Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, February 17, 2012

...Sedikit Info Pasal Tibi Tulang...

Salam semua..

hari ini ai bercuti.. babysitter ai cuti hari nih.. ade kenduri kat kelantan.. maka hari ini ai berguling2an bersama anak2 dan suami kat rumah.. my hubby keje malam minggu nih..

hari ni ai nak kongsikan sedikit info pasal penyakit Tibi Tulang yang di hidapi oleh adik lelaki ai.. semoga sedikit info ini membuka mata kita semua.. sama2lah kita menjaga kesihatan kita..

*********************************************************


Hampir 90 peratus kecenderungan penyakit batuk kering (turbecolosis) atau dikenali sebagai tibi membabitkan bahagian paru-paru. Bagaimanapun 10 peratus daripada jumlah itu terjadi di luar paru-paru termasuk sendi, lutut dan tulang belakang.


Tibi tulang belakang paling biasa di Malaysia. Bagaimanapun tidak ramai tahu mengenai perkara itu seperti mereka tidak tahu bahawa tibi di luar paru-paru berupaya membuatkan seseorang itu lumpuh jika tidak segera mendapat rawatan. Contohnya, jika tibi menyerang leher, tangan mungkin lumpuh.


Tibi tulang belakang atau disebut juga sebagai Pott’s paraplegia atau Pott’s disease disebabkan bakteria Mycobecterium tubercolosis. Tibi tulang belakang meningkat di seluruh dunia seiring dengan peningkatan pesakit HIV kerana antara golongan berisiko selain kanak-kanak dan orang tua adalah mereka yang mengalami masalah daya tahan penyakit.


Tibi tulang belakang boleh terjadi kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina dan had umur, tetapi dalam kajian akademik saya beberapa tahun lalu, satu pertiga pesakit di Malaysia adalah lelaki.


Walaupun tibi tulang belakang terjadi mungkin di bahagian atas atau bawah tulang belakang, ia merebak melalui pernafasan seperti mana tibi yang membabitkan paru-paru.

Apabila seseorang itu terdedah kepada pesakit tibi paru-paru, dia berisiko untuk berhadapan dengan jangkitan di paru-paru atau sendi lain termasuk tulang belakang.


Bagi tibi tulang belakang, jangkitan boleh merebak dari dua tulang berdekatan kepada ruang disc yang bersambung. Jika satu tulang saja berjangkit, disc itu normal tetapi jika ia membabitkan dua ruas tulang yang bersifat avascular (tiada salur darah), nutrisi tidak dapat diterima.


Justeru, tisu disc akan mati, patah, kering dan rapuh. Keadaan ini menyebabkan ruas tulang meruncing dan boleh membuatkan tulang patah dan kerosakan tulang belakang.


Kegagalan mendapatkan rawatan dengan segera boleh mengancam nyawa. Disebabkan tibi sangat pandai ‘mengajuk’ (mimic) penyakit barah, diagnosisnya memerlukan biopsi.
Simptom:

* Turun berat badan
* Hilang selera makan
* Demam yang sekejap datang dan sekejap sembuh
* Rasa kebas
* Badan lemah
* Sakit tulang belakang
* Tulang belakang bongkok ke depan
* Berpeluh waktu malam


Rawatan:

  • Rawatan tibi tulang belakang hampir sama dengan tibi paru-paru. Ia membabitkan penggunaan antibiotik. Bagaimanapun pengambilannya lebih lama berbanding tibi paru-paru iaitu menjangkau antara sembilan bulan ke satu setengah tahun.
  • Jika rawatan tidak diteruskan, bakteria akan menjadi kebal pada antibiotik. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah berulang.
  • Antibiotik juga rawatan yang baik bagi masalah penyakit yang tidak kronik. Sebaliknya, jika keadaan menjadi serius dan pesakit tidak bertindak balas dengan ubat dalam tempoh dua minggu, simptom semakin teruk, kelumpuhan semakin teruk dan nanah berkumpul dengan lebih banyak, pembedahan menjadi penyelesaian.
  • Tibi tulang belakang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat segera. Selain itu, kerosakan tulang belakang semakin teruk dan boleh merebak ke merata tempat termasuk otak.

