Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, September 14, 2013

...Selamat Sampai | Hadiah Dari Umi Alya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu.
Ceria2 selalu macam ai walaupon kena keja hari sabtu. YolahCeria!

Hari tuh ai ade cuba nasib teka Destinasi kursus Umi Alya a.k.a Kak Tini kat blog beliau. saja je main teka2.. selalu nye bab meneka nih ai fail sket. skali haitu mengena plak. ahaks. rezeki ai kan~ teka kat komen n3 jer pon.

Semalam waktu lunch dapat jugak surat dari Kak Tini. Kak tini dah bape kali berbalas email dengan ai tanya dh sampai ke belom. risau tak sampai sebab pakai pos biasa katanye. ai kata InsyaAllah sampai, cuma amik masa sket. 

Alhamdulillah.. selamat jugak sampai ke tangan ai.
jom tengok ape rezeki ai kali nih~

Tadaaaaa.. banyakkan!
zoom sket.. kasi tunjuk2.

FM yang menjadik Idaman Pengumpul tegar FM.
FM dari Melaka. Destinasi Kursus Kak Tini.

Key chain Kebaya Nyonya.
Cantekkkkkk sangat!
suka! suka! suka!

 dapat kerongsang jugak. Yeahhhh!
bertambah koleksi kerongsang ai.

Terima kasih Kak Tini  atas hadiah ini.
semua comel2 n kiut2.
saya suka sangat dengan hadiah2 ini.

Jom lah terjah ke blog Umi Alya a.k.a Kak tini.
tak rugi kalo ramai kawan kan~

sekian.. n3 tunjuk2 hadiah.

P/s: amacam?? jeles ke tidokkkkk? larikkkkkkkk.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 13, 2013

...Berjasa Sangat | Pemanggang Ajaib, Jawapan Soklan Semalam & Bungkusan Seaweed...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatan darinya.

Korang ingat lagi x citer ai pasal pemanggang ajaib idaman yang dapat free tuh?
alaaaa... yang kampeni tukar ekon baru pastu dapat free pemanggang ajaib.
baca citer penuh tuh kat SINI.

memang membantu betol tau pemanggang tuh. ai dapat pemanggan tuh masa bulan puasa haitu. senang keje ai bab2 nak panaskan lauk. letak jer dlm pemanggang tuh.

inilah pemanggang itu.
besar jasanye pada ai.
terutama dalam menjayakan menu DA ai.

tadaaaaa.. ayam panggang ai punye. hahahaha
salah satu menu DA lah nih. makan lauk jer~

perap dengan garam n kunyit jer.
pastu panggang. sekejap jer dh masak tau~ best betol!
memang dicadangkan lah beli pemanggang ini kalo nak berdiet.
senang keje nak sediakan makanan~

kalo beli harganye boleh tahan jugak kan~
nasib ai dapat free.. muehehehehe.

sekian.. kesah pemanggang ajaib.

ehhhhhh.. belom abes lagi!
kekeekke. nak jawab soklan2 kat n3 SEMALAM.
ai copypaste jer k~ malas nak printscreen. kikikiki







Blogger Tihara said...
syabas zura, akak nak jugak.. :)
guna minyak zaitun ke minyak masak biasa?
Kak.. guna minyak masak biasa jer. dalam DA kolestrol tidak diambil kira. kita hanya kena hati2 dengan pengambilan karbohidrat (carb) n gula jer. untuk pengetahuan semua, carb dalam minyak masak adalah 0g. so, x de masalah nak guna minyak masak biasa.






Blogger Atia Adina said...
x makan nasi ke?... akak kalo x makan nasi sehari pun dah rasa semacam ....
Blogger Masya said...
bgsnya nafira, macam² vaiasi makan DA tu.. maknanya makan tanpa nasi lah yer...
Dalam DA nih memang x boleh amik nasi. makan lauk jer.. so, makan itu jer lah sama air kosong.. kekeke


dan haini jugak nak tunjuk bungkusan seaweed yang ai guna untuk wat telur gulung semalam. makan sebagai kopok biasa pon boleh. hehehe

selamat diet semua.

Sekian.. kali nih betol2 sekian.kikikiki


p/s: korang pon mesti dah adekan pemanggang nih?? ape korang masak ek?? share sket!


