Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, March 10, 2017

... Prebiotik Semulajadi Dalam Keledek | Makan Untuk Sihat...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Semoga kita semua mendapat keberkatan nya. Aminn.

Haini nak share ilmu pasal makan.
hahahaha.. makan pon ade ilmu okehhh.

ini keledek nama dia. Sweet potato omputih cakap.
haaaa.. sedapkan! kan! kan! Harus lah sedappp.

Dalam sedap2 keledek nih, 
i nak share keledek ni mengandungi Prebiotik semula jadi.
Prebiotik tuh adalah makanan untuk kuman baik dalam usus kita.
Kuman baik tu pulak, kuman yang lawan dengan kuman jahat dalam usus kita.

jadik, kalo nak miliki kesihatan yang baik.
usus kita pon kena lah sihat. jadik bglah makanan yang cukup pada kuman baik dalam usus kita. kalo kuman baik kita cukup makan, harus lah bertenaga nak lawan kuman jahat kan~
paham ke tidokkkkkkk? harap2 paham lah. hahahaha

selain keledek, pisang jugak mengandungi prebiotik semulajadi.
ilmu yang baik nih i dapat daripada BFF i.
Bende baik harus lah di kongsikan~
So, lepas nih boleh lah sama-sama amalkan makanan untuk kesihatan ni.
kat rumah i pon dah start bagi anak2 makan makanan sihat.
Semoga anak3 i sentiasa sihat dan di berikan antibodi badan yang kuat. Aminnn.

last skali nak share.
Imam muda Amzar yang hensom.
Ahaks.


Sekian..



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, March 3, 2017

...Chiken Wrap Kasih Sayang | Buat Sendiri Lagi Puas Hati...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat Yang Penuh Barakah.
Moga kita sama-sama mendapat Berkat nya. Amin~

Korang dah makan menu baru KFC.
tak tau lah menu baru or menu ulang ikut musim.

Gambar dari Google.
Menu Twister nih??? dah try dah?
Masa Cinta gaji haitu, Cinta belanja Kami semua makan KFC.
cinta oder skali menu baru nih.
2 2 jenis pon Cinta oder.
eh eh.. sedap pulakkkkk. nak mintak beli lagi jenuh jugak kan.

Masa gi shopping kat giant hujung minggu hari tu, Anis mintak belikan Nuget Ayam. Tengok pesen nuget tuh macam sesuai nak buat wrap ala2 KFC Twister ni.
ape lagi, trus carik bahan2. beli Wrap yang 8 pcs.

Tudiaaaaa...
Twister Versi Mama Gojes nama di beri.
Amacam??? mengancam ke tidokkkk???
dapat lah sorang 1.

tengah2 makan. x cukup pulak. Wrap tinggal lagi 2 jer sebab 1 sudah rentung. kah kah kah kah. ralit sangat duk membungkus lupa 1 lempeng dlm kuali.
skali kuar bau hangit. hahahaha
So, Malam tuh habes lah sebungkus Wrap tuh kami buat.
Rasa Twister kami boleh tahan sedap.
Maklumlah, di buat dengan penuh kasih sayang Khennn.


Lepas nih x yah dah beli. Buat sendiri lagi berbaloi.
sedap dan boleh makan banyak.
hahahahahaha.

Sekian.. 





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, March 2, 2017

...Kenangan Indah | Milo Keras...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis. 

Hari nih nak up citer mengulit kenangan gituh.
kenangan Kami 3 Badik pompuan masa kecik2 dulu.

Korang pernah makan Milo keras??
dalam gambar tuh adalah contoh rupe milo keras.
kalo ratah milo tuh memang perkara biasa dengar.
ini makan milo yang dah keras.

Pergghhh.. sedap okeyyy!!!
nak dapat kan milo keras nih bukan senang tau. kena kreatif tahap langit ke 7.
kah kah kah kah kah kah.

Masa Kami 3 badik kecik2 dulu, macam2 kaedah di gunakan untuk keraskan milo.
paling dasyat punye kreatif adalah Adik na. Adik paling bongsu.
kaedah yang paling biasa di gunakan, bungkus milo dlm kertas. kalo dulu koyak buku tulis yg belom guna ajer. lipat cantek2. pastu masukkan dalam peti ais. bukan bahagian beku. bahagian bawah jer.

kalo letak pagi, petang2 sket dah boleh makan dah. dah keras.
kalo nak lagi sedap. letak haini, esok baru amik.
bersusun2 bungkusan milo dalam peti ais Ma. 
hahahahahaha.

