Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Semoga semua ceria selalu.
Haini nak citer pasal rumah sewa kami.
Bulan Dec 2016 penyewa lama kami bg notis untuk tamatkan sewaan.
kebetulan pulak perjanjian sewa dorang memang tamat bulan Dec tuh.
jadik, bermula lah tugasan i untuk mencari penyewa baru.
Alhamdulillah, semua di permudahkan.
x sempat bukak iklan rumah untuk di sewa,
dah dapat penyewa.
Bulan Jan 2017 penyewa baru mula pindah barang masuk rumah.
pertengahan bulan 1 baru betol2 duduk.
dah dapat penyewa, i pon mulalah buat perjanjian baru.
masih mengekalkan warna kuning sama macam perjanjian penyewa lama.
perjanjian setahun + setahun (pilihan)
buat 2 salinan perjanjian, 1 untuk penyewa dan lagi satu untuk tuan rumah (Kami).
Selepas dua2 pihak dah sign. boleh pergi hantar ke pejabat hasil untuk stamping.
Total bayaran stamping adalah sebanyak RM39.00.
RM29.00 untuk stamping dokumen perjanjian pertama dan
RM 10.00 untuk stamping dokumen perjanjian ke dua.
Alhamdulillah. semuanya dah selesai.
Kami harap penyewa baru selesa lah duduk rumah sewa kami tuh.
mudah2an rumah kami tuh di jaga sebaik mungkin.
Sekian..








































