Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label My Amzar. Show all posts
Showing posts with label My Amzar. Show all posts

Friday, March 10, 2017

... Prebiotik Semulajadi Dalam Keledek | Makan Untuk Sihat...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Semoga kita semua mendapat keberkatan nya. Aminn.

Haini nak share ilmu pasal makan.
hahahaha.. makan pon ade ilmu okehhh.

ini keledek nama dia. Sweet potato omputih cakap.
haaaa.. sedapkan! kan! kan! Harus lah sedappp.

Dalam sedap2 keledek nih, 
i nak share keledek ni mengandungi Prebiotik semula jadi.
Prebiotik tuh adalah makanan untuk kuman baik dalam usus kita.
Kuman baik tu pulak, kuman yang lawan dengan kuman jahat dalam usus kita.

jadik, kalo nak miliki kesihatan yang baik.
usus kita pon kena lah sihat. jadik bglah makanan yang cukup pada kuman baik dalam usus kita. kalo kuman baik kita cukup makan, harus lah bertenaga nak lawan kuman jahat kan~
paham ke tidokkkkkkk? harap2 paham lah. hahahaha

selain keledek, pisang jugak mengandungi prebiotik semulajadi.
ilmu yang baik nih i dapat daripada BFF i.
Bende baik harus lah di kongsikan~
So, lepas nih boleh lah sama-sama amalkan makanan untuk kesihatan ni.
kat rumah i pon dah start bagi anak2 makan makanan sihat.
Semoga anak3 i sentiasa sihat dan di berikan antibodi badan yang kuat. Aminnn.

last skali nak share.
Imam muda Amzar yang hensom.
Ahaks.


Sekian..



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, March 6, 2017

...Kesah Pagi Tadi | Solat Subuh Berjemaah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Moga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk minggu ini.
Aminnn.

Kelam kelibut pulak hari ini.
biasa lah hari Isnin kan.
Nak share gambar pagi tadi.

Kak Long, Kak Ngah Dan Amzar Solat berjemaah pagi tadi.
Solat subuh.
Kak Long Jadi Imam pagi nih. Mama x sempat joint sebab belom mandi.
Amzar pon x nak kalah. nasib baik ade lagi 1 sejadah kecik untuk dia. 

Semoga Anak3 Mama jadik anak3 yang berjaya di dunia dan akhirat.
Jangan lupa doakan mama dan papa jugak yer.

Papa tolong snap gambar. curik2 snap.
mama tengah kalut kat dapur lagi.
hehehehe.

Sekian.. N3 penyejuk hati.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, February 22, 2017

...Kenangan | Amzar Warded...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
ceria selalu k~

Hari ini n3 mengulit kenangan a.k.a cerita dah lama baru nak up.
hahahhahahaha.. tapi x kira. nak jugak tempek kat blog.

02.02.2017 
Tak mungkin di lupakan.
Amzar masuk Ward Pemerhatian di Zon kecemasan Hospital Shah Alam.

Bermula dengan demam dan tekak merah.
dapat antibiotik n ubat demam.
selepas 2 hari demam, dia start cirit dan kembung.
bila cirit dan muntah baru perut dia ok dan boleh tido.

masuk hari ke 2 dia cirit dan muntah,
badan dia nampak lemah. i ajak Cinta gi klinik lagi skali.
Dr. Hajar refer kami ke Emergency Hospital Shah Alam.

dah jumpa dokter semua. Dr kata nak masuk air + ubat sbb badan dia nampak lesu.
kena masuk ward pemerhatian di bahagian kecemasan.

Dugaan paling besar bila sampai waktu nak cucuk bendealah drip tuh.
i memang x akan boleh handle. jadik Cinta masuk handle Amzar.
boleh dengar suara dia nangis dr luar bilik tuh.
kesian sangat. huhuhuhuhu.

dh masuk ward, 
Alhamdulillah. dia tido jer sepanjang drip air tuh.
tapi mama dia tido skali lah atas katil tuh.
mulut dia asik mengempeng jer.

bila dh habes masuk air,
Dr. datang interview mama dia.
ade muntah lagi tak? x de.
ade berak lagi tak? ade sekali.
Masih nyusu badan ye? haah, tapi dah campur susu formula jugak.
takpe.. oleh kerana dia masih nak nyusu badan.
kita bagi balik.

mama dia rasa nak lompat bintang sebab x kena warder. 
kah kah kah.
walaupon mama dia dah standby fizikal dan mental nak tido spital malam tu.
syukurrr sangat ya Allah.
sepanjang 3 anak. ini kali pertama anak hampir warded.


