Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 26, 2014

...55 Amalan Sunnah Rasullah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Penguhulu segala hari.. moga kita sama2 mendapat keberkatannye.. Amin~

Sempena hari yang penuh berkat nih.
i nak share 1 bende yang bermanfaat untuk kita semua.
Tips nih agak panjang.. harap2 kalo x dapat semua.. dapat buat separuh pon jadik lah.


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA

Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

(Oohhh.. Hati2 yer kawan2.. Jaga mata)


2 MAKAN GARAM

Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

(Baru tau pasal kebaikkan garam nih.. InsyaAllah.. Akan cuba Amalkan)


3. MINUM TANGAN KANAN

Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

(Alhamdulillah.. masih cuba utk mengamalkan secara berterusan.)

4. SESAAT DI JALAN ALLAH

Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

( Islam yang sangat Indah kan?)


5. LANGKAH KANAN

Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

(hehehehe.. kadang2 kalo dalam kelam kabut, x ingat mana kanan mana kiri dah.. huhuhu)


6. MAKAN TIGA JARI

Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

(i selalu makan pakai sudu kalo kat kedai..huhuhu)


7. JAMINAN ALLAH

3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

(Okeh.. lepas nih sentiasa bagi salam sebelom masuk rumah..mudah jer kan amalan tuh)


8. GUNTING BULU

Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

(Okehhh.. x sanggup nak jadikkan ketiak dan tut sebagai buaian.. moh kita selalu bercukur)


9. JANGAN BERSIUL

Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

(Ohhh.. nasibler i x bape pandai siul..syukur)


10. CARA POTONG KUKU TANGAN

Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

(i selalu terskip potong kuku ibu jari kanan dulu.. baru sambung potong telunjuk kiri! haihs)


11. CARA POTONG KUKU KAKI

Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

(x pernah buat sebelom nih.. lepas nih bleh amalkan.. senang jer nak dapat pahala kan~)


12. PANJANG LENGAN BAJU

Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

(maknanye x boleh terlebih2 panjang lah kan? ok)


13. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

(Sama macam jubah ke nih??)


14. BERSIWAK

Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

(AllahuAkbar! besarnye ganjaran orang bersugi!)


15. DOA DALAM SUJUD

Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

(Masa Sujud dalam solat fardhu boleh berdoa dlm hati ke?)


16. ADAB DI TANDAS

Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

(part tutup kepala tuh agak susah nak buat.. kenapa entah!)


17. ADAB MAKAN

Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

(okehhh... ini mcm nak kena ubah nih.. huhuhu)


18. TIGA JENIS ORANG

3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

(Nauzubillah! mintak di jauhkan dari terjebak di dalam 3 golongan ini)


19. PAKAI MINYAK WANGI

Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

(i pon pakai.. tapi cuba untuk berserdahana masa pakai minyak wangi)


20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR

Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

(ini pon susah benor nak amalkan..haihlah)


21. CINCIN PERAK

Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

(Oohh.. baru tau ini pon sunnah!)


22. SOLAT FARDHU DI MASJID

Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

(ini mungkin untuk lelaki lah kan~)


23. PAKAI CELAK

Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

(Celak Ismid tu camner ek??)


24. PANJANG PAKAIAN

Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

(haaa.. ini memang kena perati betol2.. kadang2 seluar Cinta terlebih labuh..heheh)


25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH

Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

(huhuhuhu)


26. MENGUAP

Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

(kalo menguap seluas2 alam memang syok kan! nampak sgt setan suka kita menguap seluas2 alam.Huh!)


27. MENYIMPAN JANGGUT

Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

(Cinta Ade janggut! hehehe)


28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR

Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

(Syukurrr.. toilet kat rumah x mengadap arah kiblat.)


29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH

Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

(okehhh! Ilmu baru~)


30. POSISI TIDUR

Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

(Tido lasak.. huhuhuhu)


31. MINUM LEPAS MAKAN

Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

(hehehe.. ini pon susah benor nak amalkan)


32. TIDUR SEBELUM ZOHOR

Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.



33. BERDIRI HORMAT

Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.



34. PAKAIAN BERWARNA

Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.