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

...Menu DA Saya | Induction Phase...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceriaaaaaaaaa! kata nak diet~

okeh.. haini ai nak citer sikit pasal diet yang ai amalkan. Diet Atkins (DA).
fasa pertama DA ini adalah fasa induksi(induction).
fasa yang paling ketat dalam DA.
karbohidrat di had kan sebanyak 20g sahaja dlm sehari.
korang hanya di benarkan makan sayur, haiwan dan telur. air plak dibenarkan air kosong or green tea sahaja.

takmo citer panjang fasa 1 nih.. ai nak tunjuk2 kat korang ape JER yang ai boleh makan semasa induksi?
Induksi nih disarankan minimum 2 minggu tau~ tapi kalo berat cam ai, 2 minggu mana cukup nak turunkan sampai ke berat yang normal kan!
so, ai teruskan fasa 1 nih sampai sekarang. 

yang ai makan sepanjang induksi adalah..
telur, ayam, ikan makanan laut kecuali sotong dan daging. pastu ai ade amik sosej rendah carb iaitu sosej ayam brand Ramly(makanan proses adalah TIDAK digalakkan). bosan x???
sudah tentu2 lah bosan! jemu! asik makan bende yang sama jer. jadiknye, bagi menarik perhatian untuk berselera makan. makanye kita masak lah cantek2.. bagi nampak menariknye nak makan.. haaa.. gittuh!

gojes ke tidokkkk?
hahahahaahha.. sejak berDA nih ai makin kreatif nak hias makan. padahal dlm pinggan tuh ade telur jer pon.. hahaha.. 
Menu nih ai panggil telur gulung. yang hitam tuh seaweed rendah carb. nanti2 ai tunjuk ruper bungkusan seaweed tuh. malas plak nak carik n tampal kat sini skrg.. nanti2 ai upload k~ hahahahaha.

amacam???*sambil angkat kening.
telur goreng 2 bijik, ikan bilis goreng + keropok sosej (sosej tu potong nipis dan goreng)

ade banyak sebenarnye gambar menu.. tapi x sesuai untuk awal induction. next n3 ai akan bagi menu2 yg ai masak. sesuai untuk yang dh lepas induction 2 minggu tuh.
bila dah agak lama amal kan DA nih.. macam2 jugak boleh makan sebenarnye. tapi bendenye agak susah nak carik n mahal jugak harganye.

nanti pelan2 ai citer k~ kita mula dengan menu2 awal induction dulu. ai bukan makan telur jer ye sepanjang 2 minggu pertama (sebenarnya 2 bulan pertama bagi ai) ai makan jugak ikan, ayam, daging dan makanan laut. cuma x de gambar nak letak kat sini.
hehehehe

kalo lauk2 yang berkuah.. jangan amik kuah. makan lauk jer. pastu kalo makan ayam KFC or celop tepung. kena lah buang tepungnye yang rangup itu..huhuhuhu.

selamat berdiet semua. kalo nak tanya pape leh tinggalkan soklan kat komen k~

sekian.. citer Menu2 DA

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 11, 2013

...Dah Habes Raya Kan! Moh Lah Kita Diet Semula...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Rabu.
ceria2 lah selalu yer.. keh keh keh. *cam x eklas jer ceria.

Bangun!! Bangun!! Sedar diri Oiiii!!!
*tampar pipi sendiri laju2
Raya dah abes oiii.. jangan asik duk pikir jemputan raya jer.
Makannnnn jer keje nye! target jauh lagi nak capai! cepat sedar diri!
sekiannn.. pesanan untuk diri sendiri yang x sedar2 diri lagi nih.

Moh lah start misi mendiet balik.*buat muka kesian
raya dah abes kan.. mai lah~ mai lah~*lemau
okeh.. bagi menaikkan semangat nak diet balik. mai lah kita tengok gambar.
biar gambar kasi sentap sket. jangan asik ingat nak makan.


Raya Haji 2011.. urmmmm.
tak tau masa nih berat ai bape. masa nih ai memang anti ngan penimbang.
takut ai nak naik penimbang! nanti jarum penimbang naik takmo berenti2.
ceh! alasan x logik!

isk isk isk.. malas nak komen~
insaf oiiii! insaf lahhhh!

