Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, March 23, 2012

...Eh Korang Tak Pernah Makan Ke Buah Nih??...

Salam Hari jumaat yang penuh kelesuan..
Badan masih x ok lagi nih.. terasa lemah jek badan..
kena plak duk dalam ekon nih.. bertambah lemau kan badan~

haaaa.. kat n3 semalam ade tanya pasal buah nih..
korang X pernah makan eh??
ai masa kecik2 dulu selalu makan buah nih.. sambil main2 bawah pokok sambil makan..

nama buah nih.. Buah Tin Atau Buah Ara..

itu yang ai tau lah.. kot2 kat negeri lain panggil buah nih dengan nama lain ai tak pasti laa... hehehe...

sedap wooo buah nih.. bila masak buah Tin ni akan jadik warna merah.. nampak x buah yang warna merah tu kt dalam pic tuh.. haaa.. buah tuh dah masak tau..

pic credit to google..

Buah Tin nih kalo kita belah 2.. ruper dia jadik cam nih.. kat dalam ade banyak biji2 kecik.. lembut jek bijinye.. boleh di makan skali dengan biji2 dia..

sedikit info pasal kebaikkan buah Tin..

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.



haaaahhh.. banyak jugak khasiat buah nih kan~ tapi ai tak pernah nampak plak buah nih di jual di pasar malam or pasar raya.. pelik jugak kan~

kalo korang teringin nak makan buah Tin nih.. try ar gi PICC putrajaya tu.. banyak pokok buah Tin kat situ.. kekekeke..

sekian..citer pasal buah Tin

17 comments:

SYANI said...

Baru tahu itu rupa buah tin. Selalu makan yang dibawak balik dari Mekah je.

Aine Ainun said...

Buah tin mmg bgus...
Tp sy x biasa makanla..

Eliss Mie said...

boleh ke amik buah tu ?nama gila tak makan..syoknya..daun tu masa budak2 buat payung :p

eB ezrin said...

sbb x pernah tgk. ingat pokok hiasan. :)

Myra Jay said...

Owh, tak penah tengok lagi rupa buah tin kat pokok ha ;)

Daddy Ziyyad said...

pernah makan, org bawak balik dari mekah...cuma tak pernah tgk pokoknya..hehe

Munnafendy said...

owww jadi ni la salah satu buah yg disebut dalam al Quran tu??

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

lely salu mkn yg org bawa blk dr mekah aje...
oo, rupenyer esia pun ada tanam yer.. hahahah, br tau ni..
pasni kalo ke wisma tani nk mintak dreba bw sy pusing2 area PICC la.. =)

faiz fakhirin said...

buah tin byk dijual...kat masjid shah alam...byk ad d jual..d import dari mesir katanya...

Salmiza said...

Sis..buah tin ni sama x mcm buah zaiton.. Mcm sama je rupa pokok die..s

zh-ena said...

mmg tak pernah mkn

madammondoq said...

ish.. geli pulak tgok rupa dlm buah tu.. huhu..

wahida said...

tak pernah tgk apatah lagi makan...huhu...

Ibu Amani said...

kita rasa mcm penah makan ...tapi yang dah dikeringkan...org balik dari mekah bg kat kita...

sue zainun said...

ooo penah tgk rupa buah tu..tp mmg tak tau bleh dimakan..hehe

..::..aRe-Na..::.. said...

penah tgk dan makan buah neh
masa zmn kecik2 dlu jek hehehe
skrg dh x nmpk dh ghuper buah neh
hehehehee

MaryaYusof said...

Zura gojes,

Marya tak tahu pun buah tin tu ada ditanam kat PICC, padahal dulu selalu ulang-alik ke situ dgn my hb sb die keja dekat Putrajaya... Dulu pernah ade event kat PICC my hb involve directly... selalu jgk ikut die... tp xpenah jumpa pokok tin tu, xperasan... Dekat sini byk tau buah tin.. Tp sy lebih suka mkn yg kering... Pernah cerita di sini http://my-mindofmine.blogspot.com/2012/01/allah-bersumpah-atas-buah-tin-zaitun.html
Seronokkan jln2 sekitar putrajaya especially kat tasik tu... panas tak? Dulu panas gile...hehehe...

Dulu pernah pergi Temerloh, sana mmg famous gulai tempoyak ikan patin...tp sy mkn kuahnye shj ikan patin sy tak mkn... First time tgk ikan patin goreng... mcm sedap...mmg menggoda! :D

Zura tinggal kat Shah Alam seksyen brp?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...