Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, December 12, 2013

...Percutian Kami Di Morib Gold Coast | Day 1...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis~
Ade yang rindu ke tidokkk? ahaks~

Seperti yang pernah di bebel kan blog nih i sekeluarga plan gi bercuti ke Gold Coast Morib.
Hari Selasa haritu plan berjaya di laksanakan. Alhamdulillah~
22hb 11 i dah book hotel hasil dari belian Voucher Kat Groupon.

Seawal 11 pagi Kami gerak dari Shah Alam ke Morib.
dah biasa makan "Langsat" dulu sebelom sampai. makanye amik jalan selamat. gerak awal sket dari rumah. kalo sesat pon tak lambat sangat sampai ke sana kan~

Masa kami bertolak ke sini hari Selasa tuh, Kakak ipar dan suami dia  ada datang rumah. kesian plak sebab terpaksa ditinggalkan di rumah. dorang datang Shah Alam atas urusan kerja. i plak dah book hotel dari bulan lepas lagi. nak tak nak kena jugak pergi.
tinggallah dorang kat rumah sementara kami di Morib.

Selamat sampai kat GC Morib pukul 12.30 petang.
sempat gak lah tersesat jalan. hehehe.

sila abaikan suasana malam itu.
pic nih my hubby snap masa Kami balik dari makan malam kat pantai morib.

beratur untuk urusan pendaftaran bilik hotel.
kalo ikut kan.. waktu check in pukul 3 petang. tapi cam ramai jer blogger review pukul 12 dah boleh check in hotel. tu pasal Kami plan sampai sini kol 12.
dan memang betol pon. dah ramai yang beratur nak check in.

proses pendaftaran.



  
Snap2 di lobi hotel.
sementara menunggu giliran untuk daftar masuk hotel.

Free wifi di lobi hotel.
kat bilik x de free Wifi.

dah dapat bilik!!
Moh kita seranggggg~

2642
Bilik untuk KAMI.
Moh kita tengok suasana bilik.



Lengkap! semua ade~

Luas! Bersih dan ade Jakuzi.
rasanye semua dah tau kat hotel nih ade Jakuzi kat setiap bilik kan~
tuuu.. yang ade pelampung biru tuh lah Jakuzinye. hehehe

shower.


 Katil yang telah diubah suai. sesuai dengan Kami yang ade anak kecik.
keh keh keh. My hubby tolak rapat ke dinding. hehehe.

hehehehehe..
posing manja2 sket. Terima Kasih Anis sebab snap pic mamapapa yang gojes ini.
walaupon masa nih dia dah menggelupor nak gi mandi.
sabor jer lah.

mana tak menggelupor! balkoni bilik ngadap theme park~
ngadap laut jugak tauuuu!


pandangan dari bilik Kami.

Budak kecik membebel ajak pi mandi kolam.

tunggu MamaPapa solat dulu.. baru kita turun okeh~
Pukul 3 lebih Kami turun gi Water Park. I tak mandi pon~
Hubby n anak2 jer mandi. sebabnye ai nak snap gambar dorang mandi. Kalo semua mandi x de lah gambar berendam dlm kolam.

Okeh.. sambung next N3 plak k~
Fanjang cecah lantai dh nih.

Bersambung...



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, December 9, 2013

...Percubaan Pertama Yang Berjaya!! Yeahhhhh...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Mulakan minggu ini dengan Aura Positif.Amin~

Dah baca tajuk bebelan haini kan! kan! kan! ekekekeke.
berjaya uolls!! bangga dengan diri sendirik.
berjaya ape??? Jangan gelakkan i yer! janji!

i belajar buat spageti carbonara.
muahahahaahahhaahha. itu pon nak kecoh kan!
eeeehhhhh.. harus laaahhhhh.. sbb sebelom nih i tau makan jer u olls~
ini percubaan pertama kali nih! berjaya plak tuh~
patut masuk book of records neh!

apelahhhh.. bahan2 semua pakai readymix pon kecoh satu mesia!!!

sebenarnye ai pakai sos yang dah siap nih jer.
eheehehehe. Tapi sedap jugak tau~
tak sempat sampai malam semua spageti dan sos licin!!
kira sedap lah tuh kan! kan! kan!

