Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
BerDOA dan teruskan Berdoa dengan Yakin. InsyaAllah. Allah MAHA mendengar setiap Doa hambaNYA. AMin~
Dalam duk kecoh2 baca dan dengar berita pasal pesawat MH370. Akhirnye, i sendiri terlupa nak ikuti perkembangan catuan air di Negeri Selangor tercinta ini. Makanyeeee.. catuan air peringkat ke 3 bermula hari Isnin hari tuh turut melibatkan kawasan perumah i. Malangnye.. i tak buat simpanan air yang banyak. cuma penuhkan tong2 air dlm toilet atas dan bawah sahaja. huhuhuhuhu.
Semalam adalah hari ke 2 rumah Kami x de bekalan air. dan air simpanan memang x boleh nak tampung dah keperluan air kami. Makanye, terpaksa lah menumpang kasih sayang di rumah Adik kat Klang. mujur sangat2 rumah Adik belom terjejas lagi.
Lepas Amik anak2 kat rumah pengasuh.. terus gerak pergi Klang.
dah inform awal2 dah kat adik nak tumpang mandi kat sana.
Kat rumah Adik ipar di Klang.
Datang menumpang Kasih Mandi kat sini. ahaks.
Baju Biru Adalah adik ipar i, Baju Kuning tu My Cinta.
4 Orang kanak2 rebina tuh Anak2 i ngan sepupu2 dia.
Adik Ipar i ngah sibuk menulis nama kat stokin anak.
camtuh lah gayanye kalo anak duk taska kan.
Oleh kerana semalam adalah birthday My Anis.
so, Kami beli kek sebijik bawa gi sana. meriah sket makan kek ramai2 kan~
Happy Birthday Kakak Anis
Love u!!
kek adalah selera Mama.. hahahahaha.
My Anis nak beli kek yang cute2 tuh.. tapi i x suka butter cream. berminyak! cepat muak. so, ini lah pilihan hati mamanye. kek nih guna fresh cream.. soft jer cream nye.. x berminyak bila makan. sedappppp.. *okeh!mamanyesudahlebey.
Suka tengok senyuman My Anis dalam pic nih.
nampak happy sangat~ walaupon celebrate dengan sebijik kek jer.
baju kuning tuh sepupu dia. Aleesya.. muda setahun dari My Anis.
pakat2 duk kerumun kek nan sebijik itu. ahaks~
yang pakai tudung pink sana tu biras i.
posing sket.. baju tido pon baju tido lah.
janji posing.
okeh.. kita potong sama itu kek!!
Makan malam Kami malam tadi di taja oleh Adik ipar. Pok Din ngan Cik Ain dia kata belanja makan sempena Birthday Anis. Terima Kasih Banyak2.. Semoga Allah Tambah rezeki mereka sekeluarga. Aminnnnn.
Penaja makan malam kami..
Terima Kasih buat Adik ipar sekeluarga sebab bagi kami tumpang mandi, solat dan makan di sana.. kalo nak di ikutkan.. bukan time x de air jer kami menumpang kasih di sana. selalunye weken pon kami sekeluarga selalu melepak kat sana. itu adalah famili yang terdekat yang Kami ade. kalo melepak kat sana mesti sampai ke malam. anak2 semua mandi kat sana. Terima Kasih yang tak terhingga buat mereka sekeluarga.
semoga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga.. Amin~
Sekian.. kesah x de air dan celebrate birthday My Anis.
p/s: Mudahan2 hari ni air dah ade kat rumah. kat opis nih dh ade air dh. 2 hari air dicatu kat opis nih. seksa!
p/s: Malam tadi kami bawak balik bergelen2 air dari rumah adik. boleh lah tampung air mandi kami untuk pagi nih.
Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
