Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Khamis.
Semua sejuk2 yer haini.. sama lah kita.. mandi hujan haini. time nak pergi keje tu hujan turun dengan lebatnya. nak masuk dlm kete pon susah.. dengan anak2 lagi. Kesian dorang.. takpe.. hujan rahmat dari Allah tu.
dah 29 Syawal dah kita kan~ sekejapnyekan.. ai pasti akan rindukan bulan Syawal ni.. bulan makan2.. hahaahaha.. habes diet ai.muehehehe
Alhamdulillah.. berjaya melakukan puasa 6 Syawal berakhir pada hari Selasa bersama2 puasa ganti berakhir semalam. tercapai jugak niat untuk tahun nih. :)
untuk meriahkan lagi hujung2 Syawal nih. jom lah layan citer rumah terbuka. Rumah terbuka terakhir untuk syawal kali ini. itu kalo x de jemputan lain lah sehingga esok. hahahahaha.
Ahad lepas.. jemputan rumah terbuka dari kawan tempat kerja lama. kalo ikutkan majlis start pukul 3 petang. tapi pukul 12 tengah hari kami dah keluar sebab nak ke rumah Adik kat Klang. Kakak dari terengganu singgah sana (Klang) lepas hantar anak dia kat UPSI. so Kami turun awal sket then lepak sana kejap sementara tunggu pukul 3.
Pukul 3 jer gerak dari rumah adik sebab rumah Kawan ai pon area Klang gak. Meru. masa turun dari umah adik dah perasan langit gelap sangat. angin pon kuat. gaya nak ribut jer.
sampai jer kat Klang utama hujan lebat giler. dah sampai kat Meru, tetiba jalan jem plak. tengok2 ade banyakkkk sangat pokok tumbang sebab ribut. siap ade bumbung rumah tercabut diterbangkan angin.
dah nak sampai rumah kawan ai sekali ade orang blok jalan. katanye x boleh lalu sebab pokok tumbang merentang jalan. errkkk.. lagi sikit jer nak sampai rumah kawan ai.
tersadai ai u!
tak boleh lalu terus jalan tuh.. pokok besar plak yang tumbang tuh.
Alhamdulillah.. x de orang yang cedera.
dalam 20 minit gak tersadai kat situ. sementara menunggu suami Kawan ai datang jemput kami kat situ then guna jalan alternatif nak ker rumah dia. hehehe.
berpusing2 jugak lah jalan dalam kampung tuh.
boleh lah nampak kesan akibat ribut kat kawasan kampung tuh.
yang pokok tumbang tak yah citer lah.. banyak! yang bumbung terbang tuh yang kesian. tak tau lah nasib orang dalam rumah tuh.
Alhamdulillah~ sampai jugak ke rumah terbuka.
baju hijau tuh adalah tuan rumah. Kak Fiza.
Menu hari tuh adalah Mee Kari dan Nasi Himpit. oleh kerana ai tak reti makan Mee kari so, ai makan nasi himpit kuah kacang.sedap~ bersama2 sambal kerang nogori 9 (pedas berdesing)
Kenapa ai tak reti makan Mee kari?? hehehe. sebab tak reti hirup kuah kari tu kot. kalo makan kari dengan nasi ok jer.. cuma tak reti nak hirup kari sebagai sup tuh.. huhuhu.
Semua Merah.. My Delisha, My Anis Dan Damia (Anak Kak Fiza)
tengah main. My Anis dah habes sepinggan setengah nasi himpit dah. dia memang hantu betol ngan nasi himpit kuah kacang.
sampai2 jer dia nampak nasi himpit. terus melompat nak nasi himpit.
My Delisha layan biskut + kopok raya. pastu dia duk makan telur dalam mee kari papa dia. punya lah sedap mee kari tuh, sampai My hubby makan bertambah. ai jer yang x reti makan mee kari tuh. tak pernah nak mencuba pon yer jugak ai nih~
Tetamu2 lain yang memeriahkan Majlis. baju merah belang2 tuh suami kakak ai.
