Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 24, 2013

...Menu Special Dari Special Request...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Ceriaaaaaaa sokmo! bigboss OS.Ahaks

Amacam Tajuk haini?? gempak ke tidokkk?? ahahaha
saje jer nak kasi gempak bila pandang tajuk n3 haini.
padahal citer pasal makanan jer pon.kikikiki.

masa gi tesco n3 Semalam, Adik lelaki ai request nak makan ikan siakap stim. Makanye tugas kakak2 dia lah masak kali nih. My Ma x biasa buat masak stim nih. 
dia beli 2 ekor ikan siakap. okeh gak tuh.. lagi pon belom tau lagi nak masak ape untuk lunch kami.

Selamat di siang oleh My Ma. Ai nih tak bape pakar nak siang ikan sisik2 nih. selalu kalo ai beli ikan bersisik mesti My hubby yang tolong siang. itu yang ai sayang sangat My hubby tuh.*tetiba!

bahagian ekor.

bahagian kepala.
masih dalam proses letak bahan2 stim.
My hubby yang tukang snap. ai sibuk jadik chef. hahaha.

sebenarnye ai mula masak yang ekor dulu.. dah siap letak semua bahan. ai stimkan dulu bahagian ekor tuh. 

dah letak bahagian ekor, terus sambung untuk masak bahagian kepala plak.
sebenarnye stimer ai tuh veri de kecik molek. tu yang kena kerat 2 ikan tuh.
masa beli stimer nih dulu x terpikir plak kena masak dalam kuantiti yang banyak. bila dah kumpul semua famili baru terasa semua periuk belanga ai kecik2.. huhuhu.
Bang~ jom gi Rantau panjang beli periuk besar! muahahaha

sedang mengukus~
pengukus nih boleh kukus 2 layer trus. tapi masa nih ngah siapkan bahan2 untuk bahagian kepala plak. tetiba nampak berkilat jer pengukus ai neh~ nampak sgt jarang guna. hahahaahha.

Tadaaaaaa... siakap stim limau siap~
adik2 ai kata sedaaaapppp.. tengok lah sapa chefnye. wehuuu!

Meja kecik! ini jer yang muat letak atas meja. makanan yang lain semua duk atas kabinet dulu. lepas makan baru kuarkan buah2 dan agar2 plak.
nasi 8 cup selamat Kami kerjakan~ tak baik membazir kan. yang lagi dasyat. My Anis makan sampai 2 kali tambah. sedap sungguh tuh mama masak. hahahaha.
*sendirik terliur..:P

Korang terliur dak???

Sekian.. N3 tunjuk2 ikan stim yang tersedap di alam semesta*puji diri sendirik. muahahahaha.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, September 23, 2013

...KAMI Di Tesco...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Kelam kabut pulak pagi nih.
dah ler sampai lambat. jalan jem.

Haini pon nak wat n3 simple2 jer.. tempek2 gambar jer.
gambar masa gi shopping barang keperluan My Adik Na kat tesco.
masa turun dari Terengganu ai dah pesan. bawa mana yang penting jer.. keperluan lain beli kat Shah Alam jer. lagi pon ape yang x de kat Shah Alam nih? Mak Ayah jer yang x de kot.. hehehe.

Hari Isnin tu kebetulan Hari Malaysia. so semua bercuti.
bawa lah semua orang gi Tesco.
masuk2 jer tesco nampak ade 2 maskot supertot.

hahahahaha.. kesian 2 budak dalam troli nih.
takut. My Delisha ok lagi.. dia pandang jer maskot tuh.

Sian My Anak buah.. menggelupor nak terjun dari troli.
tengok jer cam hero gagah perkasa anak buah ai tuh. tapi dalam hati ade taman.
hahahahaha.

bila dia boleh turun jer dari troli tuh. trus dia ajak nenek dia keluar.. tanya ibu dia mana pintu. hahaahahha. kesian sungguh~

Me n Adik Na.
Sempat jugak mintak My hubby snapkan walaupon masa nih dia duk handle anak buah dia yang nak melarikan diri. hahahahaha

kali nih gegar sket. hahahaha
boleh laaaa... bukan selalu dapat bergambar dengan Nens.

My Hubby n My Delisha.
badan Delisha dh start dedar2 dh masa nih.
nasib lah x melarat demam dia.

My Anis.. sempat ajer mengepaw ayah cik dia.

