Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 11, 2014

...Cerita Yang Tertangguh | Majlis Tunang Sepupu...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Senyumlah.. senyum itu kan sedekah yang paling mudah..:)

Semalam i bercuti.. hehehe. ingat nak wat projek kemas rumah.
skali di landa perut masuk angin pulakkkkk.. sudahnye buat mana yang termampu jer lah.
habes jugak lah i menarah sampah2 kat bahagian dapur. penuh jugak lah 1 plastik sampah warna hitam tuh. huhuhuhu.

ok2.. haini i nak sambung citer yang tertangguh haitu.
kisah majlis pertunangan adik sepupu i. Majlis Adik i sabtu malam.. Majlis adik sepupu i nih plak Ahad petang.. kira bersambung lah 2 majlis nih.


yang baju kemeja biru tu lah sepupu i. yang hensom kat depan tuh ayah i. hehehe
sedikit kesah dia, dan kenapa Majlis pertunangan dia famili i yang handle.

sepupu i nih asal dari kelantan. kematian ibu dan dari famili yang boleh kata susah.
dia dan adik2 dia banyak merantau mencari rezeki.
hanya yang kecil2 jer dijaga oleh mak saudara yang duduk dekat dengan rumah dorang.

nak di jadikkan cerita lagi.. bakal tunang dia anak kepada jiran My Ma. depan rumah. i tak taulah camner dorang boleh couple.. katanye dia start kawan masa dia datang umah My Ma masa kenduri kawen i.. hulammakkkk.. 8 tahun dah kawan. hahahahaha.

oleh kerana rumah bakal tunang dekat jer dengan rumah My Ma. jadiknye My Ma lah handle urusan meminang anak dara orang tuh. bahagian hantaran My Adik Na yang buat. dia tangan ade seni sket kalo nak dibandingkan dengan kakak dia neh. dia sama cam Adik i Nens, tangan berseni. Kakaknye Kerastangan.. hahahahaha.


Rombongan meminang depan rumah.
semua ahli rombongan adalah kawan2 My Ma.
walaupon majlis nih untuk anak saudara My Ma.. dorang tetap datang tolong ape yang patut.. tetap menjadi wakil pihak My Ma. Terima kasih buat semua yang dah banyak menolong.
tudung hijau depan skali tuh adik kepada sepupu i yang bertunang. ade beberapa saudara mara dari kelantan turut hadir skali termasuklah ayah kepada sepupu i tuh.


ahli rombongan yg lambat.. paling lambat i ler. 
keh keh keh keh.


 My Anis n Ammar.


Sebahagian dari rombongan pihak lelaki.


Pakcik yang baju putih + kopiah putih adalah wakil pihak perempuan.
pakcik yang sama yg menjadik wakil pihak perempuan masa Majlis adik Na. hehehe
baju kuning tuh My Ayah Long ayah kepada petunang lelaki, sepupu i.
baju hijau kotak2 tuh, adik petunang lelaki..sepupu i jugekk ler~


Wakil pihak lelaki pulak yang pakai tudung cokat tuh.
kami semua panggil dia ibu. ketua wanita untuk blog kami.
Ibu jugak tukang masak tersohor kat felda i. bau masakan Ibu akan buat orang rasa lapar dan nak makan! sedap sangattttt!


Syikin, Adik Na dan Azie(Adik ipar)


selepas semua dh bersetuju dengan segala yg dibincangkan.
My Ma jadik wakil untuk sarungkan cincin pada petunang perempuan.


Petunang pompuan.
cantek.. ayu jer.
petunang pompuan nih adalah jiran i lah.. dari kecil memang dh biasa dengan dia. tapi bila masing2 dah berhijrah dan dh lama x jumpa.. terasa lain plak. nak sembang pon rasa janggal. hehehe.


petunang dengan Mak saudara saya.
Mak Ngah saya nih lah yang banyak jasa membesarkan adik beradik sepupu i tuh. dialah yang banyak menanggung makan minum adik2 sepupu i tu. kalo x de Mak ngah i nih.. x tahu lah ape nasib sepupu2 i tuh selepas kematian mak.
memang besar jasa mak saudara i neh. sampaikan adik2 sepupu i tuh panggil Mak Ngah i nih Ma (mak) sebab nak tumpang kasih sayang. sedih bila dengar Mak ngah citer bila dorang mintak nak panggil makngah i nih Ma. huhuhuhuhu.


Selamat Bertunang Yi n Fatin.
moga kekal sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.
jaga diri baik2 yer.


hantaran dari pihak perempuan.


hantaran dari pihak lelaki.


Mereka pon nak menyelit jugak.
i seperti biasa.. sibuk berkejaran dengan anak2 kt luar.
kalo masuk ke dalam.. kecoh lah dlm rumah tuh. hehehehe

Sekian.. Kesah Majlis pertunangan sepupu.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

15 comments:

Zee Suhaini said...

lamanya dorang berkawan zura..
kalo dah jodoh memang tak kemana kan..senang la pasni umah dekat jer..

Sura Mohd said...

selamat bertunang buat sepupu zura..
cantik tunangnya..moga selamat ke jinjang pelamin..:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah lama tak pergi majlis tunang dan kahwin ni ..bukan tak de jemputan tapi selalu tak dapat nak menghadirkan diri ... huhu

Tihara said...

alhamdulillah, tahniah untuk cousin zura
rasa terharu pulak baca kisah cousin zura dan makngah..
moga kebahagiaan ini kekal hingga ke jannah insha Allah

Kakzakie said...

Syukur alhamduillah berkat didikan mak saudara dan pakat-pakat berkatlah dptnya Zura.

Moga tujuan utk mendirikan masjid tercapai juga. Jgn tunggu lama-lama:)

εïзmummyHazaεïз said...

Jodoh depan umah, me pulak jodoh sekampong auwww

eB said...

muka deq na makin berseri2 kan?
lama x dgr cerita dia :)

siti alfakhishah aman said...

tahniah.. untung la dapat orang dekat2.. kalau jodoh tak kemana kan.. :)

::NureeN:: said...

meriah n berseri2... sb warna tue bangkitkan suasana...

hihii.. pic yg n3 nureen tu dh preggy dlm 3bln mcm tue.. yer ker slim.. dh 58kg time tu huhuu

Fifi Nadhrah said...

lamenye berkawan.. lagi lame dari tempoh fifi kenal dengan suami.. hihi..

Daddy Ziyyad said...

Moga ke jinjang pelamin...

Muka fatin tu, ada iras2 muka blogger nama wahida...saya tak sure awak ada ke blog wahida ni ke tidak..

shark said...

mane gambo tuan tanah?hehe

mamaarifakeem said...

Alhamdulillah... seronok dpt bantu apa yg boleh kan... tahniah buat sepupu..hendaknya cepat naik pelamin pula..amin..

hainom OKje said...

Selamat bertunang buat mereka yg baru bertunang...buat kita yg dah lama bertunang ni nak ucpa apa zura? hehe....

Yelah besarnya jasa mak ngah awak tu zura...bukan calang calang org yg nak bela anak orang walaupun anak sedara sendirikan....

hainom OKje said...

Selamat bertunang buat mereka yg baru bertunang...buat kita yg dah lama bertunang ni nak ucpa apa zura? hehe....

Yelah besarnya jasa mak ngah awak tu zura...bukan calang calang org yg nak bela anak orang walaupun anak sedara sendirikan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...