35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN

Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

(Urmmm.. akan di usahakan..InsyaAllah)


36. MENU RASULULLAH

Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

(ini yang tengah amalkan.. nampaknye i kena joint skali~)


37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK

Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

( ye eh???)


38. KETAWA RASULULLAH

Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

(Okeh.. yang satu nih mcm kena batang hidung sedebik.. i ketawa mcm puntianak mengilai.. huhuhuhu)


39. MINUMAN RASULULLAH

Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.



40. HISAP AIR DALAM HIDUNG

Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

(Erkkk.. Okeh!)


41. BERI MAKAN ANAK YATIM

Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.



42. LARANGAN PAKAI CINCIN

Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.



43. BANGUN TIDUR

Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.



44. KONGSI MAKANAN

Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

( Mulianye Akhlak Nabi kita kan~)


45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR

Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.



46. ISTIGHFAR

Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

(huhuhuhu.. di manakan kedudukan Istighfar i?)


47. JANGAN MENCACI MAKANAN

Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

(Betol sangat~)


48. APABILA BERTAMU

Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

(Adab berkunjung dalam Islam kan~)


49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS

Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.



50. MAKANAN PANAS

Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.



51. GILIRAN MINUM

Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.



52. 3 AMAL

Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

(OK)


53. JANGAN TIDUR MENIARAP

Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

(huhuhuhuhu.. susah jugak nak mentenkan cara tido kalo kita tido lasak kan!)


54. CARA PEGANG MISWAK

Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.



55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH

Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

( Yang baik selalu sukar nak amalkan.. lemahnye saya)


Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Sekian.. Perkongsian bersama. Selamat Beramal~

P/s : Terima kasih Nens Atas perkongsian ilmu ini. adik i post kat wasap. nampak cam bagus untuk di kongsikan.. :)


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 25, 2014

...Spontan Khamis | Macam Betul Je!...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Senyumlah Kawan.. Senyum itu kan sedekah yang paling mudah..:)

Spontan Khamis haini i nak ulas pasal gambar nih.
Gambar nih i amik dari FB. Terima kasih Suriafm FB sebab buat i gelak terkekek2 bila tengok gambar nih.

Korang setuju x dengan gambar nih???*refertoferemfuangojes
kalo i, memang setuju sangatttt.. hahahahaha..
korang pon kan? kan? kan? muahahahahahhaha.

Kalo i pack barang balik kampung kan.. 1 beg besar tuh.. 1/3 jer baju2 Cinta.. selebihnye baju i.. hahahahahahahahaha.

Contoh Kalo pack baju untuk 3 hari lah kan.

baju jalan mesti 3 pasang.. Cinta 3 helai baju t shirt dan sehelai seluar.

baju basahan.. i punye mesti 3 helai tshirt tapi cinta sehelai jer itu pon utk stenby. sebab dia akan pakai balik baju Tshirt jalan dia untuk tido malan.. kecuali baju tu kotor sangat. baru dia tukar baju stenby tu.

Seluar basahan.. i punye harus lah 3 helai.. Cinta punye 2 helai. kalo malam dia sejuk dia pakai balik seluar slack dia tu. 

Spender dan pakai dalam... i punye harus lah 6 helai.. 1 siang 1 malam.. kakakakakakaka.. Cinta punye cukup 3 helai jer.. 

Tudung pulak harus lebih dari 3 helai.. yang 3 tu kena sama dengan warna baju jalan.. pastu bawa lagi tudung stendby yang boleh masuk dengan semua warna baju. 

Haaaa... mana x penuh nye beg.. tu pasal jadik banyak tuh.. Cinta punye 1 bahagian jer. hahahahaha.. tapi yang pelik nye.. bukan semua baju yang i pack tu akan di pakai.. muahahahahaha.. biasa lah pompuannn.. stenby katanyeeee. hahaha

itu baru citer pasal pack baju.. wajib ada 1 beg lagi letak alat2 makeup kan! skali letak dokumen2 penting cam IC anak dan buku bank.
last skali handbeg.. baru lah cukup syarat nak balik kampung.
tak gittu feremfuan2 gojes sekelian????
ke korang ade nak tambah lagi bilangan beg??
kah kah kah kah kah kah.

ok dah.. dah.. sekian.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 24, 2014

...Percuma Dari Drypers...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Rabu.
Ceria-Ceria selalu okeyyyy!!

