Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
Astaghfirullahal'Adzim..LailahailAllah..Alhamdulillah..
Hari ini i masuk halfday.. seperti yang di rancang semalam. nak pantau kerja2 reno kat rumah ke 2 Kami. Tapi ade sedikit perkara berbangkit berkenaan kerja2 reno dan repair.
bukan masalah besar pon sebenarnya..hehehe. cuma i nak konfemkan semua kerja2 yang i nak buat pada rumah tu ada masuk dlm quotation.
oleh kerana i kerja dengan kampeni construction, harus lah i pakar dalam bab2 reno n repair kan.. tak nak jadik kes lain di kemudian hari, i buat siap2 senarai kerja2 yang i nak buat dan i bincang dengan kontraktor i. hasil perbincangan tadi, memang ade perkara yg belom masuk dlm senarai kerja2 yang nak buat. nampaknye memang kena ade bajet tambahan.
bila semua dah bersetuju dengan senarai yang i buat. sign sket utk pengesahan. senang seksok kalo de pape x puas ati.. kuarkan balik senarai tuh. 2 2 pihak x boleh konar2 cakap khennnn.
24.02.2014 proses reno & repair bermula.
semalam dorang mula dengan repair dlm rumah. dah cat rumah tingkat atas. bawah belom cat lagi.
Masa tengah berbincang dengan kontraktor, 1 lori bahan2 binaan lain sampai. nampak ade simen dan kayu2. boleh kata cepat jugak lah dorang buat keje. bagus! lagi cepat siap.. lagi bagus!
Untuk makluman.. rumah kami dah ade penyewaaaaa! Alhamdulillah... mudah jugak urusan kali nih. Terima kasih Allah~ sejak proses reno berjalan. ramai yang datang tanya untuk sewa. tapi, My Cinta dah berjanji dengan kawan2 bujang dia. i x kesah sangat, janji penyewa boleh terima harga sewa yang i tawarkan. hehehe.
ini kerja yang dorang buat hari Isnin haitu.
tebang pokok mangga depan rumah. fuhhh.. lega sangat bila pokok tuh dorang dah tebang.
kalo boleh keluarkan umbi dia skali lagi cantek kan!
nampak lagi lapang kat situ.
takpe lah.. pokok dh tebang pon dh cukup lapang dah dlm hati i neh.
ok.. itu jer nak citer hari nih. mudah2an, proses reno & repair nih berjalan lancar. Aminnn.
Sekian.. kesah Proses Reno & repair.