Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, November 28, 2013

...Majlis Sambut Menantu...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Khamis.

haini lemau plak rasa. memula plan nak puasa sunat lagi haini. sekali x larat pulak nak bangun sahur..hehehe. semalam azan magrib kat dalam tren. Myhubby datang pickup kat stesen komuter baru dapat minum air. huhuhu.
eh.. termelalut plak. padahal nak citer pasal bende lain.
hehehehe.

Hari ini ai nak tempek gambar2 di Majlis Sambut menantu di pihak kami plak.
Majlis serdahana jer pon~ Meraikan orang baru dalam keluarga Kami dan untuk kenal lebih rapat dengan keluarga pengantin pompuan.

Pasangan yang di rai.
berkenan pulak dengan warna baju dorang.
pelamin pon cantek kan~ pelamin tu di uruskan oleh adik ai Nens dan Adik Na~
Adik Lelaki ai setuju jer bila dorang pilih pelamin nih. 
lelaki kan~ bukan banyak ragam sangat.

Tinggal Azie jer kat pelamin sebab suami dia sibuk melayan kawan2 dia kat kemah makan.
memang camni lah gayanye.. menunggu para tetamu datang bertemu dengan penganti.
di temani My Ma dan Kami2 yang tukang bergambar jer kejenye. hekhekhek.

Keluarga belah pengantin perempuan.
yang lelaki semua ngah makan kot. yang naik bergambar kaum perempuan jer.

Pengantin bersama ngan Kakak dan Adik Azie.

Azie dengan My Ma dan Jiran Kami.
Acara bertemu pengantin.

berkenalan dengan semua jemputan yang hadir.
mana yang ai kenal ai bagitaulah adik ipar ai nih.
mana yang ai tak kenal ai tany My Ma lah. ai pon boleh berkenalan sekali.
selalunye yang dah lama x jumpa tuh yang x bape nak kenal tuh.
hehehehehe

Salam ngan Mak mertua tu yang paling penting kan~
My Ma pon senyum berseri2 kan~

Bergambar bersama Kakak ipar Nens.
terima kasih sebab sudi datang dari Kuantan untuk memeriahkan majlis kami nih. 
Mak mertua Nens pon ade datang sekali. tapi x bergambar plak.

ini plak sepupu kami dan anak2.
lagi 2 anak lelaki x tau hilang kemana.. anak lelaki mana lah minat sangat bab2 bergambar nih.

Kami sekeluarga.
masa nih sempat tangkap My Ayah kejap.
tu pon dah bukak dah baju batik dia. pakai baju basahan jer. 
My Tok pon ade skali.. cuma My Tok ayah jer x de.

Kami dengan My Tok~

Dengan sepupu ai.

ayah n mak buah bersama2 anak2 buah.

dah selamat jadik puan.
layankan jer lah Kakak2 ipar yang suka bergambar nih yer Azie.
bila lagi nak posing banyak2 kan~
baju dah cantek dah. hehe



Adik Na dan Kakak Ipar dia.. Azie.

My Anis dangan Cik Azie dia~

Nens dan Azie.

Kami yang tak jemu2 bergambar. hehehe

bersama anak2 wek~ hahahaha

ai pon nak jugakkk.
hahahahaha
macam sedondon jer baju kami ngan baju pengantinkan~
kalo tgk kat luar sebenarnye berbeza.

okeh.. tu jer nak tempek gambar untuk majlis sambut menantu kat rumah kami.
lega sudah bila majlis berjalan lancar.
penat x yah cakap lah kan~ tapi tetap rasa seronok lagi banyak.
dapat jumpa sedara mara yang dh lama x jumpa.

Sekian.. Kesah Majlis sambut menantu.

p/s: n3 nih pon meriah ngan gambar kan!


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, November 27, 2013

...Moh Lah Julingkan Mata Korang Hari Ini...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabuuuuuu.
Ceria ke tidok??? ai ceriaaaaaaaalah sangat!

Hari ini ai nak tempek baaaanyaaaak gambar.
harap2 korang tak jemulah menatap gambar2 yang super duper banyak nih.
gambar2 nih KAMI snap kat photo booth yang kami buat. 
Alaaaa.. yang ade flower wall tuuuuu..

Jom lah layan mata anda~
Jangan fengsan sudaaaahhhh~





Cantek ke tidookkkk?
*statment mintak pelampang.

Adik Na Request ngan Kakak dia buat props I'm Next!!
Adik bongsu ai neh~ Tinggal dia jer yang belom kawen dalam keluarga Kami.
Rasanye Not Available dah kot. hehehe.

Pengantin pompuan Yang di rai~
satu2nye adik ipar perempuan.


