Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 22, 2013

...Beriadah Di Homestay Dan Majlis Bersanding...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Ceria2 selalu k~

Moh lah kita sambung lagi citer Majlis Kahwin adik lelaki ai.
masak lah korang, kena layan gambar orang kawen jer.
selagi tak habes gambar, selagi tuh lah n3 pasal kenduri kawen jer. hahahaha

lepas jer Majlis akad nikah dan makan2.
kami terus gerak gi homestay yang adik ai dah sewa siap2 tu.
sebab dia dh tau jarak masa majlis Akad dan bersanding agak jauh. nak balik rumah boleh.
tapi malas nak buang masa atas jalan.


ini bukan homestay itu.
hahahahahaha. salah homestay daaaa.
rupernye homestay yang kami masuk nih adalah milik persendirian.
kakak yang ngah bersihkan tempat nih cakap. owner dia duk KL. dan akan datang ke situ setiap kali cuti. best giler tempat tu. luas dan betol2 tepi pantai.
memang syok habes kalo dpt melepak kat situ.
sempat jugak lah Nens bergambar riang sebelom dapat tau yang kami salah homestay.
ahaks.

lepas dah konfirmkan dengan keluarga pengantin pompuan. sampai lah kami ke homestay yang betol. rupenye sebelah menyebelah jer Homestay nih dengan homestay tadi.
oleh kerana homestay nih kecik jer. makanya dorang pakat2 melepak kat luar.
tepi pantaikan.. lagi syok lepak kat luar.

ai bertungkus lumus siapkan bunga telur dan sireh junjung tuh. sementara Nens dan Adik Na ke pekan dungun jap beli barang mana yg tak cukup. Alhamdulillah.. semua dipermudahkan. semua hantaran siap dengan jayanye.

melepak sambil amik angin pantai.
tengok atas meja tuh~ Khazanah hashimoto Delisha. 
kemana pergi mesti bawa bebear dia kulu kilir.
kalo tidak haru. time dia nyusu mesti dia nak gentel telinga bebear dia.

bersiap sedia untuk berarak ke Majlis bersanding.

stop dulu kat tepi jalan sebab tak de orang reti pakaikan samping.
nasib ade sepupu yang reti pakaikan. hahahaha.

sempat lagi peace kat tengah2 panas nih.
hahaahhaha

 Orang kuat mesti pegang pulut kuning.
hahahahahaha. sebenarnya tak sampai hati nak suh orang lain pegang sebab dulang pulut kuning dah tentu2nya paling berat. dah adik kita yang kawen. Kakak dia tolong pegang lah!

Moh lah berarak.. panas neh.

9 dulang hantaran dari pihak perempuan.

dibalas 9 dulang hantaran dari pihak lelaki.
gambar ulang tayang.harap maaf.hekhekhek


Sepasang mempelai di pelamin nan indah.
Tahniah adik ku~ Semoga ikatan suci ini kekal hingga ke syurga.
Amin~

Pengantin dan Ayah pengantin.

Pengantin bersama2 Ayah dan ibu masing2.

gambar bersama kakak2 dan adik tersayang x de dlm simpanan.
sebab 3 3 bergambar. tak tau ade yang tolong snap ke tidok. nanti ai risik2 ngan Adik Na.
kalo ade, harus lah tempek. ye dok???

Majlis makan beradap.
sebenarnya banyak gambar2 masa majlis bersanding nih.
tapi ai pilih mana yang best2 jer.
tu pon dah naik kero dah mata ai nak memilihnye.
sabor jer lah.. time menyenap tak hengat! pastu juling bijik mata nak memilih!

kemain menyengeh lagi Ammar Haziq.
teman gadoh dia nih.

okeh.. setakat nih dulu kesah Majlis di rumah pengantin perempuan.
next n3 persiapan untuk Majlis di pihak kami plak.

Sekian..

P/s: harap2 mata korang x kero cam mata ai. hahaha





Thursday, November 21, 2013

...Majlis Di Pihak Pengantin Perempuan | Akad Nikah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceria2 lah Selalu k~

AMARAN : N3 penuh dengan gambar!

Hari ini bermula coretan berkisarkan Majlis Perkahwinan adik Lelaki ai.
Majlis berlangsung pada Hari Jumaat 15hb November 2013.
Malam Jumaat tuh ai adik badik sampai kat umah My Ma pukul 12 lebih. ai sampai dulu dari Nens. sampai2 jer terus duk godek2 gubahan hantaran yang belom siap sepenuhnye lagi.
pukul 2 baru pakat2 tido. sebab esoknye Majlis Akad Nikah pukul 10 pagi.

Bersiap untuk bertolak ke rumah pengantin perempuan.
gubahan hantaran masih ade yang belom siap sebab x cukup bahan.
kena bawa ke homestay yang di sewa khas oleh adik lelaki ai.
sebab majlis Akad dan bersanding agak jauh masanye. so, semua berehat di homestay dulu sebelom ke majlis bersanding petangnye tu.


selamat tiba di rumah pengantin perempuan.
sesambil tunggu tok kadi sampai.
Moh lah kita bergambar dulu.
Layan gambar kami yer uolls!