My Anak Buah.. Ammar Haziq.
x siap jugak Peace dia nih. bila ai suh dia buat peace.. gittu haa yang jadik.
hahahaha.

itu jer lah dulu eh.. lapor dah nih. nak gi tapaw makan jap.
selamat menjamu selera buat semua.

sekian.. Kesah Kami di Tesco.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 20, 2013

...Tanda Ingatan Buat Anakanda | Ole2...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari jumaat yang Mulia.
Ceriaaaa jugak! walaupon Big boss dah balik dari OS.

Haini nak update ringkas2 jer. sebab nak kena settlekan banyak keje. 
big boss baru balik dr OS nih memang banyak bende nak kena settle~
hehehehe.

mai lah layan n3 yang boleh bikin air liur meleleh ini.ahaks~
ole2 dari My Famili yang turun ke Shah Alam haitu. sebenarnye anak bertuah dia yang mintak suh bawa turun Shah Alam. mana boleh tengok gambar kat FB aje khennnn. kena lah jugak berasa. muahahaha.

buah Duku + buah dokong.
ini dah tinggal separuh dh baru ingat nak snap gambar.
sedang elok duku n dokong nih nak habes, sampai plak 1 plastik buah Duku n 1 plastik buah dokong kiriman dari My Mak (mertua). Mak kirim pada My Adik ipar yang kat Klang. walawehhhh.. rezeki betol!

My Mak kirim jugak 1 plastik besar buah manggis.. tapi x de dalam gambar sebab dah habes! hahahahaha. semua nye buah2an tanam sendirik. sedapnyeeee.

Buah salak. My Ayah tanam sendirik gak nih.
ini buah feberet My hubby.

3 biji buah Kuini.
buah nih bakal adik ipar (Tunang Adik lelaki) ai yang kirimkan~
sedap okehhhh!! buah dia cantek sangat~
x rosak buah dia.. semua boleh di makan.

selepas di kopek!
mabelesssss! *sendirik meleleh air liur!
Terima Kasih yer Azie atas kiriman buah kuini yang lazat ini.
bau dia haruuummmm sangat~ sedappp!

Amacam?? terliur dak?? ehehehe.. maaf lah pada yang terliur.. semua buah dah selamat dimakan~ Syok nye kalo berada kat kampung kan~
semua buah ade kat kawasan rumah jer. Kalo kat Shah Alam nih semua lah kena beli. bukan ade tanah nak tanam kan~ takpe lah, rezeki untuk penjual buah.

itu jer dulu, jumpe lagi di lain n3.
selamat bekerja semua.
selamat berhujung minggu pada blogger yang tinggal di negeri yang bercuti haini.

sekian.. menunjuk2 ole2 dari Kampung.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 19, 2013

...Selamat Hari Lahir Buat Semua KesayanganKu & Kemana Nens Menghilang?...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceriaaaaaaa!! big boss Out station!

Semua dah tau yang Famili ai datang dari Terengganu sebab nak hantar My Adik Na register kolej kat Damansara Damai kan~ Oleh kerana semua turun kecuali My Adik ipar (hubby Nens) jer yang tak dapat joint. Makanye, macam2 plan lah keluar dalam kotak fikiran ini.

oleh kerana birthday Adik2 ai untuk bulan Ogos dan September belom celebrate lagi. Nens sembunyi2 suh ai beli kek untuk celebrate birthday adik2 ai. Kebetulan plak hari dorang sampai (Ahad) ai masakkan nasi ayam. 

Apalagi.. kelam kabut lah kuar beli kek lepas masak nasik ayam tuh.. kena plak dorang salah jalan hari tuh. tapi sempat gak lah ai kuar gi beli kek sambil2 duk tunggu kol dorang tanya jalan. Alhamdulillah.. dalam pukul 3 lebih mereka selamat sampai kat rumah ai.

lepas makan nasi ayam ingat nak terus wat surprice birthday celebration dorang. skali kenyang pulakkkk.. kalo kuarkan kek konfem x termakan.. so, pospon ke malamnye. 

Happy Belated Birthday To..
Nafi (my hubby) 02.09.13
Sukri 11.09.13
Juliana 20.08.13

Semoga Semua Doa2 Dan Impian2 kamu akan jadik kenyataan. Amin~

Birthday Girl, Papa & Boy..
Adik Na, My Hubby & Adik Yie.

Jommm potong Kek!!
sedap  sangat Kek ini. Kurang Manis dan krim dia sotf sangattttt!
pastu x de berminyak. sedappp! berbaloi2 dengan harga!