Korang suka tak barang free.
mesti suka kannnn! hehehehe.
sama lahhhh.. hahahaha.

Hari jalan2 kat blog Haza.
baca n3 dia dapat beg dari Drypers.
terus nak cuba nasib jugak.. hahahaha
Thanks Haza atas info ini..:)

Tadaaaaa.. comel kan! kan! kan!
kiuttttt sangat.. saiznye pon sedan elok dengan Delisha.

Beg nih dapat bila i joint member Drypers.
masa isi form kat websiter Drypers tu, i kira cuba nasib jer lah.
kalo dapat Alhamdulillah.. kalo x dapat kira x de rezeki lah tuh kan.
Skali memang rezeki Delisha.
dapat beg kiuy nih.. kemain sonok dia tengok beg nih.
serius comel!

haaa.. pada kawan2 yang nak cuba nasib jugak boleh pergi ke web site Drypers

mana tau rezeki korang jugak kan.
boleh dapat beg kiut miut nih.
Selamat mencuba k~

ok.. itu jer nak gebang pagi nih.
nak sambung wat keje sambil BW.
keje rajin2 semuaaa.. Tata titi tutuuuu.

Sekian.. kesah beg percuma.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, September 23, 2014

...Menumpang Kasih Dengan Kucing Dapur Kami...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Semoga hari ini lebih baik dan baik dari semalam.. Yeaahhh!!

Hari ini nak tempek sket citer pasal makhluk Allah yang menjadi sebahagian dari keluarga kami. Kucing2 kat belakang dapur. 

Haaaaaa... special sangat tempat tido ko kan!
yang nih anak2 panggil dia Manja.
ade lagi sekor yang rajin masuk dalam rumah.. Anak2 panggil dia Ibu.
sebab yang lagi sekor tuh haitu dah beranak. anak2 dia i x pasti masih ade atau x.

Kucing2 ini lah tempat anak2 i melepaskan kebosanan dorang. menumpang kasih sayang kekdahnye...kejap dokong sana.. kejap dokong sini.
pastu ajak kucing main.. kemain kecoh lagi rumah bila dorang ajak kucing2 nih main.
kucing x penat mana.. dorang yang terlebih penat.. hahahaha

i juga pencinta kucing.. dr kecik lagi memang membesar dengan kucing2 jer.
tapi sekarang x berani nak bela kucing.. takut kekurangan kasih sayang pulak kucing tu nanti. jadiknyee, tumpang jer lah kasih sayang kucing2 dapur tuh.

Setiap bulan mesti ade sedikit peruntukan untuk kucing2 dapur nih.
anak2 akan suh belikan makanan kucing.
x beli kesian pulak.. dah anak2 kita jugak yang menggomoi kucing2 tuh.
belikan jugak lahh.

Kalo hujung minggu, macam nih lah jadik kucing2 nih.. semua pakat2 masuk tido dlm rumah. kalo tuan rumah nak gi berjalan jer baru kucing2 nih letak kat luar.
kalo letak dalam rumah.. kang kenduri besar plak dorang.
bukan boleh percaya budak2 bulu nih. hehehehehe

pada sesiapa yang pencinta kucing tu,
mesti korang setuju kalo i cakap, kucing nih salah satu terapi stress yang bagus kan!
bila manja2 dengan kucing.. rasa tenang jer.. hilang semua stress.
Setuju x??

Sekian.. kesah kucing dapur kami.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, September 22, 2014

...Meriahnye | Alhamdulillah...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
Cuba untuk mulakan minggu ini dengan aura yang positif. :)

Salah satu bende yang positig hari i hari ini adalah bila buka akaun Nuffnang.

Auwwww.. meriahnye iklan CPUV yang melekat.
Alhamdulillah~
2 minggu lepas tinggal seketul jer CPUV.
haini bukak! tadaaaaa... meliahhhh sangat.
hehhehehe.

Terus semangat nak menulis blog di pagi yang sibuk ini.
alaaa.. tulis simple2 jer pon khennn. 
asal ade bende nak kongsi pagi nih.