Tahun 2013. 
dengan baju yang sama. sebab! baju2 baru sebelom diet semua dah macam baju kelawar kata My hubby. boleh masuk lagi sorang.. huhuhu.
terpaksa lah pakai baju2 lama yang x bape pakai dulu sebab dh ketat.

masih belom mencapai target ai. 
InsyaAllah~ lepas nih akan teruskan diet nih sehingga mencapai target.
doakan ai terus kuat semangat untuk berdiet k~

tak di nafikan.. cabaran Syawal sangat lah besar pada perjalanan diet ai. cuma masih bersyukur sebab berat masih x naik banyak dan masih berada di berat sebelom raya.. duk pusing2 kat no tu jer. haih~
semoga dapat balik semangat diet sebelom raya haitu. amin~

ini jugak salah satu kenapa ai kena terus berdiet dan kekal sihat.

bacaan pertama pagi nih.
Alhamdulillah~ BP masih normal sejak berdiet.

Bacaan ke dua.

dan ke tiga.

Mesti! mesti! teruskan berdiet untuk capai target dan kekal sihat!
berusahalah! berusahalah!!!

amacam?? dapat aura dari ai tak?
muahahahahaha.

semangat! semangat!

sekiannn.. kesah orang diet asik kantoi jer di bulan Syawal.

P/S: Berat korang lepas raya cam ner?? naik ke tidokk?


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, September 10, 2013

...Fuhhh.. Cabaran Menjadi Mama...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selesa.
Ceria2 selalu k~

Fuhhh.. Haini baru leh tulis n3. Semalam emergency leave. sebab bbsitter cuti. My Anis Demam dan My Delisha cirit birit. cabaran betol.
meh nak citer satu2. sebagai kenang2an untuk anak2 masa hadapan.

Kesah My Anis.. Hari Selasa & Rabu minggu lepas dia ade 2 pertandingan. Selasa ade pertandingan mengeja. Rabu ade pertandingan menari & menyanyi. 2 minggu sebelom pertandingan tuh dia kena balik sekolah pukul 4 petang sebab ade latihan 2 pertandingan tuh. Selalunye Pra sekolah dia balik pukul 12 jer. lepas jer habes pertandingan menari dan menyanyi hari Rabu petang tuh dia start demam. masa papa dia amik dia kat sekolah, badan dia dah panas. kesian.

So, Khamis n jumaat dia x gi sekolah sebab demam. 2 malam tuh tido meracau2 sebab suhu badan dia panas sgt. siap  ade satu malam tuh Kami semua tido depan TV bentang toto sebab dia demam. kalo tido asing susah nak handle dia malam2. dia tido dekat ngan ai. masa ngah syok2 tido tuh dia boleh bangun n bersilat ngan toto yg ai bentang untuk dia tido.. dia gi selak2 toto tuh sampai bergulung2 toto tuh. cuak gak ai. apelah yang dia meracau tuh.
last2 dia sambung tido atas toto dia yang bergulung2 tuh. sabar jer lah.

Jumaat petang bawa dia gi klinik sebab ubat dah abes stok. bagitau jugak kat doc yang demam dia dh masuk hari ke 2. takut denggi jer. doc cakap kalo Ahad demam dia tak ok jugak bawa dia ke klinik balik.

Sabtu Ahad ai duk monitor suhu badan dia dan bagi ubat ikut masa. Alhamdulillah Demam dia makin ok. cuma Ahad petang suhu dia naik balik. ai bagi tempoh sampai isnin jer. kalo demam lagi mmg kena hantar gi klinik. My Anis x nak gi sebab takut kena amik darah. hehehehe.

kebetulan semalam ai kena cuti. so, semalam memang duk monitor suhu badan dia jer lah. Alhamdulillah.. haini dia dah sihat.

My Delisha plak. budak ini kannnn. kalo dapat minum air solivite memang x hengat nak minum sikit2. kalo ade 5 botol, kalo boleh dia nak minum sampai habes. sudahnye dia cirit birit. nasib x de sakit perut.. cuma kejap2 dia berak.. sampai merah2 dah vontot dia. yang paling parahnye pempes dia dah kempis dah.. kejap2 tukar baru. tak boleh jadik nih.
 tetiba idea datang.. ting! ting! kuar mentol.