Terima kasih yer abang Salim sebab menjemput Kami yang tersadai kat tengah2 jalan tuh.
boleh jugak Kami jalan2 ronda2 kampung..:)
Last sekali.. Mesti lah gambar ai khennnn.
bersama2 tuan rumah. Kak Fiza.
Tema Kami hari tuh adalah Merah. baju raya ke 2.. hahahaha
Terima Kasih Kak fiza sebab sudi jemput Kami sekeluarga ke rumah terbuka.
Meriah jugak Syawal Kami yang di Shah Alam nih~
Tahun depan jemput lagi yer.. ahaks~
nanti kita terjah rumah wati plak eh. lepas tuh rumah saya plak~
okeh.. itu jer nak citer pasal jemputan rumah terbuka yang kami terjah.
ade sesiapa lagi nak jemput Kami ke rumah terbuka?? sempat lagi nih. hahahahahaha.
Sekian..
18 comments:
Bnyk betul dugaan nk g umah tbuka ye..ari ni dh ari khamis ke? Erkk..x prasan..
dulu zee pon tak pandai makan zura..hihi..tapi sekali dah cuba memang wallah..sedap..terai la..
Nasib baik tak ada kemalangan yr Zura.
Ruginya Zura tak makan mee kari. Kakak kalau ke secret recipe mesti order mee kari tau. Suka:)
sedapnya mee kari.. sedap la kak.. u shud try.. hahahaha..
Zura, akak suka mee kari, tapi kalau kuahnya kurang pekat...rugi tau zura tak makannn....kalau akak, akak suka mee kari tu diletakkan isi ayam macam kita makan soto tu....sedappp ...:)
kat sana slalu hujan ye..sini plok panas terik. tp syukur, cz xde kemalangan jiwa..
zura, kari ayam..kari daging mkn tak??? klo y tu mkn, try la mee kari..lg sedap tau.. tp atas jns org masak r.. teranung style la hok sedak!
kakain suka mee kari...kalau kuahnya pekat lagi sedapp tau..terasa nak makan mee kari la pulak ni...
Last weekend mmg hujan lebat kan..akak kt johor pun sama, majlis knduri kawen adik ipar plak tu, takde la sgt gmbr family sbb geng lelaki basah kuyup..huu..
Ntah2 minggu ni ada lg jemputan raya tak.. :-)
laaaaaaaaaaaa baru lieya tau zura tak reti mkn mee kari...ishh try le belajar...hilang satu nikmat dunia tau akaakakakak...
byk dugaan plak yeak zura...dgn pokok tumbangnye...tapi mmg punskrang musim ujan kan.....
Dengar ada tempat yang banjir jugak masa hari kejadian ribut tu. Tapi dekat tempat saya tak hujan pun..
saya suka makn mee kari...=)
Lama x makan dah ni, p open house tak jumpa mee kari...=)
yela....nak abes da syawal...
akak suka meekari..tapi kuahnya jangan lemak sangat..tak terhirup..
btw rendang kerang pun dah lama tak makan..
semuanya buat akak ngidam lah :)
cuba,try,rasa..mee kari tu sedappp..rugi la x pandai makan mee kari..:)
laaa ada jugak spesis yang x tau makan mee kari yerk.. kak ra kena cuba baru tau nikmatnya... hihi
best kan dapat jemputan open house..cheery xde pun tahun ni..huhu
hari raya tanpa pergi open house pasti tidak meriah...hehe
ermm bestnyer dapat pi open house lagi..
saya dah takder jemputan kalo duk kl memang ader jer open house tapi duk perok bertabah jerla ..hehe
Mee kari suka gak tapi makan cam biasa hirup tu idak boleh?
delisha sama ngan sara..suka nak kuih raya tambah2 kalo ader kerepek memang dier ngadap jerla...
akak suka mi karini.. tapi tuler dulu kat ipoh mi kari di atak cam gini.. mi kari chinese style...
memang hujan lebat nga yerk...
Post a Comment