oleh kerana anak2 adalah penggemar makanan laut, makanye i letak sotong n udang.
pastu tambah sket cendawan butang dan sosej. satu lagi bahan yang tak de dlm gambar adalah susu penuh krim. kalo ikut resipi guna susu segar. tapi i memang biasa derhaka pada resipi nih. ai tukar dengan susu penuh krim.. hehehe.

sila sengetkan kepala anda yer. malas nak pusing gambar. hahahaha.
amacam?? menggoda tak??

spageti plak i pakai jenis tebal sket. tak tahu kenapa ai lagi berkenan dengan spageti nih.
hasil rebusan spageti nih kureng memuaskan sket. sbb ade spageti melekat. dan tambah minyak n garam dh dlm air rebusan tuh. tetap jugak melekat. mungkin lepas nih kena tambah minyak lebih sket.

keseluruhannye.. misi membuat spageti adalah SANGAT berjaya!!
hubby i makan bertambah.. itu lah yang paling penting sebab hubby i neh sebenarnye tak reti makan makanan barat nih. dia jenis makan nasi. 
kalo dia makan bertambah.. makannye memang sedap ler tu khennnnnn!
bangga dengan diri sendirik!!!

sekian.. kesah masak spageti.

P/s: Lepas nih nak wat percubaan Masak Spageti Aglio Olio plak!


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, December 6, 2013

...Mungkin Ada Yang Ingin Membantu Di Sekitar Shah Alam Dan Kuala Lumpur...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Ting tong sket haini. hehehe.. ngantuk~

Hari nak buat n3 khidmat Masyarakat kat blog ai.

ai buat n3 nih atas dasar pengalaman ai sendirik.
ai tercarik2 di manakan ai nak salurkan bantuan untuk mangsa banjir.
nak membantu tapi tak tahu macam mana nak salurkan.

Alhamdulillah~ Allah permudahkan niat baik ai.
DIA nampakkan ai satu status di wall FB kat mana ai boleh salurkan sumbangan.
Moga n3 ini membantu korang jugak.

Banner nih untuk mereka yang berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Shah Alam sahaja yer kawan2.. InsyaAllah, hujung minggu nih Kami akan ke sana.. dekat jer pon dengan rumah ai. 

Moga sumbangan kecil kita nih dapat membantu  meringankan beban mangsa2 banjir.
InsyaAllah~

Sekian.. N3 khidmat masyarakat.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, December 5, 2013

...Mana Beli Halfmoon Yang Comel Ituuuuu?...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Haini ai tak bape nak ceria. hati geram sket dari semalam.

masa ai up kan N3 kenduri kawen adik lelaki ai haitu.
ramai yang tanya pasal halfmoon yang Kami adik beradik pakai.
Haaaaa... haini ai nak citer pasal halfmoon tuh.
Halfmoon Mana????

iniiiii.. Halfmoon yang Kami pakai masa kenduri belah pompuan tuu.
gojes ke tidokkkkk?
hahahahahahahahaha. nak jugak tempek lagi gambar ni. sbb KAMI nampak gojes sangat sedondon bertiga cam nih~ sila jgn fengsan

Walaupon ai kelihatan paling fendek di kalangan adik2 ai.. 
tapi comel tetap comel kan! kan! kan!
okeh.. abaikan~

sila lah lihat halfmoon shawl yang Kami 3 badik pakai tuh.
cantek kan! kan! kan!
shawl tuh Kami tempah sebab nak sedondonkan kaler n corak halfmoon shawl tuh.
ai tempah dengan


sangat berbaloi2 hasilnye. kain memang senang di pakai dan tak panas. selesa di pakai.
ai yang dulunye tak gemar pakal halfmoon shawl pon boleh terminat nak pakai tau~

Service memang tip top!
sekejap jer dah sampai kat tangan ai 3 halfmoon shawl nih.
Harga pon berpatutan tau~

Sesapa berminat nak beli halfmoon shawl boleh terjah kat 



Wasap/sms/Call : 019-3129776

selain buat shawl, WashuraBeads nih ade jugak buat service jahit manik kat baju, buat Veil untuk pengantin dan jahit manik kat baju pengantin.
terjah lah ke sana.. macam2 design cantek2 untuk sample.
mana tau berkenan kan~ boleh oder barang sehelai.


