Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
Ceria-ceria selalu okeyyyy.
Hari ini nak citer Pasal Electric Pressure Cooker(PC),
Nak share resipi Chicken Bone Broth(CBB) Dan Kebaikkan CBB.
Ewant Electric Pressure Cooker.
baru beli. kah kah kah kah. kat lazada.
beli masa ofer giler2. CNY ofer.
Harga asal : RM480.00
Harga lepas diskaun: RM 198.99
Harga Sale CNY: RM 168.00 Dengan Voucher
tengok harga tu haruslah melompat nak belikan.
mmg dah lama survey harga PC ni.
Alhamdulillah.. Cinta bagi green light. trus oder.
esoknye trus sampai kat tangan. pantas!
Ewant PC nih adalah jenama baru di pasaran.
kalo google resipi guna PC nih mmg x jumpa lagi setakat ni.
jadiknye, terpaksa lah i godek2 sendirik.
Hujung minggu haritu i godek2 PC nih.
guna untuk masak Chicken Bone Broth. CBB.
CBB nih sgt baik untuk menaikkan antibodi badan. nanti i share kebaikkan CBB nih okeh.
CBB nih i buat khas untuk masak bubur Amzar.
Iyeeee.. Amzar masih makan bubur.
setiap hari memang akan bekalkan bubur ke rumah pengasuh dia.
Alhamdulillah, selepas amalkan CBB dan amik supplement tambahan,
kesihatan Amzar memang sgt baik.
jarang demam, kalo demam pon just dedar2 jer badan dia. x melarat sampai dia melepek.
Hasil CBB yang i buat guna PC.
yang bagus guna PC nih kita jimat semua. jimat masa, jimat duit.
hasil pon meriah! kalo masak CBB guna periuk biasa.
korang kena rebus CBB tu koman2 pon 4 jam.
dah habes masak 4 jam tuh, air CBB pon dah tinggal setengah periuk.
Kalo buat CBB guna PC, amik masa 2 jam ajer.
semua bahan2 lembut sampai boleh lenyek2 hancur.
air CBB pon x kurang banyak. boleh kata air memang x kurang lah.
tu pasal hasil CBB kali meriah sampai penuh peti ais.
hahahahaha.. Puas hati hoiii.
Resipi Chicken Bone Broth CBB/Stok Ayam.
Ayam-Bahagian tulang2, i pakai kaki ayam.
Lobak merah (Carrot)
Daun Saderi (Celery)
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 1 labu.
Tomato
Rempah 4 sekawan
Cuka Epal.
*kawan i kata boleh tambah brocoli dan keledek jugak dalam CBB
Cara-cara masak guna PC
Masukkan jer semua bahan2 dia atas dalam periuk.
letak air max yang di benarkan PC korang.
Kalo pakai Ewant PC. korang tekan MEAT.
lepas tu ejas masa jadik 1 jam (maximum)
OK.
Lepas habes 1 jam. i tambah lagi satu jam sebab nak semua isi2 dan bahan2 CBB lembut selembutnya. settle jam ke 2.
CBB tip top!
sejukkan dan mintak Cinta bungkus jadik eskrem.
hahahahahahaha.
okeh.. dah panjang cecah lantai dah ni.
next n3 i share kebaikkan CBB nih k.
Selamat mencuba~
Sekian.
8 comments:
ai pun survey jugk sampai sudah survey. hahahahaha. ai beli sebab nak buat kek.. you dah try ke buat kek? tepek resepi kalau dah buat. haha. kot2 boleh beli pasni. nak mennoxxa mampu tengok jer la..nak mengutu pun mls.
waaaaaaaaa cun jgk tuh... akak pun tingin jgk beli PC seketui
ko simpan CBB tuh dlm plastik aiskrim ke? sian la kalu anak2 tertukar ingat sekerim
wah!menarik...
wahhhhhhhhhh. iklan best nih. nak join jugak. walau tak rajin nak msk. ha3
dear. blog I linknya dah lain ye : aerishaedrica.blogspot.com
Waahhh..mmg murahhh byk sgt ni zura..berbaloi-baloi.. Fungsi ni ala2 noxxa la kan.. Nnti nk survey2 gak la kt lazada.. Tp kna tgu time sale la
Tulah pusing mak tau..... Cakap buat stok ayam, napelah tetiba aiskrim pulak ni hihi.... Ohhh masak bubur lepas tu guna stok tu yeh Zura.... Hebatlah ibu ibu zaman sekarang ni kan...mcm mcm resepi ada.
Wuiii...mak pun tingin jugak tau nak beli periuk ajaib tu. Kena tunggu offer lagilah nampaknya
waa ada periuk baru eh.. jp g boleh tgk lazada ni.. hehe..
Post a Comment