Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 30, 2014

...Seminggu Jiwa Kacau | Banjir...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Mood masih di laut dalam. cuba untuk berenang semula ke darat.

minggu lepas 1 minggu jiwa kacau.
asik lah duk update2 kat FB tengok orang update pasal banjir.
Alhamdulillah.. rumah My Ma n My Mak tak terjejas banjir. cuma rumah adik i Nens dan sedara mara kat kelantan yang kena banjir. 
naik risau bila sepupu2 updated x dpt nak berhubung dengan parent masing2 yang ade kat kelantan. semua terputus hubungan.. ade yang lari ke bukit untuk selamatkan diri.
Allah.. sedih sangat. :(

n3 hari nih nak tempek sket gambar2 banjir yang adik i, Nens Hantar.
tahun nih tahun ke 2 rumah Nens terlibat banjir. 
cuma tahun nih x teruk sangat cam tahun lepas. Syukurrr.

mula mengemas ape yang patut sebab air longkang dh melimpah.
persediaan awal tuh perlu kan~
semua baju2 adik i pack masuk dlm bonet kete.
ape2 hal jadik kt rumah semua baju ade dlm kete dah. hehehe.
bijak jugak kan~

air dh mula masuk dlm rumah.
Nens sekeluarga pindah keluar dari rumah pukul 3.30 pagi.
takut terperangkap lagi susah kan.


bila dah siang.
balik tengok keadaan rumah.
persediaan awal boleh menyelamatkan banyak barang.
cuba letak barang2 di tempat yang setinggi boleh.

keadaan luar rumah hari pertama pindah keluar dr rumah.


ini pulak hari ke 2 pindah keluar.
air makin naik. masa nih ade fenomena air pasang.
tu pasal air makin naik.


Ini pulak keadaan jalan masuk ke rumah Nens.
motor semua tinggal kat sini. pastu redah air banjir untuk sampai ke rumah.

ini plak gambar banjir di kelantan.

tempat kami selalu mandi manda kalo balik kelantan.
Lata rek. ini gambar keadaan biasa sebelom banjir.

ini pulak gambar semasa banjir.
Allahuakbar!!! menakutkan!!
bayangkan.. rumah mak sedara i yang berada di tempat tinggi pon tenggelam.
memang banjir teruk melanda kelantan tahun ini.

i tumpang simpati pada semua mangsa2 banjir di sana.
InsyaAllah.. akan cuba membantu semampu kami.

Doa i buat semua mangsa2 banjir agar mereka tabah hadapi Ujian Allah ini.
hanya mereka2 yang terpilih sahaja yang akan di uji.
teruskan berdoa. InsyaAllah.. Allah pasti akan bantu.

Sekian.. kesah banjir.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

24 comments:

SYANI said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga mangsa banjir tabah mengahdapi ujian ini.

Lynn Huraiza said...

ya ALLAH...teruknya...semoga semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan nie...

Sura Mohd said...

Zura ..akak tak lena tido masa banjir mula melanda..memang rasa tak leh nak buat kerja..rasa nak balik sama2 harung musibah ni dgn keluarga..:(

εïзmmyHazaεïз said...

Allahuakbar.. Derderau tengok gambar yg last tu zura.. Harap2 mangsa banjir tabah, banyak2 bersabar & berdoa.. Risau...

Masya said...

YAALLAH DERASNYA AIR TU ZURA... SAMPAI TAKAT BUMBUNG .... HARAP SGT MEREKA TABAH HADAPI ..

SalbiahM said...

takutnya tengok lata rek tu bila banjir..

Kakzakie Purvit said...

Siapa tak sedih tengok keadaan macam tu Zura. Kakak tak dpt bayangkan selepas surut pun bagaimanalah keadaan mereka semua. Sungguh besar ujian mereka kan..

Teruskan doa-doa kita..

fizalinolie said...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Fiza yg tengok pun turut bersimpati. Semoga semuanya berakhir dgn cepat.