Golongan Berisiko

  • Mereka yang mempunyai daya ketahanan penyakit yang lemah (pesakit HIV
  • Terdedah kepada penyakit tibi
  • Orang tua
  • Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun (tetapi masalah ini di kalangan kanak-kanak tidak sekerap orang dewasa)
  • Kanak-kanak di negara terpencil dan miskin

Fakta

  • Ditemui pakar bedah British, Percivall Pott (1714-1788)
  • Selalunya menyerang di bahagian atas tulang belakang
  • 10 peratus pesakit tibi adalah pesakit tibi tulang belakan
  • Boleh disembuhkan dengan antibiotik jika tidak serius

SUMBER

**************************************************************************

sebelom nih ai hanya tahu pasal tibi yang jenis batuk kering tuh.. masa memula dapat berita pasal penyakit tibi tulang nih.. ai terkejut jugak.. camner penyakit tibi tulang nih??.. bila dah godek2 kat internet.. sekarang ai dah mula mengenali tibi tulang nih..

syukur Alhamdulillah.. di malaysia ade rawatan untuk tibi tulang nih.. walaupon kena hadapi rawatan yang agak lama.. sekurang2nye pesakit ade harapan untuk sembuh..

semoga adik ai tabah hadapi ujian ini.. rajin2 makan ubat k~ jangan skip makan ubat.. moga lepas nih awak boleh bekerja semula..

doa kakak mu sentiasa mengiringi mu walaupon dari jauh.. bertabahlah adikku~

sekian.. n3 pasal Tibi Tulang.

p/s: Cerita lebih detail pasal rawatan adik lelaki ai di blog Neni

http://nenscollection.blogspot.com/2012/02/alhamdulillah.html

Wednesday, February 23, 2011

...Perkembangan fetus | 27 minggu...


hehehe.. saje je nak share info.. hehehe..

Click here to find out more!

uterusmulutmata

Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

**************************************

bandingkan ngan situasi ai k..

berat baby hari tu dah lebih 1 kg~ kekeke..cukup zat kot..

susah bernafas : yer! nak2 kalo lepas makan.. mengah jek rasa..

kejang Betis : dh kena dh sekali!! sakit wooo.. dokter kata x cukup kalsium.. lepas tuh ai terus jadik peminum susu tegar.. alhamdulillah~ x kena lagi dah lepas tuh..

gatal2 abdomen : yer! gatal perut.. kulit dah tegang.. ai belasah sapu lotion jek.. tak pon letak minyak baby.. menjadik jugak!

sekian.. n3 kongsi info..

p/s: ade sape2 nak share petua atau tips untuk ai.. di persilakan yer..:) TQ

Thursday, December 2, 2010

...Bas Untuk Wanita | SOKONG!!!...

ini bukan Bas Wanita itu.. from google

haaaaa... berita baik untuk wanita yang menggunakan bas rapid KL.. ade bas wanita di sediakan untuk kita kaum wanita... waaahhhh.. sgt perihatin lah syarikat bas ini.. tahniah~

ai dapat tahu pasal bas ni dari paper Berita Harian.. walaupon hari ni agak lambat baca paper.. tapi ai tetap nak share ngan u all semua... yang mana pompuan lah..

bagi lelaki plak.. boleh lah amik perhatian pasal nih.. jangan u all pi naik bas wanita nih plak.. kang x pasal2 masuk paper... "Salah Naik Bas" idak ke malu!!! kalo Bangla yang salah naik, boleh lah cakap x paham bahasa melayu.. kalo lelaki melayu yang gagah perkasa lagi bijaksana yang salah naik.. isk malu eh!!! ingat tuuu... JANGAN salah naik bas!!!