Kalo adik Na punye kreatif pulak, ko jangan terkejut kalo tetiba bawah iron ade bungkusan milo dia. dia letak bawah iron sebab nak kasi milo tu penyek.
kreatif kan! hahahahhaha. 

Tapi sekarang x de dah i buat keje bungkus2 nih.
Hobi makan milo keras tuh masih ada. 
Tapi kaedah yg di gunakan lebih matang. hahahaha

bila milo dah nak habes. i sengaja tinggalkan sikit milo dlm bekas milo tuh. 
kalo kena buka milo lain, guna bekas lain.
biarkan milo tuh sehari atau lebih.
Tadaaaaaa... milo keras sudah sedia di makan.
Kah kah kah kah.

dah amik milo keras, Ko jangan lah buat keras jugak.
basuh lah bekas milo tuh. kang tak pasal Mak/bini jadik tarzanawati pulak kan.
Okehlah.. Selamat mencuba lah.
sedap tau milo keras nih. nikmat yang sukar di temui.
muahahahahaha.

Sekian.. 
Muashxx!



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, March 1, 2017

...Ewant Electric Pressure Cooker | Resipi Chicken Bone Broth | Stok Ayam | Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Ceria-ceria selalu okeyyyy.

Hari ini nak citer Pasal Electric Pressure Cooker(PC), 
Nak share resipi Chicken Bone Broth(CBB) Dan Kebaikkan CBB.

Ewant Electric Pressure Cooker.
baru beli. kah kah kah kah. kat lazada.
beli masa ofer giler2. CNY ofer.

 Harga asal : RM480.00
Harga lepas diskaun: RM 198.99
Harga Sale CNY: RM 168.00 Dengan Voucher
 tengok harga tu haruslah melompat nak belikan.
mmg dah lama survey harga PC ni.
Alhamdulillah.. Cinta bagi green light. trus oder.
esoknye trus sampai kat tangan. pantas!

Ewant PC nih adalah jenama baru di pasaran.
kalo google resipi guna PC nih mmg x jumpa lagi setakat ni.
jadiknye, terpaksa lah i godek2 sendirik.

Hujung minggu haritu i godek2 PC nih.
guna untuk masak Chicken Bone Broth. CBB.
CBB nih sgt baik untuk menaikkan antibodi badan. nanti i share kebaikkan CBB nih okeh.
CBB nih i buat khas untuk masak bubur Amzar.
Iyeeee.. Amzar masih makan bubur.
setiap hari memang akan bekalkan bubur ke rumah pengasuh dia.
Alhamdulillah, selepas amalkan CBB dan amik supplement tambahan, 
kesihatan Amzar memang sgt baik.
jarang demam, kalo demam pon just dedar2 jer badan dia. x melarat sampai dia melepek.

Hasil CBB yang i buat guna PC.
yang bagus guna PC nih kita jimat semua. jimat masa, jimat duit.
hasil pon meriah! kalo masak CBB guna periuk biasa.
korang kena rebus CBB tu koman2 pon 4 jam.
dah habes masak 4 jam tuh, air CBB pon dah tinggal setengah periuk.

Kalo buat CBB guna PC, amik masa 2 jam ajer.
semua bahan2 lembut sampai boleh lenyek2 hancur.
air CBB pon x kurang banyak. boleh kata air memang x kurang lah.
tu pasal hasil CBB kali meriah sampai penuh peti ais. 
hahahahaha.. Puas hati hoiii.

Resipi Chicken Bone Broth CBB/Stok Ayam.

Ayam-Bahagian tulang2, i pakai kaki ayam.
Lobak merah (Carrot)
Daun Saderi (Celery)
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 1 labu.
Tomato
Rempah 4 sekawan
Cuka Epal.

*kawan i kata boleh tambah brocoli dan keledek jugak dalam CBB

Cara-cara masak guna PC

Masukkan jer semua bahan2 dia atas dalam periuk.
letak air max yang di benarkan PC korang.

Kalo pakai Ewant PC. korang tekan MEAT.
lepas tu ejas masa jadik 1 jam (maximum)
OK.

Lepas habes 1 jam. i tambah lagi satu jam sebab nak semua isi2 dan bahan2 CBB lembut selembutnya. settle jam ke 2.
CBB tip top!

sejukkan dan mintak Cinta bungkus jadik eskrem.
hahahahahahaha.

okeh.. dah panjang cecah lantai dah ni.
next n3 i share kebaikkan CBB nih k.

