Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 30, 2014

...Rezeki Kami...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
moga hari ini berjalan lancar. InsyaAllah.

Hari ini x bape sihat.
sakit tekak macam selsema. asik bersin2 jer.
badan pon dh sakit2 dah nih.
harap2 x melarat lah.. Amin~

RM160 voucher giant.
Alhamdulillah.. rezeki yang Allah kirimkan untuk kami.
boleh lah cover duit belanja dapur. hehehehe
topup sket jer lah pakai cash.
 Voucher nih dh selamat dah kami guna. :)


Rezeki datang memang kita x menduga kan~
Dan dalam pelbagai bentuk yang kita sendiri x terjangka.
itu lah rahsia Allah kan~
semoga kami akan sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah.

Sekian.. 

P/s: lemau haini. harap2 selsema nih x lama. letih ler hidung sok sek sok sek nih.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, September 29, 2014

...Bila Mama Berkarya Di Dapur...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Jom mulakan minggu ini dengan aura yang positif!!

pagi2 yang kelam kelibut nih i nak tempek simple punye citer jer dulu.
Hari ini mesti ramai yang pose sunat kan.
korang jangan tikam i k~ sebab i nak tayang gambar makanan neh.
tapi menu simple2 jer pon.. x kose pon korang nak terliur.. hahahahaha

gambar makanan nih hasil karya i di dapur..karyalahsangat!hahaha
menu simple2 jer.. asal kenyang anak beranak.
lagipon ai neh x kreatif sgt bab2 memasak.
tapi i pon tak tahu ape yang i kreatif.. semua cam tak kretif jer.. hahaha
panjang pulak melalutnye.. hahahaha

Ikan bakar Magik Pan.
Terima kasih Magik pan Free beli ekon opis.
berjasa sungguh. hahaha

masa plan nak bakar ikan nih, i plan nak wat air asam skali. tapi bila siap bakar.
perut lapar x makan saman dh. langsung x jadik wat air asam.
terus makan jer. kakakakakakakakaka

Feberet Cinta dengan Anak2.
Daging masak kicap + black paper.
kalo ikut selera tekak i, i suka masak kering tanpa kuar.
tapi Cinta ngan Anak2 suka berkuah camnih.
Oleh kerana i isteri yang solehah.. makanye, ikutlah selera Cinta. 
hahahaha

Ikan Bawal goreng & Salad goreng sos tiram.
Semala punye menu nih.
sayur pon asal ade dlm peti ais jer.. menghabeskan stok sayur kekdahnye.

Megi sup.
Opss.. ini i berkarya kat kedai mamak nih.
oder saja sama mamak. hahahahahaha.

Amacam?? ade yang terliur ke??
x de lah kot kan? menu simple2 jer.
Kalo ade orang pose terliur, minta maaf yer.. hehehe

OK.. nak settlekan keje sambil BW jap.
Selamat bekerja korang.
Tata titi tutuuuuu.
Sekian.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 26, 2014

...55 Amalan Sunnah Rasullah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Penguhulu segala hari.. moga kita sama2 mendapat keberkatannye.. Amin~

Sempena hari yang penuh berkat nih.
i nak share 1 bende yang bermanfaat untuk kita semua.
Tips nih agak panjang.. harap2 kalo x dapat semua.. dapat buat separuh pon jadik lah.


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

(Oohhh.. Hati2 yer kawan2.. Jaga mata)


2 MAKAN GARAM

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

(Baru tau pasal kebaikkan garam nih.. InsyaAllah.. Akan cuba Amalkan)


3. MINUM TANGAN KANAN

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

(Alhamdulillah.. masih cuba utk mengamalkan secara berterusan.)

4. SESAAT DI JALAN ALLAH

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

( Islam yang sangat Indah kan?)


