Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Selamat petang..
terkejut ke tidak?? keluar n3 ke 2 di petang hari. hehehe.
memang x plan pon nak tulis lagi satu n3. tetiba rajin plak. haini big bos x de. kerje2 renyah kat bilik dia pon dh settle. so, tulis citer kat blog lah.
sebenarnye nak citer pasal Majlis buka puasa kampeni ai nih. bukan nak tunjuk2 makanan! bukan bukan bukan.. tapi nak share kesah ai bergadoh mulut ngan my boss pasal majlis bukak puasa nih.
sape2 yang selalu ikut citer pasal ai ngan my big boss nih mesti dah tau yang My big boss nih teman bergadoh ai kat opis. adeeee je bende yang dia nak kondem kan ai. ade jer modal dia nak gadoh ngan ai. hahaha
sempena bulan baik ini, ai memang saja nak paw dia di majlis bukak puasa..bukan nak pedajal! tapi nak lepaskan geram. tak kan projek masuk puluh2 jota pon nak berkira ngan ai nak bayar bill majlis bukak pose khennnn~
seperti biasa, setiap tahun dia akan serahkan pada ai untuk buat keputusan nak bukak puasa kat mana.. dan untuk pengetahuan semua my big boss nih penggemar ketam. so setiap tahun dia 'cadangkan' pada ai pergi makan kat fatty crab. ai dah google pasal restoran nih dan meragukan tahan Halal tu.. so, setiap tahun 'cadangan' dia ai rejek.. kah kah kah.
tapi tahun nih dia sangat2 tak puas hati bila ai rejek lagi cadangan dia.. dan ai pilih restoran jepun yang lagi mahal harga buffet nye..muahaahahha.
tapi ai tidok lah kejam k~ ai pilih harga serdahana.. kang kalo ai amik harga rm100++ sekepala mau kejung dia nak swep kedit kad dia.
esoknye selepas majlis bukak puasa tu (semalam) dia bising2 dengan ai. (modal nak ajak gadoh) ai kat meja ai, dia kat belik dia.. dekat jer pon.. cuma di halangi dinding jer.. tapi gado tetap gadoh.. ahahahaahha
My boss: Tengok bill malam tadi mahal! tapi makanan tak sedap!
fatty crab lagi sedap!*nak jugak cakap fatty crab
ai: Mana ade mahal N.G(sebut satu2 huruf) okeh lah tuh.. siap ade diskaun 30% lagi. Fatty crab mana ade sedap! x de pilihan langsung~
My boss: Apsal u tak suka pergi fatty crab. sana sedap tau~
ai: mana ade sedap! lagi pon non halal lah N.G.
My boss: Mana u tau non halal?
Ai: i tau lah sebab ai dah search dah kat jakim. mana boleh suka2 makan!
My boss: Halim dulu ok jer makan.. bawa wife dia lagi (halim=2nd big boss)
ai: ye ke?? zura dah bagitau dah en hali pasal fatty crab non halal. en halim pon mintak zura cek dulu pasal fatty crab tuh halal ke tidak!
My boss: next year tak payah makan kat sini lagi (shogun) makan fatty crab lagi berbaloi.
ai: okeh~ (hangin dah naik) kalo N.G nak makan kat fatty crab. zura memang x akan joint. N.G jer lah gi bukak puasa kat sana! hins hins .mana boleh suka2 makan~ bukak puasa lagi tuuu.
My boss: Tapi shogun mahal sgt~ x sedap plak tuh. makan kat hotel lagi murah~
ai: Hotel mana yang lagi murah tuh NG?? zura dah search banyak tempat termasuk hotel.. semua lagi mahal.. TAKPE~ tahun depan zura carik tempat bukak puasa kat HOTEL plak eh.. kita tengok mahal ke tidak? (geram)
My boss: Tengok lah dulu~ terus diam
ai: *dalam hati..haaaaaa... tau takut kau! dia ingat ai tak tau Hotel lagi berganda2 mahal! berani dia offer ai carik hotel nak bukak puasa yer~ carik pasal tuh nampaknye!
haaaaaa... panas sekejap kat Admin dengan suara ai duk bergadoh mulut ngan my boss.. kelik ai kat akaun tukang sengeh sambil bagi sokongan jer kat tepi pintu.. hahaahha.
sape suh carik pasal~
next year punya bukak puasa ai nak carik hotel plak.. biar kejung tangan dia nak swep kedit kad dia.. main2 yer! berani dia ofer yek.
sekian.. citer orang gadoh! hahaha
p/s: big boss ai walaupon suka carik pasal dengan ai tapi hati dia baik. bukan dengan ai jer.. dengan semua orang pon dia baik. cuma dengan ai jer selalu carik pasal sebab duk dekat2 kan~ masing2 boring agaknye.. hahahaha.