KAMI sebagai penyeri majlis.
My Ma n Ayah joint dari toto tempat baring. dah penat agaknye seharian dalam kete.
so, kami2 jer lah yang kecoh. hahahaha

CANDID yang blur.. ahaks. ai ler tuh tukang snap. hahahaha
walaupon kami2 jer yang celebrate tetap meriah..
bukan selalu dapat celebrate birthday semua adik beradik ade skali. 
Kenangan manis buat semua.. :)

kat sini nak selit citer pasal nens. Ramai yang duk tanya mana Nens hilang. lama tak update blog. Pastu haitu Nureen tanya Nens peknen ke? ahahahaha. 
Sebenarnya beberapa bulan lepas Nens sibuk berperang untuk mendapatkan Hak sebagai pekerja yang bakal diberhentikan keje. kampeni dia terpaksa tutup atas sebab2 yang ai pon x tahu sangat. tahu sikit2 jer. 

Selepas dah mendapat pampasan yang tak bape nak dapat tuh. dia terpaksa plak berhempas pulas(ayat!) untuk mencarik keje baru. Alhamdulillah. rezeki ditempat baru nampak nye lebih baik. Hari ini hari pertama dia start keje kat tempat baru. Good Luck Adikku Nens! Moga lebih Maju Jaya k!

so, buat masa ini dia memang x sempat lagi nak update blog dia. tunggu dia dah betol2 stabil kat tempat keje baru. InsyaAllah, Dia akan kembali berblog semula..:)

Dan pasal soklan Nureen tuh, memula ai tak berani nak jawab sebab ai pon x tahu. bila dah tanya dia haitu. Nens kata.. belom ade rezeki lagiii.. hehehehe
so, terjawab sudah soklan pasal Nens.
Kalo ade pape yang terkini pasal Nens ai update lagi.

Sekian.. Kesah celebrate birthday & update pasal Nens.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 18, 2013

...Sunyi Je Bila Semua Dah Balik...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Ceria?? Lemau ler haini nih. 

maklumlah baru abes cuti panjang. start sabtu petang sampai semalam.
Semalam bercuti sebab gi hantar My Adik Na daftar kolej kat Damansara Damai.
InsyaAllah, Bakal cikgu sorang adik ai. kakaknye garang sangat nak jadik cikgu. pass kat adik jer lah.. ahaks~

nak tempek gambar kesayangan ai yang turun ke Shah Alam untuk hantar My Adik daftar kolej semalam. Ahad petang mereka sampai kat Shah Alam.
Cerita segala xtvt kami sepanjang 3 hari kita citer kemudian lah. haini update ringkas2 jer sebab nak siapkan keje yang terbengkalai.

My Ma, My Adik Na & My Nens.
jalan2 carik barang keperluan untuk My Adik Na.

My Hensom Ayah.
Tokki Kesayangan cucu2.

My Kacak younger brother.
satu2nye adik lelaki ai, 
Rindu Sama Arwah Abang Long. Al-Fatihah.

My Bulat Anak buah. Ammar Haziq.
Sorang Ajer setakat ini.

Petang semalam Mereka semua sudah selamat sampai di Kuantan dan Terengganu.
Tinggal My Adik Na sahaja kat Damansara Damai.
Selamat BerOrentasi buat Adik Na.
Hujung minggu nih Kakakmu gi jemput balik bercuti di shah alam k~
Nasib baik dekat jer ngan ai. senang sket nak terjah dia kat sana.


Sekian.. N3 intro jer dulu.

Mode : RINDU pada semua.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Saturday, September 14, 2013

...Selamat Sampai | Hadiah Dari Umi Alya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu.
Ceria2 selalu macam ai walaupon kena keja hari sabtu. YolahCeria!

Hari tuh ai ade cuba nasib teka Destinasi kursus Umi Alya a.k.a Kak Tini kat blog beliau. saja je main teka2.. selalu nye bab meneka nih ai fail sket. skali haitu mengena plak. ahaks. rezeki ai kan~ teka kat komen n3 jer pon.

Semalam waktu lunch dapat jugak surat dari Kak Tini. Kak tini dah bape kali berbalas email dengan ai tanya dh sampai ke belom. risau tak sampai sebab pakai pos biasa katanye. ai kata InsyaAllah sampai, cuma amik masa sket. 

Alhamdulillah.. selamat jugak sampai ke tangan ai.
jom tengok ape rezeki ai kali nih~

Tadaaaaa.. banyakkan!
zoom sket.. kasi tunjuk2.

