Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, August 8, 2014

...Update Kes Saman Di Mahkamah | Alhamdulillah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Moga kita sama2 mendapat keberkatannya. Aminn.

dah tengah hari baru ade peluang nak tulis citer.
almaklumlah.. kebelakangan ni asik cuti jer kan~
macam2 keje yang tertangguh. hari nih kena cover balik selaju boleh.

di kesempatan yang ade nih.. i cuba coretkan sedetail yang boleh kes mahkamah i tuh k~
harap2 korang paham. hehehe

6hb.. kelam kelibut kuar dari opis sebab nak kejarkan pukul 2.
skali.. hakim ade hal plak pukul 2 tu. jadik perbicaraan di tunda pada 7hb.
Alhamdulillah.. syukur sangat bila sesi perbicaraan di tangguhkan.
i tak bersedia uolsss! hahaha

pagi2 7hb, i ngan Cinta kuar gi bekfes kat mamak dulu.
oleh kerana hati x tenang.. habes sebungkus jer nasi lemak kecik.
dah lah nasi lemak sedap! tapi tekak x leh nak makan dah. nebessss!
kaloxnebesharusbukaknasilemakke2.


habes bekfes terus menuju ke mahkamah shah alam.
masa nih i hanya mampu membaca doa lancarkan kata2.. doa nabi yunus dan doa permudahkan urusan jer dalam kete.. Cinta pon x berani nak ajak i bersembang. nampak sangat muka bini dia tengah nebes. hahaha

9.30pagi sampai kat tingkat 8, mahkamah rendah.
masa nih perbicaraan belom berjalan. Hakim pon x sampai lagi.

bila sampai kat sana, My lawyer bagi sedikit penerangan ape yang i patut buat.
My Lawyer bagitau.. cakap jer ape citer yang betol. peluang untuk kami menang kes ini adalah sangat besar.

masa tengah tunggu hakim sampai. lawyer pihak plantif(tukang saman) datang jumpa i dengan datuk. dia confirmkan yang tanda tangan dalam dokumen perjanjian tu bukan tanda tangan kami.

ini dokumen perjanjian yang di maksudkan.
tanda tangan datuk dan i telah di palsukan.
itu bukan tandatangan kami.. jauh benor jer.. x de ruper langsung!
lepas confirmkan tandatangan, lawyer bagi pihak plantif cuba untuk selesaikan kes nih di luar mahkamah. tanpa perbicaraan.

Lawyer kami bagi 2 tawaran sahaja.

1. Settle luar mahkamah dan pihak kami akan bayar rm30k. (tuntutan mereka adalah beratus2k termasuk yuran guaman)

ATAU

2. teruskan perbicaraan.

Oleh kerana pihak plantif tidak bersetuju untuk menerima jumalah bayaran yang ditawarkan. jadiknye perbicaraan di teruskan. pihak kami x de ape2 halangan untuk teruskan perbicaraan.. sbb kes kami sangat senang. oleh kerana pihak plantif nak lawan jugak.. jadik pihak kami setuju untuk teruskan perbicaraan.

okeh.. stop sini dulu, kesah sengit semasa perbicaraan berlangsung akan menyusul.
fanjang dah neh.. adehhhh~
nanti i citer pasal saksi pihak plantif hilang~ memang betol2 sengit. dah rasa mcm tengah tengok drama kat TV plak.

Bersambung...





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, August 6, 2014

...Jiwa Kacau | Mohon Doa Dari Kawan-Kawan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
Semoga Allah mengirimkan buat saya sedikit kekuatan.. Amin~

Harap2 belom terlambat lagi nak ucap..
Selamat Hari Raya.. Maafkan segala kesilapan i yer sepanjang i berblog nih.
korang semua x pernah ada ape2 salah silap dengan i. korang semua kan baikkk.. hehehe.

sebenarnye, jiwa i neh tengah kacau.
selagi tak settle, selagi tu lah jiwa ini akan kacau. huhuhuhu.

surat dari peguam i.
kena hadirkan diri ke mahkamah  Shah Alam.

kalo ikutkan start hari ini 6hb sampai 8hb.
tapi My lawyer kata part i akan start 7hb & 8hb.
bersama2 surat dia atas ada sertakan sekali soklan2 yg bakal di tanya di mahkamah.
cuma i kena bersedia utk menjawab soklan2 cepu emas dari pihak plantif jer lah.
mudah2an Allah memberi kelancaran untuk berkata2 di mahkamah esok.. Amin! Amin! Amin!