Korang punye iklan ok??
meriah jugak??? minggu lepas ade nampak kawan blog wat n3 pasal iklan CPUV yang meriah jugak. Maknanye memang minggu lepas ramai yang dapat banyak iklan CPUV lah yer.
Tahniah buat semua k~

ok.. itu jer nak gebang pagi2 nih. 
nak sambung wat keje jap.. sambil2 jalan2 kt umah korang.
keje rajin2 semua..
tatatititutuuuu..

Sekian.. kesah iklan CPUV.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 19, 2014

...Tesco Tempat Isi Masa Lapang Kami...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Penghulu segala hari.. Moga sama2 mendapat keberkatannya. Amin~

Dah petang baru sempat nak up n3.
bz betol haini. siapkan big boss punye petty cash. boss dah pokai dah. ahaks~
petang2 nih nak tempek gambar lama jer.
gambar kami menghabiskan masa lapang.
pusing2 kat tesco.. jalan2 carik pasal kekdahnye.. hehehe

cer tengok muka Anis tuh.
muka org tak puas hati kena kurung dalam troli. hahahaha
bukan bulih lepas budak berdua nih. tak cukup kaki nak mengejar nanti.
tu yang tak pepasal mamanye jadik tarzan kat mall.
duduk dalam tu diam2 yang nak.
muncung anda tak mampu mencairkan jiwa mak. hahahaha

budak kena kurung lam troli.
hahahahahahahahahahaha.
Delisha tu pakai kakak dia punye tudung. elok kena ngan muka dia kan~
kakak dia plak x mo kalah.. tudung lilit2 pastu pin kat atas kepala.
nak overshadow mama ler tew!! hahahaha

nak suh duk diam dalam troli.. umpan tab. hahaha
biar dia layan citer. tenang sket mama papa nak cuci mata.
kalo dapat cuci poket lagi sonok. ahaks.

Kalo pergi mana2 mall dengan niat nak cuci mata 'jer' selalunye tidak pernah berjaya. ada saja bende yang berkenan di hati kan?? korang pon camtu gak kan! kan! kan!
muahahaha..

Sekian.. Kesah jalan2 carik pasal.



 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 18, 2014

...Projek Di Hari Malaysia...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Senyumlah.. Senyum itukan sedekah yang paling mudah..:)

Hai korang.. camner cuti Hari Malaysia??
best?? i duk rumah jer.. pepagi hari jer bawa anak2 gi makan nasi lemak kedai mamak.
selebihnye lepak kat rumah buat projek ngan anak2.

Balik jer dari kedai mamak terus mulakan projek pertama.

dalam pembikinan.
sebenarnya x plan pon projek nih..
Tapi.. oleh kerana Cinta x approve projek yang i plan. i pon carik lah projek baru.
hahahahaha. 

ketuk lagi bang.. ketuk lagi bangg!
abaikan lah tiles yang tercabut tuh. masa Cinta duk drill table top tuh pon tercabut lagi sekeping.. berbulu je mata memandang. takpe lah nak.. nanti mak ade duit koyan2 mak bagi pakai baju baru k! :P

Tadaaaaa.. hah! siap projek pertama.
Langsir tutup table top!! amacam?? gojes ke tidokkkk??
kakakakakakakaka. hasil keras tangan i sendirik!
hajat di hati nak sembunyikan jahitan sambungan kain tuh belah kanan table top. skali bila nak pasang langsir tuh.. x boleh letak hujung belah kanan!!
makanyeee.. redho jer lahhh.. kasi tutup mata sudahhh. hahaha

maaf lah yer.. ade gambar selepas pasang langsir jer.. gambar sebelom i tak tergamak nak tempek kat blog.. hazabedah sangattt! kakakakaka.

Projek pertama DONE!!

projek ke 2 bermula lepas solat Zohor.
projek popia nestum di Hari Malaysia.
hari raya jugak kan! hahahahahaha

My Anis ler cakap.. teringin nak makan popia nestum mama buat.
terus x sampai hati tak tunai kan hajat dia. kebetulan memang dh beli kulit popia masa shopping barang dapur weken haitu.
seperti biasa.. My Anis akan jadik pembantu i.. syukur lah dia sangat rajin menolong mamanye. ringan lah sikit beban kerja mamanye. hehehe.