FM yang menjadik Idaman Pengumpul tegar FM.
FM dari Melaka. Destinasi Kursus Kak Tini.

Key chain Kebaya Nyonya.
Cantekkkkkk sangat!
suka! suka! suka!

 dapat kerongsang jugak. Yeahhhh!
bertambah koleksi kerongsang ai.

Terima kasih Kak Tini  atas hadiah ini.
semua comel2 n kiut2.
saya suka sangat dengan hadiah2 ini.

Jom lah terjah ke blog Umi Alya a.k.a Kak tini.
tak rugi kalo ramai kawan kan~

sekian.. n3 tunjuk2 hadiah.

P/s: amacam?? jeles ke tidokkkkk? larikkkkkkkk.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 13, 2013

...Berjasa Sangat | Pemanggang Ajaib, Jawapan Soklan Semalam & Bungkusan Seaweed...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatan darinya.

Korang ingat lagi x citer ai pasal pemanggang ajaib idaman yang dapat free tuh?
alaaaa... yang kampeni tukar ekon baru pastu dapat free pemanggang ajaib.
baca citer penuh tuh kat SINI.

memang membantu betol tau pemanggang tuh. ai dapat pemanggan tuh masa bulan puasa haitu. senang keje ai bab2 nak panaskan lauk. letak jer dlm pemanggang tuh.

inilah pemanggang itu.
besar jasanye pada ai.
terutama dalam menjayakan menu DA ai.

tadaaaaa.. ayam panggang ai punye. hahahaha
salah satu menu DA lah nih. makan lauk jer~

perap dengan garam n kunyit jer.
pastu panggang. sekejap jer dh masak tau~ best betol!
memang dicadangkan lah beli pemanggang ini kalo nak berdiet.
senang keje nak sediakan makanan~

kalo beli harganye boleh tahan jugak kan~
nasib ai dapat free.. muehehehehe.

sekian.. kesah pemanggang ajaib.

ehhhhhh.. belom abes lagi!
kekeekke. nak jawab soklan2 kat n3 SEMALAM.
ai copypaste jer k~ malas nak printscreen. kikikiki







Blogger Tihara said...
syabas zura, akak nak jugak.. :)
guna minyak zaitun ke minyak masak biasa?
Kak.. guna minyak masak biasa jer. dalam DA kolestrol tidak diambil kira. kita hanya kena hati2 dengan pengambilan karbohidrat (carb) n gula jer. untuk pengetahuan semua, carb dalam minyak masak adalah 0g. so, x de masalah nak guna minyak masak biasa.






Blogger Atia Adina said...
x makan nasi ke?... akak kalo x makan nasi sehari pun dah rasa semacam ....
Blogger Masya said...
bgsnya nafira, macam² vaiasi makan DA tu.. maknanya makan tanpa nasi lah yer...
Dalam DA nih memang x boleh amik nasi. makan lauk jer.. so, makan itu jer lah sama air kosong.. kekeke


dan haini jugak nak tunjuk bungkusan seaweed yang ai guna untuk wat telur gulung semalam. makan sebagai kopok biasa pon boleh. hehehe

selamat diet semua.

Sekian.. kali nih betol2 sekian.kikikiki


p/s: korang pon mesti dah adekan pemanggang nih?? ape korang masak ek?? share sket!


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

...Menu DA Saya | Induction Phase...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Ceriaaaaaaaaa! kata nak diet~

okeh.. haini ai nak citer sikit pasal diet yang ai amalkan. Diet Atkins (DA).
fasa pertama DA ini adalah fasa induksi(induction).
fasa yang paling ketat dalam DA.
karbohidrat di had kan sebanyak 20g sahaja dlm sehari.
korang hanya di benarkan makan sayur, haiwan dan telur. air plak dibenarkan air kosong or green tea sahaja.

takmo citer panjang fasa 1 nih.. ai nak tunjuk2 kat korang ape JER yang ai boleh makan semasa induksi?
Induksi nih disarankan minimum 2 minggu tau~ tapi kalo berat cam ai, 2 minggu mana cukup nak turunkan sampai ke berat yang normal kan!
so, ai teruskan fasa 1 nih sampai sekarang. 

yang ai makan sepanjang induksi adalah..
telur, ayam, ikan makanan laut kecuali sotong dan daging. pastu ai ade amik sosej rendah carb iaitu sosej ayam brand Ramly(makanan proses adalah TIDAK digalakkan). bosan x???
sudah tentu2 lah bosan! jemu! asik makan bende yang sama jer. jadiknye, bagi menarik perhatian untuk berselera makan. makanye kita masak lah cantek2.. bagi nampak menariknye nak makan.. haaa.. gittuh!