Selamat mencuba~

Sekian.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, February 23, 2017

...Aroma Ikan Bakar | Penggemar Makanan Laut...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Semoga Hari ini lebih baik daripada semalam. Amin~

Haini pon nak up citer lama.
lama x lama sgt lah.. nak tempek jugak lah sebagai kenang2an.
Pergi makan seafood kat Aroma IKan Bakar, Jeram.
Walaupon agak jauh, dan boleh tahan gak harga seafood kat sana.
tapi tetap gigih ke sana.
hahahahaha

Seawal 10 pagi kami dah kuar dari rumah. 
singgah di Tesco dulu untuk borong susu Amzar.
pukul 11 baru betol2 gerak ke Jeram.

Image result for aroma ikan bakar
Ini waktu operasi Kedai Makan yang kami nak pergi tuh.
Sabtu & Ahad buka pukul 12. jadik kami gerak awal sbb nak cop tempat.
nak duduk kat pondok. hehehe

Kali ni pergi anak dah 3 orang.
Kali pertama bawa Amzar makan di sini.
Alhamdulillah, Kak Long dah boleh dah handle Amzar.
senang sket keje mama.

dah bosan layan upin ipin kat tv belakang,
dia nak lompat gi kat mama.
mula lah buat muka kesian. mintak tek.

Pukul 11.30 kami dah sampai kat Jeram. 
hahahahah. walaupon kedai mula pukul 12. tapi kami tetap masuk kedai tanya dh boleh oder ke belom. skali dorang cakap dah boleh order.
Kami jadik pelanggan pertama hari tu.

dah dapat pondok untuk makan, trus pilih seafood.
kalo ikutkan nafsu tekak memang nak amik jer banyak2. 
Tapi kali nih pergi dengan Iman mungkin.
berjaya pilih seafood dengan waras.
kah kah kah kah kah.

 My Anis.

My Delisha & My Anis.

Nampak x kedai masih kosong~
bukti kami jadik Pelanggang pertama!
hahahahaha.

Tempat makan pilihan Kami.
Pondok. kalo dulu pondok nih kena caj RM20.
tapi pergi kali nih x de caj dah untuk pondok nih.
Alhamdulillah.

cer tgk meja lain belakang pondok Kami.
lengang dan kosong kan!
boleh pilih di mana saja tempat untuk makan.


Sotong celop tepong, Udang butter, Kailan ikan masin & Kerapu stim.
ikan kerapu stim belom sampai lagi masa nih.
semua orang tunggu hidangan terakhir sampai.
Hanya Amzar jer dah makan dulu. hahhaha.
sebab dia ade acara lain lepas makan.

acara main pasir. hahahahaha
mama papa makan, kakak2 dia tolong tengok kan adik.
lepas kami makan, tgk dia dah mandi pasir.
satu hal pulak nak buang pasir dlm rambut dia.
sabor jer lah.

Pada mereka yang suka makan seafood boleh lah terjah ke sini.
seafood dia segar2. pilihan pon agak banyak jugak.
Total makan Kami hari tuh. RM130.00
Termasuk air kelapa 1 jug.

Sekian..


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, May 10, 2016

...Pulut Pagi & Nasi Lemak Lejen...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin~

Cuti Hari Buruh haitu kami balik kampung.
Cinta pergi candat sotong, i ngan anak2 tinggal umah My Ma.
of cos lah sonok dapat balik kampung kan.
lepas kan rindu kat My Ma n My Ayah. 
Rumah Mak x sempat pergi lah. sebab cuti sekejap jer.
Cinta jer balik umah mak sebelom gi candat sotong tu.

bende yang best kat rumah My Ma adalah xtvt makan2.
hahahahahahaha. sebut jer nak makan ape. mesti akan di usahakan.
makanan wajib buat bila anak2 balik.

Nasi lemak lejen My Ma. yummehhhh!
Sambal ikan tongkol(ikan Aye) + 
Sambal sotong(optional-musim sotong kan nih) + 
ikan bilis krup krap krup krap(rangup) +
Telor rebus +
Ulam timun.

makan sampai x ingat orang belakang wehhhh.
siapa bangun lambat memang dapat makan sikit jer lah. hahahahaha
sedapnyeeeeeee. sendirik terlio. hahaha

pulut pagi + ikan kering.
fulammakkkkkk.. sedapnye sebab lama dah x makan.
kebetulan Ma cakap ade beras pulut. trus on lah kan~
memang sedap x terkata bila dapat makan makanan yang sedap2.

baru balik bape hari, terasa dh cukup bam bam dah. hahahaha
asik makan makanan sedap2 jer.

Terima kasih buat My Ma yang sentiasa masak sedap2 untuk anak2 Ma.
Sayangggg Ma sangat2.