[UPDATE KELAM KELIBUT]

My Lawyer call dan bagitahu i kena beri keterangan petang nih!
pukul 2. Allah.. kuatkan lah semangatku, lancarkan lah kata2ku. Amin~

Kawan2.. tolong doakan i yer. pleaseeee!
Sayang korang.. muashxx

sekian.. n3 orang cuak!

DOAKAN SAYAAAAA!




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, July 24, 2014

...[ UPDATE ] Kes Anakda Anis...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Selamat petang semua.

fuhhh~ dugaan betol dekat2 nak raya.
trus haru biru mood raya i. hehehe.
nak update kes Anakda Anis. pasal result ujian darah dia pagi tadi.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Syukur ke hadrat ilahi yang mendengar rintihan doa seorang mama.
result darah My Anis negetif Denggi.
Syukur. 
barulah dapat i bernafas dengan tenang. huhuhu

Cinta yang bawa Anis pergi klinik pagi tadi.
i masuk keje dulu.. kalo ade pape hal i akan balik awal.
nasib lah Cinta senang nak kuar time keje dia.
Cinta kata darah x keluar masa cucuk kat lengan. kesian Anis..:(

tukar cucuk kat atas tangan plak.
kat situ baru dapat amik sample darah.

kena cucuk 2 tempat.. kesian anak i.
huhuhuhuhuhu.

Alhamdulillah.. lega hati bila tengok gambar nih.
harap2 cepat lah sembuh dia.
dah dekat2 nak raya nih macam2 hal plak yang jadik.
x dapat nak bayangkan beraya di hospital.. huhuhuhu.

Alhamdulillah.. lega dah hati. :)

Terima kasih yer korang~ atas semua doa2 yang korang kirimkan.
berkat betul doa di bulan ramadhan yang mulia nih.

Sekian.. 

Masya.. Semalam hari ke 3 Anis demam. pergi ke klinik trus buat ujian darah. resultnye darah dia rendah.. Doc suspek denggi. jadik doc mintak buat ujian darah lagi sekali pagi td.
Alhamdulillah resultnye negetif denggi.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

...Anakda Anis Suspek Denggi | Tolong Doakan Anis...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam hari Khamis.
Hari ini betol2 tak de mood! karam terus di laut dalam. huhuhu

Anakda Anis suspek denggi. ujian darah petang semalam.
pagi nih kena buat ujian darah lagi sekali.

Doakan keputusan ujian darah dia negetif denggi yer kawan2.
hati tersangat risau nih.
nak keje pon x de mood dah.

doakan untuk anakda Anis yer kawan2.. mekasih~
sayang korang~

Sekian.. n3 orang mood kelaut dalam.

p/s: cerita penuh nanti i citer kemudian. jiwa tengah kacau skrg nih.. hehehe




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, July 23, 2014

...WW Raya | Warna Tema Hari Raya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
Mood~ tolong lah jangan kelaut dalam.. pleaseeeee!

Moh lah layan WW dulu.

kasut anak2. sorang 2 pasang~

kasut mama anak2. :P

selipa papa anak2. kasut dh ade.. beli selipa jer~

beli kat Viola, Plaza Alam sentral.

Warna Tema: Merah Hitam.

Sekian.. 




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, July 22, 2014

...Usaha Tangga Kejayaan!! | Pisau Raya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
ceria-ceria selalu k~ moh lah dengar lagu raya sambil2 wat keje. :)

Tajuk n3 haini tak nak kalah! sebab dh masuk Mode raya kan~
habes semua nak di rayakan! pisau pon pisau raya! Hover tau!!!

Korang mesti tahu kan, i giler kumpul setem giant sebab nak redeem pisau mahal dengan harga murah kan! heehehe. Terima kasih sangat2 pada semua yang membantu i dalam usaha i untuk dapatkan pisau idaman ini.

Pisau Idaman pertama.

