Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label XTVT hepi Famili. Show all posts
Showing posts with label XTVT hepi Famili. Show all posts

Tuesday, February 28, 2017

...Hujung Minggu Di Dataran Shah Alam | Jumpa Didi & Friends Dan Caliph...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Moga Hari ini lebih sihat dari semalam. InsyaAllah, Amin.

Semalam i MC. Badan sakit2 dan lesu aje.
walaupon dah cuti hari Ahad, tapi suri rumah berkerja mana ada istilah cuti. 
Ahad pon kena buat macam2 bende wajib buat.
lupakan lah kesah yang x akan ada penghujung tuh.

Jom layan xtvt hujung minggu Kami.
walau penat macam mana pon, anak2 kena entertain jugak.
dah seminggu kat rumah pengasuh. hujung minggu lah masa dorang nak beriadah ngan mama papa dorang.

Weken haitu dah janji, kalo x hujan kita pergi dataran. 

 pukul 6 gerak dari rumah.
Alhamdulillah cuaca baik petang tuh.
bawa 1 kete yoyo. sudahnye berebut pulak 3 badik tuh.
harus lah si hero yang menang sebab suara dia paling nyaring.
kah kah kah kah.

Kak Long ngan Kak ngah tengah bengang sbb asik2 turn Amzar.
turn dorang x sampai2. hahahaha.
bila suh bagi kak ngah pulak, dia pegang kete tuh sampai terangkat skali dengan dia.
memang silap jugak sebab x bawa sorang 1.
next time kita bawa sorang 1 ok.

nak elak merajuk berpanjangan. terpaksalah buat macam ni.
papa lah jadik mangsa tolak kete yoyo tuh.
bengkok pinggang papa. hahahaha
elok 2 3 kali pusing2. hujan mula turun. x lebat sgt. tapi paksa jugak anak2 balik.
kemain panjang muncung sorang2. hahahaha

Masa nak balik i ajak cinta carik air Mocha.
pusing2 kat dataran tu jer. Meriah kat situ. macam2 jualan ade. 
food truck pon banyak.
tengah pusing2 nampak orang ramai kumpul kat stage.
skali nampak Didi & friends laaa.
apa lagiiii.. melompat lah anak2 ajak benti. 
benti lah papa dorang, layankan anak2 sekejap. sementara tu sempat lah mama carik air mocha. hahahaha

Kesukaan anak2. Belon!!
tapi mama dorang paling tak suka belon. hahaha
penakut dengan belon. 
semua belon x di benarkan bawa masuk dalam rumah. 
semua kena letak luar rumah. hahahahaha

Tak habes berebut lagi.
masing2 request nak warna kesukaan masing2.


okeh.. dapat dah sorang 1. 
yang nampak 3 belon tuh ajer. jangan x tau, dalam beg papa dorang mcm2 warna belon ade. tapi belom tiup lagi laaaa. 
Mama nye tengok kecik besor kecik besor jer.
hahahahaha

okeh.. bergambar dengan Didi & Friends yg jauh di hujung sana sekeping.
buat syarat sebelom balik. orang ramai sangat nak gi bergambar atas stage.
Gambar jauh2 pon boleh laaa.

Ok.. itu dulu utk kali nih. 
esok2 i citer2 lagi. banyak bende nak share nih.
hahahahahaha. bertabahlah korang.

Sekian.. kesah hujung minggu Kami.

Bye2.. muashxx!



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, February 23, 2017

...Aroma Ikan Bakar | Penggemar Makanan Laut...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Semoga Hari ini lebih baik daripada semalam. Amin~

Haini pon nak up citer lama.
lama x lama sgt lah.. nak tempek jugak lah sebagai kenang2an.
Pergi makan seafood kat Aroma IKan Bakar, Jeram.
Walaupon agak jauh, dan boleh tahan gak harga seafood kat sana.
tapi tetap gigih ke sana.
hahahahaha

Seawal 10 pagi kami dah kuar dari rumah. 
singgah di Tesco dulu untuk borong susu Amzar.
pukul 11 baru betol2 gerak ke Jeram.

Image result for aroma ikan bakar
Ini waktu operasi Kedai Makan yang kami nak pergi tuh.
Sabtu & Ahad buka pukul 12. jadik kami gerak awal sbb nak cop tempat.
nak duduk kat pondok. hehehe

Kali ni pergi anak dah 3 orang.
Kali pertama bawa Amzar makan di sini.
Alhamdulillah, Kak Long dah boleh dah handle Amzar.
senang sket keje mama.

dah bosan layan upin ipin kat tv belakang,
dia nak lompat gi kat mama.
mula lah buat muka kesian. mintak tek.