Bas Wanita nih Baru mula operasi semalam dan masih dalam tempoh percubaan.. harap2 mendapat sokongan ramai lah Bas Wanita nih!! banyak manfaat untuk kaum wanita..

walaupon Bas wanita ini untuk penumpang wanita sahaja.. tapi kanak2 lelaki berusia bawah 12 tahun dibenarkan naik dengan syarat ditemani wanita.. maksudnye~ kalo mak bawah anak lelaki bawah umur 12 tahun.. anak dia bulih ikut naik skali laaa... x yah ler tinggalkan anak kat bas stop tu.. tunggu bas lain~

haaaaa... bagus kan~ ai sokong sangat lah kalo ade Bas Wanita ni~ walaupon ai bukan pengguna tegar Bas Rapid KL.. harap2 lepas nih.. lagi banyak kemudahan yang di khaskan untuk wanita di wujudkan~ gittuu!!! rasa macam Menteri plak! muahahaha



sekian~ share isu Bas!

Berita Penuh Pasal Bas Wanita

p/s: Ape pendapat korang pasal isu nih?? sokong ke x???

Wednesday, December 1, 2010

...Mari Kita Menabung | Akaun Nuri...

haaaa.. last week ai ajak laki ai pergi bukak akaun nuri untuk My anis.. duit raya dia hari tu~ belom bank in kat mana2 lagi.. memang ngah survey2 jugak lah nak bukak akaun ape untuk my Anis.. skali dapat tahu kalo kita menabung dalam akaun nuri akan dapat hadiah setiap kali kita masukkan duit dalam akaun..

rasanye ramai yang dah tahu pasal akaun nuri nih kan~ mungkin ai jek baru serius nak amik tahu pasal akaun nih.. maklum lah.. baru ade anak..kikiki

dan inilah hasil dari tabungan pertama My anis.. bagus sebenarnya kalo ajar anak menabung nih.. tapi untuk permulaan.. mama ngan papa lah kena berkorban sikit.. mana tak nye... semua duit syiling mama kena masuk lam tabung dia~ diaaaa jugak yang untung~

Mai kita zoom skit ape yang My anis dapat bila buka akaun nuri nih..

dapat tabung.. ini untuk akaun baru sahaja.. ade minimum duit lah yang perlu untuk pertama kali bukak akaun untuk dapatkan tabung nih..


lagi... kad kelab nuri.. pelbagai diskaun ade untuk pemegang kad kelab nuri nih.. bila bukak akaun jek terus dapat kad nih.. untung2~

haaaa... ini plak hadiah untuk jumlah tabungan pertama My anis.. kalo korang nak tahu.. banyak hadiah yang ditawarkan.. contohnye..beg sekolah, alat tulis, key chain dan macam2 lagi lah!! semuanye bergantung kepada nilai yang kita masukkan dalam akaun tu~ berbaloi2!! menabung pastu dapat hadiah~

bila tengok hadiah2 yang di tawarkan.. memang bersemangat jek nak menabung lagi dalam akaun tuh.. muehehehe.. kiranya hadiah tu sebagai pendorong lah kan..

haaaa... pada sesape yang ade anak tu.. boleh lah start buka akaun nuri nih.. x rugi menabung nih~ untuk masa depan anak tu jugak~hadiah nye..mak ayah boleh guna sekaki..muahahaha

sekian.. citer pasal akaun nuri..

p/s: ai bukan duta akaun nuri yer~ boleh ka mintak komisen dari bank rakyat?? lalalala

Saturday, November 20, 2010

...Suka Makan Buah-buahan Tak???...

haaaaa... sape suka makan buah-buahan??? mesti ramai yang suka makan buah kan.. maklumlah..kat mesia nih memang kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan yang sedap lagi berkhasiat nih...

okeh~ hari ni nak share sket ilmu kat korang semua.. info nih pon ai dapat masa baca paper Berita Harian... mai pakat2 baca pastu pakat2 makan buah k~ yum yum~


Anggur/kismis
  • Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

  • Oren
  • Untuk menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Anti oksidan, membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah
  • Epal
  • Mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan anti oksidan.

