Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

...Sekitar Majlis Perkahwinan Adik Na...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Badan sedikit lemau. x abes lagi penat kenduri. hahaha

n3 haini nak tempek gambar sekitar Majlis perkawinan Adik Na.
Alhamdulillah.. semua berjalan lancar dan sempurna.
kelam kabut sikit tu biasa lah kan~

Gambar2 hari nih i kumpul2 dari hp adik2 i.
tempek mana sikit. kalo ade lagi i tempek lagi nanti.
hehehehehe

Majlis Akad nikah di Masjid.

OTW ke Masjid.

di perkarangan Masjid.

Debaran menanti saat akad nikah.

Alhamdulillah.. selesai di akad.

KAMI.. hehehe



Acara batalkan air sembahyang.

Kami yang sedondon..
ini jer gambar i yang ade. selebihnye i sibuk di dapur. hehehe.
tak menang tangan di buatnye.

Pengantin di singgah sana. :)

Nens n Adik Na.

Bersanding.


Outdoor Photo shoot.

Tahniah Adik Na dan Suami.
Semoga kekal bahagia sampai ke Syurga.
Amin~

Sekian... n3 tempek gambar.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, November 25, 2014

...Bercuti Panjang | Majlis Kahwin...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. amin~

agak kelam kabut minggu nih. semua keje cuba si selesaikan sebelom barcuti panjang.
ye.. i akan bercuti panjang hujung minggu nih.
Hari Khamis start cuti. atau kemungkinan besar hari Rabu iaitu esok i amik halfday. ahaks.

bercuti panjang sebab ade Majlis besar kat rumah My Ma n Ayah.

Majlis Kahwin ade bongsu i. Adik Na.
InsyaAllah.. Hari Khamis ini, 27.11.2014
Tapi kakak dia start cuti pada hari khamis tu. 
x boleh nak buat ape.. hari bekerja kan~
My Cinta susah nak amik cuti panjang. i nih boleh jer. hehehe
takpe lah.. janji boleh balik kan!

siapa yang berada di sekitar, jemput lah datang rumah My Ma n Ayah yer.
memeriahkan Majlis Kahwin adik i.
jemput yer semua.

peta lokasi yang jelas sket.
kalo agak sesat.. boleh call k~

ok.. itu jer nak bgtau.. hehehe.
nak gi jenjalan jap.
Tata titi tutuuu..

sekian.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, June 11, 2014

...Cerita Yang Tertangguh | Majlis Tunang Sepupu...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Senyumlah.. senyum itu kan sedekah yang paling mudah..:)

Semalam i bercuti.. hehehe. ingat nak wat projek kemas rumah.
skali di landa perut masuk angin pulakkkkk.. sudahnye buat mana yang termampu jer lah.
habes jugak lah i menarah sampah2 kat bahagian dapur. penuh jugak lah 1 plastik sampah warna hitam tuh. huhuhuhu.

ok2.. haini i nak sambung citer yang tertangguh haitu.
kisah majlis pertunangan adik sepupu i. Majlis Adik i sabtu malam.. Majlis adik sepupu i nih plak Ahad petang.. kira bersambung lah 2 majlis nih.


yang baju kemeja biru tu lah sepupu i. yang hensom kat depan tuh ayah i. hehehe
sedikit kesah dia, dan kenapa Majlis pertunangan dia famili i yang handle.

sepupu i nih asal dari kelantan. kematian ibu dan dari famili yang boleh kata susah.
dia dan adik2 dia banyak merantau mencari rezeki.
hanya yang kecil2 jer dijaga oleh mak saudara yang duduk dekat dengan rumah dorang.

nak di jadikkan cerita lagi.. bakal tunang dia anak kepada jiran My Ma. depan rumah. i tak taulah camner dorang boleh couple.. katanye dia start kawan masa dia datang umah My Ma masa kenduri kawen i.. hulammakkkk.. 8 tahun dah kawan. hahahahaha.

oleh kerana rumah bakal tunang dekat jer dengan rumah My Ma. jadiknye My Ma lah handle urusan meminang anak dara orang tuh. bahagian hantaran My Adik Na yang buat. dia tangan ade seni sket kalo nak dibandingkan dengan kakak dia neh. dia sama cam Adik i Nens, tangan berseni. Kakaknye Kerastangan.. hahahahaha.


Rombongan meminang depan rumah.
semua ahli rombongan adalah kawan2 My Ma.
walaupon majlis nih untuk anak saudara My Ma.. dorang tetap datang tolong ape yang patut.. tetap menjadi wakil pihak My Ma. Terima kasih buat semua yang dah banyak menolong.
tudung hijau depan skali tuh adik kepada sepupu i yang bertunang. ade beberapa saudara mara dari kelantan turut hadir skali termasuklah ayah kepada sepupu i tuh.


ahli rombongan yg lambat.. paling lambat i ler. 
keh keh keh keh.


 My Anis n Ammar.


Sebahagian dari rombongan pihak lelaki.