Pukul 11.30 kami dah sampai kat Jeram. 
hahahahah. walaupon kedai mula pukul 12. tapi kami tetap masuk kedai tanya dh boleh oder ke belom. skali dorang cakap dah boleh order.
Kami jadik pelanggan pertama hari tu.

dah dapat pondok untuk makan, trus pilih seafood.
kalo ikutkan nafsu tekak memang nak amik jer banyak2. 
Tapi kali nih pergi dengan Iman mungkin.
berjaya pilih seafood dengan waras.
kah kah kah kah kah.

 My Anis.

My Delisha & My Anis.

Nampak x kedai masih kosong~
bukti kami jadik Pelanggang pertama!
hahahahaha.

Tempat makan pilihan Kami.
Pondok. kalo dulu pondok nih kena caj RM20.
tapi pergi kali nih x de caj dah untuk pondok nih.
Alhamdulillah.

cer tgk meja lain belakang pondok Kami.
lengang dan kosong kan!
boleh pilih di mana saja tempat untuk makan.


Sotong celop tepong, Udang butter, Kailan ikan masin & Kerapu stim.
ikan kerapu stim belom sampai lagi masa nih.
semua orang tunggu hidangan terakhir sampai.
Hanya Amzar jer dah makan dulu. hahhaha.
sebab dia ade acara lain lepas makan.

acara main pasir. hahahahaha
mama papa makan, kakak2 dia tolong tengok kan adik.
lepas kami makan, tgk dia dah mandi pasir.
satu hal pulak nak buang pasir dlm rambut dia.
sabor jer lah.

Pada mereka yang suka makan seafood boleh lah terjah ke sini.
seafood dia segar2. pilihan pon agak banyak jugak.
Total makan Kami hari tuh. RM130.00
Termasuk air kelapa 1 jug.

Sekian..


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, February 20, 2017

...Hujung Minggu Kami Di Stadium Matsushita Seksyen 20, Shah Alam...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Mulakan minggu ini dengan Aura yang baik!! yeahh!

Dah lama x mengomel kat blog. hari ini baru nak start balik.
hehehehe.

Hujung minggu KAMI. 
Anakda Anis ada sukan sekolah dekat Stadium Matsushita. 
dia joint acara larian. dia kuat lari pon. hahahaha.
jadik kami pon pergi lah bg sokongan.

Cinta kata kalo ade peluang dia nak bawa anak2 pergi mandi kolam kat stadium tuh. i macam.. sempatke??? Cinta jawab.. kita standby jer lah. semua persiapan mandi kolam Cinta yg sediakan. baju mandi anak2, baju tukar, tuala siap bawak pelampung lagi. i dah warning, kalo x jadik mandi, anak2 bising abg jangan marah eh!
layan kan ajer bising dorang tuh.

Kami sampai dalam pukul 9 pagi.
My Anis pagi2 pukul 7.30 pagi papa dia dah gi hantar dia dulu dah.
masa sampai tu panas yang amat rasa.
nak terbakor kulit. sian anak2 yg menunggu turn nak lari. sampai rentung My Anis.
My Anis tgh siap sedia nak lari. lama jugak tunggu turn dia.
sampai Cinta tolong gi amik payung kat kete. tak tahan panas. hahahaha


Anakda Amzar ukur padang2. dah ler panas. 
kecik besar kecik besar jer mak dia tgk dari jauh.
last2 semua kena tarik masuk duk dlm stadium.

haaaa... sini baru kena ngan jiwa mak dia. x panas.
lari lah nak lari bape banyak round pon.

orang lain sibuk tgk kakak2 lari,
dia sibuk dengan pelampung dia.
hahahahahahahha. budak x sabor nak mandi.
malangnye kolam bukak pukul 10.30 pagi.
kolam pulak sebelah ajer ngan balapan tuh. sambil mandi pon bleh tgk kakak dia lari. 
kah kah kah kah.

Gambar memula masuk kolam. i tunggu kat luar dulu.
kononnye nak tunggu My Anis masuk sekali.
tapi lama pulak dia nak habes acara. jadik, Mak dia masuk dulu lah.

Kat sini ade kelas renang jugak. 
tapi x pasti bape yuran belajar renang tuh. kena tanya kat kaunter.

tiket kami masuk pulak.
Dewasa : RM5/orang
Kanak2: RM4/orang
Amzar : Free.

 Delisha a.k.a Kak Ngah

 Kak Ngah layan adik dulu sementara tunggu kak long habes lari.


 Pertama kali dalam hidup dia mandi kolam.
sebelom nih mak dia memang x berani nak bawak dia mandi kolam, 
banyak sangat kes budak sakit lepas mandi kolam.
ini lah baru ade kekuatan. tu pon asik tgk jer dia mandi. takut dia minum air kolam.

