Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Ceria2 selalu k~
Masih lagi cerita berkisarkan Kenduri kawin adik lelaki ai.
selagi tak habes gambar, layankan jer lah korang~
muehehehe.
Untuk uolls yang tak tahu, ai nih anak felda.. setiap kali ade majlis kenduri kendara camnih, semua ahli blok akan mesyuarat dan bahagi2kan tugas.
lepastu setiap ahli akan kongsi bawa bahan2 utama kenduri. contoh: beras ngan gula.
ai tak tau cara felda lain cam ner. tapi kalo felda ai memang camtuh caranye.
Alhamdulillah.. memang sepakat lah.
bila ade kenduri kendara, Semua pakat2 turun padang. sama2 potong bawang dan masak rempah bagi orang pompuan. dan bagi lelaki plak sama2 siang daging.
memang meriah!
Moh lah layan gambar2 Semangat rewang masih menebal di kampung halaman ku ini. :)
Hari kopek bawang dan masak rempah.
sehari sebelom kenduri.
Meriah kan!
kopek bawang sambil bersembang, gelak2.
kerja pon cepat jer siap.
bila ade kerja rewang cam nih.
dorang akan makan tengah hari kat sini jugak. separuh buat kerja kopek bawang, sebahagian lagi siapkan makanan tengah hari.
korang leh bayangkan x betapa meriahnya makan ramai2 cam nih?
sonok kan~ tapi ai tak sempat joint pon, sibuk siapkan kerja2 dlm rumah.
lagi lah bertambah kecoh bila ade kaum2 lelaki yang suka menyakat kaum wanita yang melatah. ai yang dlm rumah pon keras perot gelak tengok orang melatah kena sakat.
hahaahhaha.
gigih mengacau rempah.
yang duk atas kerusi tuh adalah tukang masak kenduri yang tersohor.
semua orang bahasakan dia ibu. juga merangkap ketua wanita blok kami.
malam sebelom kenduri.
kaum lelaki kena siang daging. tengok lah. betapa kuatnye semangat kejiranan kat kampung kan~ bukan setakat orang berusia jer turun padang.. orang2 muda pon sama naik tau.
bangga jap tengok semangat kejiranan kat kampung ai neh.
hehehehehe.
Seekor kambing yang di tumbangkan di pagi hari kenduri.
kambing untuk bayar niat.
gotong royong lagi untuk melapah dan menyiang daging kambing.
belakang tu kaum lelaki tengah masak gulai kawah daging lembu. seekor lembu dapat sekawah dan seperiuk besar gulai daging lembu.
Kerjasama yang erat.
silaturahim pon terjalin.
Alhamdulillah~ Semua lauk2 kenduri habes! x ade pembaziran.
Semua Ahli rewang dapat tapau makanan dan tetamu2 terdekat yang datang pon boleh bawa balik lauk2.
Terima kasih kepada semua jiran2 dan saudara mara yang datang membantu.
tanpa mereka semua memang susah nak jalankan majlis besar cam nih.
ai bangga dengan semangat kejiranan yang masih menebal di kampung halaman ai nih. moga semangat macam nih terus kekal sampai bila2.
sekian.. citer pasal rewang.
p/s: Rasa macam n3 kali ini ditulis oleh YB kawasan jer. hahahaahhaha. layan jer lah korang.
p/s: Kampung korang cam nih jugak tak?