Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 22, 2013

...Beriadah Di Homestay Dan Majlis Bersanding...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~ 
Salam Hari Jumaat.
Ceria2 selalu k~

Moh lah kita sambung lagi citer Majlis Kahwin adik lelaki ai.
masak lah korang, kena layan gambar orang kawen jer.
selagi tak habes gambar, selagi tuh lah n3 pasal kenduri kawen jer. hahahaha

lepas jer Majlis akad nikah dan makan2.
kami terus gerak gi homestay yang adik ai dah sewa siap2 tu.
sebab dia dh tau jarak masa majlis Akad dan bersanding agak jauh. nak balik rumah boleh.
tapi malas nak buang masa atas jalan.


ini bukan homestay itu.
hahahahahaha. salah homestay daaaa.
rupernye homestay yang kami masuk nih adalah milik persendirian.
kakak yang ngah bersihkan tempat nih cakap. owner dia duk KL. dan akan datang ke situ setiap kali cuti. best giler tempat tu. luas dan betol2 tepi pantai.
memang syok habes kalo dpt melepak kat situ.
sempat jugak lah Nens bergambar riang sebelom dapat tau yang kami salah homestay.
ahaks.

lepas dah konfirmkan dengan keluarga pengantin pompuan. sampai lah kami ke homestay yang betol. rupenye sebelah menyebelah jer Homestay nih dengan homestay tadi.
oleh kerana homestay nih kecik jer. makanya dorang pakat2 melepak kat luar.
tepi pantaikan.. lagi syok lepak kat luar.

ai bertungkus lumus siapkan bunga telur dan sireh junjung tuh. sementara Nens dan Adik Na ke pekan dungun jap beli barang mana yg tak cukup. Alhamdulillah.. semua dipermudahkan. semua hantaran siap dengan jayanye.

melepak sambil amik angin pantai.
tengok atas meja tuh~ Khazanah hashimoto Delisha. 
kemana pergi mesti bawa bebear dia kulu kilir.
kalo tidak haru. time dia nyusu mesti dia nak gentel telinga bebear dia.

bersiap sedia untuk berarak ke Majlis bersanding.

stop dulu kat tepi jalan sebab tak de orang reti pakaikan samping.
nasib ade sepupu yang reti pakaikan. hahahaha.

sempat lagi peace kat tengah2 panas nih.
hahaahhaha

 Orang kuat mesti pegang pulut kuning.
hahahahahaha. sebenarnya tak sampai hati nak suh orang lain pegang sebab dulang pulut kuning dah tentu2nya paling berat. dah adik kita yang kawen. Kakak dia tolong pegang lah!

Moh lah berarak.. panas neh.

9 dulang hantaran dari pihak perempuan.

dibalas 9 dulang hantaran dari pihak lelaki.
gambar ulang tayang.harap maaf.hekhekhek


Sepasang mempelai di pelamin nan indah.
Tahniah adik ku~ Semoga ikatan suci ini kekal hingga ke syurga.
Amin~

Pengantin dan Ayah pengantin.

Pengantin bersama2 Ayah dan ibu masing2.

gambar bersama kakak2 dan adik tersayang x de dlm simpanan.
sebab 3 3 bergambar. tak tau ade yang tolong snap ke tidok. nanti ai risik2 ngan Adik Na.
kalo ade, harus lah tempek. ye dok???

Majlis makan beradap.
sebenarnya banyak gambar2 masa majlis bersanding nih.
tapi ai pilih mana yang best2 jer.
tu pon dah naik kero dah mata ai nak memilihnye.
sabor jer lah.. time menyenap tak hengat! pastu juling bijik mata nak memilih!

kemain menyengeh lagi Ammar Haziq.
teman gadoh dia nih.

okeh.. setakat nih dulu kesah Majlis di rumah pengantin perempuan.
next n3 persiapan untuk Majlis di pihak kami plak.

Sekian..

P/s: harap2 mata korang x kero cam mata ai. hahaha





16 comments:

Myra Jay said...

Memang cantik 'homestay' yang salah tu :)

Selamat penagantin baru buat adik Zura.. Cantik plak tengok gabungan kuning ngan pepel :D

Sura Mohd said...

menarik gabungan kuning dan purple tu..cantik sangat..Selamat pengantin baru buat adik zura..:)

::NureeN:: said...

mmg best klau lepak homestay kan...
selesa & nyamannnn
tahniah n selamat pengantin baru..
moga kekal hingga ke jannah

fizalinolie said...

Cantik homestay yg salah tu. Ingatkan Zura duduk situ. First baca... Dah siap dlm hati fiza kata... Mesti best duduk situ. Rupanya bkn yg tu. Haha...

Pulut kuning mesti org kuat bwk. Hehe...

Tie HT said...

sebenarnye tak pueh lagi nak tengok gambo, cantik ngantin pempuan sama padan.. :)

Wonderful Life with Mary Kay said...

Selamat berbahgialah kepada pengantin baru. Seronok la dpt min nasik kenduri. Alahai.. bila nak blk kg ni?

Unknown said...

tahniah wat ayie n pasangan.. cantik gak kuning n purple.. homestay yg salah tu pun cantik.. hehehe.. pape2 pun homestay kat dungun mmg terbaik..

lizz said...

KEMAIN KUNING DIRAJA LAGI BERSERI-SERI PENGANTIN.....hamboi siap bawak pulut kuning tu...org kuat majlis la katakan siap kan bunga telur bagaikan...

selamat pengantin baru utuk adik zura.

Qhaifa Nur said...

kuning+purple....aduh cantiknya
jarang kita tengok kan...
bagus ada homestay sekarang...selesa pun selesa...

Masya said...

awak nampak sgt perubahan awk kurus tau...

tahniah buat mereka moga jodoh hinga akhir hayat..

Fifi Nadhrah said...

tahniah kak zura.. dapat adik ipar baru yang cantik!~

Unknown said...

cantiklah homestay yg salah tu
tak ambil no.phone ker zura :)

ct cheery said...

selamat sudah..selamat bersanding tuk adik sis tu..hihi

mamaarifakeemaisy said...

Cantik berseri warna tema :-)

Kerja kuat kalau majlis kawen nin..

Alhamdulillah selesai dahnye :-)

Index Apk said...

kunjungan perdana sobat,,,salam blogger

Unknown said...

selamat pengantin baru.... isteri adik zura ni org mana? ganu jugak ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...