Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 24, 2017

...Azam Tahun Ini | Menjaga Kesihatan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat. 
Penghulu segala Hari. Moga sama2 mendapat keberkatan nya.

Tahun nih i berazam untuk fokus pada kesihatan.
Diri Sendiri, Suami TerChenta dan anak2.
mula dengan diri sendiri dululah kan. 

Anak2 memang dah lama bg dorang supplement.
Alhamdulillah, berkat amik kira nasihat kawan baik i.
Kesihatan Amzar makin baik selepas amik supplement.
kekerapan demam dia memang sangat kurang.

Jadik, tahun nih i memang nekad nak laburkan duit pada makanan kesihatan.
beli makanan yang baik2 untuk keluarga.
kurangkan makanan yang ringan2.
semoga lepas nih anak2 dan suami lebih sihat.

salah satu pelaburan i.
i memang pengguna shaklee.
tapi i bukan ahli shaklee. beli dengan orang jer.
kali nih dapat ejen Shaklee dekat dengan rumah i jer. Ina nama dia
senang nak oder lenkali. hehehe

gelang dengan penyepit rambut tuh hadiah yg di beri.
tak perasan pon masa amik vit shaklee tuh.
bila Ina dah balik baru perasan ade ole2 dlm plastik vitamin tuh.

i juz wasap Ina cakap terima kasih atas ole2 nye.
moga makin murah rezeki Ina. Amin~

Langkah seterusnye, i nak survey supplement pil Habbatus sauda dan Pil minyak zaitun. nak bg Cinta makan. heheheehe.
Moga dapat teruskan Azam yang baik nih.
aminnn.

Sekian.






 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, February 23, 2017

...Aroma Ikan Bakar | Penggemar Makanan Laut...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Semoga Hari ini lebih baik daripada semalam. Amin~

Haini pon nak up citer lama.
lama x lama sgt lah.. nak tempek jugak lah sebagai kenang2an.
Pergi makan seafood kat Aroma IKan Bakar, Jeram.
Walaupon agak jauh, dan boleh tahan gak harga seafood kat sana.
tapi tetap gigih ke sana.
hahahahaha

Seawal 10 pagi kami dah kuar dari rumah. 
singgah di Tesco dulu untuk borong susu Amzar.
pukul 11 baru betol2 gerak ke Jeram.

Image result for aroma ikan bakar
Ini waktu operasi Kedai Makan yang kami nak pergi tuh.
Sabtu & Ahad buka pukul 12. jadik kami gerak awal sbb nak cop tempat.
nak duduk kat pondok. hehehe

Kali ni pergi anak dah 3 orang.
Kali pertama bawa Amzar makan di sini.
Alhamdulillah, Kak Long dah boleh dah handle Amzar.
senang sket keje mama.

dah bosan layan upin ipin kat tv belakang,
dia nak lompat gi kat mama.
mula lah buat muka kesian. mintak tek.

Pukul 11.30 kami dah sampai kat Jeram. 
hahahahah. walaupon kedai mula pukul 12. tapi kami tetap masuk kedai tanya dh boleh oder ke belom. skali dorang cakap dah boleh order.
Kami jadik pelanggan pertama hari tu.

dah dapat pondok untuk makan, trus pilih seafood.
kalo ikutkan nafsu tekak memang nak amik jer banyak2. 
Tapi kali nih pergi dengan Iman mungkin.
berjaya pilih seafood dengan waras.
kah kah kah kah kah.

 My Anis.

My Delisha & My Anis.

Nampak x kedai masih kosong~
bukti kami jadik Pelanggang pertama!
hahahahaha.

Tempat makan pilihan Kami.
Pondok. kalo dulu pondok nih kena caj RM20.
tapi pergi kali nih x de caj dah untuk pondok nih.
Alhamdulillah.

cer tgk meja lain belakang pondok Kami.
lengang dan kosong kan!
boleh pilih di mana saja tempat untuk makan.


Sotong celop tepong, Udang butter, Kailan ikan masin & Kerapu stim.
ikan kerapu stim belom sampai lagi masa nih.
semua orang tunggu hidangan terakhir sampai.
Hanya Amzar jer dah makan dulu. hahhaha.
sebab dia ade acara lain lepas makan.

acara main pasir. hahahahaha
mama papa makan, kakak2 dia tolong tengok kan adik.
lepas kami makan, tgk dia dah mandi pasir.
satu hal pulak nak buang pasir dlm rambut dia.
sabor jer lah.

Pada mereka yang suka makan seafood boleh lah terjah ke sini.
seafood dia segar2. pilihan pon agak banyak jugak.
Total makan Kami hari tuh. RM130.00
Termasuk air kelapa 1 jug.

Sekian..


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, February 22, 2017

...Kenangan | Amzar Warded...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
ceria selalu k~

Hari ini n3 mengulit kenangan a.k.a cerita dah lama baru nak up.
hahahhahahaha.. tapi x kira. nak jugak tempek kat blog.