Kami bersama Pengantin.
Tahniah Azie~


okeh~ bagi can kat Nens inter frame dlm blog ai.
nak tempek kat blog sendirik x cukup masa nak update katanye.



Nens's Famili..







 tudiaaaaaa... berjujuk2 gambar ai ngan hubby. hahahaha
Me n hubby jer ade. anak2 fengsan dah masa nih.
dorang kasi can MamaPapa posing lomantik-lomantik lah tuu.
hehehehehe.



ini ler sepupu lelaki ai yang rajin itu.
tengok tuh.. tengah posing pon tuala kat leher.
orang kuat keje maknanye tuuu.
kena paksa joint sepupu2 posing.. hehehehe.

Me n My Ma.
sempat jugak tangkap My Ma.. My Ayah je tak sempat tangkap.
sibuk melayan tetamu.



Yang 3 keping terakhir nih gambar Kami kat homestay.. 
masa majlis kenduri belah pompuan. saja nak tempek kat sini sebab pic nih dari kamera Nens.Cuma yang x bape nak puas hati.. apsal ai paling fendek dalam gambar itu??
ini tidak adill!! :P

itu dulu lah nak tempek haini. Kalo ade lagi ai tempek lagi di n3 akan datang k~

Sekian.. tempek gambar bergediks santai.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, November 26, 2013

...Semangat Rewang Yang Masih Menebal Di Kampungku...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Ceria2 selalu k~

Masih lagi cerita berkisarkan Kenduri kawin adik lelaki ai.
selagi tak habes gambar, layankan jer lah korang~
muehehehe.

Untuk uolls yang tak tahu, ai nih anak felda.. setiap kali ade majlis kenduri kendara camnih, semua ahli blok akan mesyuarat dan bahagi2kan tugas.
lepastu setiap ahli akan kongsi bawa bahan2 utama kenduri. contoh: beras ngan gula.
ai tak tau cara felda lain cam ner. tapi kalo felda ai memang camtuh caranye.
Alhamdulillah.. memang sepakat lah.

bila ade kenduri kendara, Semua pakat2 turun padang. sama2 potong bawang dan masak rempah bagi orang pompuan. dan bagi lelaki plak sama2 siang daging.
memang meriah!
Moh lah layan gambar2 Semangat rewang masih menebal di kampung halaman ku ini. :)

Hari kopek bawang dan masak rempah.
sehari sebelom kenduri.
Meriah kan!
kopek bawang sambil bersembang, gelak2. 
kerja pon cepat jer siap.

bila ade kerja rewang cam nih.
dorang akan makan tengah hari kat sini jugak. separuh buat kerja kopek bawang, sebahagian lagi siapkan makanan tengah hari.
korang leh bayangkan x betapa meriahnya makan ramai2 cam nih?
sonok kan~ tapi ai tak sempat joint pon, sibuk siapkan kerja2 dlm rumah.

lagi lah bertambah kecoh bila ade kaum2 lelaki yang suka menyakat kaum wanita yang melatah. ai yang dlm rumah pon keras perot gelak tengok orang melatah kena sakat.
hahaahhaha.

gigih mengacau rempah.
yang duk atas kerusi tuh adalah tukang masak kenduri yang tersohor.
semua orang bahasakan dia ibu. juga merangkap ketua wanita blok kami.

malam sebelom kenduri.
kaum lelaki kena siang daging. tengok lah. betapa kuatnye semangat kejiranan kat kampung kan~ bukan setakat orang berusia jer turun padang.. orang2 muda pon sama naik tau.
bangga jap tengok semangat kejiranan kat kampung ai neh.
hehehehehe.

Seekor kambing yang di tumbangkan di pagi hari kenduri.
kambing untuk bayar niat.

gotong royong lagi untuk melapah dan menyiang daging kambing.
belakang tu kaum lelaki tengah masak gulai kawah daging lembu. seekor lembu dapat sekawah dan seperiuk besar gulai daging lembu.
Kerjasama yang erat.
silaturahim pon terjalin.

Alhamdulillah~ Semua lauk2 kenduri habes! x ade pembaziran.
Semua Ahli rewang dapat tapau makanan dan tetamu2 terdekat yang datang pon boleh bawa balik lauk2.

Terima kasih kepada semua jiran2 dan saudara mara yang datang membantu.
tanpa mereka semua memang susah nak jalankan majlis besar cam nih.
ai bangga dengan semangat kejiranan yang masih menebal di kampung halaman ai nih. moga semangat macam nih terus kekal sampai bila2.

sekian.. citer pasal rewang.

p/s: Rasa macam n3 kali ini ditulis oleh YB kawasan jer. hahahaahhaha. layan jer lah korang.

p/s: Kampung korang cam nih jugak tak?