Pastu i kumpul lagi setem giant nih untuk target pisau ke 2.
agak mencabar untuk pisau ke 2 nih sebab memerlukan 60 keping setem.
habes semua orang kena tolong i kumpul setem termasuk lah kawan2 blog.. hehehe

Laskopek!! setem kiriman teman blog.
Kak Sura.. disaat2 gentir, bila masa untuk kumpul setem dh tinggal hujung2 dah.
Kak Sura ofer setem giant nih. ini kali ke 2 Kak Sura menghulurkan bantuan setem pada i. hehehe.. Terima Kasih Kak Sura.. Saayaaannnggg Akak~

Kak Sura mengirimkan lagi 14 keping setem giant.
Walaupon agak keliru siapa punye setem nih sebab x de apa2 note dlm sampul tuh.
bila teliti betol2.. tulisan tuh sama jer ngan tulisan kak Sura pada sampul surat dulu.
So, i rasa memang Kak Sura punye lah. Betol Kan Kak?

Alhamdulillah~ cukup 60 keping setem.
Usaha Tangga kejayaan!

Alhamdulillah.. berjaya menebus pisau idaman yang ke 2.
kemain seronok hati bila dapat tebus pisau nih. hehehehe.

Terima kasih yer pada semua yang telah membantu i mengumpul setem giant nih.
hingga dapat menebus 2 pilah pisau idaman nih. 
Jasa korang akan di kenang sampai bila2! :)
Sayanggggg korang~

Sekian.. kesah pisau rayalahsangat!


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, July 21, 2014

...Operasi Kuih Raya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk mulakan minggu ini dengan aura yang positif.
Walaupon Mode Raya sudah datang. hehehehe.

Ahad semalam memang x gi mana2.. kagum jap dengan diri sendiri.. hahaha
duk umah wat kuih raya jer. Tapi hari sabtu petang tuh dah kuar dh. bawak anak2 jenjalan kat tesco sambil beli bahan2 nak wat kuih raya. hehehe

Kol 11 pagi kot baru start buat kuih raya. settlekan dulu anak2 baru bleh wat kuih dengan tenang.

My Anis sebagai pembantu.
My Delisha sebagai pengacau. nak tau dia buat ape?
jap lagi i bagitau~

Projek kuih semperit~
kuih kegemaran Ayah tersayang~
gigih jugak buat walaupon malas2 jer nak menggentel.
demi kuih raya ayah~ hehehehe.

sedulang biskut hampir rentung.
kerjaan anakda delisha yang solehah.
senyap2 dia gi pusing butang suhu sampai yang paling panas.
tau2 bau wangi pelik jer dari dapur.
kuar2 hitammm.. hahahahaha. sabor jer lah~

inilah anak solehah yang rentungkan biskut mamanye.
mama bizi gentel biskut kat meja makan.
dia pon bizi jaga oven kat dapur. bertuah sangat dapat anak2 yang rajin nih.
hahahahaha.

Alhamdulillah.. dapat lah 3 balang kecik biskut semperit.
1 untuk umah sendirik, 1 untuk umah My Ma dan satu untuk umah My Mak.
nunnn~ nampak popia mini yang beli dengan Alia Haryani haitu.
dah tinggal hujung2 balang dah. entah sempat raya ke tidokk. hahahha.

biskut paling hot kat rumah i.
popia nestum. tinggal lagi sebalang tutup hijau tu jer.
yang lain dah selamat di makan oleh anakda solehah 2 orang tuh.
makan lah nak~ nanti mak buat lagi yer.

sekian.. kesah biskut raya~



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, July 18, 2014

...MH17 | Al-Fatihah Dan Takziah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat yang mulia.
moga kita semua mendapat keberkatan nya. Amin~

Al-Fatihah buat Semua penumpang dan Krew Kapal terbang MH17 yang beragama Islam. 
Semoga semuanye berada di kalangan soleh dan solehah.. amin~

Salam Takziah buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai mereka yang terlibat.. semoga tabah hadapi ujian ini.

DariNYA kita datang, KepadaNYA jugak kita kembali.

Allah.. sedihnye..
bertimpa2 kisah sedih..
semoga Allah kuatkan semangat kita semua.

