Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Mood masih di laut dalam. cuba untuk berenang semula ke darat.
minggu lepas 1 minggu jiwa kacau.
asik lah duk update2 kat FB tengok orang update pasal banjir.
Alhamdulillah.. rumah My Ma n My Mak tak terjejas banjir. cuma rumah adik i Nens dan sedara mara kat kelantan yang kena banjir.
naik risau bila sepupu2 updated x dpt nak berhubung dengan parent masing2 yang ade kat kelantan. semua terputus hubungan.. ade yang lari ke bukit untuk selamatkan diri.
Allah.. sedih sangat. :(
n3 hari nih nak tempek sket gambar2 banjir yang adik i, Nens Hantar.
tahun nih tahun ke 2 rumah Nens terlibat banjir.
cuma tahun nih x teruk sangat cam tahun lepas. Syukurrr.
mula mengemas ape yang patut sebab air longkang dh melimpah.
persediaan awal tuh perlu kan~
semua baju2 adik i pack masuk dlm bonet kete.
ape2 hal jadik kt rumah semua baju ade dlm kete dah. hehehe.
bijak jugak kan~
air dh mula masuk dlm rumah.
Nens sekeluarga pindah keluar dari rumah pukul 3.30 pagi.
takut terperangkap lagi susah kan.
bila dah siang.
balik tengok keadaan rumah.
persediaan awal boleh menyelamatkan banyak barang.
cuba letak barang2 di tempat yang setinggi boleh.
keadaan luar rumah hari pertama pindah keluar dr rumah.
ini pulak hari ke 2 pindah keluar.
air makin naik. masa nih ade fenomena air pasang.
tu pasal air makin naik.
Ini pulak keadaan jalan masuk ke rumah Nens.
motor semua tinggal kat sini. pastu redah air banjir untuk sampai ke rumah.
ini plak gambar banjir di kelantan.
tempat kami selalu mandi manda kalo balik kelantan.
Lata rek. ini gambar keadaan biasa sebelom banjir.
ini pulak gambar semasa banjir.
Allahuakbar!!! menakutkan!!
bayangkan.. rumah mak sedara i yang berada di tempat tinggi pon tenggelam.
memang banjir teruk melanda kelantan tahun ini.
i tumpang simpati pada semua mangsa2 banjir di sana.
InsyaAllah.. akan cuba membantu semampu kami.
Doa i buat semua mangsa2 banjir agar mereka tabah hadapi Ujian Allah ini.
hanya mereka2 yang terpilih sahaja yang akan di uji.
teruskan berdoa. InsyaAllah.. Allah pasti akan bantu.
Sekian.. kesah banjir.