Sekian.. n3 buat korang terlio.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, April 18, 2016

...Cerita Nak Bagi Terliur | Awas!!...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Isnin.
cuba untuk memulakan minggu ini dengan Aura yang positif.

Jumaat i amik Emergency Leave, Anakda Amzar x sihat.
Sabtu paksa diri untuk masuk keje.
tapi jiwa lemau asik pikir anakda x sihat tuh.

Nasib lah hari sabtu tu ade penguat semangat.
hahahahaahha

Nindiaaaaaaa.. penguat semangat sangat khennnnn~
Karipap pusing Aeon Big!
besar gabak nih.
inti kentang + telur.
sebijik RM1.60

Dah lama tingin nak makan nihhh.
dari teringin tengok OKjer tayang karipap segera dia.
Pastu tengok pulak Mama Aiyan tayang epok2 lejen dia.
meronta "anak2" dalam perut mintak nak makan karipap jugak hoiii.

pastu demand pulak.
nak makan yang sedap2 dan yang mahal2 jer.
kuang asam punye 'anak2' nih. 
makan jer lah yang murah2. karipap jugak!
heiiii.. ape ko melalut nihhhh!

Amacam??? terliur dakkkkkk???
i terlio nih uols! sendirik tulis n3, sendirik terlio. adehaiii.
maaf yer pada makbuyung2 yang terlio.
muehehehehehe

Sekiannnn.. n3 nak bagi korang terlio.
*larik lintang pukang!




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, April 7, 2016

...Main Masak-Masak Dengan My Anis...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
ceria2 selalu okeh~

Hari sabtu haitu i masak spageti carbonara yang sedap tak ingat dunia. hak hak hak. tapi sayangnye My Anis tak nak makan pulak. Delisha makan bertambah2 sampai 3 kali. kemain suka dia makan spageti carbonara mama dia. hahaha

My Anis nih dia makan memang memilih sket.
kalo lauk kegemaran dia, dia akan makan banyak. 
kalo bukan feberet dia nak suh makan sikit pon susah.
paling geram bila dia cakap.. Kakak x de mood lah nak kunyah makanan.
boleh?? boleh?? geramkan!
tu pasal perut dia selalu masuk angin. lalu mama dia pon naik angin. hahahaha

Hari Ahadnye i tanya dia nak makan ape. 
nasi ade, lauk belom ade lagi. i cadangkan pada dia buat nasi goreng.
dia kata okeh.. tapi dia nak tolong masak skali.
cantek sangat lah tuh kalo nak tolong masak skali.

sementara i prepare bahan, dia ajar Delisha buat homework.
dengarlah anakda Delisha yang manis tuh menangis2 sambil buat homework sebab susah katanye. sampai berlobang buku tulis dia.
sabarrrrr je lah.

lepas siap prepare bahan2. i ajak dia masak.
kemain eksited dia. hahahaha. i bukan x nak ajak dia masak skali.
tapi i takut minyak meletup ker. kena cerek panas ke. 
macam2 lah mak2 pikir kan.

 Alhamdulillah.. siap nasi goreng putih x pedas.
sejak ade anak nih masak ape pon kena kurang pedas. kalo rasa nak pedas. gigitlah cili padi. hahahahaha.

kebetulan balik dr shopping barang dapur ade nuget.
suh My Anis goreng nuget. dah boleh harap dah anak i nih.
skali ajar jer trus lulus. cantek jer hasil gorengannye.

habuan untuk tekak di musim panas.
masa kat giant beli susu cair. buah2an dlm tin mmg dah ade. trus bancuh sajalah.
sedapppp... sejuk jer tekak. hehehehe
Alhamdulillah.. bertambah2 my Anis makan nasi goreng dia haitu.
lega tengok kalo dia berselera makan.
kalo My delisha mmg selalu berselera. hahahahaha

sekian.. kesah main masak2.






 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, April 5, 2016

...Ayam Penyet...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Moga Hari ini lebih baik dari semalam.. amin~

masa My birthday haitu tak de rasa nak makan kek.
tapi teringin nak makan ayam penyet. lama dah rasanye x makan Ayam penyet kat padang jawa shah alam. rasanye last makan masa peknen Amzar.

walaupon dah boleh agak mesti huru hara time makan sebab ade si kecik tuh.
tapi gigih jugak pergi makan. hahahahaha.

kiut tak shayeee??? hahahahaha
memang betol tekaan i, huru hara dengan hero kecik nih.
Amzar nih pesen dia tido awal.
bila kuar makan malam. mula lah dia merengek.

memula duduk ok lagi.. umpan cawan air masak dia.
dah puas minum dia tuang air masak dia sampai lencun. hahaha
mama gojes tengah sibuk cubitkan lauk untuk delisha.
order pada malam itu. 2 ayam + 2 bebola daging.

selfie dulu papa kata. hahaha
umpan sudu n cawan plastik. sekejap jer dia main. pastu di balingnye ke lantai.
hahahahahaha.

sibuk ngan tab. sebelom kena jeling ngan mama.
kat meja makan x boleh main tab.

