Pages

Berminat?? Klik Laaa

|| Sahabat Ku ||

❀ Mama Nafira Luvely Family ❀

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 29, 2014

...Update Pasal Kes Buli My Anis...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Semua~
Salam Hari Selasa.
Cuba untuk menceriakan hari sendirik dan orang lain.. InsyaAllah.

Sebelom i citer pasal lanjutan kes buli My Anis kat sekolah. i nak melencong sikit.. kikiki
jangan marah heh! 

tak tahu kenapa i rasa gambar ini sangat kena pada i. hahahaha
hari ini hari pertama bendera merah dikibar kan.
kalo tengok pada gambar tuh.. hari pertama rasa nak jadik naga nak lahar orang.
serius!! memang itu lah yang i rasa dr mlm tadi.
pantang ade yang x kena kat mata i.. mesti nak marah.. aduhaiii.. benci jugak dengan perangai buruk ini. hehehehe.

sebelom period memang perut asik lapar jer.. makan itu x kena.. makan ini pon x kena ngan selera tekak. pastu seboleh2nye nak susahkan diri sendirik sebab nak makan bende yang susah nak carik. kalah orang mengidam.. hahahaha.. semalam i mengidam KFC. nasib lah cinta layan jer selera tekak bini kesayangan dia neh. hahahaha

hoh! bab tetiba nak nangis tanpa sebab tuh lagi satu hal yang kadang2 i sendirik x boleh terima emosi tuh. hahahahaha. serius sangat!! i rasa nak menangis tapi tanpa sebab.. selagi x nangis selagi tu lah hati rasa tak tenang.. macam ade sesuatu yang terbuku belom dilepaskan. selalunye i akan menangis dalam bilik air lah.. hahahahaha.. sambil mandi sambil nangis..kahkahkahkah.

okeh.. kita stop sini lah kesah orang emosi x stabil nih. makin di layan makin berjela2 bebelannye. hahahaha

Berbalik kepada kesah buli My Anis.
kepada yang belom mengetahui kes buli ini. boleh baca kat SINI.
Jumaat lepas Cinta ke sekolah My Anis untuk berjumpa guru kelas My Anis.
selepas solat Jumaat Cinta ke sekolah Anis. tapi x dapat berjumpa dengan guru kelas My Anis sebab cikgu tersebut ade sesi pembelajaran. tapi ada satu cikgu lain yang amik kes My Anis. Cikgu tu mengajar kelas My Anis jugak. 

lepas My Cinta dah ceritakan ape yang berlaku kat My Anis. 
Cikgu tuh cakap dia akan siasat dulu kes ini. cikgu akan bagi nasihat dulu pada pelajar yang membuli.

petang Jumaat selepas balik dari keje.. i sembang2 dengan My Anis.
Ade cikgu cakap ape2 x kat Anis? dia kata Cikgu Norhazita (cikgu yang Cinta jumpa) datang jumpe dia. i tanya cikgu tanya ape? Anis jawab.. dia tanya Anis pergi sekolah naik ape?  sekolah Agama dan sekolah kebangsaan.. okeh.. mungkin cikgu cuba untuk mendekati dia dulu kot. 

i tanya lagi.. kawan Anis buli Anis lagi x?
dia jawab.. Tak de dah.. sebab dia kena marah dengan cikgu Hazita. 
Ooohh.. okeh.. maknanye cikgu dia dah slow talk dengan kawan dia tuh lah.
Alhamdulillah.. lega sket hati dengar. My Anis kata.. cikgu pesan.. jangan amik duit kawan. kalo x de duit, cakap kat cikgu. nanti cikgu kasi pinjam.

Haaah! lega dengar bila ade tindakan segera dari cikgu dia.. walaupon cikgu tuh bukanlah guru kelas My Anis. sekurang2nye.. ade nasihat awal dari pihak guru.

Terima kasih sangat2 pada Cikgu Norhazita atas jasa baik cikgu untuk selesai kes My Anis nih. InsyaAllah.. akan cuba hubungi cikgu tersebut untuk ucap terima kasih. My Cinta yang mintak no telefon semasa berjumpa dengan cikgu tempoh hari.
Terima Kasih cikgu.

Sekian.. Lanjutan kes buli My Anis.

 Terima Kasih Pada Yang Sudi Klik.

18 comments:

Kakzakie Purvit said...

Apa yg kakak nampak papa Anis pun berhemah dlm menangani masalah. Sebab itu cikgu pun terbuka hati menerima dgn baik.

Alhamduillah setel masalah...

Cho Zila said...

budak2 sekarang daarjah satupun dah pandai nak buli orangkan... tahniah ambil langkah awal kalau tidak masalahni berlarutan...

Masya said...

sebak sy baca tetiba.. alhamdulillah dah ada penyelesaian.. cuma zura kena jgk pantau sesekali.. iyelah.. tkt dia x conteng tp saiko cara lain pulak budak² ni ...

TeacherAzimah said...

ooo setel dah alhamdulillah. iman pun pernah ckp: cikgu kata kalau lupa bawak duit nak beli makanan blh pinjam duit cikgu. iman pernah sekali pinjam rm1 sbb mama dia lupa bg duit belanja. esoknya pulangkan semula kat cikgu. agak berbeza dgn situasi di sekolah menengah, duit belanja budak lbh byk dr cikgu hehehe...plg best smartphone pelajar mostly mengalahkan cikgu :p

Atia Adina said...

bagus lah ada tindakan....sekurang-kurangnya dapat bendung kes buli...bagus cikgu tu

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak pun pesan mcm tu pd anak2 akak, jgn ambil hak org lain, tak kiralah duit ke, brg mainan ke, buku ke, kalau nak benda tu semua minta pd mama ye;)
Alhamdulillah settle dah kes Anis..

Sura Mohd said...

leganya dah settle..tenanggg hati makbapak..bagus cikgu tu.pandai dia handle kes camni...:)

Fiza Rahman said...

Iols tak kira masa. Sentiasa lapar memanjang. Dah mcm membela gamaknya.

Alhaldulillah.. selesai jugak. Tapi kena pantau gak zura.

ct cheery said...

fuhh..mesti lega kan kes ni diselesaikan dengan cara berhemah

Unknown said...

bagus la zura dah settle..takde la kita nak runsing lagi..
tapi pon still kena pantau tu..takot nanti2 dorang buat balik..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alhamdulillah..semoga lepas ni Anis dah tak dibuli lagi..kesian dia... :) Anis sekolah rajin2 belajar pandai-pandai o.k :)

norhidana said...

alhamdulillah dh selesai, baru lah kite rasa lega kan.... bgs cikgu tuh sgt bertanggungjwb utk selesai kn kes nih...

*akak pun kalu nk period gitu gk heheheh

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah..lega dengarnya.. harap2 tk berlaku lagi.. amin..

Myra Jay said...

Myra pun sama ada kena mengena ngan gambaq tu jugak..hehee..
Emosi terganggu..


Risau kes buli membuli kat sekolah ni kan, hopefully dah tak berulang lagi

oya said...

alhamdulillah dah settle

OKje said...

Baguslah kalau dah selesai kes buli Anis tu...cikgu pun cepat ambik tidakan ...legalah hati mama kan mama hehe...
Tapi betullah Zura Okje pun perasan mood kita jadi gitukan kalau geng kita nak sampai hehe

NzA said...

syukur alhamdulillah masalah anis dh settle...itulah cara terbaik utk tangani isi anak2 kt sk..InsyaAllah cikgu akn brtindak pantas jika terima aduan dr ibu bapa....

DIARI MAYA MIA said...

Syukur alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...