Untuk makluman... ai x de share pon ngan WashuraBeads nih tau~
saje tolong pomot produk bagus pada korang semua.
mana tau dapat membantu korang kan~

Owner WashuraBeads nih BFF ai masa kat Uitm dulu.
sampai sekarang masih kontek walaupon kat media sosial jer.

Sekian.. n3 pomot halfmoon~


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, December 4, 2013

...Semoga Tabah Hadapi Dugaan Banjir...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Moga terus ceria di musim sejuk nih k~


Mesti ade kawan2 ai yang kena dugaan banjir kat Kuantan kan~
Adik ai Nens pon kena. Kesian dia. blogger yang ai nampak update kat FB nea lopah dan LyAfrina. Moga korang tabah yer hadapi dugaan nih. Kami semua doakan moga banjir nih cepat surut.

Adik ai Nens tido kat opis malam tadi sebab tak dapat balik rumah. jalan semua dh ditenggelami banjir. Suami, Anak, Mertua dan ipar2 dia pon kena berpindah ke pusat pemindahan banjir. cuma dia jer yang tersadai kat opis bersama2 kawan2 opis dia.

sedih pulak dengar citer dari adik ai tuh, sebab sebelom nih memang x de saudara terdekat yang kena banjir sampai kena pindah. nih kali pertama. risau jugak lah. Adik Na pon duk Kuantan jugak.. Kolej dia pon kena banjir teruk jugak. cuma nasib dia lebih baik sebab hostel yang dia tinggal tuh selamat dari banjir. kalo tidak lagi lah cuak ai kat sini.

semalam tepon dua2 adik semua dlm keadaan selamat.
cuma Nens jer lah kongsi gambar dia kena beli baju baru sebab x de stok baju sementara berkampung kat opis tuh. nasib jugak lah ade kedai baju masih beroperasi kan~
  
rumah mertua dia memang x boleh masuk dah. mungkin semua peralatan rumah memang x dapat diselamatkan lagi. takpe lah.. yang penting sekarang jaga diri dulu. barang2 tuh boleh beli balik. keselamatan diri tuh x de jual beli.

Hanya mampu kirimkan doa dari jauh saja.
semoga semua mangsa banjir di Kuantan tabah hadapi ujian Allah ini.
Jaga diri baik2 yer semua.
Awasi anak2 kita dari main air banjir. Bahaya!

Sekian...

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, December 3, 2013

...Sebelom Dan Selepas | Pantry...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Permulaan Minggu yang sejuk kan~

Semalam ai MC. Demam dari hari Ahad.
Hari Ahad plak My hubby OT satu hari. tinggal dengan anak2 jer kat rumah.
jangan kata nak berehat ngan askar2 prebet ai tuh. siap berferang bagai lagi.
My Delisha kejenye asik nak mengamuk sebab mata nak tido tapi tuan nak main. pantang silap sket mulalah nak mengamuk. 
sudahnyeeee.. mamanye terus terbongkang demam.

Semalam Mc, anak2 semua hantar gi rumah Ibu dorang.
lepas anak2 gi umah ibu dorang, My hubby gi keje, Makan ubat trus tido sampai x sedar diri. hahahahahaha. kena plak semalam satu hari hujan. lagi lah sedap tido khen.
haini demam dah ok.. tinggal batuk2 jer sket.
Alhamdulillah~

okeh lah.. bagi menaikkan semangat keje yang x bape nak ade nih, moh layan layan gambar kerajinan ai kat opis di kala keje hari Sabtu. memang boring kan keje sabtu. so, bagi menghilangkan kebosanan. moh lah kita buat keje renyah2.