5. LANGKAH KANAN

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

(hehehehe.. kadang2 kalo dalam kelam kabut, x ingat mana kanan mana kiri dah.. huhuhu)


6. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

(i selalu makan pakai sudu kalo kat kedai..huhuhu)


7. JAMINAN ALLAH

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

(Okeh.. lepas nih sentiasa bagi salam sebelom masuk rumah..mudah jer kan amalan tuh)


8. GUNTING BULU

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

(Okehhh.. x sanggup nak jadikkan ketiak dan tut sebagai buaian.. moh kita selalu bercukur)


9. JANGAN BERSIUL

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

(Ohhh.. nasibler i x bape pandai siul..syukur)


10. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

(i selalu terskip potong kuku ibu jari kanan dulu.. baru sambung potong telunjuk kiri! haihs)


11. CARA POTONG KUKU KAKI

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

(x pernah buat sebelom nih.. lepas nih bleh amalkan.. senang jer nak dapat pahala kan~)


12. PANJANG LENGAN BAJU

Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

(maknanye x boleh terlebih2 panjang lah kan? ok)


13. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

(Sama macam jubah ke nih??)


14. BERSIWAK

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

(AllahuAkbar! besarnye ganjaran orang bersugi!)


15. DOA DALAM SUJUD

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

(Masa Sujud dalam solat fardhu boleh berdoa dlm hati ke?)


16. ADAB DI TANDAS

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

(part tutup kepala tuh agak susah nak buat.. kenapa entah!)


17. ADAB MAKAN

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

(okehhh... ini mcm nak kena ubah nih.. huhuhu)


18. TIGA JENIS ORANG

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

(Nauzubillah! mintak di jauhkan dari terjebak di dalam 3 golongan ini)


19. PAKAI MINYAK WANGI

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

(i pon pakai.. tapi cuba untuk berserdahana masa pakai minyak wangi)


20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

(ini pon susah benor nak amalkan..haihlah)


21. CINCIN PERAK

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

(Oohh.. baru tau ini pon sunnah!)


22. SOLAT FARDHU DI MASJID

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

(ini mungkin untuk lelaki lah kan~)


23. PAKAI CELAK

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

(Celak Ismid tu camner ek??)


24. PANJANG PAKAIAN

Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

(haaa.. ini memang kena perati betol2.. kadang2 seluar Cinta terlebih labuh..heheh)


25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

(huhuhuhu)


26. MENGUAP

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

(kalo menguap seluas2 alam memang syok kan! nampak sgt setan suka kita menguap seluas2 alam.Huh!)


27. MENYIMPAN JANGGUT

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

(Cinta Ade janggut! hehehe)


28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

(Syukurrr.. toilet kat rumah x mengadap arah kiblat.)


29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

(okehhh! Ilmu baru~)


30. POSISI TIDUR

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

(Tido lasak.. huhuhuhu)


31. MINUM LEPAS MAKAN

Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

(hehehe.. ini pon susah benor nak amalkan)


32. TIDUR SEBELUM ZOHOR

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.



33. BERDIRI HORMAT

Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.



34. PAKAIAN BERWARNA

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.



35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

(Urmmm.. akan di usahakan..InsyaAllah)


36. MENU RASULULLAH

Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

(ini yang tengah amalkan.. nampaknye i kena joint skali~)


37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

( ye eh???)


38. KETAWA RASULULLAH

Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

(Okeh.. yang satu nih mcm kena batang hidung sedebik.. i ketawa mcm puntianak mengilai.. huhuhuhu)


39. MINUMAN RASULULLAH

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.



40. HISAP AIR DALAM HIDUNG

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

(Erkkk.. Okeh!)


41. BERI MAKAN ANAK YATIM

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.



42. LARANGAN PAKAI CINCIN

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.



43. BANGUN TIDUR

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.



44. KONGSI MAKANAN

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

( Mulianye Akhlak Nabi kita kan~)


45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.



46. ISTIGHFAR

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

(huhuhuhu.. di manakan kedudukan Istighfar i?)


47. JANGAN MENCACI MAKANAN

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

(Betol sangat~)


48. APABILA BERTAMU

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

(Adab berkunjung dalam Islam kan~)


49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.



50. MAKANAN PANAS

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.



51. GILIRAN MINUM

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.



