh.
bila dah agak lama amal kan DA nih.. macam2 jugak boleh makan sebenarnye. tapi bendenye agak susah nak carik n mahal jugak harganye.

nanti pelan2 ai citer k~ kita mula dengan menu2 awal induction dulu. ai bukan makan telur jer ye sepanjang 2 minggu pertama (sebenarnya 2 bulan pertama bagi ai) ai makan jugak ikan, ayam, daging dan makanan laut. cuma x de gambar nak letak kat sini.
hehehehe

kalo lauk2 yang berkuah.. jangan amik kuah. makan lauk jer. pastu kalo makan ayam KFC or celop tepung. kena lah buang tepungnye yang rangup itu..huhuhuhu.

selamat berdiet semua. kalo nak tanya pape leh tinggalkan soklan kat komen k~

sekian.. citer Menu2 DA

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...