Cuci segala Pinggan Mangkuk kat Pantry sebab semua dah berhabuk.
bukan saja2 basuh. tapi ai ade projek besar kat pantry nih.
selepas projek diluluskan. ai pon start ler.
sebenarnya ai jer yang banyak guna pantry nih. maklumlah, orang jarang makan kat kedai. tapau dari rumah jer.. x de geng makan kt sini. semua cina2 jer.

ini lah projek yang di luluskan tuh.
ai mintak satu bekas yang besar untuk isi semua pinggan dan cawan kat pantry.
bekas yang ade penutup. nak elak peralatan tu dari berhabuk.

tadaaaaaaaaa... kemas ke tidok????
boleh lah kannnn?
kalo korang tengok pantry ai sebelom cuci.. memang nak fengsan. nak guna peralatan pon x lalu eh~ sekarang nih nampak ramai pulak yang rajin bancuh air. peralatan dah bersih kan~
tapi kalo lepas nih ade cawan tak basuh, bersiap sedia lah kena panahan halilintar dari ai.
mencekik jer pandai.. cuci tak pandai~

okeh.. itu jer nak bebel pagi2 yang sejuk nih.
tempat korang banjir tak?? ramai kawan2 FB update umah dorang naik air dah.
umah adik ai Nens pon dah naik air dah.. baru jer wasap ngan dia tadi.
Moga keadaan banjir akan kembali pulih secepat mungkin. 
jaga diri baik2 yer semua. awasi anak2 kita.. takut dorang gi main air tanpa pengawasan. bahaya!

Sekian.. 





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Saturday, November 30, 2013

...Bagi Can Anakanda Anis Plak yang Posing...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu~
Siapa keje haini?? Samalah kiteeeee.

Seperti biasa, N3 hari Sabtu kita santai2 jer.
takmo bagi stress bagi yang tengah keje cam ai.
hari ni ai nak tempek gambar anak dara ai posing bersana props yang mama dia buat.
masa Kami ngah posing, Anis dengan delisha tengah tido.
tu pasal balik2 gambar mama posing ngan papa jer yang tempek kat blog.

bila dia bangun dari tido, dia komplen mama dia x amik pon gambar dia kat photo booth kami tuh. nak posing sangat?? haaaaa..posing sampai pengsan~

Muka orang baru bangun tido.

blur pulakkkk.

Spek mahal okeh!

My Anis posing ngan Ammar Haziq.

lagii.

bibir seksi uols!





dengan jiran ai.

Sekian.. n3 tempek gambar My Anis~


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, November 29, 2013

...Kongsi Macam2 Gambar...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Semoga kita sama2 mendapat keberkatannya.

Hari nih nak stop jap tempek gambar majlis kawen.
kita cuci mata gambar lain plak. eh!eh! bunyi cam ade gambar lagi jer.:P
hehehehe. hairini kita kongsi gambar versi cacarmarba gittu.

Auwww! lomantik ke tidokkkk?
layan ABC special kat seksyen 2. Shah Alam~
kalo nak makan ABC mesti terjah sini. banyak gerai jugak yang jual ABC kat food court nih. pilih saja mana yang berkenan~

 Jam baru.. My hubby yang beli.
dia berkenan tang Tulisan Allah & Muhammad dalam jam tuh~
cantek kan?

handbeg anak2..hehehe
Pink untuk My Anis dan Merah untuk My Delisha.
kiut kan??

Anak2 dapat Handbeg.. Mama pon mesti dapat jugak khennn!
padahal baru jer beli handbeg hitam masa balik Terengganu haitu.
beli Beg nih sebab nak pakai masa kenduri Kawen adik ai. nak matching kan dengan baju.. keh keh keh keh.

My Delisha Anak yang solehah..
termenung kat tingkap sambil tengok atok2 melapah kambing.
semangat dia tengok. siap berdiri atas kerusi kecik lagi. hehehe

 Percutian Singkat untuk penuhi cuti sekolah Anak.
InsyaAllah, dalam masa terdekat pergi.
Kemain susah nak cop hotel musim cuti sekolah nih kan~
nasiblah dapat jugak gabungkan dengan public holiday. cuma apply cuti sehari jer lah.
mudah2an menjadik percutian singkat yang mengembirakan. Amin~

Sekian..n3 kongsi gambar macam2.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...