Semoga lepas nih Amzar dan anak2 lain sentiasa sihat dan kuat antibodi melawan penyakit. Aminnn~

Sekian... n3 mengulit kenangan.




Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Saturday, August 13, 2016

...Abam Motak...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Moga kita semua mendapat keberkatan nye. Amin.

Haiiiii... hehehehehe
lama ork hilang. kemain malas lagi nak update.
lagi2 blog feed ade masalah nih. lagiiiiii lah tambah2 malasnye. 
hahahahahaha.

dah ade cara nak selesaikan masalah blog feed tu ke korang?
kalo dah ade cara selesaikan. tolong kongsi k~

Haini nak citer pasal abam motak kesayangan i neh. hahahaha
Abam motak Amzar lah. oleh kerana mamanye dah lama kelaut dalam, jadiknye citer sedikit kebelakang. throw back kekdahnye. hahahaha

hahahahahahahaha.. redho sangat mukanye kan.
biar jer papa dia buat ape pon.
i tak tau pon Cinta nak botak kan kepala Amzar. 
yang i mintak dia potongkan rambut Amzar.
dah panjang. pastu x sama panjang pulak.
nak bagi nampak hensem sikit lah hero i neh. hehehehe.

tudiaaaa... motak habes.
menjerit lah mak dia tgk hero dia dah motak.
hahaahahahahha.

Motak pon motak lah.
janji Amzar tetap hensem di mata mama.
lepas motak kan kepala, muka Amzar nampak lagi bulat kan~
nampak chubby sikit. hahahahaha.

okehh.. itu jer nak citer2 haini.
pelan2 lah i update kesah tertinggal sebelom nih.
habeskan dulu gambar2 lama dlm henfon nih.

Sekian.. kesah abam motak.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, June 20, 2016

...Tolong Mama Update...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari isnin.
Moga x monday blues macam mama shaye.

untie uncle carik mama shaye ke?
mama shaye di serang penyakit M.
lagi2 bulan pose nih. mama kata asyik nak tido jerk.
apelah mama shaye nih kan~

Oceylah.. Amzar nak gi sambung sepahkan menan kat belakang tuh.
ehhh..lupa nak tanya plak. Ensyem x Amzar??
Ensyem kan! kan! kan!

Bye2 untie Uncle.

Tq to untie Elissmie sebab tolong tiupkan habuk kat blog mama shaye.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, May 19, 2016

...Safety Gate | Pagar Keselamatan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
ceria2 selalu. hehehehehe

2 3 hari senyap. bizi benor jer gayanye.
bizi tolong kelik i pindah bilik. tolong buang sampah yang dia simpan. hahahaha
banyak pulak tuh. hahahaha*abaikan.

hari ni nak tunjuk barang pelaburan untuk anakda Amzar.
Dulu masa 2 anak pompuan x de pon beli pagar.
kena hero sorang. rasakan lah. semua pon kena beli. x beli x jadik keje maknye.
hahahahahhaha.

Safety Gate. oder kat lazada sajaaaa.
free delivery utk model ini. Harga RM95 hengget.
ada satu model lagi kena caj rm11 untu delivery. Harga pagar sama jer.
harus lah i amik yg free delivery khennnn.

Isnin oder, semalam(Rabu) sampai kat opis.
cepat betol. dah banyak kali i shopping barang kat Lazada.
setakat nih service memang tip top!

Balik keje semalam trus pasang.
eksited jugak lah mak Amzar tengok dorang pasang.

papa: Tepi.. tepii.. tepiiiii.
Anak: Amzar pon nak tolong lah papaaa.

Kak Ngah tolong jadik pemerhati. hehehehe

Pembantu papa. hahahaha. comel sangat~ syebok jer dia tuh.
macam pandai sangat jer. dia tak tau pagar tuh lah yang akan halang dia ke dapur. ahaks~

Geram nak gomoi2 budak kecik nih. 
ape yang papa pegang dia pon nak pegang.
dapat pegang sikit pon jadik lah.