#PRAY FOR GAZA

Sekian..


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, July 17, 2014

...Alhamdulillah.. Berkat Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Khamis.
Senyum lahhh.. senyum itukan sedekah yang paling mudah.

Hari ini nak share 1 berita gembira dengan korang.
semalam dapat berita gembira nih. tapi semalam kan kelam kelibut. x mampu nak share.
tunggu tenang sket.. hehehe.

korang ingat lagi tak kes mahkamah i pasal salah guna tandatangan?
kes tipu tanda tangan i ngan sorang lagi datuk kat 1 agreement.

kes nihhh.. ingat??
cerita penuh DI SINI.

Semalam lawyer kami ( i ngan Datuk) call.
Alhamdulillah.. berkat kasih sayang dari yang Maha ESA.
Kami telah menang kes ini!!!!
Alhamdulillahhh.. Alhamdulillahh.. Alhamdulilahh..
Ya Allah.

Miss Kumari (Lawyer) cakap. kami berjaya tutup kes ini sebab terlalu banyak keraguan pada kes dan tanda tangan tu memang bukan dari tandatangan kami seperti yang kami report polis hari tuh.

Untuk tutup sepenuhnye kes ini. Mahkamah minta i dengan datuk datang ke mahkamah untuk bagi keterangan. sbb sebelom nih memang kami di wakili oleh peguam kami jer.
Mahkamah mau dengan keterangan dari kami sendirik.

InsyaAllah.. lepas raya kami akan ke mahkamah untuk beri keterangan.
semoga Allah sentiasa menolong kami yang teraniya nih.
sesunggu aku yakin Ya ALLAH.. doa2 orang teraniya tiada hijab dariMU..Aku YAKIN!

Mohon kawan2 doakan i yer.
semoga Allah berikan kemenangan untuk Kami. InsyaAllah.
Doa2 orang yang berpuasa pon sangat mustajab kan!
pleaseeee.. doakan saya~ sayaxpuasaABC!
Terima Kasih.. sayang korang~

Terima Kasih Ya Allah kerana makbulkan doa dan rintihan hambamu ini.

Sekian.. kongsi citer gembira.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, July 16, 2014

...FB Oh FB...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Moga hari ini lebih baik dari semalam.. InsyaAllah.

Terlalu banyak bende plak nk citer. sampai naik blur plak jadiknye.
so, kita tempek yang ringan2 dulu lah.


FB a.k.a Facebook.
aduhaiiii.. naik lemas pulak tengok citer kat wall fb i haini.
hot betol kesah perempuan mengamuk tu.
kesian pon ade.

memang lah salah dia mengamuk kat tengah2 alam tuh.
uncle tu say sorry pon dia boleh tengking lagi. ok. itu memang silap dia.
tapiiii.. kalo baca komen2 kat status2 itu.. lagiiiiii menyeramkan!
sama kesat jer dgn pompuan tuh tengking2 dalam video tuh.
so, apa bezanye tukang mengamuk dan tukang komen.
sobor jer lah.
*muhasabah diri sendirik.

tapi dalam banyak2 status kat wall FB i hairi nih.
ada satu yang buat i tersenyum2.
comel sangat~

Status dari saudara islam baru kita nih.
alahaiiii.. comel sangat.. secomel orangnye.
so perut~ please lah behave k! Ahaks~

sebenarnyeeee.. sebenarnyeee.. sebenarnyeeee.
i dah raya haini. kikikikiki.
Cuti khas untuk orang pompuangojes. 
Alhamdulillah.. selamat dah sembunyi2 minum milo panas kat pantry. eh!

sekian.. selamat berpose bagi yang pose.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, July 14, 2014

...Projek Hujung Minggu | Mode Raya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk mulakan minggu ini dengan aura yang positif.

Tahniah lah buat german yang menjuarai bola sepak piala dunia.
masa tengah sahur  tadi Cinta pasang TV. kebetulan masa tu 0-0 lagi.
kiranye sempat lah kami tengok gol kemenangan German pagi tadi.

