Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 26, 2013

...Konnyaku Mee Sup DA...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Haini x seceria semalam. big boss dah balik Os.. hahaha

Sebenarnya haini ai nak up citer xtvt Kami masa My famili turun Shah Alam haitu. skali gambar2 kat hp x leh transfer pulakkkk.. baru plan nak ajak korang juling mata skali tgk gambar yang super duper banyak. x dapat ler haini. len kali ai try up balik k.

so, hari nih kita citer pasal menu Diet Atkins ai lah. kali nih kita share2 menu untuk orang yang dah complete 2 minggu induction pertama. bagi ai dulu.. selepas 2 bulan lah baru ai kenal makanan2 dibenarkan DA nih semua. Rendah Carb.

Konnyaku Mee sup.
masa memula budak2 KDA (kelab Diet Atkins) perkenalkan mee nih. perut ai meronta2 mintak nak makan jugak. dah lamaaaaaa sangat x makan mee.. uwaaaaa.
bermula lah misi mencarik Mee ini. bukan senang okeh!
nasib lah punya hubby yang sangat menyokong diet isteri dia yang terchenta ini.

ikut jer bini dia ajak gi carik kat mana.. memula care4 sek 24, takde! pastu tesco shah alam, takde jugak.. sedih giler tak jumpa! memang teringin betol nak makan mee. sekali masa ai beli barang dapur kat giant. tergerak hati nak try carik. sekali ade u!!
rasa nak menjerit sambil lompat bintang jer kat dalam giant tuh!
merata2 ai carik.. rupernya ade kat giant jer.. padahal tiap2 minggu ai gi giant beli telur sepapan besar. ceh!

camner ruper Mee konnyaku??

nih haaa! yang dalam mangkuk tuh adalah yang jenis cam kue tiaw. yang dalam bekas nih jenis mee cam bihun tuh.. halus2. ini adalah makanan vegi jepun. x de unsur2 binatang. 

Alhamdulillah.. dapat lah lepaskan gian nak makan mee. mee nih pon boleh goreng gak tau. sama jer cam mee goreng biasa. cuma tukar jer dengan mee nih.

okeh.. share sikit resipi mee sup ini.

Bahan-bahan.
Mee Konnyaku.
bawang putih sebijik.. ketuk jer.
bawang merah sebijik.. mayang kasar2.(nak elak makan bawang banyak)
lada hitam ikut suka. ai suka letak banyak2. kekeke

Cara Masak.
tumis bawang putih n merah sampai garing.
masukkan lada hitam.. kacau2 pastu masukkan air. suka hati nak kuah banyak mana.
masukkan perasa n garam sikit. pastu biar mendidih. 
kalo nak masukkan telur or ikan bilis pon boleh(optional)
dah mendidih.. masukkan mee. biar mendidih sekejap. siap!
sedia di makan.

sekian.. resipi menu DA.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

21 comments:

Sura Mohd said...

1st time tengok mee konnyaku..apa rasanya zura?

Hazmin Hamudin said...

Memang tak boleh tahan nak diet macam ni. Tak sanggup. haha

Unknown said...

Sura Mohd..
x de rasa kak.. hahahaaha.
mana ade makanan diet yang sedap. huhuhu.. bertabah lah demi nak sihat. hahaahha.

lizz said...

orang tak ber da pun boleh try ni hehe...sedapnyer...

εïзmmyHazaεïз said...

mee ni banyak kat Giza mall. hehehe dekat dengan tmpt keje. Mee comel kiteorg panggil.

Selamat menjamu selera Zura

Tie HT said...

sedapnya makan panas2 rasa berasap pewot :)

sitinaminah02 said...

boleh try nih.. tapi nak guna koteaw biasa.. hahahaah

Unknown said...

Tak pernah rasa lagi. nnti nk try cari kat giant ktn.

zmarl (ibu) said...

adoiii..zura cakap takde rasa terus rasa tak sanggup nak try..pernah nampak ni kat supermarket..

Unknown said...

Zee..
mee tu kalo makan dia jer mmg x sedap. tapi cuba kalo letak dlm sup yang sedap ituh.. terus jadik sedap berganda2.. hahahaha. cuba lah..:)

Kakzakie Purvit said...

Oh ada mee macam ini ye, tengoklah Zura kakak tak tahu kalau Zura tak tunjuk kat sini..

Unknown said...

akak xpernah lak try..hihi..seronok laa dah boleh komen kat sini...

mamaarifakeemaisy said...

Aduii kalau akak taktau la lama mana bertahan bab diet ni, semngat tak kental :-)
Syabas zura..

Eliss said...

ni bukan mee sup ni. ni mee rebus :p

boleh la try gak.

Maria Firdz said...

1st time tgk n dgr... tpi nmpk menarik... :)

Fifi Nadhrah said...

fifi pernah nampak mee ni.. tapi tak pernah beli.. sedap tak?

Myra Jay said...

Kagum dengan zura punya semangat kental gini..
Myra mmg azam nak kurus, tp klau bab makanan mmg myra akan tewas :D

DIARI MAYA MIA said...

nk wat DA tp..sukar wat mia..eh pe rs mee ni??

Aine Ainun said...

kitakan...segala jenis mee sup kita suka...

Eh kita nak komen kat ICT shah alam tu
tapi napeeeeeeee tak boleh komen...hihiksss=)

OKje said...

Mee tu pun mcm sedap jugak Zura...hehe kalau OKje boleh je makan...cuma kena tolong masak makanan mereka yg ada kat rumah tu yg jadi diet lari sebab teringin hehe

eizlan2000 said...

Dah pergi giant shah alam tadi...x jumpa pun...puas keliling dlm giant tu...gi tempat mee tak jumpa..gi tempat frozen...x de...hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...