52. 3 AMAL

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

(OK)


53. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

(huhuhuhuhu.. susah jugak nak mentenkan cara tido kalo kita tido lasak kan!)


54. CARA PEGANG MISWAK

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.



55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

( Yang baik selalu sukar nak amalkan.. lemahnye saya)


Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Sekian.. Perkongsian bersama. Selamat Beramal~

P/s : Terima kasih Nens Atas perkongsian ilmu ini. adik i post kat wasap. nampak cam bagus untuk di kongsikan.. :)


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 25, 2014

...Spontan Khamis | Macam Betul Je!...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Senyumlah Kawan.. Senyum itu kan sedekah yang paling mudah..:)

Spontan Khamis haini i nak ulas pasal gambar nih.
Gambar nih i amik dari FB. Terima kasih Suriafm FB sebab buat i gelak terkekek2 bila tengok gambar nih.

Korang setuju x dengan gambar nih???*refertoferemfuangojes
kalo i, memang setuju sangatttt.. hahahahaha..
korang pon kan? kan? kan? muahahahahahhaha.

Kalo i pack barang balik kampung kan.. 1 beg besar tuh.. 1/3 jer baju2 Cinta.. selebihnye baju i.. hahahahahahahahaha.

Contoh Kalo pack baju untuk 3 hari lah kan.

baju jalan mesti 3 pasang.. Cinta 3 helai baju t shirt dan sehelai seluar.

baju basahan.. i punye mesti 3 helai tshirt tapi cinta sehelai jer itu pon utk stenby. sebab dia akan pakai balik baju Tshirt jalan dia untuk tido malan.. kecuali baju tu kotor sangat. baru dia tukar baju stenby tu.

Seluar basahan.. i punye harus lah 3 helai.. Cinta punye 2 helai. kalo malam dia sejuk dia pakai balik seluar slack dia tu. 

Spender dan pakai dalam... i punye harus lah 6 helai.. 1 siang 1 malam.. kakakakakakaka.. Cinta punye cukup 3 helai jer.. 

Tudung pulak harus lebih dari 3 helai.. yang 3 tu kena sama dengan warna baju jalan.. pastu bawa lagi tudung stendby yang boleh masuk dengan semua warna baju. 

Haaaa... mana x penuh nye beg.. tu pasal jadik banyak tuh.. Cinta punye 1 bahagian jer. hahahahaha.. tapi yang pelik nye.. bukan semua baju yang i pack tu akan di pakai.. muahahahahaha.. biasa lah pompuannn.. stenby katanyeeee. hahaha

itu baru citer pasal pack baju.. wajib ada 1 beg lagi letak alat2 makeup kan! skali letak dokumen2 penting cam IC anak dan buku bank.
last skali handbeg.. baru lah cukup syarat nak balik kampung.
tak gittu feremfuan2 gojes sekelian????
ke korang ade nak tambah lagi bilangan beg??
kah kah kah kah kah kah.

ok dah.. dah.. sekian.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 24, 2014

...Percuma Dari Drypers...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
Ceria-Ceria selalu okeyyyy!!

Korang suka tak barang free.
mesti suka kannnn! hehehehe.
sama lahhhh.. hahahaha.

Hari jalan2 kat blog Haza.
baca n3 dia dapat beg dari Drypers.
terus nak cuba nasib jugak.. hahahaha
Thanks Haza atas info ini..:)

Tadaaaaa.. comel kan! kan! kan!
kiuttttt sangat.. saiznye pon sedan elok dengan Delisha.

Beg nih dapat bila i joint member Drypers.
masa isi form kat websiter Drypers tu, i kira cuba nasib jer lah.
kalo dapat Alhamdulillah.. kalo x dapat kira x de rezeki lah tuh kan.
Skali memang rezeki Delisha.
dapat beg kiuy nih.. kemain sonok dia tengok beg nih.
serius comel!

haaa.. pada kawan2 yang nak cuba nasib jugak boleh pergi ke web site Drypers

mana tau rezeki korang jugak kan.
boleh dapat beg kiut miut nih.
Selamat mencuba k~

ok.. itu jer nak gebang pagi nih.
nak sambung wat keje sambil BW.
keje rajin2 semuaaa.. Tata titi tutuuuu.