gojes ke tidokkkk?
hahahahaahha.. sejak berDA nih ai makin kreatif nak hias makan. padahal dlm pinggan tuh ade telur jer pon.. hahaha.. 
Menu nih ai panggil telur gulung. yang hitam tuh seaweed rendah carb. nanti2 ai tunjuk ruper bungkusan seaweed tuh. malas plak nak carik n tampal kat sini skrg.. nanti2 ai upload k~ hahahahaha.

amacam???*sambil angkat kening.
telur goreng 2 bijik, ikan bilis goreng + keropok sosej (sosej tu potong nipis dan goreng)

ade banyak sebenarnye gambar menu.. tapi x sesuai untuk awal induction. next n3 ai akan bagi menu2 yg ai masak. sesuai untuk yang dh lepas induction 2 minggu tuh.
bila dah agak lama amal kan DA nih.. macam2 jugak boleh makan sebenarnye. tapi bendenye agak susah nak carik n mahal jugak harganye.

nanti pelan2 ai citer k~ kita mula dengan menu2 awal induction dulu. ai bukan makan telur jer ye sepanjang 2 minggu pertama (sebenarnya 2 bulan pertama bagi ai) ai makan jugak ikan, ayam, daging dan makanan laut. cuma x de gambar nak letak kat sini.
hehehehe

kalo lauk2 yang berkuah.. jangan amik kuah. makan lauk jer. pastu kalo makan ayam KFC or celop tepung. kena lah buang tepungnye yang rangup itu..huhuhuhu.

selamat berdiet semua. kalo nak tanya pape leh tinggalkan soklan kat komen k~

sekian.. citer Menu2 DA

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 11, 2013

...Dah Habes Raya Kan! Moh Lah Kita Diet Semula...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Rabu.
ceria2 lah selalu yer.. keh keh keh. *cam x eklas jer ceria.

Bangun!! Bangun!! Sedar diri Oiiii!!!
*tampar pipi sendiri laju2
Raya dah abes oiii.. jangan asik duk pikir jemputan raya jer.
Makannnnn jer keje nye! target jauh lagi nak capai! cepat sedar diri!
sekiannn.. pesanan untuk diri sendiri yang x sedar2 diri lagi nih.

Moh lah start misi mendiet balik.*buat muka kesian
raya dah abes kan.. mai lah~ mai lah~*lemau
okeh.. bagi menaikkan semangat nak diet balik. mai lah kita tengok gambar.
biar gambar kasi sentap sket. jangan asik ingat nak makan.


Raya Haji 2011.. urmmmm.
tak tau masa nih berat ai bape. masa nih ai memang anti ngan penimbang.
takut ai nak naik penimbang! nanti jarum penimbang naik takmo berenti2.
ceh! alasan x logik!

isk isk isk.. malas nak komen~
insaf oiiii! insaf lahhhh!

Tahun 2013. 
dengan baju yang sama. sebab! baju2 baru sebelom diet semua dah macam baju kelawar kata My hubby. boleh masuk lagi sorang.. huhuhu.
terpaksa lah pakai baju2 lama yang x bape pakai dulu sebab dh ketat.

masih belom mencapai target ai. 
InsyaAllah~ lepas nih akan teruskan diet nih sehingga mencapai target.
doakan ai terus kuat semangat untuk berdiet k~

tak di nafikan.. cabaran Syawal sangat lah besar pada perjalanan diet ai. cuma masih bersyukur sebab berat masih x naik banyak dan masih berada di berat sebelom raya.. duk pusing2 kat no tu jer. haih~
semoga dapat balik semangat diet sebelom raya haitu. amin~

ini jugak salah satu kenapa ai kena terus berdiet dan kekal sihat.

bacaan pertama pagi nih.
Alhamdulillah~ BP masih normal sejak berdiet.

Bacaan ke dua.

dan ke tiga.

Mesti! mesti! teruskan berdiet untuk capai target dan kekal sihat!
berusahalah! berusahalah!!!

amacam?? dapat aura dari ai tak?
muahahahahaha.

semangat! semangat!

sekiannn.. kesah orang diet asik kantoi jer di bulan Syawal.

P/S: Berat korang lepas raya cam ner?? naik ke tidokk?


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...