Tadaaaaaaa.. mama dia pakaikan CD kakak dia dulu.. cuma alaskan kain lampin senang nak tukar kalo dia berak. tapi lepas pakai CD x de plak dia berak.. hahahahaha.

untuk mengawal keadaan menjadi bertambah parah.. ai sembunyikan semua air2 solivite n calciyum budak2 nih. abes ai bungkus masuk plastik hitam sembunyik dlm tempat sayur2 dlm peti air. tak boleh letak camtuh jer.. kalo nampak kat mata dia memang dia nak.
settle 1 masalah!
so, semalam ai duk bergadoh ngan budak2 nih lah kat rumah. hahahaha

Kesah bbsitter plak nak citer nih. aduhaiiiiii. sesak nafas jer rasa. Ahad petang. masa tuh ai kat giant. beli barang dapur. sekali bbsitter call. dia kata dia kena gi kursus 3 hari bermula esok. Isnin dah pergi yer. ai hangin gak dengar masa tuh.. tapi sabar jer banyak2.
ai tanya kenapa last minit baru cakap. cam ner nak apply cuti sampai 3 hari. dia kata dia last minit baru tau pasal kursus tuh. ai tak tanya lah kursus ape. sbb ngah bengang.

mana nak carik bbsitter ganti dlm masa 1 malam hoiiiiiiii. semak kepala jap.
depan rumah ai memang ade bbsitter. tapi kak idah tuh dia memang x de kat rumah time cuti. dia berniaga. cam ner nak bincang ngan dia kan. nak tak nak, terpaksa lah ai EL semalam. Petang My hubby balik keje dia gi jumpe kak idah mintak tumpang anak2 2 hari. Nasib lah kak idah kata OK. lega.

pagi2 tadiii.. kejut My Anis gi sekolah. siap kan susu2 delisha.. tulis note sikit kat kertas pasal susu, ubat My Anis dan tulis no telefon papa mama. masa nak hantar My Delisha kat rumah Kak idah pagi tadi ai dh x berani nak ikut dah. sebab ai tahu dia mesti melalak punye. dah salam2 cium2 pipi.. bagi kata2 nasihat barang seayat dua.. papa dia pon pergi hantar.. depan rumah jer pon. sekali dengar suara delisha melalak.. dia dah start dahhhh. ai pon kelam kabut nak cepat2 jalan gi keje.. sebab selagi dia nampak mama papa dia memang dia akan melalak. hahahaha.. haru wehhhh.. hati mama dia pon luluh jer dengar dia melalak.

dah gi hantar My Anis gi sekolah, drop ai kat KTM. sekali tgk hp abes bateri pulokkk. haih~ time nih lah nak abes bateri. risau kot2 anak tak berenti menangis je. nasib jugak ai tulis no hp papa dia sekali. lega sket.

 sampai opis menggelupor caj hp. nasib x de miss call dari kak idah. cepat2 tepon hubby tanya kot2 ade kak idah call. hubby kata x de. legaaaa.
pastu My hubby kata cikgu Anis call dia. cakap haini x sekolah u!!
Muahahahahahahahahahahaha.
My Anis kan cuti dari Khamis lepas lagi. so, tak tahu yang minggu nih cuti untuk UPSR. hahahahaha.. My hubby kata dia dh separuh jalan gi keje dah cikgu call cakap x sekolah.. so, dia patah balik gi amik anak dia kat sekolah. pastu gi hantar kat rumah kak idah.

lagi bertambah lega bila My hubby kata Delisha dah stop nangis masa dia hantar My Anis kat rumah kak Idah tuh. alahaiiiii anak, suka buat mama susah hati. syukur jugak x sekolah minggu nih. ade lah kawan Delisha kat rumah bbsitter baru dia.

Haaaaaa.. amacam?? panjang x luahan perahsaan pagi neh? hahahaha.
silalah melayan jer luahan ai nih.
macam2 hal berlaku. letih nak settle semua bende dalam masa yang singkat.

sekian.. Kesah Luahan perasaan



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 6, 2013

...Corat Coret Di Hujung Syawal...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat, Penghulu segala hari.
Senyum itu sedekah kan~ so, banyak2 lah kita senyum.

Hari terakhir di Bulan Syawal yang indah.
Selamat tinggal Syawal, Semoga di beri peluang berjumpa lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang. InsyaAllah~

x de ape dah nak citer pasal Syawal. so, haini ai upload gambar2 Syawal yang bersisa tuh yer. semua campur. letak semua sebagai kenang2an.


