Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk mulakan minggu ini dengan aura yang positif.
Walaupon Mode Raya sudah datang. hehehehe.
Ahad semalam memang x gi mana2.. kagum jap dengan diri sendiri.. hahaha
duk umah wat kuih raya jer. Tapi hari sabtu petang tuh dah kuar dh. bawak anak2 jenjalan kat tesco sambil beli bahan2 nak wat kuih raya. hehehe
Kol 11 pagi kot baru start buat kuih raya. settlekan dulu anak2 baru bleh wat kuih dengan tenang.
My Anis sebagai pembantu.
My Delisha sebagai pengacau. nak tau dia buat ape?
jap lagi i bagitau~
Projek kuih semperit~
kuih kegemaran Ayah tersayang~
gigih jugak buat walaupon malas2 jer nak menggentel.
demi kuih raya ayah~ hehehehe.
sedulang biskut hampir rentung.
kerjaan anakda delisha yang solehah.
senyap2 dia gi pusing butang suhu sampai yang paling panas.
tau2 bau wangi pelik jer dari dapur.
kuar2 hitammm.. hahahahaha. sabor jer lah~
inilah anak solehah yang rentungkan biskut mamanye.
mama bizi gentel biskut kat meja makan.
dia pon bizi jaga oven kat dapur. bertuah sangat dapat anak2 yang rajin nih.
hahahahaha.
Alhamdulillah.. dapat lah 3 balang kecik biskut semperit.
1 untuk umah sendirik, 1 untuk umah My Ma dan satu untuk umah My Mak.
nunnn~ nampak popia mini yang beli dengan Alia Haryani haitu.
dah tinggal hujung2 balang dah. entah sempat raya ke tidokk. hahahha.
biskut paling hot kat rumah i.
popia nestum. tinggal lagi sebalang tutup hijau tu jer.
yang lain dah selamat di makan oleh anakda solehah 2 orang tuh.
makan lah nak~ nanti mak buat lagi yer.
sekian.. kesah biskut raya~