Siappp!!  lega rasa bila dah pasang pagar nih.
sebab Anakda Amzar suka merangkak ke dapur.
kalo dah sampai ke dapur dia suka nak punggah tong sampah.
pernah sekali dia tarik tong sampah sampai terbalik. nasib lah tong sampah x banyak sampah. ade sampah kertas kakak dia.

lagi satu tempat dia suka pergi adalah bilik air.
pernah sekali lepas masuk kat pintu bilik air.
haih~ pantang lepa. 

kalo nak masak memang penat angkat dia ke depan jer.
kejap2 dia ke dapur balik.
memang x jadik keje lah. last2 papa dia suruh beli pagar. agaknye papa dia pon tak lalu dah nak kulu kilir ikut dia merayap. hahahahahaha
nak sangat Hero kan~ hahahahaha

okeh.. itu je nak share haini.
sekiannn.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, May 12, 2016

...Buai Eletrik...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Moga hari ini lebih baik dari semalam. amin~

Anak korang tido buai x masa kecik2?
anak2 i semua tido buai. tapi bukan sepanjang masa tido buai lah.
malam tetap tido melekat dgn mamanye. tido siang jer biasa nye tido buai.

2 anak sebelom nih tido pakai buai manual jer.
maknye kena buaikan.
tapi anakda Amzar tido pakai buai letrik.
maknye beli sebab Anakda Amzar tido kemain lena dalam buai letrik nih.
maklumlah buai x berhenti2.

Al-kesahnye pergi jalan2 umah kawan lama. 
Anakda Amzar ngantuk. oleh kerana Amzar jenis tido buai, jadiknye kawan i pon pasang lah buai letrik anak dia. letak lah Amzar tido dalam buai letrik tuh.
skali dia tido sampai x mau bangun. hahahahaha.
sampaikan maknye kena tutup buai letrik tuh baru lah dia start gerak2.
kemain lena tidonye. trus maknye berkobar2 nak beli jugak buai letrik tuh.
hahahahahhahahahaha.

startlah survey harga buai letrik.
bulih tahan mahal jugak harganye. kalo kat kedai baby, harganye kebanyakkannye lebih dari Rm200. juling jap mata mama Amzar. hahaha
Cuba plak survey On9. Alhamdulillah, jumpa kat Lazada. Harga termasuk postage RM182.00 kira ok lah tuh kan. trus sambar.

memula beli 1 jer. 
pasang kat rumah. mmg banyak membantu lah buai letrik nih.
sebab Amzar akan tido lama.
boleh lah mamanye kejar2 buat keje kan. takpon boleh lah mamanye tumpang tido skali. kah kah kah kah kah.

nak di jadikkan cerita, Ibu(pengasuh) anak2 cakap Amzar tido kat rumah dia asik nak berbuai jer. bila stop buai dia akan bangun. hehehehehe.
mestilah kan.. kat rumah tido berbuai x benti2. bila kat rumah pengasuh mesti lah nak berbuai sepanjang tido dia.

i pon bincang dengan Cinta untuk beli 1 lagi buai letrik.
letak kat rumah ibu dorang. Cinta kata OK. i pon oder lah sebijik lagi kat Lazada.
jadiknye sudah beli 2 buai letrik lah untuk anakda Amzar.
takpe lah.. demi anak, mama sanggup laburkan sedikit duit.
janji anak mama tido lena.

Buai kat rumah gantung kat tangga jer.
Alhamdulillah.. banyak membantu buai letrik nih.
walaupon harganye agak mahal. tapi sangat membantu di kala kita sibuk buat keje.
Terima kasih jugak lah buat kawan i yang memperkenalkan buai nih pada i.
hehehehe

Sekian.. kesah buai letrik

P/s: Anak korang tido buai x? pernah cuba buai letrik x?



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, May 5, 2016

...Amzar Cucuk 9 Bulan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis
semoga ceria2 selalu okeh!

Cerita kesah Amzar sket haini.
sepatutnye 28hb 4 (khamis) Amzar ade temujanji kat Klinik Kesihatan untuk cucuk 9 bulan.
tapi mak nye pening. Ingatkan 29hb. siap amik cuti dah nih. skali pagi 29hb cek balik buku sebelom gi klinik. skali 28hb laaaa. hahahahahaha.
trus wasap cinta cakap salah tarikh. cuak dah.
nak tak nak kena lah amik tarikh baru. dapat lah tarikh baru 3hb 5 (selasa)
dan i pon x jadik lah cuti jumaat haitu. masuk keje semula. kikikiki

