Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 26, 2013

...Semangat Rewang Yang Masih Menebal Di Kampungku...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Ceria2 selalu k~

Masih lagi cerita berkisarkan Kenduri kawin adik lelaki ai.
selagi tak habes gambar, layankan jer lah korang~
muehehehe.

Untuk uolls yang tak tahu, ai nih anak felda.. setiap kali ade majlis kenduri kendara camnih, semua ahli blok akan mesyuarat dan bahagi2kan tugas.
lepastu setiap ahli akan kongsi bawa bahan2 utama kenduri. contoh: beras ngan gula.
ai tak tau cara felda lain cam ner. tapi kalo felda ai memang camtuh caranye.
Alhamdulillah.. memang sepakat lah.

bila ade kenduri kendara, Semua pakat2 turun padang. sama2 potong bawang dan masak rempah bagi orang pompuan. dan bagi lelaki plak sama2 siang daging.
memang meriah!
Moh lah layan gambar2 Semangat rewang masih menebal di kampung halaman ku ini. :)

Hari kopek bawang dan masak rempah.
sehari sebelom kenduri.
Meriah kan!
kopek bawang sambil bersembang, gelak2. 
kerja pon cepat jer siap.

bila ade kerja rewang cam nih.
dorang akan makan tengah hari kat sini jugak. separuh buat kerja kopek bawang, sebahagian lagi siapkan makanan tengah hari.
korang leh bayangkan x betapa meriahnya makan ramai2 cam nih?
sonok kan~ tapi ai tak sempat joint pon, sibuk siapkan kerja2 dlm rumah.

lagi lah bertambah kecoh bila ade kaum2 lelaki yang suka menyakat kaum wanita yang melatah. ai yang dlm rumah pon keras perot gelak tengok orang melatah kena sakat.
hahaahhaha.

gigih mengacau rempah.
yang duk atas kerusi tuh adalah tukang masak kenduri yang tersohor.
semua orang bahasakan dia ibu. juga merangkap ketua wanita blok kami.

malam sebelom kenduri.
kaum lelaki kena siang daging. tengok lah. betapa kuatnye semangat kejiranan kat kampung kan~ bukan setakat orang berusia jer turun padang.. orang2 muda pon sama naik tau.
bangga jap tengok semangat kejiranan kat kampung ai neh.
hehehehehe.

Seekor kambing yang di tumbangkan di pagi hari kenduri.
kambing untuk bayar niat.

gotong royong lagi untuk melapah dan menyiang daging kambing.
belakang tu kaum lelaki tengah masak gulai kawah daging lembu. seekor lembu dapat sekawah dan seperiuk besar gulai daging lembu.
Kerjasama yang erat.
silaturahim pon terjalin.

Alhamdulillah~ Semua lauk2 kenduri habes! x ade pembaziran.
Semua Ahli rewang dapat tapau makanan dan tetamu2 terdekat yang datang pon boleh bawa balik lauk2.

Terima kasih kepada semua jiran2 dan saudara mara yang datang membantu.
tanpa mereka semua memang susah nak jalankan majlis besar cam nih.
ai bangga dengan semangat kejiranan yang masih menebal di kampung halaman ai nih. moga semangat macam nih terus kekal sampai bila2.

sekian.. citer pasal rewang.

p/s: Rasa macam n3 kali ini ditulis oleh YB kawasan jer. hahahaahhaha. layan jer lah korang.

p/s: Kampung korang cam nih jugak tak?

