Pages

Friday, August 8, 2014

...Update Kes Saman Di Mahkamah | Alhamdulillah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatannya. Aminn.

dah tengah hari baru ade peluang nak tulis citer.
almaklumlah.. kebelakangan ni asik cuti jer kan~
macam2 keje yang tertangguh. hari nih kena cover balik selaju boleh.

di kesempatan yang ade nih.. i cuba coretkan sedetail yang boleh kes mahkamah i tuh k~
harap2 korang paham. hehehe

6hb.. kelam kelibut kuar dari opis sebab nak kejarkan pukul 2.
skali.. hakim ade hal plak pukul 2 tu. jadik perbicaraan di tunda pada 7hb.
Alhamdulillah.. syukur sangat bila sesi perbicaraan di tangguhkan.
i tak bersedia uolsss! hahaha

pagi2 7hb, i ngan Cinta kuar gi bekfes kat mamak dulu.
oleh kerana hati x tenang.. habes sebungkus jer nasi lemak kecik.
dah lah nasi lemak sedap! tapi tekak x leh nak makan dah. nebessss!
kaloxnebesharusbukaknasilemakke2.


habes bekfes terus menuju ke mahkamah shah alam.
masa nih i hanya mampu membaca doa lancarkan kata2.. doa nabi yunus dan doa permudahkan urusan jer dalam kete.. Cinta pon x berani nak ajak i bersembang. nampak sangat muka bini dia tengah nebes. hahaha

9.30pagi sampai kat tingkat 8, mahkamah rendah.
masa nih perbicaraan belom berjalan. Hakim pon x sampai lagi.

bila sampai kat sana, My lawyer bagi sedikit penerangan ape yang i patut buat.
My Lawyer bagitau.. cakap jer ape citer yang betol. peluang untuk kami menang kes ini adalah sangat besar.

masa tengah tunggu hakim sampai. lawyer pihak plantif(tukang saman) datang jumpa i dengan datuk. dia confirmkan yang tanda tangan dalam dokumen perjanjian tu bukan tanda tangan kami.

ini dokumen perjanjian yang di maksudkan.
tanda tangan datuk dan i telah di palsukan.
itu bukan tandatangan kami.. jauh benor jer.. x de ruper langsung!
lepas confirmkan tandatangan, lawyer bagi pihak plantif cuba untuk selesaikan kes nih di luar mahkamah. tanpa perbicaraan.

Lawyer kami bagi 2 tawaran sahaja.

1. Settle luar mahkamah dan pihak kami akan bayar rm30k. (tuntutan mereka adalah beratus2k termasuk yuran guaman)

ATAU

2. teruskan perbicaraan.

Oleh kerana pihak plantif tidak bersetuju untuk menerima jumalah bayaran yang ditawarkan. jadiknye perbicaraan di teruskan. pihak kami x de ape2 halangan untuk teruskan perbicaraan.. sbb kes kami sangat senang. oleh kerana pihak plantif nak lawan jugak.. jadik pihak kami setuju untuk teruskan perbicaraan.

okeh.. stop sini dulu, kesah sengit semasa perbicaraan berlangsung akan menyusul.
fanjang dah neh.. adehhhh~
nanti i citer pasal saksi pihak plantif hilang~ memang betol2 sengit. dah rasa mcm tengah tengok drama kat TV plak.

Bersambung...





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

20 comments:

  1. laa..
    pnjang tu je..
    cepat update!@!!!
    mak tak sabo ni noks!!

    ReplyDelete
  2. be continue.. fuhhhhhhhhhhhhh semput mak..

    ReplyDelete
  3. Dah merasa la duduk dalam mahkamah ye... Cepat sambung citer ye... Didoakan semuanya berjalan lancar...

    ReplyDelete
  4. alaa...sikit jer cerita..tak sabar lak nak tunggu sambungannya..:)

    ReplyDelete
  5. huhu.. insyallah.
    kalokita dipihak benar..pasti dipermudahkan.
    kes lya kena langgar lak naik mahkamah 12/8 ni.. tp lya x yoh pegi, just peguam y dilantik akn uruskan.

    ReplyDelete
  6. Muga dipermudahkan semuanya ye Nafira.. tak sabar akak nak tunggu entri seterusnya :)

    ReplyDelete
  7. tak sabar nak baca ni zura..
    ingat aritu zura kata dah setel..ni dorang heret balik yer..

    ReplyDelete
  8. Next N3 terus habisklah ceritanya Zura. Kakak pulak tak sabar nak tahu..

    Sah-sah ni penipuan mesti zura tak salah..

    ReplyDelete
  9. wah suprise betul.. siap ade nexttttt.. alise pulak yg debar..

    ReplyDelete
  10. Tak sabar nak baca sambungan..
    Rasa macam tak puas je baca kisah ni..
    Sebab at least pengalaman zura tu berharga, bolah jadi contoh andai apa2 nanti di amsa depan

    ReplyDelete
  11. kalau akak la agaknya dah demam sbb stress...
    Xsabar nk tunggu cerita seterusnyaaaa....

    ReplyDelete
  12. Harap bersabar dan doa banyak2 agar tak nebes lagi...biar dapat lancar bertutur nanti...
    Semoga di permudahkan NYA...

    ReplyDelete
  13. kes tipu tandatangan ka, risau kes macam ni moga dipermudahkan.. pasti nebes, inshaAllah cepat settle.. maaf zahir batin Nafira...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah
    moga dimudahkan segala urusan :)

    ReplyDelete
  15. dugaan betoi kan..xpe,insha allah semua akan dipermudahkan sis..kuat kan semangat dan doa

    ReplyDelete
  16. Memang le nebes...... nak jawab depan hakim katanya.....
    Kalau lalu KFC depan mata pun harus tak selera tu zura hehe

    ReplyDelete
  17. kak.. lame tak singgah sini.. cerite hal makhamah.. lagi2..

    ReplyDelete
  18. Kalau tak salah kita kasi lawan. Jangan takut.

    ReplyDelete

Jangan Segan-Segan Nak Tinggalkan Komen Tau~ Nanti i Terjah Uols Balik.. Sayanggggg Korang~