02.02.2017 
Tak mungkin di lupakan.
Amzar masuk Ward Pemerhatian di Zon kecemasan Hospital Shah Alam.

Bermula dengan demam dan tekak merah.
dapat antibiotik n ubat demam.
selepas 2 hari demam, dia start cirit dan kembung.
bila cirit dan muntah baru perut dia ok dan boleh tido.

masuk hari ke 2 dia cirit dan muntah,
badan dia nampak lemah. i ajak Cinta gi klinik lagi skali.
Dr. Hajar refer kami ke Emergency Hospital Shah Alam.

dah jumpa dokter semua. Dr kata nak masuk air + ubat sbb badan dia nampak lesu.
kena masuk ward pemerhatian di bahagian kecemasan.

Dugaan paling besar bila sampai waktu nak cucuk bendealah drip tuh.
i memang x akan boleh handle. jadik Cinta masuk handle Amzar.
boleh dengar suara dia nangis dr luar bilik tuh.
kesian sangat. huhuhuhuhu.

dh masuk ward, 
Alhamdulillah. dia tido jer sepanjang drip air tuh.
tapi mama dia tido skali lah atas katil tuh.
mulut dia asik mengempeng jer.

bila dh habes masuk air,
Dr. datang interview mama dia.
ade muntah lagi tak? x de.
ade berak lagi tak? ade sekali.
Masih nyusu badan ye? haah, tapi dah campur susu formula jugak.
takpe.. oleh kerana dia masih nak nyusu badan.
kita bagi balik.

mama dia rasa nak lompat bintang sebab x kena warder. 
kah kah kah.
walaupon mama dia dah standby fizikal dan mental nak tido spital malam tu.
syukurrr sangat ya Allah.
sepanjang 3 anak. ini kali pertama anak hampir warded.


Semoga lepas nih Amzar dan anak2 lain sentiasa sihat dan kuat antibodi melawan penyakit. Aminnn~

Sekian... n3 mengulit kenangan.




Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, February 21, 2017

...Penyewa Baru...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Semoga semua ceria selalu.

Haini nak citer pasal rumah sewa kami.
Bulan Dec 2016 penyewa lama kami bg notis untuk tamatkan sewaan.
kebetulan pulak perjanjian sewa dorang memang tamat bulan Dec tuh.
jadik, bermula lah tugasan i untuk mencari penyewa baru.

Alhamdulillah, semua di permudahkan.
x sempat bukak iklan rumah untuk di sewa, 
dah dapat penyewa.

Bulan Jan 2017 penyewa baru mula pindah barang masuk rumah.
pertengahan bulan 1 baru betol2 duduk.

dah dapat penyewa, i pon mulalah buat perjanjian baru.
masih mengekalkan warna kuning sama macam perjanjian penyewa lama.
perjanjian setahun + setahun (pilihan)

buat 2 salinan perjanjian, 1 untuk penyewa dan lagi satu untuk tuan rumah (Kami).
Selepas dua2 pihak dah sign. boleh pergi hantar ke pejabat hasil untuk stamping.

Total bayaran stamping adalah sebanyak RM39.00.
RM29.00 untuk stamping dokumen perjanjian pertama dan
RM 10.00 untuk stamping dokumen perjanjian ke dua.

Alhamdulillah. semuanya dah selesai.
Kami harap penyewa baru selesa lah duduk rumah sewa kami tuh.
mudah2an rumah kami tuh di jaga sebaik mungkin.

Sekian..






 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, February 20, 2017

...Hujung Minggu Kami Di Stadium Matsushita Seksyen 20, Shah Alam...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Mulakan minggu ini dengan Aura yang baik!! yeahh!

Dah lama x mengomel kat blog. hari ini baru nak start balik.
hehehehe.

Hujung minggu KAMI. 
Anakda Anis ada sukan sekolah dekat Stadium Matsushita. 
dia joint acara larian. dia kuat lari pon. hahahaha.
jadik kami pon pergi lah bg sokongan.

Cinta kata kalo ade peluang dia nak bawa anak2 pergi mandi kolam kat stadium tuh. i macam.. sempatke??? Cinta jawab.. kita standby jer lah. semua persiapan mandi kolam Cinta yg sediakan. baju mandi anak2, baju tukar, tuala siap bawak pelampung lagi. i dah warning, kalo x jadik mandi, anak2 bising abg jangan marah eh!
layan kan ajer bising dorang tuh.

Kami sampai dalam pukul 9 pagi.
My Anis pagi2 pukul 7.30 pagi papa dia dah gi hantar dia dulu dah.
masa sampai tu panas yang amat rasa.
nak terbakor kulit. sian anak2 yg menunggu turn nak lari. sampai rentung My Anis.
My Anis tgh siap sedia nak lari. lama jugak tunggu turn dia.
sampai Cinta tolong gi amik payung kat kete. tak tahan panas. hahahaha


Anakda Amzar ukur padang2. dah ler panas. 
kecik besar kecik besar jer mak dia tgk dari jauh.
last2 semua kena tarik masuk duk dlm stadium.

haaaa... sini baru kena ngan jiwa mak dia. x panas.
lari lah nak lari bape banyak round pon.

orang lain sibuk tgk kakak2 lari,
dia sibuk dengan pelampung dia.
hahahahahahahha. budak x sabor nak mandi.
malangnye kolam bukak pukul 10.30 pagi.
kolam pulak sebelah ajer ngan balapan tuh. sambil mandi pon bleh tgk kakak dia lari. 
kah kah kah kah.