Sesi main bunga api di malam raya.
ai tak tau lah bunga api nih nama ape. yang pasti dia naik ke udara dan meletup kat atas.
ai tukang tengok jer. nak suh main memang tidak ler. fenakut.
ai main bunga api belang2 dan mercun pop pop jer.

ai berani main yang nih jer. hahaahahaha
berlawan main ngan My Anis. hahaha.

Mak Su dengan anak2 buah dia.
semua anak2 buah sayang maksu dia. sebab maksu rajin melayan anak2 buah dier.


candid by My hubby.
adik ai Nens dan Hubby dia.



 Kuih Semperit

popia nestum

cornflakes cokat.
Tahun nih dalam sejarah bila ai buat kuih raya sendirik.
tak pernah lagi sepanjang hayat ai buat kuih raya tau! sebab My Ma pon x tau buat kuih raya. semua beli jer.

Oleh kerana semangat raya tahun nih lain macam sket. ai nekad buat kuih raya sendirik. tapi ai buat kuih raya yang ai dan anak2 suka makan jer lah.. muahahaha.

InsyaAllah, tahun2 akan datang akan cuba tambah jenis kuih raya. Sekarang x macam dulu2, dulu susah nak belajar buat kuih. zaman sekarang nih semua di hujung jari saja kan~
masak sambil tengok resepi kat henpon.. hehehe.

ini jugak penyebab kenapa ai rajin terlebih buat kuih raya.
sebab ai request ngan My hubby nak beli Oven. malu lah ai kalo x buat kuih raya kheeenn!
time nak beli melompat2 nak, tapi simpan.. ape kes!!!
mesti My hubby bangga tengok bini dia buat kuih raya sendiri..hahahaha *statment mintak pelempang.kahkahkahkah.

itu jer lah sisa2 gambar raya.. dan citer2 raya. kalo korang perasan, sepanjang syawal nih 1 pon x masuk n3 pasal citer lain. kecuali n3 wish birthday my hubby. sampai kering idea nak citer pasal raya. hahahaha.

Selamat tinggal Syawal, Semoga kita berjumpa lagi.
Sob.sob.sob.

Sekian.. N3 terakhir Syawal.

p/s: camner Syawal korang?? indah x?



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 5, 2013

...Rumah Terbuka Terakhir untuk Syawal 2013. Mungkin | Mekasih Kak Fiza...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Khamis.
Semua sejuk2 yer haini.. sama lah kita.. mandi hujan haini. time nak pergi keje tu hujan turun dengan lebatnya. nak masuk dlm kete pon susah.. dengan anak2 lagi. Kesian dorang.. takpe.. hujan rahmat dari Allah tu.

dah 29 Syawal dah kita kan~ sekejapnyekan.. ai pasti akan rindukan bulan Syawal ni.. bulan makan2.. hahaahaha.. habes diet ai.muehehehe 
Alhamdulillah.. berjaya melakukan puasa 6 Syawal berakhir pada hari Selasa bersama2 puasa ganti berakhir semalam. tercapai jugak niat untuk tahun nih. :)

untuk meriahkan lagi hujung2 Syawal nih. jom lah layan citer rumah terbuka. Rumah terbuka terakhir untuk syawal kali ini. itu kalo x de jemputan lain lah sehingga esok. hahahahaha. 

Ahad lepas.. jemputan rumah terbuka dari kawan tempat kerja lama. kalo ikutkan majlis start pukul 3 petang. tapi pukul 12 tengah hari kami dah keluar sebab nak ke rumah Adik kat Klang. Kakak dari terengganu singgah sana (Klang) lepas hantar anak dia kat UPSI. so Kami turun awal sket then lepak sana kejap sementara tunggu pukul 3.

Pukul 3 jer gerak dari rumah adik sebab rumah Kawan ai pon area Klang gak. Meru. masa turun dari umah adik dah perasan langit gelap sangat. angin pon kuat. gaya nak ribut jer.
sampai jer kat Klang utama hujan lebat giler. dah sampai kat Meru, tetiba jalan jem plak. tengok2 ade banyakkkk sangat pokok tumbang sebab ribut. siap ade bumbung rumah tercabut diterbangkan angin.

dah nak sampai rumah kawan ai sekali ade orang blok jalan. katanye x boleh lalu sebab pokok tumbang merentang jalan. errkkk.. lagi sikit jer nak sampai rumah kawan ai.

tersadai ai u!
tak boleh lalu terus jalan tuh.. pokok besar plak yang tumbang tuh.
Alhamdulillah.. x de orang yang cedera.

dalam 20 minit gak tersadai kat situ. sementara menunggu suami Kawan ai datang jemput kami kat situ then guna jalan alternatif nak ker rumah dia. hehehe.
berpusing2 jugak lah jalan dalam kampung tuh.
boleh lah nampak kesan akibat ribut kat kawasan kampung tuh. 

yang pokok tumbang tak yah citer lah.. banyak! yang bumbung terbang tuh yang kesian. tak tau lah nasib orang dalam rumah tuh. 