Hari nih nak citer pasal projek hujung minggu haitu.
oleh kerana mood raya sudah mari. moh lah kita buat kuih raya.
heheehhehe.

di mulakan dengan popia nestum.
kuih raya kegemaran My Anis. dan dia lah yang menjadik pembantu i.
mama nye tukang gulung.. dia tukang gunting. 
mama tukang goreng.. dia tukang gaul dengan nestum.

Alhamdulillah.. dapat lah sebalang sedan dan sebalang kecik.
yang kecik nampaknye dah tinggal serdak. memang laju betol kalo popia nestum nih. kiranye berbaloi2 lah kalo buat banyak2.

kalo jadik cuti esok.. i nak wat biskut semperit plak.. harap2 dapat lah apply cuti esok.
malas pulak nk masuk keje esok. Cinta pon cuti gak esok.. huhuhuhu. kampeni i jer yang x cuti kat selangor nih gamaknye.

Korang dah start buat kuih raya ke??

Sekian.. 



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Saturday, July 12, 2014

...Ambil Mood Raya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Sabtu.
ceria2 sentiasa k!

Hari ini sudah 14 Ramadhan kan??
jadiknyaaaa.
Moh lah kita ambil mood rayaaa! Cantek kan tok Ti!
hehehehehehe. i dah start dengar lagu raya kat utube dah hari ni.
amik mood nak wat kuih raya jugak neh.

satu pon belom buat lagi.
yang beli dengan Alia Haryani haitu pon dh tinggal separuh dah popia mininye.
nampak gaya x sempat raya.. jadik kuih puasa jer laaaa. hehehehe.

Target nak wat 3 kuih cam tahun lepas jer.
kalo dapat buat 3 kuih tuh pon dh syukur sangat2 dah.. hehehe.
buat kuih pon harapkan hujung minggu jer lah.
hari keje x de daya nak buat kuih.. huhuhuhu.

bila dengar lagu raya nih.. makin x sabar nak balik kampung.
hahahahaha. rindu dah nak balik jumpa mak ayah dan adik badik.
Rindu merekaaa!

Sekian.. 


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, July 11, 2014

...Setiap Gambar Ada CeritaNya | Kesah di sebalik Gambar...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
penguhulu segala Hari.. semoga kita sama2 mendapat keberkatan nye. Amin~

Hari nih nak kongsi gambar je lah.
banyak sangat gambar seketol2.. hehehe.
Meh layan~

tudiaaa.. susun atur tudung i.
bakul2 semua borong kat kedai 2 ringgit.. hehehee.
kemas kan?? heheehhehe.

Sebelom.

Selepas. 
cantek ke tidokkk?? hahahahahaahhaha
2 drawer tuh i letak storage box yang beli kat kedai terbakar tuh.. baca SINI.
kalo x letak storage box tuh.. lipas suka sangat masuk dlm drawer.. berbulu jer i menengoknye. mmg idup2 lah i sedut lipas masuk vakum! geram!

bawah baju kurung tu i susun bakul2 tudung i tadi.. senang nak carik tudung untuk match dengan baju gittu.. hahahaha. sebelah bakul2 tudung tu susunan telekung sembahyang. dh gaya KLCC dh ketinggiannye. belom kira yang dlm plastik lagi. pompuan.. kalo membeli mmg x hengat... hek hek hek hek.

kerja orang rajin.
gorok baju depan tv. hahaha.
kebetulan cuti hari isnin haitu. i pon siapkan kan mana kerja yg x sempat siap weken haitu.

kerusi makan delisha pon jadik mangsa.
hahahaha.. dasar sangat kan!
baju Anis saja pon dah sebakul.. hehehehe.

hasil seni cinta dengan anak2.
Cinta dia memang suka melayan anak2 main.
elok jer 3 3 bergumpal kt depan peti ais. mama duk sibuk masak.
tetiba delisha panggil.. "mama.. cantek x papa buat?"
hahahahahaha.. sabor jer lah. muka orang katanyeeee.

tudiaaaaaaa...sedap x hengat!!
tumpang rezeki anak2.. sebab delisha yang mintak papa dia beli durian.
mama dia pon tumpang makan skali..fulammakkk.. sedap wehhh!!
pandai cinta pilih durian.. maklumlah.. orang ade kebun durian kan!

okeh.. itu jer nak kongsi2 haini. 

sekian.. 


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...