Sekian.. kesah beg percuma.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, September 23, 2014

...Menumpang Kasih Dengan Kucing Dapur Kami...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Semoga hari ini lebih baik dan baik dari semalam.. Yeaahhh!!

Hari ini nak tempek sket citer pasal makhluk Allah yang menjadi sebahagian dari keluarga kami. Kucing2 kat belakang dapur. 

Haaaaaa... special sangat tempat tido ko kan!
yang nih anak2 panggil dia Manja.
ade lagi sekor yang rajin masuk dalam rumah.. Anak2 panggil dia Ibu.
sebab yang lagi sekor tuh haitu dah beranak. anak2 dia i x pasti masih ade atau x.

Kucing2 ini lah tempat anak2 i melepaskan kebosanan dorang. menumpang kasih sayang kekdahnye...kejap dokong sana.. kejap dokong sini.
pastu ajak kucing main.. kemain kecoh lagi rumah bila dorang ajak kucing2 nih main.
kucing x penat mana.. dorang yang terlebih penat.. hahahaha

i juga pencinta kucing.. dr kecik lagi memang membesar dengan kucing2 jer.
tapi sekarang x berani nak bela kucing.. takut kekurangan kasih sayang pulak kucing tu nanti. jadiknyee, tumpang jer lah kasih sayang kucing2 dapur tuh.

Setiap bulan mesti ade sedikit peruntukan untuk kucing2 dapur nih.
anak2 akan suh belikan makanan kucing.
x beli kesian pulak.. dah anak2 kita jugak yang menggomoi kucing2 tuh.
belikan jugak lahh.

Kalo hujung minggu, macam nih lah jadik kucing2 nih.. semua pakat2 masuk tido dlm rumah. kalo tuan rumah nak gi berjalan jer baru kucing2 nih letak kat luar.
kalo letak dalam rumah.. kang kenduri besar plak dorang.
bukan boleh percaya budak2 bulu nih. hehehehehe

pada sesiapa yang pencinta kucing tu,
mesti korang setuju kalo i cakap, kucing nih salah satu terapi stress yang bagus kan!
bila manja2 dengan kucing.. rasa tenang jer.. hilang semua stress.
Setuju x??

Sekian.. kesah kucing dapur kami.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, September 22, 2014

...Meriahnye | Alhamdulillah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk mulakan minggu ini dengan aura yang positif. :)

Salah satu bende yang positig hari i hari ini adalah bila buka akaun Nuffnang.

Auwwww.. meriahnye iklan CPUV yang melekat.
Alhamdulillah~
2 minggu lepas tinggal seketul jer CPUV.
haini bukak! tadaaaaa... meliahhhh sangat.
hehhehehe.

Terus semangat nak menulis blog di pagi yang sibuk ini.
alaaa.. tulis simple2 jer pon khennn. 
asal ade bende nak kongsi pagi nih.

Korang punye iklan ok??
meriah jugak??? minggu lepas ade nampak kawan blog wat n3 pasal iklan CPUV yang meriah jugak. Maknanye memang minggu lepas ramai yang dapat banyak iklan CPUV lah yer.
Tahniah buat semua k~

ok.. itu jer nak gebang pagi2 nih. 
nak sambung wat keje jap.. sambil2 jalan2 kt umah korang.
keje rajin2 semua..
tatatititutuuuu..