Alhamdulillah~ sampai jugak ke rumah terbuka.
baju hijau tuh adalah tuan rumah. Kak Fiza.
Menu hari tuh adalah Mee Kari dan Nasi Himpit. oleh kerana ai tak reti makan Mee kari so, ai makan nasi himpit kuah kacang.sedap~ bersama2 sambal kerang nogori 9 (pedas berdesing) 

Kenapa ai tak reti makan Mee kari?? hehehe. sebab tak reti hirup kuah kari tu kot. kalo makan kari dengan nasi ok jer.. cuma tak reti nak hirup kari sebagai sup tuh.. huhuhu.

Semua Merah.. My Delisha, My Anis Dan Damia (Anak Kak Fiza)
tengah main. My Anis dah habes sepinggan setengah nasi himpit dah. dia memang hantu betol ngan nasi himpit kuah kacang.
sampai2 jer dia nampak nasi himpit. terus melompat nak nasi himpit.

My Delisha layan biskut + kopok raya. pastu dia duk makan telur dalam mee kari papa dia. punya lah sedap mee kari tuh, sampai My hubby makan bertambah. ai jer yang x reti makan mee kari tuh. tak pernah nak mencuba pon yer jugak ai nih~



Tetamu2 lain yang memeriahkan Majlis. baju merah belang2 tuh suami kakak ai. 
Terima kasih yer abang Salim sebab menjemput Kami yang tersadai kat tengah2 jalan tuh.
boleh jugak Kami jalan2 ronda2 kampung..:)


Last sekali.. Mesti lah gambar ai khennnn.
bersama2 tuan rumah. Kak Fiza.
Tema Kami hari tuh adalah Merah. baju raya ke 2.. hahahaha

Terima Kasih Kak fiza sebab sudi jemput Kami sekeluarga ke rumah terbuka.
Meriah jugak Syawal Kami yang di Shah Alam nih~
Tahun depan jemput lagi yer.. ahaks~
nanti kita terjah rumah wati plak eh. lepas tuh rumah saya plak~

okeh.. itu jer nak citer pasal jemputan rumah terbuka yang kami terjah.
ade sesiapa lagi nak jemput Kami ke rumah terbuka?? sempat lagi nih. hahahahahaha.

Sekian..


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 4, 2013

...WW | Gelang Raya Dari Nens...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.

Gelang Raya pemberian adik ai, Nens
Terima kasih adikku.

Cantek ke tidokkkkkk?? gojes kan! kan!

(* *)V

PEACE



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, September 3, 2013

...Happy Belated Birthday Cinta...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Semoga ceria2 selalu k~

Semalam ai MC. penat gi open house. hahhaahha
ok2.. MC untuk rehatkan badan. letih sangat2 semalam.

Sebenarnye semalam adalah birthday My Cinta.
oleh kerana MC semalam dan malas nak bukak laptop. so, haini lah ai wat special n3 untuk My hubby.

02.09.2013
Selamat Hari Lahir buat Suami tercinta.
Semoga di panjangkan usia.
Di Murahkan rezeki.
Bahagi di dunia dan akhirat.
Semoga semua doa dan impian abang akan jadik kenyataan.. amin~

Hadiah Istimewa dari Isteri terChenta.
LOVE u sooooo Much.
*gambar ulang tayang.

tak de celebrate pape pon sebab birthday papa takmo celebrate.
*faktor usia lah tu kot..muahahahaha. 
ai memang nak celebrate sebab ai muda lagi.. kah kah kah kah kah kah.
ampun bangggg.

Sekian.. N3 Ucapan buat yang tersayang.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Saturday, August 31, 2013

...Selamat Hari Merdeka Semua!!!...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu!!
dan Salam Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia.

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56.
Semoga negara kita akan terus Aman & Damai.
Amin.

Sekian..

P/S: Selamat bercuti semua~


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...