Alhamdulillah.. penuh lah sebalang besar nih.
bolehlah bagi anak2 ngan Cinta kunyah2 sambil tengok TV.
malam tadi i tengok dh separuh balang dh yang tinggal.
memang laku betol popia nestum nih.
My Anis kata.. Esok habes lah nih kakak makan. 
hahahahaha.. makan lah nak.. kalo teringin lagi.. mama buat lagi.
sakit gak pinggang duk menggulung kulit popia tuh.
takpelah.. demi anak nak makan. :)

Projek ke 2 DONE!!

Haaaa... itu jer lah projek kami haitu.
projek untuk penuhkan xtvt di hari cuti.

Sekian.. kesah projek Hari Malaysia.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 17, 2014

...The Versatile Blogger Award...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Hari.. hehehe

Haini nak menjawab Tag dari kakak saya.. Kak Sura.


Rules:
1. Thank the person who nominated you.
2. Provide a link to the person's Blog
3. Write 7 Facts about yourself.

Bismillahirohmanirrahim..

Terima kasih kepada Kak Sura yang sudi meng'tag' saya.
Kak Sura Tulis saya putih dan gojes. gojes tuh dah betol dah.. tapi yang putih tuh x bape nak putih sangat pon.. ahaks!

Boleh berkenalan dengan Kak Sura di blog beliau.


i percaya.. Kak Sura nih memang sorang ibu yang penyayang.
di blognye banyak di kongsikan kesah anak2 Kak Sura.
boleh lah terjah ke sana untuk kenal lebih dekat dengan kak Sura.

7 fakta tentang diri i..

1. Sorang Isteri kepada En Hanafi a.k.a Cinta.. Mama kepada 2 puteri yang solehah, My Anis & My Delisha.. Seorang mama yang bekerja.

2. Seorang yang garang.. Tapi Manja. Boleh?? belasah jer lah.
My Cinta kata i tak boleh jadik cikgu.. sebab bekeng sangat.. kalo My Anis belajar dengan Mamanye mesti nangis. camno nak ajar anak orang?? urrmmmm.

3. Kerja sebagai PA kepada 2 orang Director. 1 Cina & 1 Melayu. 2 2 bos mempunya keretor yang berbeza. Boss melayu semua bende dia buat sendiri.. sampai i naik segan kalo dia buat keje2 yang sepatutnye i buat. TAPI.. kalo Boss Cina.. semuaaaaaaaaa bende i kena buat utk dia.. sedia kan air minum, surat khabar dia.. dengar dia membebel dan paling tak tahan suka carik gadoh ngan i. dapat pulak PA kuat melawan.. sedang elok lah sangat kan!

4. Seorang yang boros kalo ade duit.. tapi tetiba boleh plak berjimat bila duit dah tinggal sikit.. sedor diri lah kekdahnye. Tapi i ade menteri kewangan yang sangat bijak mengawal perbelanjaan.. siapa lagi kalo bukan Cinta.. hahahahaha.. segala duit2 yang x boleh di usik di kawal oleh cinta.. duit yang boleh usik i yang pegang kad ATM. jadiknye.. takde lah pokai sangat ujung2 bulan sbb Cinta dah selamatkan semua duit2 yang x boleh di usik. kakakakakakakaka. kalo bini dia jadik menteri kewangan.. harus bankrup!
Jadiknyee.. bini dia jadik PM sudahhhhhhh.

5. Impian yang tersembunyi i adalah untuk menjadik seorang taukeh rumah sewa. Kalo di beri rezeki yang lebih.. i teringin nak beli rumah lagi.. rasa mcm satu kepuasan bila dpt beli rumah. walaupon hanya lah rumah kecik. hehehe. Syukur sangat bila di temukan dengan Boss Kecik i, sebab dia lah yang banyakkkk tolong i dalam urusan beli rumah.
Syukur juga dengan rezeki yang Allah berikan kepada kami.