 

Monday, November 25, 2013

...Siapkan Goodies Beg Yang Meriah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin Semua.
Mulakan Permulaan minggu ini dengan semangat yang positif k!

Hari nih ai nak start citer pasal kenduri belah pihak lelaki plak. pihak kami lah kiranya.
kenduri sambut menantu nih ayah ai gabung sekali dengan kenduri kesyukuran. Potong kambing untuk bayar niat. pasal adik lelaki kena Tibi Tulang dulu tu. ade lah kot ayah niat pape tu.
jadiknye kenduri nih gabung skali denga kenduri kesyukuran tuh.

n3 kali nih ai nak tempek gambar KAMI siapkan goodies beg dulu.
Jumaat malam Sabtu kami start buat goodies beg.
semua barang2 di uruskan oleh adik ai Nens. dia yang beli barang2 goodies beg tu semua.

Tema Kami untuk majlis sambut menantu adalah BiruPink.
jadiknye paper beg warna biru dipilih.
yang pakai tudung biru n merah tuh kawan kolej Adik Na.
dorang datang bercuti sambil hadiri majlis kat rumah kami.
so, kena tolong sekali lah~

My Anis pon sama naik buat goodies beg.
semangat dia nak menolong.
boleh di harap dah anak dara ai tuh~

sila abaikan pakaian kami yang berbaju tido tuh. start buat goodies beg pon dh pukul 10 malam. siap semua skali dalam pukul 12 setengah lebih.
takpe lah.. demi kenduri adik tercinta, Kami berkorban ape saja.
lagi pon ini lah masanye kami nak bergosip khen!
bukan selalu dapat wat xtvt camnih.

Nampak x tuuu!
ade kumbang seekor dalam banyak2 bunga tuh. ahaks~
tu sepupu kami belah My Ma.
rajin kan! memang My Ma sayang betol kat anak sedara dia nih. boleh diharap. bab2 cuci periuk belanga pengantin memang cuci tangan. semua dia buat.
kalo available ai dah cadangkan mana anak2 dara yang single tuh ngorat dah.
tapi malangnye not available sudah. hehehehehe

eh eh! ai tukang buat ape?? jadik mandur kah?? tidok lahhhh.
ai joint sepupu lelaki ai masukkan gula2 lam bekas tuh.
pastu jadik tukang amik gambar.. hehehehe

itu jer nak kongsi haini.
sekian.. 

P/s: Mode tetap mengantuk walaupon cuba untuk menerbitkan aura positif. Mengantuk sebab bangun awal untuk bersahur. puasa sunat haini ni..:)

Saturday, November 23, 2013

...Berkongsi Fakta Menarik & Nota Geli-Geli...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu.

Hari nih terbangun lambat. 6.30pagi baru terjaga selepas offkan alarm kat tepon kol 5.30 pagi.. huhuhuhu. selalu cam tuh kan~
Hari ini ai keje halfday. lagi syok kalo x keje khennn.. hehehehe

macam biasa. hari sabtu kita santai2 jer. ai nak kongsi Fakta menarik yang ai snap kat paper Berita Harian.

Rasanye Fakta yang ini ramai dah yang tahu kan~
cuba yang ai nak tahu. betol ke khasiat Kismis nih boleh menajamkan pikiran kita yang sudah lemah? maksud ai. kalo kita terminum air yang bersemut otak kita jadik lemah kan? kan? jadiknyee.. boleh ke kismis nih baik pulih otak kita yang dh lemah akibat terminum air yang bersemut tadiiiii. cer kongsi pendapat uolls~

OhEmmGiii!
7 hari jer peknen??
betol ke uolls??

Gajah Asia tuh plak peknen sampai 1 tahun 9 bulan!*pitam
Uniknye Setiap kejadian Allah kan~


***********************************************************************
Nota geli-geli.
Pertama sekali nak mohon maaf pada kawan2 baru yang berkunjung ke blog ai nih.
baru haini dapat balas balik kunjungan anda. Terima kasih sebab sudi jadik kawan ai. moga persahabatan kita kekal erat sampai bila2.

Buat kawan2 lama.. Terima kasih sebab sentiasa bagi sokongan pada kat blog ai nih.
rajin datang melawat walaupon kadang2 tuan tanah tak sempat nak terjah balik.
Komen2 dari koranglah yang buat ai semakin bersemangat untuk terus membebel kan sini.
sayang korang ketat2!

eh.. macam ucapan orang nak berhenti keje jer kan! muahahaha.

sekian.. n3 santai di hari Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...