Unknown said...

tengah bersabar ni zura..setiap saat menitik airmata..dah takde tempat persinggahan tika balik kampung..musnah sekelip mata..tempat jatuh bangun suka duka kami adik beradik..

memula buat entri tadi tak dapat lagi gambar umah..skarang kelu..sungguh allah maha besar..moga dosa2 kami dihapuskan ketika rumah kami roboh..

norhidana said...

yelah kan zura, kalu akak ada family duk sana msti risau serisau2nya... ada jgk kwn2 opis nih mana2 yg fmaily kt sana sibuk2 nk balik kg, tp akak ckp lah kt depa btpe balik sana kang bkn membantu lg menyusahkan adalah, kot2 mereka dh kt pusat pemindahan tp kite lak terkandas kt mana2 perlu pertolongan lak... kita doakan je dr sini doakan semoga mereka selamat

tgk tempat mandi manda korang tu sebelum mmg lawo selepas... mmg serammmm.... sgt2 seram tgk air tuh

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Semoga Allah berikan kekuatan buat mereka utk menempuh dugaan ni... amin

Umialya said...

Nak buat cmner, dugaanNya, moga mereka tabah hadapi semua itu

Alhamdulillah kebanyakan rumah abang & kakak tidak teribat cuma khabarnya ketiadaan bekalan elektrik dan air.

Cuma rumah kakak dkt HUSM dinaiki air separas pinggang, jadi mereka semua berpindah ke tingkat atas.

Unknown said...

haduhai, xsanggup nak nengok. sedih sangat. kalaulah kita di tempat mereka entah kuat ke x nak hadapi semua dugaan tu.

eyeyou said...

Allahu Akbar!! Lata Rek tu sy pon penah g mandi beberapa bln lps.. teruknya gambar semasa banjir..moga mangsa banjir semua tabah..

Fiza Rahman said...

Zura...scarynya tengok gambar lata rek tu selepas banjir. Semoga mangsa2 banjir diberi kekuatan dan semangat yg tinggi dlm menempuh dugaan ni.

Najib Ariyan Ali Basha said...

Salam

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Semoga tahun2 mendatang menjanjikan kemakmuran, keamanana dan kesejahteraan kepada kita semua.... aminnn....

NzA said...

Selamat thn baru zura......moga mrk semua tabah.......

ct cheery said...

INSAF NENGOK GMBAR TU.DUGAAN UTK KITA JGK..HOPE DORANG TABAH

lieyalatif said...

salam zura....

hope zura sihat yek... ade alah2 tak ni hehehe...

tu laa tak sangka salah sorang mangsa banjir teruk di kelantan adalah sanak saudara zura sendrii....mmg xde kate yg mampu terucap bile tgk banjir yg melanda....bile tgk kesan lepas banjir lagi laaa takleh nak ckp ape...yg mane hilang harta benda...ya Allah dugaan maha hebat...moga ade hikmah disebalik semua yg terjadi nieh....

harap2 pihak berwajib, baik kerajaaan negeri, kerajaan pusat dan badan2 ngo same2 menghulur kan bantuan meringankan beban.... dpt jugak bagi mereka yg telibat sinar kebahagian utk memulakan kehidupan baru.....

hepi new year n salam maulidur rasul buat zura sekeluarga....

Unknown said...

memang banjir amat teruk kalini. Kasihan mereka dan keluarga mereka..

OKje said...

Kesian Nen...... Nen duk Kelantan kat mana Zura?
Nak mengemas selepas banjir tulah yg malas ek Zura..... tpkalau dah termena nak buek camno.....

Cho Zila said...

gambar lata rek tu memang mengerikan.. isyh takutnyer... kuasa Allah .... berat mata memandang berat lagi bahu memikulkan.. akak hanya mampu memanjatkan doa...
hilang rindu pada nens.. lama tak dengar cerita.. m

Myra Jay said...

Ya Allah tinggal bumbung je kat Lata Rek tu, air terjun pun hilang dari pandangan..

Ujian buat mereka di sana

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. tak boleh ingat banjir kelantan tahun lepas.. berdebar2 rase hati..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...