3hb 5 (selasa) amik cuti balik sebab jumaat x jadik cuti. ahaks.
2 Hero Kesayangan.
Amzar kalo dengan papa dia semua ok.
kemain lagi menyengeh bila suruh senyum. hahahaha

graf berat dia x cantek. mungkin sebab haitu dia demam lama.
lepas demam trus naik gigi 2 batang.
ahahahaha. patutlah demam kemain lama.

cuba gak nak snap gambar gigi dia, tapi tak berjaya.
bila citer pasal gigi trus mamanye seriau. 2 kali dah kena gigit masa dia menyusu.
menjerit lah mamanye sambil tepok2 pipi dia.
dia boleh senyum sambil buat muka nakal! geram kan! sabor jer lah.

Alhamdulillah.. selepas bagi Amzar makan supplement, nampak selera makan dia bertambah2.
kemain selera makan pape. Kak long dia suapkan nestum sampai kena bancuh 3 kali.
lepas nih mamanye kena gigih lah masak bubur ke rumah pengasuh dia.
kesian jugak dia kalo x de bende nak makan.

Moga lepas nih berat anakda Amzar makin naik dan dia makin kuat melawan penyakit. aminnnn~

Sekian.. kesah Anakda Amzar.






 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, April 20, 2016

...Supplement Untuk Anakda Amzar...

 Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Ceria2 selalu okeh.

Hari ini nak cerita pasal anakda Amzar.
minggu lepas kan anakda Amzar x bape sihat.
demam + selsema + batuk.
Alhamdulillah.. semalam dah sihat dah. cuma tinggal batuk2 jer.

i perasan Amzar nih senang kena demam.
bila ade yg demam kat rumah pengasuh dia pon demam jugak.
nampak badan dia pon mula susut.
bila bincang2 ngan Cinta, pastu tanya kawan2.
ade yang suh amik supplement untuk kuatkan ketahanan badan dia.

so, semalam i ajak Cinta pergi farmasi.
sembang2 dengan pekerja farmasi, tanya ape supplement yang boleh tambah ketahanan badan baby yang umur 9 bulan.
walaupon x banyak pilihan untuk baby umur 9 bulan.
Alhamdulillah ada jugak lah 1 yang i berkenan.

Multivitamin untuk Amzar.
kata staff farmasi tuh, untuk tambah selera makan jugak.
ketahanan badan akan bertambah bila badan bayi cukup semua vitamin yang dia perlukan.
harap2 lepas nih kesihatan Amzar lebih baik dan badan dia lebih kuat melawan penyakit.

Multivitamin nih dia suh drop dalam susu jer.
tapi bila i buka jer penutup botol, trus x berani nak campur dlm botol susu dia. bau oren yang agak kuat.
sebab anakda Amzar nih dia memang bijak. kalo susu dia ade campur bende lain dia akan tolak susu tuh. lansung x nak minum.

jalan penyelesaian dia, Amzar kan kuat minum air masak.
bila campur dlm air masak. rasa oren supplement tuh akan buatkan air masak dia lagi sedap dan dia minum dengan penuh berselera skali. hahahaha
lega sangat sebab dia suka minum air + supplement dia tuh.

Harga supplement plak boleh tahan jugak lah.
kotak jer besar tapi botol supplement nye kecik ajer.
sebotol 30ml tuh RM 51++ pastu ade diskaun sebab jadik member farmasi.

semalam beli jugak krim utk hilangkan kesan gigit nyamuk.
pon Amzar punye. kulit dia memang alah betol dgn gigitan nyamuk. abes merah2 dahi dia.
bulat2 plak tuh. geram tengok. bila Cinta sapu krim tuh malam tadi, pagi nih nampak dah mendap2 semua bulat2 gigitan nyamuk tuh.
berkesan jugak. hehehe.
nanti i share rupe krim tuh. lupa plak nak snap gambar.

ok.. itu jer nak bebel pagi nih.
harap2 anakda Amzar lebih sihat dan kuat lepas nih.
camtuh lah kan, selagi anak2 x besar. macam2 nak kena pikir.

Sekian.. n3 mak gojes membebel~

P/s: Korang tau tak supplement ape yang baik utk baby 9 bulan nih. atau ade makanan2 yang baik untuk di amalkan?




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, March 23, 2016

...Banyakkan Minum Air Di Musim Panas...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Semoga kita semua sentiasa sihat dan bersemangat.

macam2 kesah musim panas skrg yer.
kesah bomoh ngan tembikai.
kesah strok haba.
ape yang penting. kena jaga kesihatan diri.

ini ade sedikit nasihat dari Hero kecik.