6. Bukan seorang ulat buku.. haaaa.. perangai yang satu nih pon susah benor nak ubah. kenapa entah! beli buku rajin.. nak membacanye x bape nak rajin. i tak pernah habeskan 1 novel.. selalunye sekerat jalan jer.. pastu i suh orang lain yang dah baca novel tuh citerkan jer.. hahahahaha.. nak habeskan 1 majalah yang nipis pon hazabedah nak habes.

7. Pencinta barang kemas.. hekhekhekhekhek.. ini amik gen My Ma. My Ma orang kelantan. orang pompuan kelantan n terengganu memang tersohor dengan barang kemas.. Tapi sayangnye i penakut nak pakai bila duk di kotaraya besar nih. sudahnyeee.. x membeli sgt sebab x pakai kan~ Tapi Cinta suruh gak beli serba satu n kecik2 buat syarat katanye. hehehehe.

Okeh!! siap dah blogwork i!
legaaaaa.. dapat jugak up satu n3 untuk tatapan korang.
walaupon begitu hazabedah nak siapkan.. sambil2 berkejar2 dgn keje opis.. sambil2 menaip.. hehehehe.

Sekian.. n3 Blogwork

Pssttt...ini n3 draff siap2 tinggal publish je..i cuti haini.. selamat bekerja semua.. 😊





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Monday, September 15, 2014

...Rabbit Kata Nya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Isnin.
entah kenapa lemau sangat haini. aduhaiiii

semangat.. tolong lah datang.. please.
cubaan untuk menarik semangat yang telah bercuti di rumah.
Layan lah Pic anakda Delisha nih.

Rabbit Katanye.. hahaha

Plastik giant yang selalu menjadik mangsa budak berdua.. 
selalunye dorang mintak papa dia buatkan belon. tetiba kali nih suh papa dia buatkan telinga Rabbit. nasib lah giant x caj harga plastik2 tuh.
Sabor jer lah.

Sekian.. n3 orang lemau.





 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Friday, September 12, 2014

...Apa Pendapat Korang? | Bantu Saya...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat Yang Di berkati.
Semoga Kita semua berbahagia dalam RahmatNYA. Amin~

Haini nak wat n3 luahan perasaan.
selamat membaca dan mendengar luahan hatiku..ahaks.
Minggu lepas My Anis ade Exam untuk sekolah KAFA dia.
semalam balik keje.. dia tunjuk result Exam dia. 
Alhamdulillah.. i puas hati dengan result yang dia dapat. walaupon bukan lah gempak sangat pon. tapi i tetap puas hati dengan pencapaian dia.

Tersengeh2 mamanye tengok result anak.
Subjek Akhlak.
salah 1 jer.. kalo nak banding ngan mamanye dulu.
macam langit dgn bumi resultnye.. hahahaha

Subjek Tauhid.
mama puas hati jugak.
sebab usaha mama untuk bantu dia ulang kaji pon 84% jugak.
yes! i percaya.. result exam dia sama ngan usaha i bantu dia ulangkaji. 
Mama cuba lagi bantu kakak k~

Subjek Fekah.
Pon sama jugak. tetap puas hati.

Tapiiiiiiiiiii... huhuhu
ini yang i tak puas hati!
Paper Bahasa Arab dia!
dari 74% yang dia dapat.. hanya 20% sahaja bantuan dari mamanye.
uwaaaaaaa!!!
mamanye x dapat nak tolong dia ulangkaji subjek ini.
macam mana nih kawan2???
bantu lah saya. saya buntu camner cara nak tolong My Anis ulangkaji pelajaran Arab.
mamanye sendirik pon x tahu Arab.
balik2 i suruh dia hafal nombor dlm bahasa arab.
balik2 i suruh dia hafal sebut anggota badan dalam bahasa Arab.
huhuhuhuhuhu.

Bila i tengok kertas soklah My Anis. i tak paham pon ape soklan tuh suruh buat!
camner i nak tolong My Anis ulangkaji?
huhuhuhuhu... sedih lahhhh.