    Pear
  • Antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

    Pisang kaki
  • Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

    Mangga
  • Antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.

    Kiwi
  • Membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

    Pisang
  • Antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan ciri-birit dan juga sembelit.


  • walaweh!!!! banyakkan khasiat makan buah-buahan tu~ lagi2 untuk ibu mengandung macam ai nih.. lepas nih boleh beli buah2an banyak2.. buat stok dalam peti ais.. yum yum.. dah lah sedap2.. banyak khasiat plak tuh~

    ape lagi.. meh pakat2 makan buah-buahan banyak2!!

    sekian.. info fasal buah2an..

    p/s: sape nak banjer ai makan buah sila jangan malu2 nak cakap yer.. ai x malu nak makan buah2an orang banjer nih.. mesti lagi sedap kan~ muahaha
  • p/s: mengancam x gambar buah2 tuh???.. ai saja jek pilih gambar yang menggiurkan.. sajeeeee... nak kasi korang terliur~ muahahaha

    Wednesday, July 14, 2010

    ...Ai sudah~ Korang???...

    fuhhhh~ baru ade can nak tulis entry u~ bz sungguh hari ini.. bukan bz ke buat keje.. tapi BZ mencari bende hilang.. walaweh!!!!!! masa jumpe tadi rasa nak piat2 jek telinga big bos ai tuh!!! seb baik bos.. kalo opismate konfem ai cubit perut skali~ geram sungguh...

    bila dah hilang mula lah dia kata pass bagi orang tuh.. pass bagi orang nih.. last2 jumpe terselit kat kelenda meja dia... haih~ sabor jek lah.. eh eh eh! jauh tersimpang dari tajuk plak..muahahaha.. luahan perasaan tadi... kikikiki


    haaaaaa... nak tanya.. rumah korang dah kena Banci dah???? rumah ai dah... ai kan rakyat malaysia yang suka bagi kerjasama.. muahahaha.. sebenarnya hubby ai yang melayan orang tukang banci tuh.. ai duk masak kat dapat.. memula dengar orang sembang2 kat luar.. ingatkan ade org datang kumpul derma utk masjid..sebab kat taman tuh memang slalu ade wat kutipan untuk masjid..

    skali hubby masuk dapur cakap ada org datang banci.. alahaiiii.. terlepas nak tengok cam ner orang banci.. hubby ai cakap.. dia tanya soklan2 simple jek.. bape orang tinggal dalam rumah.. pendapatan isi rumah... cam tuh jek.. pastu dia tampal stiker kat pintu.. lupa plak nak snap pic stiker tuh..

    hari tuh ai dengar luahan perasaan pekerja banci kat radio hotfm.. dorang cakap susah nak dapatkan kerjasama.. ramai yang x bukak pintu... katanya lagi.. kalo masuk kawasan perumahan elite lagi susah nak banci.. siankan~ korang bayangkan dari 100 buah rumah baru dapat 8 buah rumah..haih boleh stress jugak nak banci nih.. muehehe...

    sama-samalah kita bagi kerjasama pada mereka k~ kalo takut nak bukak pintu.. kunci jek grill rumah.. kiranya bagi maklumat dari dalam rumah laaaa... janji kerja dorang boleh jalan..

    sekian... n3 pasal BANCI bukan BENCI

    p/s: korang dah kena banci blom???

    Wednesday, February 3, 2010

    ...Kupon Diskaun Giant...


    haaaa.. tadi ai ade citer pasal ai dapat kupon diskaun dr giant kan...
    ni lah rupenye... 1 buku.. tebal plak tu... laku sampai 28.03.2010.. sempat lagi nak guna 2 3 kupon...

    haaaaaa... tebal tak u??? tebaalllll... macam2 kupon diskaun ade..
    meh ai tunjuk sikit kat u all.. ai pilih mana ai berkenan jek la... kalo u x puas hati u leh dapatkan sendirik buku kupon nih... boleh tgk sume kupon yang ade... siap boleh guna lagii..

