Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 8, 2010

...Kempen tanpa plastik di Selangor...

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengadakan kempen ‘hari tanpa beg plastik’ di seluruh negeri bermula esok.


Pengguna digalakkan membawa beg sendiri berikutan beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasar raya yang akan mengambil bahagian dalam kempen itu.


Sekiranya orang ramai terdesak dan mahukan beg plastik, bayaran sebanyak 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik, bagaimanapun bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.


Ketua Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Negeri Selangor, Ginie Lim, berkata kempen itu dibuat bagi mendisiplinkan warga Selangor selain untuk kesejahteraan di masa depan.


“Kerajaan negeri sentiasa memandang berat pemeliharaan alam sekitar dan perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya masyarakat bersama-sama membantu mengambil bahagian dalam usaha ini,” katanya.


“Kami berharap orang ramai khususnya warga Selangor dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri sekali gus membolehkan hari tanpa beg plastik dapat direalisasikan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Kempen itu dilancarkan Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu dan sehingga kini sebanyak 15 syarikat sudah menyatakan hasrat menyertainya.


Antara syarikat besar yang menyertai kempen itu ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.


Ginie berkata, pada peringkat awal, kempen itu akan dibuat selama enam bulan sebelum kesannya akan dinilai.


“Kerajaan Negeri juga akan mengadakan program kesedaran dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen ini, termasuk lawatan Wong sendiri ke Jaya Jusco 1 Utama Shopping Centre pada Sabtu ini,” katanya.

*********************************************


Oleh kerana aku sangat menyokong usaha murni ini..maka aku buat n3 khas sempena kempen ini..

"Hari Tanpa Beg Plastik Setiap Sabtu"

semoga usaha murni ini dapat menyelamatkan bumi kita ini..

so.. kepada sesiapa yang hendak shopping pada hari sabtu.. jangan lupa bawa beg sendiri ok!! kalo x 20 sen akan dicajkan untuk setiap plastik beg..

sama2 lah kita menyokong kempen ini..
negeri2 lain pon boleh pertimbangkan jugak kempen murni ini..

p/s:harap2 aku pon x lupa bawa beg sendiri bila gi shopping hari sabtu.. bukan ape.. takut troli giant makin kurang jek.. kekekekeekke.. ampunnn!!!






4 comments:

Kancilbiru said...

kena beli beg shopping kat Tesco la mcm ni...hehe

|| NaFiRaa || said...

kancilbiru..
tak pon buat sendirik.. ok gak!! kekekeeke

Sharinginfoz said...

apa-apa pun fahamilah konsep sebenar.... kalau tak nak bayar.. jangan pi supermarket or bawa sendiri....

Petrol Tanpa Subsidi-RM2.10????

Nak Gelak Ke Tak????

|| NaFiRaa || said...

sharinginfoz...
betol3..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...