Kalo korang duk kat tempat i, ape korang akan buat??
kena carik tuisyen untuk subjek bahasa Arab ke?
ke camner kawan2??
bagi cadangan sket.
Tq in advance.. :)

Sekian.. luahan hati seorang mama x tahu bahasa Arab..:P




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Thursday, September 11, 2014

...Selamat Hari Lahir Adikku...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Khamis.
Senyumlah.. Senyumkan sedekah yang paling mudah..:)

Hari ini.. 11.09.2014, hari istimewa buat adik i.
Satu2nye adik lelaki i.

Mohd Sukri Bin Usof..
Selamat Hari Ulangtahun kelahiran.
Semoga semua doa dan impian kamu akan menjadik kenyataan.

Semoga sentiasa di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik.

Semoga sentiasa bahagia bersama2 insan yang disayang.

Semoga menjadik suami yang bertanggung jawab.
Ingatlah.. kamu adalah ketua keluarga.. tak kira ape jua alasan kamu.

Kamu juga harapan keluarga.
satu2nye anak lelaki Ma dengan Ayah yang ade.
Kamu juga harapan kakak2 kamu.. sebab itu lah Allah pindahkan Kamu dekat dengan Ma dan Ayah. Semoga menjadik anak yang soleh.

Doa kakakmu sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu.
InsyaAllah.

Ucapan Akhir dari kakakmu.. Jangan asik tukar kete n motor jer. sila buat perancangan beli rumah pulak okey~ :P

Sekian.. Ucapan hari lahir.

P/s: syahdu X ?? syahdu X??


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Wednesday, September 10, 2014

...WW | Bebear Besor...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Rabu.
Layan WW haini..:)

PEACE



HUG

KISS

Tak kuasa nak angkat..seret sajaaaa.

Sekian.. N3 WW haini.


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

Tuesday, September 9, 2014

...Akhirnyee Tercapai Juga Hajat | Smart Tag...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Selasa.
Alhamdulillah.. Hari ini terasa lebih baik dari semalam. :)

Merujuk n3 payung semalam.. tak sangka begitu hot kesah payung x de stok yer.
i ingat x de lah sampai camtu skali hotnye.
BFF i kata, sampai ade orang komplen kat radio jugak pasal payung x de stok sampai ke sudah tu. pengguna sebenarnye bukan lah nak kejar sangat payung tuh. tapi sebab "korang" dah janji.. maknanye orang akan tuntut. Urmm.
abaikan kesah payung yang x best tu~

Haini i nak citer yang best2 jer. 
n3 ini merangkap n3 menunjuk2 jugak. ahaks.
korang yang duk lembah Klang pasti tau yang plaza tol batu 3 dan sungai Rasau kat federal hiway bakal menggunakan pembayaran tol secara elektronik sahaja.. maknanye hanya Touch & Go dan Smart Tag sahaja yang di terima.. No More TUNAI.
Jadiknye, mereka telah membuat promosi Touch N Go dan Smart Tag.

Touch N Go RM5 dalam Kad Ada RM5 kredit. maknanye kad percuma lah kan!
Smart Tag plak RM99 tapi dengan syarat korang kena topup minimum RM30 pada TnG korang. kira murah lah kan!

Jadiknyeeeee.. harus lah sambar 1 Smart Tag kan!
Smart Tag baru nih memang Smart. Slim jer. kecik plak tuh.

Pastu ade 1 skrin yang boleh baca baki dlm kad kita.
jadiknya x perlu risau baki kad ade bape. cek sajaaaa.

Touch N Go i beli 2 kad.. 1 untuk letak lam Smart Tag.. 1 beli untuk adik i, Nens. sebab murah kan. rugi x beli. 
Weken haitu kami dh gi ngetes Smart Tag nih.. sebab kalo ade kerosakkan dlm masa 7 hari lepas pembelian.. boleh tukar yang baru.. kalo selepas 7 hari, kena claim warranty lah. 

Haaa.. korang dah beli Touch N Go or Smart Tag??
sila beli siap2 kalo nak masuk lembah Klang. takut nanti kereta belakang hon. hehehe

Sekian.. N3 menunjuk2.




 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...