    pempes anak!!! haaaaa.. dapat diskaun 2 ringgit okeh lah kan...

    susu anak!!! haaaaa.. dapat 4 hengget u!!! apalagi.. sambau lah!!
    satu kupon valid utk 1 item jek..

    haaaaa... pencuci muka ai pon ade diskaun... konfem kena gi beli.. kalo x rugi besau!!!

    utk makanan pon ade... pendek citer.. sume ade diskaun lah.. beza banyak ngan sikit jek..
    kalo u all guna sume kupon diskaun nih.. u all leh save sebanyak RM 1,188.00.. haaaa banyak tuh... sape nak kasi kan!!!

    so.. ape tunggu lagi... cepat dapatkan buku kupon diskaun nih..

    AMARAN: Ai bukan duta Giant..kikiki..saje je nak share bende baik dengan u all sume..

    p/s: boleh ke ai dapat komisen dari Giant???boleh laaaaa...hehehehehhehehe








    Friday, January 22, 2010

    ...Nak Kongsi ngan semua...

    Duduk terlalu lama bahaya kesihatan


    Kajian dapati amalan punca serangan jantung

    LONDON: Saintis memberi amaran duduk untuk satu tempoh lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam.

    Penyelidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk tidak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati. Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan dan Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama.

    Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.

    "Selepas empat jam duduk, badan kita akan menghantar isyarat yang tidak menyenangkan," kata Ekblom-Bak.

    Beliau berkata, gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan mula berhenti bertindak jika seseorang duduk pada tempoh lama.

    Pakar aktiviti fizikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tim Armstrong, berkata mereka yang bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa duduk mungkin tidak dapat manfaat aktiviti senaman mereka.

    Satu kajian diterbit tahun lalu yang menjejaki tabiat 17,000 warga Kanada bagi tempoh 12 tahun, mendapati mereka yang duduk paling lama berdepan risiko kematian lebih tinggi, walaupun mereka kerap bersenam.

    "Kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan," kata Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge, yang mengetuai kajian di Kanada berkenaan.

    Perangkaan dalam kajian di AS pada 2003-2004 mendapati rakyat negara itu menghabiskan separuh daripada masa mereka duduk, sama ada ketika kerja atau memandu. � Agensi


    ayooookkkkk!!!!
    cam ner nih??? x kan nak wat keje sambil jalan ye dak??
    kalo byk keje cam lam gambar tuh!!! mana sempat nak jalan2 kan! kan!
    keje aku tidak ler seperti dalam gambar di atas.. tapi kalo cam tuh lah..
    konfem aku berenti keje dh..
    x sanggup ai!!!

    korang keje banyak duduk x????

    p/s: sepantas kilat bangun dan trus jenjalan carik gosip!!opsssttt~






    Tuesday, January 5, 2010

    ...Info Bersama..Rawatan Mata...

    salam..
    sudah keluar lunch ke u all.. aku kat opis lagi.. baru abes settlekan keje..
    tetiba teringat.. ade bende nak kongsi ngan u all..

    hari tu ai ade gi karnival yang kat stadium shah alam.. ramai jugak blogger yang pergi dan buat n3 pasal karnival tuh..

    aku gi kat sana sebab aku nak gi tru rawatan mata kat permata hijrah punye booth..
    aku dapat informasi pasal rawatan mata nih kat tv.. pastu aku surf internet masuk website dia.. skali dia ade wat rawatan percuma kat karnival tuh.. dan2 tu jugak aku ajak hubby gi sana..

    dan hasilnye adalah..

    aku mencuba rawatan percuma itu.. siap kai cermin mata belalang lagi..
    aku ni ada masalah silau.. rabun ade sket2 jek.. bila aku guna komputer berlebihan.. mula lah sakit kepala.. so aku pon try rawatan untuk silau..

    dia guna ubat titik dan spray..

    ni ubat titik yang dia gunakan..