 

23 comments:

Zee Suhaini said...

memang la zura kat kampung still ada lagi semangat camni..buat keje pon happy jer kan..kg zee pon sama..kalo akikah pon dorang sanggup datang tolong ni kan pulak kenduri kawin..
skang ni ramai sangat yang amik katering..makanan takde la sedap mana pon..

nea lopah said...

waaa meriahnye. Semangat rewang yg makin menghilang d bandar2. Sekarang ni kawin pun kat dewan, tempah katering. Datang makan jer....

zarena heeney said...

area umah mak ena pun
msh kuat lg rewang nie
bila berkumpul mmg meriah

Atia Adina said...

kampung kak ad masih lagi buat cara macam ni ... rewang ... tapi kalo sebelah abang am ... x der dah ... semua order jer

Masya said...

bila ewang ni cepat sikit masakan.. gotong royong membawa berkat.. nanti rumah mereka kenduri.. kt pulak rewang

lieyalatif said...

ooo zura anak felda.... patut la kuat lagi semangat gotong royong nye....

suasana gotong royong kenduri ni sebijik mcm kat kampugn lieya laa zura...mmg meriah...yg kopek bawang, yg balut telur, yg sian ayam daging....mmg meriah abis lah....

suasana mcm ni mmg payah dahnak tgk kan...sbb ramai dah mule amik katering...xnak umah tak berkecah masak2 nieh....

Liza Yati said...

Kampung liza masih ada pakatan kami panggil. Tp semenjak dua mjak nie, dah kurang. Pakat amik caterer je sbb ramai ibu2 muda kerja. Xdak org nak rewang. Huhu..

Cho Zila said...

baguihler kampung akak dah takder ler sebabnyer orang kampung akak memang yang pencen2jer.. yang nak kenduripun dah tak berapa nak ada...

eB said...

bestnya zura. kami nih nk tgk rewang ssh sgt... rewang nih penat tapi meriah kan? best :)

ct cheery said...

WAH..BEST Meriah sngat ngan senda gurau..klu mcm tu tiap tahun buat kenduri pun mahu hehe

Rizziela said...

dah susah kan nak cari sekarang mcm ni.. kebanyakkan semuanya ambil catering...dah x meriah lagi kenduri kawin

shark said...

org jawa kat kg laki ai pun masih cenggini..
rewang sama2 klo ada kenduri hatta kenduri arwah sekalipun..
kerjasama konsepnyerr :)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

kat kampung saya pun masih ade semangat rewang ni ....even masa saya kawen pun wat rewang :)

Sura Mohd said...

bestnya dapat rewang camni..kg akak takde dah semua tu..tak merasa..:(

Kakzakie said...

Kalau dekat kampung bolehlah Zura sebab kawasan rumah luas kan. Tapi kalau rumah kakak org ramai nak rewang pun tak muat dapur hihi...

Kampung kakak pun macam ini juga Zura..

Tihara said...

suasana kenduri di felda memang best, meriah..:)

Fizalinolie said...

Sama macam tempat Fizalah Zura. Time kenduri kawin mesti ada mesyuarat dulu bagi2 tugas. Then... Sehari sblm kenduri. Ramai2 akn ke rumah pengantin tlg kopek bawang dan bahan. Siap mkn ramai2 lagi. Best kan...

::NureeN:: said...

gotong royong mcm ni mmg cepat kan... :)

LYAfrina said...

inilah y bestnyer kan..
biasa bila majlis2 besar camni bru leh bkumpul n dlm msa sama blh btukar crita..mmg meriah la majlis kat kampung..

hainom OKje said...

Memang syok tengok mereka merewangkan Zura...kalau gotong royong sendiri dapatlah menjemput ramaikan....dapat jugak bungkus utk sedara mara kalau katering ....mmg berdikit dikit lekan....

Wak Gelas said...

meriahnyerr kann.,ehHHee

Fifi Nadhrah said...

syok merewang ni!~

Sidratul Muntaha said...

memang menebal sungguh semangat rewang tu
ahahahhaa
kambing sekor smpai lebih 2ornag kejekan
klu adik2 aku kaa zura
kambing sekor tu tak sampai 2 jam.
buat 2 3 org
laju je deme buat
yelah
dah bese hadap..
tpi kdg2 deme ade ckp
klu jarang2 buat
mmg slow jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...