Sonok 2 badik berendam.






Pinjam pelampung kawan x kenal.
hahahahahahaha. berkenan benor dia dengan pelampung lembu ni.

Tuan punye pelampung Lembu.
si comel baju pink dengan pelampung pink.
dia pinjam Delisha punye pelampung.
tukar2. hahahaha.


Dah habes lari. Kak Long Anis joint sekali.
dia x minat dgn kolam kanak2 paras lutut dia tuh.
jadik kena lah papa joint mandi skali kat kolam dewasa.
kat kolam dewasa anak2 rambut panjang kena pakai topi. 
so, kena lah sewa topinye. Papa dia plak kena sewa seluar renang. sebab nak turun kolam.
seluar biasa x boleh masuk kolam.

Akhir sekali.. Mama dorang jugak jadik pemerhati.
life guard jer tepi kolam. jadik Mamarazi jer snap2 gambar dorang.
ape boleh buat.. hahahhaha
Asalkan anak2 hepi, mama pon hepi.

Sekian... 



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, April 26, 2016

...Musim Mencandat Sotong Sudah Tiba...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Ceria2 selalu okeh.

Korang pernah dengar tak xtvt mencandat sotong??
kalo negeri Terengganu dah iktirafkan xtvt mencadat sotong nih sebagai xtvt tahunan di negeri Terengganu.

dulu x amik port sangat pasal xtvt mencandat sotong nih.
walaupon i memang sukaaa sangat makan sotong.
tapi sejak ade adik ipar yang aktif dalam xtvt memancing dan mencandat sotong,
tetiba rasa nak amik tahu pulak. hahahaha

mana nye tak seronok. 
bila tgk hasil yang dapat yg agak lumayan.
lagi2 i nih kan penggemar sotong.

hasil mencandat sotong oleh adik ipar i minggu lepas.
lumayan jugak kan! ini baki selepas kongsi2 ngan sedara mara.
nak di jadikkan cerita. Cinta pon macam nak terjebak jugak dlm xtvt nih.
mungkin sbb selalu tengok biras dia update pasal xtvt candat sotong ni.

jadik nye.. tanpa di rancang. hujung minggu nih kami balik Terengganu sebab Cinta nak joint xtvt mencandat sotong.
adik ipar i pon ade skali. 


nampak lah dorang duk bersembang kat wasap group pasal umpan tiruan nih.
jangan tanya i, i tak reti bab2 mancing ni.
i cuma mampu doakan semoga murah lah rezeki trip dorang nanti.
untung2 dapat kenduri sotong kan. Amin2!

Teringin jugak dalam hati i nak joint trip mencandat sotong nih.
cuma i tak pasti i mampu ke tak?
tunggu anak2 besar sket. mana tau ade rezeki dpt joint trip mencadat jugak kan~
hahahaahhahaha. 

senangnye dalam hatiiii.. hujung minggu nih dapat balik kampung~
yeahhhh.. x sabar nak kumpul ramai2.
doa2kan lah murah rezeki kami nak makan sotong.
hahahahaha.

Sekiann.. n3 candat sotong.

Pssst.. siapa pernah joint trip mencandat sotong??? korang mabuk laut x?




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, December 31, 2015

...Santai Hujung Minggu...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Hari terakhir untuk tahun 2015. 
Selamat Datang 2016.. Semoga menjadik tahun yang baik k~

Setelah lama x timbul.. haini timbul balik.
kelam kelibut wehhhh.
balik kampung.. pastu datang sibuk ngan daftar tadika Delisha pulak.
kasut x beli lagi utk dia nih.
sepatutnye dah settle dah. tapi kasut yang kami beli tuh salah saiz. sebelah saiz 9, sebelah lagi saiz 11. aduhaiiii.. nasib baik lah terasa nak cek. kalo tidok haru jugak. dan nasib baik jugak resit x buang lagi. hahahahaha

OKlah.. n3 kelam kelibut haini.
layan gambar sudah lah. gambar kami melepak di hujung minggu. lepaskan boring anak2 asik terperap kat rumah.

gi singgah kat taman. 
sambil2 layan kek. beli kat situ jugak.


debab x saya??? hahahahaha
kemain meleleh2 ailio.

Amzar & Papa.. My Hero.

My Anis

My Delisha

Gojes Mama.. kah kah kah kah.

kemain lagi dia memuji kek tu sedap.
makan lah sayang.. mama nak buat x reti. mama beli jer lah k~

My Anis makan kek coklat leleh. sama cam mama dia. suka coklat.

sesekali melepak kat taman sonok jugak.
anak2 ajak main kat taman. tapi tanah becak plak. maklumlah musim hujan.

Sekian.. N3 kelam kabut.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...