Jangan lupa minum air masak banyak2 yer cayang2 Amzar semua.

musim panas sekarang nih. air masak pon jadik sedap.
badan Amzar pon sihat.

minum semangat2 sket..  kalo x abes.. baki air boleh mandikan papa masing2. 
kah kah kah kah kah.

nasib lah Anakda Amzar nih senang minum air masak. 
kalo bagi pakai botol susu dia lambat sket minum.
kalo dapat botol biru nih.. mmg sekejap jer dia minum.
masa badan dia dedar2 haitu, ibu(pengasuh) dia bagi minum air masak banyak2.
alhamdulillah.. trus ok dah.

Ok.. itu jer pesanan dari hero kecik.
Sekiann.. 




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, March 22, 2016

...Bila Hero Kecik Melasak...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Moga Hari ini lebih ceria. Amin~

Pagi nih ujan kat kelana jaya nih.
mandi ujan jap. kekeke. nasib gak sentiasa bawak payung.
Alhamdulillah.. sejuk sket hari ini.

Ok lah.. di sebabkan dah lama sangat turun kelaut dalam.
haini nak up sket citer pasal Hero kecik i. Anakda Amzar.
Esok genap umur Amzar 8 bulan.
dah pandai merangkak dah. pastu pantang jumpa ape2 yang membolehkan dia berdiri, dia mesti akan bangun berdiri. tak kira dah selamat ke tak.
dah bape kali kepala jatuh ke lantai sebab usaha dia nak bangun tuh.
sabor jer lah.

Moh lah layan gambar Amzar melasak.
penat jugak melayan dia melasak. hehehehe

ini buku kak ngah nih.. letak merata2.

wowww... ini buku kak ngah sayang nih. boleh lah Amzar baca senyap2.

Wahhhhhh... Amzar macam ngah terbang lahhh.. hebat lah Amzar.

ehhhh... macam sangkut dah nih.. tolong! tolongggggg!

Muka whatever kena bebel ngan mama. kah kah kah kah kah.

Amzar nak tolong kak Ngah kemas buku niiiii.

Malas lah layan mama.

Hero sangatkan! x tahu takut langsung. kita pulak yang terjerit2.
geram sungguh.

Sekiannnn.. 



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, December 16, 2015

...Comel Sangat Sampai Tak Tahan Untuk Tengok Ajer...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Ceria2 selalu yer~

Haini nak cerita pasal kegilaan i membeli barang baby.
haitu x tahan tengok stokin & Baju yang kiut2.
kali nih geramkan menan baby pulak.
geram sampai x tahan nak tengok ajer. kena beli jugak.
hahahahahaha.

Shopping kat Lazada.
harga ofer sampai jadik rm18.21 jer.
murah tuh.
14.11.2015 i dah oder. tak perasan yang delivery date tuh bulan 12. ingatkan bulan 11 tu jugak.

selang seminggu dapat plak email nih.
terkejut terus bila email tuh bagitau Shipped From Oversea.
pastu jangkaan dapat 28-31 hari.
OOohhh.. camtu eh?
takpe lah... demi nak murah.. sanggup jugak tunggu dengan rela hati.
hahahahahaha

Setelah lama sabar menanti.
akhirnye.. bungkusan dari obesi selamat sampai pada 07.12.2015
lama tuhhhh. 

tudiaaaaaaa.... yang lama dinanti.
demi kecomelan mu.. sanggup ku nanti. hahahaha

comelkannnnn!
mamanye yang terlebih eksited.
aduhaiiii.. masa kat opis x sabar nak balik sebab nak sarungkan kat kaki n tangan Amzar. hahahahahaha.


Anak bertuah niiii... Mak dia kemain beli menan yang kiut miut.
plastik jugak yang dia geramkan.
kemain bersungguh-sungguh Amzar gigit2 plastik tuh.
sampai mak dia nak snap gambar pon blur2. sabor jer lahhhhh.

ini lah gambar paling semenggah yang i boleh snap.
itu pon selepas mama dia tarik plastik yang dia gigit2 tuh.
omel x Amzar????
hahahahahahahaha.. geram!

Sekian.. n3 Mama yang eksited lebih.

psstt.. x puas lagi nak shopping menan baby nih. hahaha


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...