3 gojeses!
sila jangan pengsan sekarang.
dah habes baca n3 baru boleh pengsan okeh!


lagi 3 gojeses!
muahahahaha.


the best photo by My hubby.
kemain lagi Delisha tuh khen!


Nafira's Family.
Warna tema hari tuh adalah. 
Pink untuk pompuan dan Kuning untuk lelaki.


Nens's Family.


Mak Cu sibuk melayan anak buah dia.


 Ammar Haziq & Delisha.

 My Anis & My Delisha in Pink


Delisha yang Malu2.


Me n Hubby.
Nakkkk jugak menyelit. hahahaha
Adik lelaki ai.
a.k.a bakal pengantin lelaki.
bersiap sedia untuk majlis Akad nikah.


selamat lah mengadap tok kadi.
serius kan! ai pulak yang menggelabah time nih sebab tok kadi nye muka veri the serius.
takut ai, berdoa panjang lebar! cam ai plak yang nak kawen.
hahahahaha

Dengan sekali lafaz.
selamat menjadik isteri orang.


Yang menyenap pon di snap.
bahasa ape lah ai pakai tuh.


bersama2 duit hantaran dan Mas Kahwin.


orang2 kuat snap gambar.
me layan anak2 jer.


Layan suami dan Anak makan.
maklumlah pagi2 tadi mana sempat nak jamah makanan.
semuanye terkejar2.



Melayan si kecik main buai.. pastu bergaduh sebab buai 1.
yang berebut nak main sampai 3 orang.
My Delisha tuh plak bukan reti nak main gilir2.


Me n Mak su.
Adik ipar My Ma.


My Tok (Mak My Ma) My Ma & Besan (ibu pengantin perempuan)
My Tok masih kuat tau. kalo bab mengurut memang pakar. tapi ai tak berani nak ngurut ngan My Tok. sebab ai memang tak tahan orang urut. hahahaha.
masa sebelom My Tok kawen dengan Tok Ayah baru, My Tok memang duduk ngan My Ma,
suka lah jiran2 My Ma sebab boleh datang berurut ngan My Tok.
sekarang dia dah kawen ngan Tok Ayah baru, jadiknye dia balik duk kelantan.

Lepas jer Majlis akad nikah n makan2. kami terus gerak ke homestay Kami.
Tepi pantai u!! tapi x sempat nak jejak pantai pon. panas dah satu hal. nak siapkan hantaran pon satu hal.

okeh.. stop sini dulu.. nanti sambung lagi.
*sambil juling bijik mata. @@

bersambunggggg..

P/s: Amacam?? cukup panjang?? cecah lantai u! okeh~ sekarang boleh fengsan~



Wednesday, November 20, 2013

...WW | Persiapan Majlis Perkahwinan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Rabu.
Layan WW yang x bape nak WW nih jom~

Sireh junjung hasil tangan Kami 3 beradik.
masih dlm proses menggubah.


bunga telur atas pulut kuning.
di kerjakan sepenuhnye oleh kakak tersayang. ai ler.
muahahahaha.

9 dulang hantaran dari pihak kami.

pelamin di pihak Kami.
Majlis Sambut menantu.

projek adik beradik lagiii.
props untuk photo booth Kami.
cantek ke tidokkkkk?

Sekian.. 

P/S: Pada yang bertanya camner nak buat bunga tisu tu.. Kat N3 INI ai dah wat tutorial. selamat mencuba~

Tuesday, November 19, 2013

...Projek Bunga Tisu KAMI...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Selasa.
Masih lagi sakit2 badan.

Semalam sepatutnya dah masuk keje. tapi terpaksa MC sebab kaki x boleh jalan. hahahaha
kaki krem hoiii.. mcmlah orang kuat sgt jer kat Majlis kenduri tuh.. hahahaha

oklah.. haini sibuk sket. baru habes cuti panjang kan~
cuma haini nak citer pasal projek bunga tisu Kami haitu.
citer pasal kenduri kemudian2 k~ 

tadaaaaaaa.. ini lah projek kami adik adik.
flower wall hasil dari bunga tisu itu.
cantek kan??

Flower wall nih sebenarnya photo booth untuk Kami2.
hahahahahahaha. nama pon kaki bergambar khen. haruslah ade tempat bergambar khas untuk kami2.

 selain dari itu.
bunga tisu jugak di gunakan untuk gubahan hantaran adik ai.
ini semua idea dari Nens sebenarnye. dia memang berbakat bab2 gubahan nih.

Alhamdulillah~ berjaya jugak projek kami adik beradik nih.
n3 mendatang nanti, sila lah bertabah dengan gambar2 yang super banyak.
hehehehehe

Sekian.. Kesah Projek Kami.

P/s: Amacam?? ade bakat x kami jadik perunding majlis kawen?
muehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...