Sekian.. kesah iklan CPUV.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 19, 2014

...Tesco Tempat Isi Masa Lapang Kami...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Penghulu segala hari.. Moga sama2 mendapat keberkatannya. Amin~

Dah petang baru sempat nak up n3.
bz betol haini. siapkan big boss punye petty cash. boss dah pokai dah. ahaks~
petang2 nih nak tempek gambar lama jer.
gambar kami menghabiskan masa lapang.
pusing2 kat tesco.. jalan2 carik pasal kekdahnye.. hehehe

cer tengok muka Anis tuh.
muka org tak puas hati kena kurung dalam troli. hahahaha
bukan bulih lepas budak berdua nih. tak cukup kaki nak mengejar nanti.
tu yang tak pepasal mamanye jadik tarzan kat mall.
duduk dalam tu diam2 yang nak.
muncung anda tak mampu mencairkan jiwa mak. hahahaha

budak kena kurung lam troli.
hahahahahahahahahahaha.
Delisha tu pakai kakak dia punye tudung. elok kena ngan muka dia kan~
kakak dia plak x mo kalah.. tudung lilit2 pastu pin kat atas kepala.
nak overshadow mama ler tew!! hahahaha

nak suh duk diam dalam troli.. umpan tab. hahaha
biar dia layan citer. tenang sket mama papa nak cuci mata.
kalo dapat cuci poket lagi sonok. ahaks.

Kalo pergi mana2 mall dengan niat nak cuci mata 'jer' selalunye tidak pernah berjaya. ada saja bende yang berkenan di hati kan?? korang pon camtu gak kan! kan! kan!
muahahaha..

Sekian.. Kesah jalan2 carik pasal.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 18, 2014

...Projek Di Hari Malaysia...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Senyumlah.. Senyum itukan sedekah yang paling mudah..:)

Hai korang.. camner cuti Hari Malaysia??
best?? i duk rumah jer.. pepagi hari jer bawa anak2 gi makan nasi lemak kedai mamak.
selebihnye lepak kat rumah buat projek ngan anak2.

Balik jer dari kedai mamak terus mulakan projek pertama.

dalam pembikinan.
sebenarnya x plan pon projek nih..
Tapi.. oleh kerana Cinta x approve projek yang i plan. i pon carik lah projek baru.
hahahahaha. 

ketuk lagi bang.. ketuk lagi bangg!
abaikan lah tiles yang tercabut tuh. masa Cinta duk drill table top tuh pon tercabut lagi sekeping.. berbulu je mata memandang. takpe lah nak.. nanti mak ade duit koyan2 mak bagi pakai baju baru k! :P

Tadaaaaa.. hah! siap projek pertama.
Langsir tutup table top!! amacam?? gojes ke tidokkkk??
kakakakakakakaka. hasil keras tangan i sendirik!
hajat di hati nak sembunyikan jahitan sambungan kain tuh belah kanan table top. skali bila nak pasang langsir tuh.. x boleh letak hujung belah kanan!!
makanyeee.. redho jer lahhh.. kasi tutup mata sudahhh. hahaha

maaf lah yer.. ade gambar selepas pasang langsir jer.. gambar sebelom i tak tergamak nak tempek kat blog.. hazabedah sangattt! kakakakaka.

Projek pertama DONE!!

projek ke 2 bermula lepas solat Zohor.
projek popia nestum di Hari Malaysia.
hari raya jugak kan! hahahahahaha

My Anis ler cakap.. teringin nak makan popia nestum mama buat.
terus x sampai hati tak tunai kan hajat dia. kebetulan memang dh beli kulit popia masa shopping barang dapur weken haitu.
seperti biasa.. My Anis akan jadik pembantu i.. syukur lah dia sangat rajin menolong mamanye. ringan lah sikit beban kerja mamanye. hehehe.

Alhamdulillah.. penuh lah sebalang besar nih.
bolehlah bagi anak2 ngan Cinta kunyah2 sambil tengok TV.
malam tadi i tengok dh separuh balang dh yang tinggal.
memang laku betol popia nestum nih.
My Anis kata.. Esok habes lah nih kakak makan. 
hahahahaha.. makan lah nak.. kalo teringin lagi.. mama buat lagi.
sakit gak pinggang duk menggulung kulit popia tuh.
takpelah.. demi anak nak makan. :)

Projek ke 2 DONE!!

Haaaa... itu jer lah projek kami haitu.
projek untuk penuhkan xtvt di hari cuti.

Sekian.. kesah projek Hari Malaysia.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...