Pakcik yang baju putih + kopiah putih adalah wakil pihak perempuan.
pakcik yang sama yg menjadik wakil pihak perempuan masa Majlis adik Na. hehehe
baju kuning tuh My Ayah Long ayah kepada petunang lelaki, sepupu i.
baju hijau kotak2 tuh, adik petunang lelaki..sepupu i jugekk ler~


Wakil pihak lelaki pulak yang pakai tudung cokat tuh.
kami semua panggil dia ibu. ketua wanita untuk blog kami.
Ibu jugak tukang masak tersohor kat felda i. bau masakan Ibu akan buat orang rasa lapar dan nak makan! sedap sangattttt!


Syikin, Adik Na dan Azie(Adik ipar)


selepas semua dh bersetuju dengan segala yg dibincangkan.
My Ma jadik wakil untuk sarungkan cincin pada petunang perempuan.


Petunang pompuan.
cantek.. ayu jer.
petunang pompuan nih adalah jiran i lah.. dari kecil memang dh biasa dengan dia. tapi bila masing2 dah berhijrah dan dh lama x jumpa.. terasa lain plak. nak sembang pon rasa janggal. hehehe.


petunang dengan Mak saudara saya.
Mak Ngah saya nih lah yang banyak jasa membesarkan adik beradik sepupu i tuh. dialah yang banyak menanggung makan minum adik2 sepupu i tu. kalo x de Mak ngah i nih.. x tahu lah ape nasib sepupu2 i tuh selepas kematian mak.
memang besar jasa mak saudara i neh. sampaikan adik2 sepupu i tuh panggil Mak Ngah i nih Ma (mak) sebab nak tumpang kasih sayang. sedih bila dengar Mak ngah citer bila dorang mintak nak panggil makngah i nih Ma. huhuhuhuhu.


Selamat Bertunang Yi n Fatin.
moga kekal sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.
jaga diri baik2 yer.


hantaran dari pihak perempuan.


hantaran dari pihak lelaki.


Mereka pon nak menyelit jugak.
i seperti biasa.. sibuk berkejaran dengan anak2 kt luar.
kalo masuk ke dalam.. kecoh lah dlm rumah tuh. hehehehe

Sekian.. Kesah Majlis pertunangan sepupu.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, June 5, 2014

...Selamat Bertunang Adik Na...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.

Lemau sangat hari ini rasanye.
Mood pon x bape baik. Baru jer lepas meng'Hangin' Kat opis neh!
sebabnye asik nak buat keje orang jer.. keje sendirik x siap.
kang dah kena hangin 1 opis.. boleh pulak buat sendirik keje masing2. heh!

Okeh.. bagi meredakan kepanasan hati..
moh kita layan gambar2 di majlis pertunangan Adik i.
kita mulakan dengan Majlis pertunangan adik i, Adik Na.
berlangsung pada hari sabtu 31 May 2014 pukul 8.30malam (lepas Isyak)

Selamat Bertunang Adik Na..
Semoga ikatan pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin.
Amin~


Tetamu yang Hadir.
Wakil pihak perempuan adalah ketua blok kami.
pakai baju putih tuh.. dari zaman i bertunang lagi pakcik tu lah yang jadik wakil sampai lah ke Majlis Adik Na. 

Dari sisi pelamin~
5 hantaran dari pihak lelaki di balas 7 hantaran dari pihak pompuan.


acara menyarung cincin.
setelah semua perbincangan sudah dipersetujui.
cincin di sarung oleh Ibu petunang lelaki..keh keh keh.

Cantekkan adik i.. macam kakak nye jugak.
hahahahahhaha*statmentmintakpelempang!

lepas semua tetamu dah gerak ke meja jamuan..
acara bergambar pon bermulaaa.
Adik Na & My Ma.
sian Ma.. nampak kepenatan dah.. xtvt penuh sangat di kala anak2 semua balik kampung.
takpe Ma.. Anak last dah neh.. kena majlis besar2an sket.. lepas nih x de dah majlis kahwen anak.. heheehhe

Nens.. Adik Na.. Azie (adik ipar)
Jangan di cari di mana i.. i jadik orang kuat dapur malam tuh.
tolong orang dapur settlekan makanan jamuan. My Ma kan orang penting malam tu, jadiknye.. i lah kena amik alih tugasnye.. hehehe

inilah petunang2 itu.. hehehe

Tahniah buat adik berdua.
walaupon baru jer kenal hati budi.. tapi kakak sentiasa doakan yang terbaik buat adik2 nye. sentiasa jaga diri okeh!

Candid! tq Cinta sebab tolong snapkan gambar untuk dinda..:)

okeh lah.. stop sini dulu lah.. x larat dah nak upload gambar.
Majlis pertunangan sepupu i akan menyusul kemudian k~

Sekian.. Kesah Majlis Pertunangan Adik Na.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, June 4, 2014

...WW | 2 Majlis Pertunangan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Layan WW jap Haini.

Adik Na..

My Ma sarung Cincin pada bakal adik sepupu ipar. 
hehehehe

citer selanjutnye nanti2 eh.
masih menunggu gambar dari Nens~

Sekian.. WW haini.

P/s: lamanye menyepi.. letihhhh.. hahahaha

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...