Kak Long.. peace.
sudah boleh di harap untuk bantu mama.

Kak Ngah Delisha..
anak yang manis.. tapi punye perangai yang kadang2 menguji kesabaran mama.
sabor jer lah.

Me n My Anis. 
selamat menjamu mata.
makan malam tu gilir2 ngan Cinta sebab Amzar start merengek bila kami start makan.
ape boleh buat, adat lah ade anak kecik. makan pon laju2 jer.
janji dapat lepaskan teringin di tekak. hahahaha

sekian.. kesah kelam kabut di kedai makan.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, November 25, 2015

...Milo + Kurma | Tips Tambah Susu...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Semangat! semangat! semangat!

aduhaiii... lemau betol hari nih~
dengan cuaca sejuk2 camnih, mata asik nak tertutup jer.
tempat korang hujan gak ke pagi nih?

Milo + Kurma.
peneman di kala kebosanan kat opis.
selain untuk alas perut, makanan nih jugak tips untuk tambah susu badan.
sejak 2 menjak nih susu badan down sket.
walaupon Amzar dah minum susu formula, tapi kat rumah dia lebih suka melekat ngan mama dia. bila susu x de mula lah dia membebel2.

lepas cuba beberapa tips, nampaknye Tips Milo + kurma nih agak menjadi pada i.
tapi jenuh gak lah nak tambah stok kurma.
selalunye bulan puasa senang nak dapat stok. harga pon murah jer.
bila bukan bulan puasa, susah nak topup stok kurma nih. haitu pi beli kat tesco.
harga pon boleh tahan gak. takpe lah. Demi untuk anak. berkorban apa saja.

Korang ade tips tak nak tambah susu badan (BM)?

Sekian..



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, October 29, 2015

...Ais krem Malaysia | Perisa feberet...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceria-ceria selalu okey!

Lega rasanye minggu nih dah nak habes.
bukan apee.. minggu nih kan minggu peksa Anis.
pagi petang peksa. kalo anak peksa, mak pon sama naik kena study kan!
Alhamdulillah.. esok 1 hari jer lagi. itu pon peksa sekolah KAFA jer.
Sekolah kebangsaan haini last day peksa. subjek seni.

Hari Isnin haitu, masa balik amik anak3 kat rumah Ibu dorang.
Delisha citer dia makan eskrem bubur kacang Hijau.
i tanya Delisha balik.. mana Delisha dapat eskrem bubur.
dia jawab ibu buat.

i pon saja lah nak bersembang dengan dia.
cakap ngan ibu mama pon nak jugak eskrem bubur tuh.
Delisha jawab okeh. habes kat situ.

esoknye.. balik keje gi amik anak3. nampak ibu dia bungkuskan sesuatu dlm plastik. pastu pas kat Cinta. Masa tu i tengah dukung Amzar.
skali Cinta pandang i sambil sengeh.
rupernyeeee.

Ibu dorang bungkuskan eskrem bubur kacang hijau.
muahahahahahahahahaha.
ini mesti anak solehah i yang bagitau ibu dia, mama dia nak eskrem bubur.
kah kah kah kah kah kah.

Alhamdulillah.. rezekiiiii. 
walaupon baru abes pantang.. i makan jugak setengah eskrem tuh.
potong 2 ngan My Anis.
sedapppp sebab ibu dorang buat kurang manis. x muak nak makan.

Terima kasih lah buat Pengasuh Anak3 i.
memang bertuah i dapat pengasuh cam Ibu dorang nih. selalunye masak2 hantar kat rumah. masa i berpantang sendirik kat rumah, Ibu dorang jugak yang hantar daun2 herba untuk mandian. kalo nak harapkan i ngan Cinta. memang beli yang dh keringkan tu jer lah. kekekekekek

eskrem masih berbaki lagi dlm peti ais, sbb i bgtau Delisha. eskrem tu ibu kasi mama.
jadik Delisha kena bgtau mama dulu kalo nak makan.
muncung jer mulut anak i tuh. x puas hati letuhhh!

Sekiann.. kesah eskrem mesia.

P/s: eskrem bubur kacang hijau adalah peberet i. korang suka perisa ape?





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...