Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 4, 2013

...Cuka Kurma | Usaha untuk kurangkan Kolestrol...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
sekejap jer rasa minggu nih. :P

Korang masih ingat pasal result ujian darah ai haitu?? sape x hengat baca DISINI & DISINI.
menurut result ujian darah ai, Kolestrol dan asid urid tinggi. yang part asid urid tuh doc kata kena pantang 3 bende kan~ so, ai dah kawal bab makan 3 bende tuh.
 3 bende ape??? ish korang neh! malas ler tuh nak baca n3 lama ai.
kena pantang 3 bende nih..
1. segala jenis kekacang.
2. organ dalaman ( hati, pedal, paru, jantung)
3. makanan laut yang bercengkerang ( udang, ketam, kepah dll)
bila ai buat pembacaan kat internet. ade lagi 1 bende yang menyumbang peningkatan urid asid. Makanan dlm tin (sardin)

untuk Kolestrol plak doc suh ai kurangkan makanan bergoreng (minyak) dan bersantan. bergoreng susah sket ai nak elak. sbb dalam diet yang ai amalkan minyak adalah dibenarkan. so, ai main goreng2 jer makanan ai.. heheehhe.

Tapi hari adik ai, Nens ade bagi satu tips untuk kurang kan darah tinggi. dulukan (sebelom berdiet) tekanan darah ai tinggi, so neni suh ai try Cuka Kurma. dia kata elok sgt amalkan cuka kurma nih..lagi2 cuka kurma nih adalah makanan amalan nabi kita.

jadiknye ai pon google2 lah kat tenet carik khasiat Cuka Kurma.

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
1: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
2: membuang darah kotor & melancar aliran darah
3: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
4: melancarkan pergerakan usus
5: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
6: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
7: menurunkan tahap kolesterol
8: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
9: membakar kalori dgn cepati
10: membuang toksin
 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
16: melancarkan pengeluaran susu ibu
17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
18: memperbaiki fungsi limpa
19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Kredit to : SUMBER

banyakkan Khasiatnye.. yang paling ai suka yang no 7 lah.. menurunkan kadar kolestrol dalam badan. sedang elok lah untuk ai kan.

terus ai beli sebotol. beli kat Tesco shah Alam. RM15 jer.
nanti nak ajak My hubby amalkan skali.. banyak khasiat lain jugak selain dr turunkan kadar kolestrol.

dah abes sebotol nanti ai nak gi wat blood test lagi sekali.. moga2 ade perubahan lah pada bacaan kolestrol ai. aminn.

Sekian.. citer pasal Cuka Kurma.

P/s: Ade sape2 yang dah amalkan cuka kurma nih?? kongsilah pengalaman korang yer. Tq..:)


 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

17 comments:

Unknown said...

Ooo,..bos saya dh umur 57 sihat, rahsianya bancuh madu syifa'bersama cuka madu dlm secawan air suam. minum setiap hari. Lagi satu amalkan Habatus sauda setiap hari. Kami satu opis ni pakat beli belaka...hehe

Sura Mohd said...

akak memang teringin nak amalkan tp tak leh sbb ada gastrik..bab cuka2 ni memang sensitif..pernah cuba yg seangkatan dgnnya..terus sakit...doc tak bg...nak beli kat En somi jelah..:)

+ e.z + said...

adeh, eB kalo mkn sure berguling la kot...
eB x leh mkn cuka & benda2 msm. hu3

Kakzakie Purvit said...

Apa saja yg berunsurkan kurma memang tak boleh dinafikan akan kebaikannya... Kurma tu makanan sunnah cuma ini telah dijadikan cecair yg diproses mengikut kehendak semasa. Memang baik..

sekadar satu coretan said...

bagus ye zura...nnt nak try jugak la..sekarang ni kakain ambik gulsan, masam jugak rasanya...

Sheila Adziz said...

erm... menarik ni cuka kurma... tak pernah peraan pun sebelum ni... nice info... hehe

Wonderful Life with Mary Kay said...

Apa rasa cuka kurma ni zura? Manis cam kurma kah?

Unknown said...

lamanya xziarah ke sini...
windu...

is penah dengaq cuka kurma... camna eh rasanya?

[leily.laily] said...

suami sy sdg cari cuka kurma ni..
heheh, kolestrol ade naik katanya
kena kontrol plak ler..

Hazmin Hamudin said...

banyaknya pantang larang nak berdiet ni kan. Tak sanggupnya la nak hadap macam ni. Hehe. Kalau senaman, jog tiap hari tak boleh? Hehe

εïзmmyHazaεïз said...

Xpernah try lagi. Jus apple je pernah

Unknown said...

oh banyak rupanya khasiat cuka kurma tuh yer...

mamaarifakeemaisy said...

Ooh bgaus ye...tak pernah ambk tau sblm ni..huu...
Teruskan usahamu..:-)

LYAfrina said...

owh..lya bru tahu psl cukakurma ni.. byk khasiatnyer..lya pon nk cuba cari gak la.. mmg ada jual kat pasaraya eyh zura?? or bayak lagi brand lain?

Myra Jay said...

Myra pernah beli dan minum..
Ada la kot dlm sminggu minum, lps pd tu tekak perit sgt bila minum at last tinggal gitu je..huhuhh

OKje said...

Pak mertua OKje pernah makan benda ni Zura...tp tak pulak tanya ok ke dak hehe...OKje takut nak check darahlah...acane tu!

Eliss said...

mcm mana nak minum? ada sebotol kat rumah tu orang bagi tak usik2 lagi :p kolestrol tggi gak ni..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...