    ni plak ubat yang dia spay kat mata aku.. dh siap spray baru dia pakaikan spek mata belalang tu.. cermin mata tu sebenarnya untuk urut mata kita.. rasa rileks jek masa kai spek tu.. harga dia pon tak mahal tau.. RM 120.00 sahaja.. berbaloilah kalo beli..

    hajat di hati aku.. aku nak cuba ubat yang titik2 tu.. untuk siang dan malam.. masa kat karnival hari tu ade ofer.. harga dia RM100.00 jek untuk 2 ubat tu...
    mana tau dengan izin Allah.. aku x yah kai spek dah lepas nih... aminnnn..

    sesiapa yang rasa nak cuba atau nak tahu informasi lebih lanjut pasal ubat nih.. korang try masuk web site dia..

    www.permatahijrah.com

    sekian.. kongsi info untuk hari ini..
    nak gi lunch jap...
    muashxx!!







    Tuesday, December 29, 2009

    ...Semalam adalah Cuti sakit...

    salam..
    apa khabar semua??.. rindu sgt kat u all sume.. rasa cam byk sgt dah yang tertinggal kat blog u all..
    x sempat nak baca semua lagi pagi nih..

    semalam aku adalah cuti sakit..
    sebab???


    tekanan darah aku naik...huhuhuhu.. 150/90.. aku sendiri pon x tahu kenapa tekanan darah aku boleh naik.. doktor kata tinggi untuk org umur cam aku..huhuhu

    masa pregnent dulu mmg aku ade sejarah BP tinggi.. lepas bersalin dh okeh dh.. tapi entah macam mana boleh datang balik.. dan aku adalah tidak mengandung...
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

    nak kata banyak pikir tu.. x de melampau sgt memikir..
    tekanan keje.. adelah sket2..
    adehhh haiii... aku pon x bape nak pasti kenapa..

    okeh.. hari ni aku nak kongsi info pasal tekanan darah tinggi nih ngan korang sume..
    biar kita sama-sama tahu dan amik tindakan sewajarnye untuk elak dari serangan penyakit ini..


    Tekanan Darah Tinggi

    Bagaimana tekanan darah diukur?

    Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut -120/80mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring. Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar tekanan darah optima iaitu 130/80 mmHg.

    6_21bloodpressure

    Jenis-jenis Darah Tinggi

    Hipertensi Primer

    Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah:

    • Sejarah hipertensi dalam keluarga
    • Kegemukan
    • Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
    • Merokok
    • Tekanan yang melampau.




    Hipertensi Sekunder

    Bentuk ini, seperti yang digambarkan oleh namanya. Adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/ penyakit-penyakit yang lain seperti:

    • Penyakit-penyakit ginjal
    • Penyakit-penyakit endokrin
    • Disebabkan ubat
    • Kecacatan kelahiran
    • Punca-punca lain.

    Komplikasi-komplikasi

    Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dipantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti:-

    • Strok- yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah
    • Jantung- salur darah yang membekalkan otot jantung disekat sepenuhnya
    • Kegagalan jantung- jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukup- cukupnya
    • Kerosakan ginjal
    • Kerosakan mata

    Gejala

    Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapt hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut:-

    • Tekanan distolik melebihi 90 mmHg
    • Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari
    • Tercungap-cungap
    • Pandangan yang Kabur
    • Pendarahan di hidung yang sering berulang
    • Sakit kepala yang berterusan
    • Pening

    Rawatan

    Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

    Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

    • Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda
    • Baca label-label makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam
    • Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat
    • Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling bertindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda
    • Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna

    Elakkan

    • Makanan yang tinggi lemak dan garamnya
    • Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium
    • Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda
    • Merokok
    • Minuman beralkohol
    • Kekurangan senaman
    • Kerisauan
    • Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan
    SUMBER

    p/s: sesiapa yang ade petua atau tips untuk kurangkan tekanan darah tinggi.. silalah konsi ngan aku.. sbb nye esok aku kena pi cek lagi...huhuhuhu..takut!!!!!





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...