Gambar memula masuk kolam. i tunggu kat luar dulu.
kononnye nak tunggu My Anis masuk sekali.
tapi lama pulak dia nak habes acara. jadik, Mak dia masuk dulu lah.

Kat sini ade kelas renang jugak. 
tapi x pasti bape yuran belajar renang tuh. kena tanya kat kaunter.

tiket kami masuk pulak.
Dewasa : RM5/orang
Kanak2: RM4/orang
Amzar : Free.

 Delisha a.k.a Kak Ngah

 Kak Ngah layan adik dulu sementara tunggu kak long habes lari.


 Pertama kali dalam hidup dia mandi kolam.
sebelom nih mak dia memang x berani nak bawak dia mandi kolam, 
banyak sangat kes budak sakit lepas mandi kolam.
ini lah baru ade kekuatan. tu pon asik tgk jer dia mandi. takut dia minum air kolam.

Sonok 2 badik berendam.






Pinjam pelampung kawan x kenal.
hahahahahahaha. berkenan benor dia dengan pelampung lembu ni.

Tuan punye pelampung Lembu.
si comel baju pink dengan pelampung pink.
dia pinjam Delisha punye pelampung.
tukar2. hahahaha.


Dah habes lari. Kak Long Anis joint sekali.
dia x minat dgn kolam kanak2 paras lutut dia tuh.
jadik kena lah papa joint mandi skali kat kolam dewasa.
kat kolam dewasa anak2 rambut panjang kena pakai topi. 
so, kena lah sewa topinye. Papa dia plak kena sewa seluar renang. sebab nak turun kolam.
seluar biasa x boleh masuk kolam.

Akhir sekali.. Mama dorang jugak jadik pemerhati.
life guard jer tepi kolam. jadik Mamarazi jer snap2 gambar dorang.
ape boleh buat.. hahahhaha
Asalkan anak2 hepi, mama pon hepi.

Sekian... 



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, February 17, 2017

...Kami Muncul Lagi...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 

KAMI muncul lagi setelah lama menghilang.
muncul dengan semangat baru. 
tambahan sorang Ahli baru. 
dah besar dah pon dia. 

semoga kawan2 masih ingat kami semua.
sekarang i masih tengah touch up blog lagi.
baru selesai buat pembersihan gambar2 lama di blog.

nantikan kemunculan semua KAMI uols!!

muashxx!!! lebiuuu~


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, August 15, 2016

...Istimewa Buat Orang Kuantan | Mailah Cuba...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
N3 ini di tulis bagi tujuan promosi.

Hari ini i nak promosi kan kedai makan adik i kat Kompleks Siswaniaga,
Kolej Polytech Mara Kuantan.

Gerai NO 5.

Menu siang Hari : Nasi Berlauk.
Menu Malam Hari : Western Food ( Chicken Chop/ Grilled, Burger & Hot Plate)


Duta kedai neh.. hehhehe
anak sedara i ler nih.

Baju hijau tuh Chef kita.
adik ipar i okeh!

Antara menu yang bisa merangsangkan hormon ailio

Hot Plate

Nasi Goreng Chicken Chop 



Meat Ball pon ade.
bikin leleh ailio betol kan.
nampaknye i pon kena turun kuantan gak nih.
Wajib rasa neh!

Harga sangat2 berpatutan.
FREE air woiii.. 
Jom Ramai-ramai.


Okeh.. i share sikit detail lokasi kedai makan adik i neh.

Kedai Adik i kat food court dalam Kolej Polytech Mara Kuantan.
Orang luar pon boleh masuk. x de masalah.

sedikit Maps untuk ke Kolej Polytech Mara.
Orang Kuantan mesti tahu kan! kan! kan!

okeh~ okeh~
i bagi land mark sikit.

Haaaaa... nampak? nampak? (klik kalo nak tengok dengan jelas)
carik land mark "Dewan Mat kilau" kat Jalan Gambang tu.
masuk simpang Dewan Mat kilau tuh. jalan terus je. nanti jumpe Kolej Polytech Mara tuh.

Haaaaa... tau dah kan kat man??
tau kan! kan! kan!
Apalagiii.. moh lah cuba.

Jangan lupa orang Kuantan~
Gerai No 5.

Jom Ramai- Ramai..

Sedap bagitau kawan-kawan.
Kalo nak komplen bagitau tokey kedai!
hahahahahahaha.

Risau takut sesat????
Jangan Risauuuuuu.

Amik no tepon Tokey kedai.

Shahrul : 019-9923464

tak jumpe lokasi kedai sila rojer tokey kedai okeh.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...